Monday, May 18, 2009

...kisah pulang...

Saya nekad untuk pulang kali ini. Kerinduan untuk menatap wajah dan menghirup udara di sana sangat menggamit untuk saya pulang ke sana.[padahal setiap hari hubungi orang disana].ditambah pula dengan kecelaruan minda + mulut saya berkata-kata. Mungkin sahabat-sahabat saya merasakan saya tiada apa-apa di sini, tetapi salah saya juga untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka. Saya sangat ingin bertemu dengan ummi. Saya telah sangat cuba memahami dia. Kesibukan dan tuntutan amanah menguasai baki masa yang ada.Bolehkah saya momohon dedikasi untuknya sedikit ruang untuk kami kongsi kisah jalan ini? Perjalanan usai duha itu saya cuba lalui dengan meninggalkan sisa-sisa virus hati yang mati. Menghadapi manusia-manusia ego yang pelbagai walau suatu masa pernah saya sanjungi. Hanya kerana suatu nasihat tentang masa depan!



Ketibaan saya hanya disambut oleh adik comel saya. Bonda bakal pulang petang sedikit atas urusannya itu. Betapa kepayahan mengajar erti tabah dan berdikari walau ada kalanya makna kata itu sangat sukar untuk difahami dan dihadapi.

Si comel ini sangat betah berkata-kata. Seingat saya,ketika saya sebesar dia, saya hanya bijak meneliti dan menjawap sekadar ’cukup syarat’ sahaja. Pernah saja rakan sekolah mengejek saya bisu! [suka hati dia berkata-kata..mujur ketika ini saya masih waras untuk tidak terus membalas perbuatannya itu dengan perkara-perkara yang dahsyat.] Mungkin si comel itu dibesarkan dengan ahli yang sudah dewasa dan amat rajin untuk melayan segala kerenahnya. Maka itu, dia bisa berkomunikasi dengan baik walau sekadar umur 6 tahun.


Si comel : akak, nak tahu tak. Kat sekolah kan, ada seorang kawan ni dulu kawan dengan syirah. Sekarang kami dah tak kawan dah.

Saya : laa, kenapa pula?

Si comel : dia kata dia nak suruh syirah masuk NERAKA!

Saya : hah?? Kenapa pula? [aduh..pemikiran kanak-kanak 6 tahun kini beginikah?] T_T

Si comel : yelah, dia kata syirah tak makan sayur,nanti kena masuk NERAKA. Tapi syirah dah makan sayur dah..


Aiyoo, ini macam pun adakah? Menggeleng-geleng kepala mengenangkan pengarang jantung bonda saya ni. Andai dia tahu betapa dahsyat rupa neraka itu...

.................................................................................................................................................................


saya merancangkan untuk menulis lebih panjang dan lebih ilmiah seperti yang sahabat saya sarankan. tetapi perancangan itu masih kekal suatu perancangan kerana apa yang tertulis dan terhasil pada kali ini adalah ini yang saya mampu beri. kita memberi kerana kita ada sesuatu untuk diberi..

Wednesday, May 13, 2009

keraian ke Borneo

epal aloe vera, mango n lemon ice cream
bagi meraikan bakal keberangkatan pulang sahabat saya ke Borneo esok, saya dan beberapa sahabat lain telah dengan seronoknya merancang makan bersama di 'chicken king', seksyen 7. walaupun juadah di rumah telah dimasak, demi meraikan sisa-sisa waktu yang ada, diturutkanlah juga permintaannya. Sungguh meriah suasana rumah ini dengan celoteh 'kakak' saya yang seorang ni.. ^_^
kemeriahan yang terpancar jelas di muka masing-masing diserikan lagi dengan juadah yang sangat lazat dan ekslusif. semuanya berpuas hati dengan khidmat restoran ini ^_*
set sizzling satay chicken..
masih tersisa di ingatan, waktu-waktu yang dilalui bersama yang kini menjadi pengalaman untuk kami jadi bekalan pada hari muka. mungkin antara kami tidaklah serapat rakan yang lain, tidak juga sehebat srikandi mujahidin. namun, segala usaha dan keikhlasan hati di samping waktu yang diluang bersama insyaAllah akan menjadi penguat kala kami lelah.. -_-
sayang sekali sahabat-sahabat lain yang tidak sempat hadir. moga masih ada kesempatan untuk punyai senggang masa bersama. =)
^_^
betapa Allah Maha Berkuasa, Dia yang menemukan kami dengan aturanNya, Dia jugalah yang memberikan jarak antara kami agar kami sedar, hidup dan jalan ini bukan selamanya seperti yang kami angankan..
rombongan perai yang akan ke Borneo
*** hasil kekenyangan yang kami perolehi di sana, k.yong telah mengalami sindorm 'lawak yang kepoyoan'! ada patut letak roda kat hamper?? -_^
kami juga berhasil menemui kedai yang bagus untuk belian kelengkapan kelak. jazakumullah khair kepada kakak-kakak sekalian. lainkali pasti ada lagi ^_*

Tuesday, May 12, 2009

pagi hari..


pernah tak anda melihat suasana pantai tatkala matahari baru menonjolkan muka membuka lembaran hari yang baru? jika masih belum, cubalah mencari kesempatan untuk menikmatinya sejenak. kemudian, perhatikanlah sejenak detik-detik kenaikan itu selama beberapa ketika. anda akan nampak perubahan itu saangat indah di samping udara pagi yang saangat nyaman dan menyegarkan. ^_^
mencari ketenangan jiwa melalui tafakur ilallah.


"Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya" (al-Furqaan:61)

"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu." (ar-rad:2)


~ lain yang nak dikongsi, lain yang ter'publish'.. ^_^ ~