Thursday, February 26, 2009

Tuesday, February 24, 2009

"sahaja aku masak lillah taala.."

dahulu, sayalah perempuan pertama yang akan lari dari dapur apabila nenek saya nak memasak.[macamlah ramai cucu perempuannya!cucu perempuan pertama la kot..] saya sangat alergik dengan suaranya di dapur. sepatah kata bonda, muncung boleh sangkut plastik ikan! nenek suka sangat kata saya tak pandai masak. walhal saya baru belasan tahun kot! saya sedar, perempuan memang kena masak. tetapi saya rasa jika waktu itu dia menggunakan ayat yang lebih dekat dengan saya, saya pasti lebih menghargainya. bukan susah pun. yakin tak yakin je nak letak apa. bonda pun relaks sahaja.dia tahu anak dia boleh pandai juga masak suatu hari nanti. tak perlulah nak desak sangat.. bonda sendiri dilatih dari kecil membuat kemasan rumah bergilir-gilir dengan adik-adiknya. pembahagian tugas dengan teratur.
hari itu, masa bonda jatuh sakit, saya terkial-kial nak masak apa untuk dimakannya. bahan ada, minyak ada, dapur gas ada, resepinya je tak ada! huhu. nak tanya adik saya, macam saya bercakap dengan diri saya di depan cermin. kata abah, "masak je lah, macam tak kenal..." alhamdulillah, mendapat keluarga yang tak kisah.[tak cerewet tentang makan makanan ni]. hmm, ada lah terkurang rasa, terlebih at some part. sangat merindui kenangan itu.. T_T
tetapi bukan selamanya suasana menyenangkan itu akan menyenangkan kita. semenjak hidup lebih berdikari ini, pelbagai kerenah yang di luar suasana menyenangkan saya, saya temui. pernah sangat terkedu apabila KAKAK acapkali membetulkan masakan saya mengikut citarasanya. betapa saya bersyukur mempunyai bonda seperti bonda saya. hikmahnya kata-katanya membetulkan rasa. kalau tak suka pun, senyap je. T_T
hari ini, saya kena masak seorang! someone sedang memprotes dengan saya! sampai hati... yelah, siapalah saya ni.
"sahaja aku masak lillah taala.."
masak nasi, keluarkan ikan dan sayur-sayuran dari peti ais, kupas bawang putih bawang merah, potong sayur-sayuran tadi seadanya and start thinking...
"nak masak apa ni...." -_^
tenanglah wahai diri..
tawakkal ilallah...
gorengkan ikan. kemudian masukkan cili boh beserta bawang putih bawang merah ke kuali untuk ditumis. setelah meletakkan bahan perasa secukupnya, campurkan ikan tadi ke dalam kuali. jeng3x. ikan masak merah.huhu
lepas tumis bawang, cili n ikan bilis, saya memutuskan untuk memasukkan sayur-sayuran yang siap dipotong tadi beserta tumisan di periuk. gaul punya gaul, campur punya campur, kan dah masak.huhu.
its not that hard!
wallah, dah siap..
nekad2x. timba ilmu lagi dengan bonda.[jika bonda masak tak sedap, bagaimanakah saya boleh menjadi seperti saiz ini? ^_^]
* mesti jadi orang pertama volunteer bantu nenek dan bonda memasak!

Tuesday, February 10, 2009

41: 26-38

malam tadi, ana sempat membedah beberapa ayat dalam surah fussilat. suka untuk ana share apa yang ana dapat since ana rasa pengisian surah tu betul-betul mengena kat ana. DUSHh!!!
basicly, fussilat bermaksud peringatan-peringatan. so, banyak ayat-ayat dan kisah dalam surah ni memperingatkan manusia.[bukan al-Quran tu memang untuk memperingatkan manusia ke?] dari ayat ke 26 hingga ke 38, basicly merupakan peringatan tentang balasan Allah terhadap orang beriman dan orang kafir.
(41:26)- orang kafir mempersendakan bacaan Al-Quran dan bergaduh tentangnya. sememangnya kita tahu orang kafir tidak percaya kepada kalam Allah.
(41:27-28)- janji Allah untuk mengazab mereka. mereka dijanjikan seburuk-buruk balasan di neraka kelak. bagaimana agaknya bentuk seburuk-buruk balasan itu agaknya? sedangkan kita tahu azab PALING ringan di neraka kelak adalah seperti api neraka yang berada di tapak kaki tetapi otak kita dah mendidih..[azb kepada bapa saudara baginda s.a.w]
(41:26)- lihat bagaimana orang kafir mempersendakan kita. sesungguhnya manusia ini memang hina. dijadikan dari air mani yang kotor yang kalau jatuh ke tanah, ayam tak patuh, jatuh ke daun, ulat tak makan. tetapi boleh pula bersikap angkuh dan sombong bila sudah besar. [apakah ukuran besar itu?]
(41:30-32)- ayat motivasi bagi orang yang beriman yang terkena 'laser' orang kafir. see how beautiful malaikat datang kepada mereka lalu memujuk agar tak bersedih hati, tak takut dan memberi peringatan tentang nikmat syurga yang diganjarkan kepada orang-orang beriman. then, disokong lagi orang beriman ini mempunyai pelindung di dunia dan akhirat. mean, doesn't matter how hurt you are, Allah will always with you and will give you the sweetest memories to pay your hurt!
(41:33)- ada sesiapa boleh jawap soalan ini? siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan?
(41:34)- Allah ajar kita untuk tolak kejahatan dengan kebaikan. seperti post ana sebelum ini, bukan senang untuk berbuat demikian. menerima kejahatan dan membalasnya dengan kebaikan [antara caranya dengan berlapang dada] sehingga orang yang berbuat jahat kepada kita, yang menyebabkan hati kita luka berdarah boleh menjadikan teman setia kita. [tapi taklah semua musuh kita jadi teman kita kan??]
(41:35-36)- how smart He is? Dia tahu bukan senang nak buat itu semua. sebab itu, Allah tenangkan kita semula, rasional kita semula bahawa ciri-ciri orang yang boleh menolak kejahatan dengan kebaikan ini adalah orang yang sabar dan yang mempunyai keberuntungan yang besar. so, jika kita rasa nak berbuat baik itu payah bangat, sabar deh, tingkatkan istighfar, mohonlah ampunan dariNya. mohonlah perlindungan agar godaan syaitan untuk terus bergaduh, bermasam muka dan sebagainya dijauhkan dari kita yang saangat meyakini janji Allah ini..
(41:37)- dan jika kita ditimpa ujian, dugaan, sembahlah Allah. bukan pada matahari, bukan juga pada bulan, apatah lagi kepada manusia. sujudlah kepadaNya! Dia sahajalah yang akan sentiasa mendengar rintihan kita. Dia sahajalah yang sentiasa memenuhi kehendak dan permintaan kita menurut caraNya sendiri..
(41:38)- WAIT! jangan lupa diri. jangan rasa kamu good enough apabila kamu dah lalui segala penderitaan,kesakitan dan dugaan seterusnya meresponnya seperti yang dipinta. istiqamahlah..sedangkan malaikat sentiasa ingat kepadaNya tanpa jemu, Allah ciptakan manusia di muka bumi ini. jangan pula kita [manusia ini] yang imannya kadang-kadang ok, kadang-kadang tidak, ingin menyombong diri kepadaNya. nauzubillah...
YA ALLAH, KEKALKANLAH RASA KEHAMBAAN KAMI DAN HANGANLAH KAU PESONGKAN HATI KAMI SETELAH KAU MEMBERI HIDAYAH KEPADA KAMI. AMIN..
~ sekadar olahan dari perbincangan. ambillah yang baik, perbetulkanlah yang salah. wallahualam..~

Thursday, February 5, 2009

samakah kebaikan dan kejahatan?



sering sahaja kita menemui situasi yang berbeza dengan fahaman kita. meminjam kata seorang murabbi, pertembungan yang hak dan batil itu akan sering terjadi. namun, bagaimanakah kita merespon situasi itu?
situasi di mana kita menemui kerenah sahabat yang sangat berbeza dengan kita. mahu dituruti sahaja semua kemahuannya. walau berlapik-lapik kata diujar, masih tidak mengalah. apakah betah kita sahaja yang mengalah atau terbangkit rasa amarah yang membinasakan?Allah berfirman (yang ertinya),
"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Fushshilat: 34-36).
lantas, tidak yakinkah lagi kita kepada janji Allah ini? namun, mencapai tahap kesabaran yang tinggi juga memerlukan akhlak yang mulia. dan sebagai manusia berpendidikan, sudah tentu akan ada masanya ia merasa harus menyatakan kebenaran yang sebati dalam diri.
tetapi penyampaiannya juga butuh hikmah. haruskah kita menyatakan itu yang benarnya, ini yang kurangnya sedangkan keadaan selepas itu akan lebih rumit.
memang benar, kita harus menyatakan yang benar, tetapi alangkah bagusnya kita dapat mencari detik waktu yang mungkin lebih sesuai dari waktu itu daripada meyatakannya pada waktu itu lantas bermasam muka dengannya berhari-hari lantaran kurangnya kurangnya taaruf yang membawa kepada tafahum dalam perkenalan.
sudah tentu tidak sama antara kebaikan dengan keburukan. seperti mana juga bezanya yang buta dengan yang dapat melihat.
mungkin keikhlasan hati melakukan amal yang boleh membuat kita berlembut hati berlapang dada kepada sahabat yang menyakiti kita. mungkin juga kita memerlukan masa dan kebersamaan untuk meningkatkan pemahaman kita atas setiap tingkah sahabat kita. tidak mustahil, suatu hari kelak, sahabat yang pernah buat kita terguris, menangis kesakitan lantaran berlebihan diri berbicara berubah menjadi teman yang sangat setia kepada kita.

Ya Allah, karuniakanlah kepada kami kesabaran, dan kuatkanlah pertahanan kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang zalim.

Tuesday, February 3, 2009

EN.lampu, miss jalan dan pn.kenderaan


ikuti perbualan miss Jalan,en. Lampu dan pn. Kenderaan:
Pn. kenderaan ; en.lampu, cepatlah hijau. awak tak nampak ke kami dah beratur panjang ni? ada antara kami nak kena pergi kelas, pergi jumpa adik2, saya pun ada program nak kena cepat ni..
en. lampu ; sabar.sabar. tunggu giliran anda. sila patuhi peraturan jalanraya.
miss Jalan ; ehem.ehem. kenapa ni?jangan gaduh-gaduh, kalut-kalut. merana saya dibuatnya. saya tahu la saya ni tempat kalian melaksanakan tugas dan tangungjawab. tetapi saya juga punya hak. dalam kalian asyik mempertikai hak masing-masing, jangan lupa ya hak saya.
pn. kenderaan ; alah, awak bertolak ansurlah sedikit. nak berjaya perlulah berkorban. tetapi berkorban bukanlah ertinya terkorban.
en. lampu ; pn.kenderaan, berulang kali saya kata, sila tunggu giliran anda.
pn.kenderaan masih dengan egonya dan merasa dia sangat perlu diutamakan.miss jalan sudah tidak larat melayan kerenah pn.kenderaan, en.lampu berkecil hati dan membiarkan warna hijau tertera sepanjang masa. pn.kenderaan tidak menghiraukan en.lampu dan miss jalan. ia terus meredah jalan dan bersaing dengan kenderaan-kenderaan lain. sudah tiada kawalan. pn.kenderaan semakin teruk.satu hari...
BANGGGG!!
kemalangan dahsyat berlaku akibat tiada kerjasama dan toleransi antara miss Jalan,en. Lampu dan pn. Kenderaan.


~ maaf, penulisan agak celaru yang menggambarkan kecelaruan penulisnya. sebarang komen amat dihargai. ^_^ ~