Friday, October 31, 2008

Kesucian Hati Adalah Penentu

Islam amat mementingkan persoalan hati kerana hatilah yang menentukan buruk baik sesuatu perkara. Nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging apabila ia baik akan baiklah seluruh jasad. Sebaliknya apabila ia buruk akan buruklah seluruh jasad. Daging itu ialah hati.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Hati, apabila tidak digilap dengan ramuan yang betul, akan diserang dengan pelbagai jenis penyakit.
Hati yang paling rendah martabatnya ialah yang dipenuhi dengan nafsu al-ammarah. Allah berfirman: “Dan aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu al-ammarah selalu menyuruh kepada kejahatan...” Surah Yusuf ayat 53)
Hati yang dipenuhi nafsu al-ammarah mempunyai kecenderungan untuk memuaskan syahwat, mudah marah, tamak haloba, sombong, bongkak, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa sehingga akhirnya seseorang menyalahkan Tuhannya kerana membebankannya dengan masalah yang dihadapi. Hati yang seperti ini menyebabkan tuannya mengalami tekanan secara berterusan dan akhirnya membawanya kepada kecelakaan dan kebinasaan.
Apabila hati digilap dengan amalan yang sesuai, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu nafsu al-lawwamah. Allah berfirman: “Aku bersumpah dengan hari kiamat dan aku bersumpah dengan jiwa al-lawwamah (yang amat menyesali dirinya sendiri).” (Surah Al-Qiyamah ayat 1-2) Hati yang dipenuhi nafsu al-lawwamah menasihati tuannya tentang kefanaan dunia. Ia menyedarkan tuannya tentang keutamaan yang perlu dicari ketika tuannya terbabas dan terpesona dengan kesenangan yang memperdayakan. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu al-mutmainnah ataupun hati yang tenang damai. Allah berfirman: “Wahai hati yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah Al-Fajr ayat 27-30)
Mereka yang memiliki hati yang mutmainnah amat yakin dengan janji-janji Allah. Justeru, mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana mereka merindukan kesenangan di akhirat

Zikir Dan Ibadah Yang Khusyuk

Ibadah yang khusyuk mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah. Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah Ar-Ra’d ayat 28)
Solat yang khusyuk juga boleh mendamaikan jiwa, justeru Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Wahai mereka yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu..”(Surah Al-Baqarah ayat 153) Mengikut riwayat, Nabi Muhammad ketika berdepan dengan masalah akan memperbanyakkan solat Baginda kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Baginda bersabda: “Dan dijadikan cahaya mataku pada solat.” (Riwayat An-Nasai)
Dr. Ahmed El-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida, membuat satu kajian berhubung kesan mendengar Al-Quran ke atas fisiologi manusia, sebagai contoh denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan saraf dan otot. Beliau mendapati, mereka yang mendengar Al-Quran, termasuk daripada kalangan yang bukan Muslim dan bukan Arab, mengalami perubahan fisiologi yang positif di dalam diri mereka.

Bersyukur Dan Menjauhi Ketamakan

Reda dan bersyukur dengan pemberian Allah mampu menghilangkan tekanan di hati. Sebaliknya mereka yang tamak tidak akan berpuas dengan apa yang ada sehingga mereka menjadi tertekan mengejar kesenangan yang memperdayakan. Mengikut pandangan Islam, kekayaan yang sebenarnya tidak terletak pada harta benda sebaliknya kepada jiwa yang damai. Nabi Muhammad bersabda: “Tidaklah kekayaan itu lantaran banyak harta sebaliknya kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa.” (Riwayat Bukhari-Muslim)
Keinginan untuk merampas hak orang lain sering kali melahirkan perasaan hasad dengki dan hal ini amat dibenci oleh Allah. Zuhud adalah penawar kepada tamak dan haloba. Nabi Muhammad bersabda: “Zuhud daripada dunia akan menyebabkan kamu dikasihi Allah dan zuhud daripada apa yang dimiliki manusia (iaitu tidak berkeinginan untuk merampas hak orang lain) akan menyebabkan kamu disukai oleh manusia.” (Riwayat Ibn Majah - Hadis Hasan)

Pemikiran Positif Dan Tidak Mudah Berputus Asa

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru, perkara yang paling penting yang perlu kita lakukan ialah memperbaiki diri dari masa ke semasa tanpa mengenal putus asa sehingga akhirnya kita menjadi insan yang lebih baik. Apabila kita pernah melakukan dosa dan noda, bertaubatlah kerana Allah Maha Penerima Taubat. Yang paling penting ialah, jangan berputus asa. Allah berfirman: “Ibrahim berkata, ‘Tidaklah berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang sesat sahaja’.” (Surah Al-Hijr ayat 56)
Justeru, janganlah mudah berputus asa. Sekali kita gagal tidak bermakna kita gagal selama-lamanya. Jadikan kegagalan hari ini sebagai rangsangan untuk kejayaan hari esok. Pemikiran positif seperti ini adalah penting untuk mencapai kejayaan justeru Allah mengingatkan umat Islam tentang kepentingannya berpandukan firmanNya: “Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita kerana kamu adalah golongan yang tinggi jika kamu beriman.” (Surah Ali-Imran ayat 139)

Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar

Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri.
Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)


Puasa Ialah Penawar

Umat Islam diwajibkan melaksanakan ibadah puasa selama lebih kurang 12 jam setiap hari di bulan Ramadan, melainkan oleh sebab-sebab yang diizinkan oleh syariat. Allah berfirman: “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atas mu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum mu semoga kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah ayat 183)
Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa pada tahun 1984. Di samping itu, Dr. F. Azizi dan rakan-rakannya juga membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadan di Universiti Sains Perubatan di Tehran. Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa di musim Ramadan tidak memudaratkan kesihatan umat Islam secara amnya. Malah ia memberi kesan yang baik pada metabolisme lemak dan pengawalan berat badan seseorang. Puasa juga meredakan tekanan pada jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, membanyakkan solat, menjaga lidah dan banyak bersedekah. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.

Membantu Orang Lain Mendamaikan Jiwa

Islam mengatakan, tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Justeru, umat Islam digalakkan memberi dan menolong dan sebagai balasannya mereka dibantu dan ditolong oleh Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan dunia yang dihadapi oleh seseorang mukmin, Allah akan meringankan baginya satu kesusahan di hari Kiamat. Sesiapa yang membantu kesusahan yang dialami seseorang, Allah akan membantu kesusahannya di dunia dan di akhirat..” (Riwayat Muslim)
Menurut satu kajian kebangsaan yang dilakukan ke atas 3,300 pekerja sosial di Amerika, mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan sering mengecap perasaan damai dan tenang selepas membantu orang lain (helper’s high). 90% daripada mereka berasa lebih sihat dan tekanan hidup mereka juga semakin berkurangan. Sebahagian yang lain pula mengalami kelegaan daripada sakit-sakit tulang, lelah dan gastrik.

Pasangan Hidup Dan Rakan-Rakan Yang Baik

Pasangan hidup kita adalah sumber kekuatan dan ketenangan bagi diri kita. Allah berfirman: “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagi mujodoh dari jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21)
Rakan juga penting dalam hidup kita. Nabi Muhammad bersabda: “Rakan yang baik adalah seperti penjual minyak kasturi. Dia mungkin memberikan sedikit minyak itu kepadamu ataupun kamu boleh terus membeli minyak itu darinya. Paling kurang, kamu dapat mencium bau minyak yang wangi...” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Hiburan Yang Tidak Melampau Adalah Penawar

Hiburan yang tidak melampau mengikut batas-batas yang diizinkan syariat boleh membantu meredakan tekanan di samping mendatangkan pahala. Aisyah ra pernah menghantar pengantin perempuan ke rumah sahabat Ansar. Nabi Muhammad bertanya kepada beliau: “Ya Aisyah, tidakkah disediakan hiburan pada majlis itu? Orang-orang Ansar sukakan hiburan.” (Riwayat Bukhari)
Dr. Yusuf Qardawi di dalam Halal dan Haram berkata: “Di antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati ialah nyanyian. Ia diizinkan oleh Islam selama mana ia tidak dicampuri dengan perkara yang haram dan perkataan yang sia-sia yang boleh membawa kepada haram.”

Senaman Dan Rekreasi Meredakan Tekanan

Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif. Nabi Muhammad bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang daripada zikrullah melainkan empat perkara, iaitu pergi memanah, melatih kuda untuk berperang, bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Riwayat Thabrani)
Senaman menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang. Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphins yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress. Bagi mereka yang mengalami masalah susah tidur atau insomnia, kajian menunjukkan bersenam di siang hari dapat mengurangkan masalah itu.

Jenaka, Senyum Dan Ketawa Meredakan Tekanan

Senyuman membantu meredakan tekanan di hati kita dan orang lain. Abdullah ibn Harith ra meriwayatkan: “Tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah.” (Riwayat Tarmuzi)
Dr. Lee Berk dan Dr. Stanley Tam dari Universiti Loma Linda di California dan juga pengkaji-pengkaji dari Universiti Stanford, Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Ohio State dan Universiti Duke mendapati jenaka dan tertawa mampu meredakan kemarahan dan kerisauan. Ia juga mampu mengurangkan kesugulan atau depression, justeru, bagi mereka yang sedang mengambil rawatan untuk kesugulan atau depression, dos rawatannya boleh dikurangkan. Jenaka dan tertawa meningkatkan kadar sel-sel T di dalam badan. Sel-sel T berfungsi meningkatkan daya ketahanan sekali gus mengawal pembiakan kuman di dalam badan.

Menjauhi Rokok Dan Arak

Perokok-perokok sering mengatakan rokok meredakan tekanan ke atas diri mereka. Sebaliknya kajian-kajian menunjukkan, nikotin yang terdapat di dalam rokok mengganggu otak dan saraf sehingga akhirnya perokok mengalami tekanan yang dikenali sebagai smokers stress ke tahap yang tinggi berbanding mereka yang tidak merokok. Perkara ini disebutkan oleh pakar-pakar dari Psychological ARTS yang beribu pejabat di Austin.
Institut Penyalahgunaan dan Ketagihan Alkohol Kebangsaan di Amerika mendapati alkohol juga meningkatkan tekanan. Hal ini disebabkan alkohol merangsang pengeluaran hormon-hormon seperti corticosterone dan adrenaline dari kelenjar-kelenjar pituitary, adrenal dan hypothalamus. Hormon-hormon ini meningkatkan tekanan di dalam diri manusia.240 Justeru, Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar

Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.”
Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaan mu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.” (Riwayat Tarmuzi)
(Artikel ini adalah ringkasan dari buku Dr Danial Zainal Abidin bertajuk “Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi-2”. Untuk perincian sila dapatkan buku itu terbitan PTS Publication)

Thursday, October 23, 2008

GARA-GARA VIRUS

PPDI tinggal edit full paper then boleh print out.
PEI kena gabungkan dengan huda dan k.zura ikut pembahagian masa pembentangan ritu,
Pastu, cari tesis untuk sambung bahagian ima tentang pembasmian kemiskinan.
SEP- dah ambil asigment bahagian nurin untuk digabungkan dengan bahagian saya before submit it next week.
And of course semuanya ditaip dan disimpan dalam Microsoft word.
Should be next week dh lega sikit and boleh fokus sikit nak cover balik study.
Tup tup, buka pendrive kul 8 pm tadi nak print, SEMUA word hilang!
Astagfirullah al’azim……….
Geram+ sedih + x keruan!
TENSION…………
Huh,huh,huh
Takes times to be cool...
Hmm, need to do all it back again!
Huhu..


Wahai hati yg serabut!
Tenangkan dirimu
Sabarkan jiwamu
Kulihat jalan lurus di depanmu.

Moral of the story, perbanyakkan istighfar dan buat back up ke atas semua kerja anda! =)
* kepala sedang serabut ketika menukilkan post ini. Di masa yg sama, masih memikirkan banyak benda yg perlu diuruskan dlm jangka masa terdekat. Mohon dimaafi kepada akhawat yg x dpt dilayan bual dan kerenahnya. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara!
Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang rida dan diridaiNya. ( QS; 89: 27-28)

Al-Fatihah..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan segala alam.
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Pemilik hari pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah & hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Melalui surah Al-Fatihah, sebenarnya terkandung doa yang amat mustajab kepada kita untuk menjadi hambaNya yang InsyaAllah sejati. Kerana itulah, surah ini menjadi surah yang wajib dibaca dalan solat. Yang kita kerjakan sehari semalam. 5 waktu sehari.
Menyingkap rahsia Al-Quran, sebenarnya susunan surah dalam Al-Quran, jika hayati dan fahami, sudah lengkap menjadikan kita sebagai muslim sejati. Dimulakan dengan surah pembukaan (Al-Fatihah), diikuti surah Al-Baqarah, An-nisa seterusnya hinggalah ke surah terakhir iaitu surah An-Nas. Menjadi manusia (an-nas) yang sempurna berdasarkan seruan Ilahi yang Maha Mengetahui. Subhanaallah.

“Segala puji bagi Allahyang telah menurunkan Kitab (Al-Quran) kepda hambanya dan Dia tidak jadikannya bengkok..” -alKahfi:1-

Dengan membongkar rahsia atau hikmah susunan ayat dalam surah Al-Fatihah, sudah cukup membantu kita menjadi hambaNya yang mantap dan utuh imannya. (jika betul penghayatan,pemahaman dan istiqamahnya kita mengamalkannyalah…)
1. puji Allah sebenar-benarnya.
Lihat sahaja ayat pertama dan kedua. Dalam bacaan harian, kita memuji Allah berulang-ulang kali. Kita mengakui Dia Tuhan segala alam, memujiNya yang ar-rahman, ar-rahim.. kita perlu mengingati bahawa segala isi ala mini berkaitan dengan Allah. Sebagai contoh, diambil salah satu namaNya ialah Yang Maha Adil. Kita hidup di dunia ini, lumrahnya akan berasa bahang matahari. Maka Allah kurniakan nikmat angina kepada kita. Jika di rumah, kita dapat menikmati angin daripada kipas. Allah Maha Adil kerana menganugerahkan ilham kepada pereka kipas kerana menciptakan kipas yang terletak di atas siling contohnya. Bayangkan jika Allah menganugerahkan ilham agar kipas dipasang di lantai. Maka kita tak bolehlah duduk di atas lantai. Kembung pula perut dek masuk angin..
2. lebih banyak memberi daripada menerima.
Sesungguhnya tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah. Dalam konteks penbentukan peribadi ini, kita digalakkan memberi kasih sayang, memberi ilmu, memberi sedekah dan sebagainya. Insyaallah, pemberian yang disusuli keikhlasan akan memperoleh pahala dan pulangan yang berlipat kali ganda.
3. Mengakui bahawa setiap kehidupan dan perbuatan kita akan ada hala tuju pada penghujungnya..
Dalam Islam, kita mengakui bahawa setiap perbuatan yang baik balasannya ialah pahala manakala perbuatan jahat itu akan dibalas dosa. Kita juga mengakui bahawa wujud hari pembalasan atas setiap amalan kita di dunia ini. Ini diakui dalam ayat ketiga surah Al-Fatihah. Kita meyakini bahawa Tuhan pemilik hari pembalasan. Dan maklum bahawa nikmat syurga dan azab neraka. Untuk perolehi syurga, kita tentunya akan berbodong-bodong membuat kebaikan agar amalan di bahu kanan kita lebih berat dri sebaliknya.
4. setiap perbuatan kita akan mempunyai adab.
Dalam persoalan ini, adab tersebut ialah setiap apa yang kita lakukan, kita lakukan dahulu, kemudian barulah mohon ganjaran atau sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dalam ayat keempat sehingga ayat terakhir. Selepas kita memuji-mujiNya semahu-mahunya, meyakini kewujudan dan keEsaanNya,kita pasrah dan mohon pertolongan dan perlindungan darinya. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya, ini baharu surah pembukaan. Jika dikaji lagi surah-surah lain, tak tergambar rasanya nikmat yang terkandung di dalamnya. Wallahualam.
*saya menemui asigment lama ni yg rasanya boleh dikongsi dengan sahabat2. moga ilmu yg sedikit ini membuahkan amal dan mendapat ganjaran pahala disisiNya...

Sunday, October 19, 2008

sahabat

Di kesuntukan masa yg ada, saya akui sangat merindui masa lalu. Masa lalu yg dulu saya mampu kongsi bersama seorang sahabat. Seorang sahabat yg sangat memahami yg saya temui sejak awal pengajian saya di lembah ilmu ini. Sungguh tak sangka, rupa-rupanya ajakan selamba untuk solat berjemah membuahkan sebuah ikatan persahabatan yg sangat unik, saaangat indah dan sukar dicari ganti. Alhamdulillah, perkenalan yg kemudiannya kami semai dengan benih-benih fikrah hingga kini masih tidak berpenghujung. Cuma dek kesibukan masa dan kekangan jadual harian masing2 mendorong kami saling berhubungan hanya melalui utusan doa dan titipan salam di kejauhan. Biar ada kalanya berlaku juga kekeliruan dan salah faham antara kami. Walau luka bisa mulut berkata, rasa sakit itu tak lama.

Diri ini sangat tersentuh mendengar hebahan adik manja yg sangat akrab dengan syauqah. Bersama tika suka duka, seiring mengatur hidup dan sebagainya. Bertuahnya dirinya memiliki sahabat seperjuangan, serumah dan sekepala. Anugerah titian Ilahi buat dirinya. Bisa mengadu segala masalah dan menyelesaikannya bersama. Sesungguhnya hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Sahabat, andai utusan ini kamu baca, ketahuilah bahawa persahabatan ini untuk selamanya. Yang akan menjadi saksi janji seorang sahabat yang membawa ke syurga.

Ya Allah,

make our friendship a great and holly adventure

may our joining be a sacred space.

Remove from us any tempatation to judge

And to direct each other

We surrender to You our conflict and burdens

We know You are our answer and our guide

Help us to not forget You whatever we is

Bring us together in heart and mind

May this friendship remain young and be a bust of light

Bring us what You desire for us and show us how You would have us be

TQ Allah, You who are the sement between us…

Amin, ya rabbal ‘alamin…

Monday, October 13, 2008

angka simple

dalam kesibukan dunia, saya masih juga ingin mengepost something. hajat mulanya ingat nak share la sedikit ilmu baru yg baru menerjah ruang minda ni. tapi mungkin perlu di'postpone' until satu masa yg masih dalam percaturan..
tahu tak?
terdapat 313 orang nabi kita,
tapi dari angka tersebut hanya
25 yg wajib diketahui
dan 5 sahaja ulul azmi...
manakala 1/3 daripada Al-Quran menceritakan ttg sejarah (nabi, zaman etc)
dan jika kita membaca surah Al-ikhlas, seolah2 telah membaca 1/3 Al-Quran!
surah terpanjang merupakan surah ke-2,Al-Baqarah ( 286 ayat)..

~sampaikan walaupun satu ayat...~

Tuesday, October 7, 2008

bukan tersisih tapi terpilih...

Ketahui diri
Setiap ujian yang dikau tempuh
Saban hari
Saban waktu
Merupakan anugerah bagimu
Responlah dengan baik
Kerna jika tidak,
Fitnah bakal mengejarmu
Menghimpitmu ke jurang kesengsaraan
Menyeretmu ke lembah gelap
Yang merunsingkan
Merimaskan
Menyakitkan
Menyesakkan jiwa-jiwa yang sering alpa dariNya..
Balaslah setiap kesalahanmu itu
Dengan kebaikan
Nescaya
Ia bakal menyahkan segala kesalahanmu itu
Dan pergaulilah semua manusia dengan
Budi pekerti yang baik.
Yakinilah duhai diri
Semua dugaan itu
Adalah ujian peningkatan buatmu
Tempuhlah ia dengan sabar dan solat
Walau sukar mana dirimu menghadapinya
Walau pahit mana dikau menelannya
Walau sakit mana hatimu menerimanya..
Jadilah insan yang bertuah
Yang menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam
Yang menjadikan dikau menjadi
Lebih baik
Lebih matang
Lebih cemerlang
Kerana ia
Bukan untuk insan yang disisih
Tetapi buat yang terpilih...

Friday, October 3, 2008

malam raya

Di malam raya, sambil melakukan kerja-kerja rumah, tv yg terpasang menayang drama ”mengejar sinar’. Lama tak nonton, terasa terpinga-pinga melihat banyak kisah yg dipaparkan. Cerita di malam hari memang menyayat hati. Sedih bangat!
Ya Allah, Kau lah pemberi segala rezeki dan seagala pintu2 kurnia. Kisah tersebut mengisahkan kehidupan seorang lelaki businessman yg memiliki stand yg kukuh di samping isteri yg sedang sarat mengandung. Walaupun kaya, tapi dia sentiasa sedia untuk membantu andai ada sehabat atau saudaranya mohon bantuan kewangan. Rm20 ribu, rm40 ribu seolah-olah pinjaman biasa baginya.
Dijadikan cerita, suatu hari dia keluar bekerja dan tertinggal handpone di rumah. Jenuh isterinya menelefon mohon bantuan keran sakit nak bersalin. Akhirnya isterinya meninggal kerana tidak mendapat bantuan. Selepas musibah itu, lelaki tersebut patah hati dan mula mengabaikan perniagaannya. Satu persatu musibah datang menerpa. Dari tinggal di banglo hingga merempat di kaki masjid, dari berkereta mewah hingga berjalan kaki (ada motor pun kena curi!).. masya Allah, tak tertanggung rasa jika perkara tersebut menimpa diri sendiri. Mujur anaknya yg seorang masih sanggup mengikutnya ke mana sahaja. Allah timpakan ujian demi ujian. Saudaranya pernah meminjam duit daripada langsung tak mahu menolongnya. Bantuan yg pernah dihulurkan tak dikenang kerana tiada hitam putihnya.
Sampai satu ketika, tika dia serabut memikirkan kehidupannya, didepannya ada orang yang mengemis. Belum sempat dia mencuba nasib untuk mengemis, kawasan tersebut diserbu Jabatan Kebajikan. Mujur dia berjaya melarikan diri dan menemui seorang wanita tua. Wanita itulah yg berperanan sebagai motivator, ibu dan sahabat kepada lelaki dan kanak2 tersebut. Walaupun dia hanya pengutip bekas tin di jalanan, tapi sekurang2nya dia masih ingin mencari rezeki yg halal. Mungkin sampah bagi kita, tapi rezeki bagi mereka. Berkat kesabaran dan izinan dari Ilahi, suatu hari lelaki tadi menemui semula sahabat perniagaannya dan ditawarkan bantuan kewangan yg x diangka2. sungguh Allah akan menguji hambanya yg terpilih.(2:175)

dimana erti kemanusiaan


Di mana erti kemanusiaan..
Semasa perjalanan pulang ke rumah bonda, saya dan seorang akhawat yg menempuh jalan yg sama, menemui seorang insan yg memerlukan erti kemanusiaan dalam hidupnya. Walaupun pada awlnya ia merupakan teguran halus bagi diri ini sendiri, namun ia perlu juga di ambilpedulikan dlm dunia sekarang.
Sedang aku yg terlihat2 bas yg bakal kami naiki, x sangka rupanya akhawat tersebut x dengar pun apa yg saya leterkan. Rupanya dia menolong seorang tua.
“Kenapa kak?”
”Pak cik ni, akak tengok kejap ke kiri, lama2 makin ke kanan. Buta rupanya..”

pakcik nak ke mana ni? mari saya bantu..


Ermmm, aku yg berjalan di depannya dari tadi pun tak perasan rupanya pak cik itu buta. Fuh, dunia semakin pentingkan diri sendiri. Tak endahkan pun orang di sekeliling. Sejuta ampunan untuk Ilahi dan sejuta kemaafan buat pak cik. Sebenarnya kami agak pelik kerana destinasi tujuannya ialah balai bomba tapi kami lunaskan juga tanggungjawab kami ke atas pak cik tersebut. Wallahualam (dengan pengetahuan Tuhan)..
Huh, jika akak tu tak tegur tadi, toh ke mana pak cik tu nak pergi sendirian. Huhu, moral of the story, berilah bantuan kepada yg memerlukan di mana sahaja anda berada dan tunjuki akhlak seorang muslim.
Akak itu selalu menenangkan saya. Lembut budi bicara terserlah dek tutur kata. Walaupun kami terlepas bas semasa membantu pak cik tersebut, doanya spontan sahaja.semoga Allah ganti dengan yg lebih baik. La haulawala... tiada daya kekuatan kecuali dengan Engkau...
Usai bas masing-masing tiba, kami pun membawa haluan masing2. ’’maka, bertebaranlah kalian di muka bumi..” kepulangan yg dinanti ayah bonda di kampung halaman ( sebenarnya x terasa kampung pun..huhu). hidup ini memang menyedihkan, bagi insan yg menjadikan hidupnya sedih!
Tapi yakinilah diri,
Teman dan sahabat,
Hiduplah dengan Allah,
Bersama Allah,
Untuk Allah,
Kelak Allah sentiasa kita.
Dalam perjalanan tersebut, sya mendapat perkabaran dari akak tadi..
Manusia semakin pentingkan diri sendiri.. baru ada seorang OKU kena tumbuk depan akak.. teruknya manusia tanpa Islam.. banyak sgt kerja2 kita tak buat. Doa moga Allah beri kekuatan..
Astagfirullah.. banyak sgt kerja2 kita tak buat.. sibuk dengan masalah diri. (baca; nada sindiran) .kata2 untuk sahabat dan diri sendiri terutamanya,
yuh bangkit ar-rijal..
masyarakat perlukan kita.
Mereka ternanti huluran kita
Laksanakan kerja kita, agak kelak jadi pembantu kita di sana.
Ya Allah, peliharalah teman dakwahku,
Kuatkan kakinya di jalanMu,
Teguhkan jasadnya dengan rahmatMu,
Kuatkan rohnya dengan kehambaan kepadaMu,
Kelak himpunkan kami di syurgaMu..
Ameenn...

pink guava dan pataya..



depan kedai yg dituju2..
Moreh yg terakhir di rumah sewa, saya dan akak merancang untuk ke Planet Kopitiam, hentian Kajang. Setiap hari lalu, Cuma boleh kata design kedainya memang menarik. Ala-ala planet yg ada di angkasa lepasla katakan.. dinding yg berlatar belakang planet2...
Akak kata kedai ini ice blended nya sedap sekali! Fuh, semangat kalau dengan akak ni bercerita. Ya, tak mengapa, sekali sekala je.. (sekali sekala pun, kalau KAKAK tahu, 10 jam bebel tau!)
Kami menikmati juadah itu dengan menonton tv. Tayangan tentunya kisah raya. (semangat raya, di mana dikau...)
Masa saya bersiap tadi, sempat men’jelous’kan akhawat yg dah balik..
Akak, kami nak g dating. Makan ice blended!
’ish, tak aci...’
Lama tak nyakat orang. Hobi yg best tapi tak boleh amal selalu. Hello, yg baik itu jadikan teladan, yg buruk itu jadikan sempadan..
Kami memesan pink guava, sepinggan nasi pataya, sekeping roti canai dan segelas kopi. Akak ni beriya-iya nak belanja. Moga dimurahkan rezeki. Saya cuba juga habiskan hidangan itu. Kata orang Johor, sampai ”se’eh perut”. Akak beri alasan dah kenyang. Ni yg boring kalau makan dalam pinggan. Tradisi rumah kami, makan dalam dulang. Walaupun sikit, tapi kenyang. Boleh eratkan hubungan lagi.. kan dalam sunnah ada keberkatannya?

lagi sikit..lagi sikit..



Average cost, rm10+-. Ingat2 lupalah pula total harganya (maklumla, orang belanja). terima akak yg sudi belanja. moga dimurah dan dikurniakan rezeki yg halal. jazakillah atas pelawaan ini.