Thursday, July 22, 2010

.:hijrah menuju illahi:.

kupasan menarik ahli liqa' kelmarin rasa sentiasa dekat dan basah di hati. menyelusuri hijrah Baginda s.a.w dan sahabiah ke Madinah selepas menghadapi pelbagai tekanan dan dugaan di Mekah, meninggalkan tempat lahir cinta dan fahaman Allah, memilih untuk bersama sahabat masyarakat di tempat baru, ada nilai manusiawi kini yang boleh kita ikhtibarkan juga.

Wahai diri dan teman,
bukanlah hijrah itu bermakna Baginda melupakan terus Mekah,
bukanlah juga hijrah itu menjarakkan Baginda dengan ahli Mekah,
bukanlah juga hijrah itu meringankan rasa hati Baginda berada kejauhan dengan tempat tercinta mulia tanah,
bukanlah juga kerana rajuk hati dek tekanan berat di sana..


namun,
hijrah itu adalah demi sebaran strateginya
demi luasan fahaman Islami tentangNya
demi mencari ruang dan peluang meneroka bumi ciptaanNya

Ayuh diri dan sahabat,
kita hadam dan fahami nilai Islami ini
kita ikuti ibrah demi langkah menuju illahi
kita kembalikan niat murni kala hati kian dikotori
hijrah ini,
hijrah menuju illahi...

Monday, July 19, 2010

.:siratul mustakim:.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kebelakangan hari ini, saya telah dapat berhubungan semula dengan beberapa sahabat fillah yang mula sibuk dengan komitmen masing-masing. sahabat fillah yang lama bertaarufan bahkan sering melengkapkan rukun usrah yang lain iaitu taawun dan tafakul. sahabat fillah yang pernah diuji senang dan susah bersama, gaduh lalu bermaafan selalu.

masing-masing mengakui bezanya zaman belajar dan kerjaya. bimbang futur, masing-masing melaksanakan pelbagai tuntutan dzatiyah yang 'gila' bagi pihak yang tidak merasai nikmat di jalan ini. jalan ini. ya, jalan yang susah, lama, payah. sangat menuntut nafas panjang juga perancangan jangka panjang.

"...Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan [iman] itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kefakiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." [al-hujurat 49:7-8]

masihkah di jalan yg lurus?


Ya Allah..
sentuhlah hati kami, saat kami jauh dariMu..
peluklah hati kami, saat kami mencintai sesuatu lebih daripadaMu..
peliharalah iman kami, teguhkan hatikami dalam mencari keredhaanMu..
Sesungguhnya kami takut seandainya Kau berpaling dari kami..
Alangkah ruginya kami, betapa ruginya kami...

Friday, July 16, 2010

.:rumah ankabut:.


"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui." [Al-Ankabut 29:41]

uish, mengaitkan kesawangan blog ini dengan kiasan Al-Quran di atas, masih banyak yang kalian dan saya sendiri tidak tahu. -_-
DIA kata rumah paling lemah ialah rumah labah-labah sedang rumah diaman kita pula bagaimana?

rumah saya
rumah kamu
rumah muslim

baiti
baituna
baitul muslim...


* hampir merepek kerana berjaga malam tidak boleh tidur -_-