Showing posts with label DF dan tarbiah. Show all posts
Showing posts with label DF dan tarbiah. Show all posts

Friday, January 25, 2013

.:Nikmat hari ini:.

.:Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, yg Maha Penyayang:.


2013
.
.
.

urm, dah hari ke-26 dalam 2013.
MasyaAllah, Dia masih memberi saya nikmat masa, ruang, iman dan Islam!
Straight-tarbiyah!!!
Sangat banyak nak dikongsi sebenarnya..
Nikmat bertahun baru dalam kesibukan diskusi ummat, berhujung-hujung minit untuk kepalai daurah + katibah, berseorangan menerima tarbiyah 'real and direct' dariNya. Sungguh bagai disuakan cokelat paling enak dalam pasaran bila  peroleh peluang jaulah syuyukh ziarah tempat jatuhkenal tarbiyah ini. Disibukkan juga dengan pelancaran IKRAMSISWA, pertemuan semula jiwa-jiwa pekerja ilahi yang semakin membiak di tempat masing. Bahkan pulang terus mengurus riadah alam untuk esok harinya..
Pernah saya impikan semua ini?
Bahkan tak terjangkau impian dan pengetahuan saya apa yang diaturkanNya..
Walau ada minit yang saya melemah,
Walau ada saat saya sunyi merebah diri,
Dia masih teguh mendakap hati saya sekuat-kuatnya..
Dan hari ini,
Bersaksi taubat dan izzah yang disedut dari SH,
DIA mudahkan urusan saya mendekati adik2 kecik ini,
DIA lancarkan lidah dan minda saya menghadam senggang minit terdesak untuk menyampaikan nikmat dan betapa indah serinya Islam yang sebenar,
DIA lembutkan hati-hati kami menerima segala kebenaran sebagai kebenaran,
DIA dekatkan hati-hati kami mengakui kelemahan diri dan kelebihan Pencipta Ilahi..

Andai hari ini hari terakhir saya bernafas,
Sesungguhnya kalianlah yang saya sangat-sangat sayangi
Bahkan teringin sekali berjiran di syurga nanti.
Moga Allah teguhkan hati dan jadikan kita sebagai khalifah yang memenangkan agamaNya.

Tuesday, May 29, 2012

.:Minggu ini:.

Minggu ini
semangat meninggi
untuk meredah rempuh kampus pentarbiyahan
untuk membedah kalam penyucian
untuk membuka seluas-luas hati untuk mengenal dan dikenali..

[masih likat dengan pengisian dakwahtuna minggu lepas =.=]

~Alhamdulillah~

Tuesday, August 10, 2010

.:ugustus:.

menyelak kalendar,sudah masuk ke bulan ke-8 @ ogos @ ugustus.
sengaja meletak tajuk ugustus kerana terkenang satu detik ketika di awal sekolah menengah. setiap hari, perlu menghafal nama-nama Arab yang sangat tidak biasa di lidah anak kebanyakan ni. Lagi berpeluh kerana setiap kali waktu pembelajaran BA, ustazah genit itu akan meminta ahli kelas untuk berdiri dan menjawap soalan-soalan Arabnya. jenuh mengingat yanayir, fabuayir, mayu, yuliyu, diminta pula tampil ke papan hitam membina ayat atau menulis karangan dalam kertas. sungguh,saya pernah menyumpah seranah dalam hati jenis-jenis kepayahan menuntut ilmu dalam kelasnya.bahkan muka ini juga seperti sangat dia gemari untuk bersoal jawap.
kisah sukar dengan dia, akhirnya kini saya lebih syukuri kerana banyak hikmah dari kejadian silam itu.
Ada apa dengan Ogos?
macam-macam ada.
pening dengan konsis IKRAM, ponteng usrah akhir, lelah membelah lebuhan demi kasih adik, meeting nuqaba annur, konvo, pulang Rawang, berRamadhan kareem dan bakal menjelma keberangkatan ulangtahun tua saya.^_^
yeh,teruknya hidup!
kenapa perlu saya nyatakan senarai di atas di ruang ini?
huh.kerana ingin menasihati diri ini bahawa betapa banyak saya telah zalimi diri sendiri. ingin hidup sendiri, makin lama makin lemah. andai beberapa bulan yang melangkah pergi, gangguan jin dan syaitan yang nyata menakutkan menutup kewarasan duniawi,kini melangkah datang bulan yang hanya ada gangguan nafsu kerana DIA telah janji bahawa makhluk selain manusia itu DIA penjara dan halang dari berleluasa.
hidup penuh dengan ujian. uh.
mengaduh kah cik Leza?
membuka tilawah ba'da solat dengan sambungan tilawah harian, saya mendapat ketukan hebat dariNya.
Al-Qalam 68: 28-52 [jom tadabbur sama-sama]
seterusnya lewat surah Al-Haqqah, ke Al-Maarij...
ah, ih, uh, huhu...
takut, seram, azab.

Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami din cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami mohon kepadaMu kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami. Ameen, ya Rabb...

Thursday, July 22, 2010

.:hijrah menuju illahi:.

kupasan menarik ahli liqa' kelmarin rasa sentiasa dekat dan basah di hati. menyelusuri hijrah Baginda s.a.w dan sahabiah ke Madinah selepas menghadapi pelbagai tekanan dan dugaan di Mekah, meninggalkan tempat lahir cinta dan fahaman Allah, memilih untuk bersama sahabat masyarakat di tempat baru, ada nilai manusiawi kini yang boleh kita ikhtibarkan juga.

Wahai diri dan teman,
bukanlah hijrah itu bermakna Baginda melupakan terus Mekah,
bukanlah juga hijrah itu menjarakkan Baginda dengan ahli Mekah,
bukanlah juga hijrah itu meringankan rasa hati Baginda berada kejauhan dengan tempat tercinta mulia tanah,
bukanlah juga kerana rajuk hati dek tekanan berat di sana..


namun,
hijrah itu adalah demi sebaran strateginya
demi luasan fahaman Islami tentangNya
demi mencari ruang dan peluang meneroka bumi ciptaanNya

Ayuh diri dan sahabat,
kita hadam dan fahami nilai Islami ini
kita ikuti ibrah demi langkah menuju illahi
kita kembalikan niat murni kala hati kian dikotori
hijrah ini,
hijrah menuju illahi...

Monday, July 19, 2010

.:siratul mustakim:.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kebelakangan hari ini, saya telah dapat berhubungan semula dengan beberapa sahabat fillah yang mula sibuk dengan komitmen masing-masing. sahabat fillah yang lama bertaarufan bahkan sering melengkapkan rukun usrah yang lain iaitu taawun dan tafakul. sahabat fillah yang pernah diuji senang dan susah bersama, gaduh lalu bermaafan selalu.

masing-masing mengakui bezanya zaman belajar dan kerjaya. bimbang futur, masing-masing melaksanakan pelbagai tuntutan dzatiyah yang 'gila' bagi pihak yang tidak merasai nikmat di jalan ini. jalan ini. ya, jalan yang susah, lama, payah. sangat menuntut nafas panjang juga perancangan jangka panjang.

"...Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan [iman] itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kefakiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." [al-hujurat 49:7-8]

masihkah di jalan yg lurus?


Ya Allah..
sentuhlah hati kami, saat kami jauh dariMu..
peluklah hati kami, saat kami mencintai sesuatu lebih daripadaMu..
peliharalah iman kami, teguhkan hatikami dalam mencari keredhaanMu..
Sesungguhnya kami takut seandainya Kau berpaling dari kami..
Alangkah ruginya kami, betapa ruginya kami...

Sunday, June 20, 2010

.:padat dengan ukhwah:.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

setiap orang punya kisah dan sudut utama untuk berkongsi walau melalui satu rentetan yang sama. setiap orang juga punya sinergi tersendiri dalam menongkah arus kehidupan yang tidak pernah jelas dan penuh seni.
apa yang mahu dikongsikan pada kali ini?apa muhasabah yang dilalui untuk terus meyakini DIA tidak menciptakan hidup ini dengan sia-sia? apakah juga dalil-dalil berupa janji Ilahi buat tiap hambaNya yang menempuh hidup ini dengan mujahadah?
dikongsikan dahulu sms menusuk kalbu dari 2 insan yang dekat di hati..

"salam rindu dan kasih buat adikku.. semoga sentiasa di bawah rahmat dan kasihNya selalu, salam rejab salam penuh berkah semoga Tuhan ganjari. Biar Allah beri kelapangan hati buat kita, rasa berjuang untuk ummat dan addinNya yang tidak pernah padam. Biar hidayahNya yang akan memandu setiap usaha dan caturan hidup di dunia ini. moga-moga Allah beri kekuatan.." -izzah-

"melangkah itu mudah, namun mencari arah itu terkadang payah, mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah. menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti datang lelah. dalam semua ini, menjadi istiqomah paling susah, payah dan lelah. Namun DIA amat faham, bagi hambaNya, DIA tidak meminta manusia menjadi terbaik, hanya perlu melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya, lantas DIA akan menguruskan yang selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia. moga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan Allah, sekali terleka, kita terjerumus jatuh, jangan mengalah, bangun dan teruslah melangkah. salam muhajadah."-nazirah-

MasyaAllah... terlupa sejenak kini dah menginjak bulan rejab. meniti rejab yang bakal ke ramadan penuh barakah..terlalai juga seketika ada jiwa-jiwa gigih yang sebenarnya penuh ikhlas untuk saya. terasa akrab sungguh wajah-wajah yang sering terbayang dalam kudus doa rabitah.

Liqa' lepas, kami ke perkongsian tokoh yang punya kelembutan dan kemesraan tak tercemar dek masa. perkongsian borak-borak yang sarat dengan nilai-nilai islami dan pengalaman yang menarik. Walau kami tidak mesti melalui semua itu sama sepertinya, sekurang-kurang ibrah dari kisah dia banyak yang kami boleh teladani. bertahan di jalan dakwah, formula kekuatannya ada pada sokongan keluarga dan saling berhubungan antara yang muda dan tua.
adeh, terlupa diri ini telah lelah melalui beberapa angka tahun untuk jalan dakwah ini. nilai dan pengertian liqa' yang sudah sebati, tinggal sebarkan dengan penuh ikhlas dan benar kepada ahli lainnya. seperti hanya separa sedar melakukan itu dan ini hingga kini. tidak pasti berapa lama lagi masih di sini. seperti kata mak cik, cabaran bagaimana untuk kekal juga perlu diketahui. bersangka baik, menjaga hati ahli dan yang paling utama panjatkan kata untuk Ilahi.
terasa seperti sangat ingin memohon maaf kepada murabbi yang pernah diejek melakukan kerja gila. sebenarnya bukan kerja gila, cuma ingin menebus kesilapan silam.


perjumpaan alumni juga mengharukan. bergenerasi-generasi datang dan pergi, wajah dan disiplin yang pelbagai namun ikatan hati dan ukhwah tetap sama. jenuh melalui mutabaah yang ketat, aktivitis yang padat, latihan-latihan bentukan jati diri khas istimewa buat persembah pada DIA dibelakang hari. tidak dinafikan agak tergugat dengan beberapa kisah yang saling berulang antara mereka. ingin memegang janji Ilahi, sunahkah akan merasa sangat perit menjadi seorang ukht?

menghadiri dan bantu mengendali majlis pelancaran juga sarat dengan pengertian yang pelbagai.
kelam kabut mengurus kaunter, berhubungan baik antara muda dan tua, kisah jumpa ahli yang lama di kejauhan, panjatan doa buat mujahadah dari penglihatan dia, ketentuan Ilahi dalam IKRAM perlu saya terus baiki niat dan lurus jalannya. banyak juga kisah-kisah perjuangan dan penerusan yang menikam rusuk kalbu.
'ukhwah teras kegemilangan'



insyaAllah

Saturday, May 8, 2010

.:seperti sabarnya Nabi Ayub:.

pernah ikut kisah Nabi Ayub?
nabi Allah yang menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya.

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

diuji bertahun-tahun hingga kehilangan segala-galanya, keimanan dan keyakinannya tetap pada Illah yang satu. MasyaAllah, Allahu Akbar.
bagaimana ya jika kita ditempatnya?
paling tidak, dikurniakan secebis dari ujian-ujian berat itu?
kehilangan bukan semua, mungkin sekadar hilang teman dan pendapatan?
kesakitan bukan sehingga kudis yang menjijikkan, bahkan mungkin hanya sakit belakang atau lemah badan?
bertahankah kita dengan kesabaran?
menjejaskan atau tidak senarai aktiviti dan gerak kerja kita?
semakin penuhkah keyakinan kita kepadaNya?
masihkah kita mampu mencontohi Nabi Ayub yang masih teguh berdoa

“(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Al-Anbiya’: 83)



Monday, April 5, 2010

.:jangan berbohong:.


[jumpa artikel ni yang dihantar oleh seorang teman. terasa menarik pula untuk dikongsi dan diambil pengetahuan. tetapi penulisannya penjang sedikit.moga bermanfaat...]


Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di akhirat kelak.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya, apabila dia berkata, dia berbohong. Apabila dia berjanji, dia mungkiri dan apabila diberi amanah, dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, “Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (Jangan berbohong!)”

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah SAW lelaki itu berkata di dalam hatinya, “Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?” bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah SAW dan setiap kali pulalah hatinya berkata, “Bagaimana kalau saya ditanya Rasulullah? Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku wajib dihukum. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.” Itu menyebabkan lelaki itu langsung berhenti daripada berzina.

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah, ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat Rasulullah itu.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Berbohong Satu Pengkhianatan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Renung-renungkan!

A man is never more truthful than when he acknowledges himself a liar ~ Mark Twain

Thursday, April 1, 2010

.:muhasabah diri atas kasihNya:.

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Sesekali menikmati kejiwaan lagu seperti nyanyian edcoustic ini, bait liriknya terasa seperti begitu akrab dengan saya pada waktu ini. Memuhasabah diri untuk cinta pada pemilik yang sepatutnya, kadang kita lebih sering lupa dan tersasar dari landasan yang sepatutnya. Dan bagaimana menjadikan doa yang merupakan senjata orang mukmin itu sentiasa basah dalam ingatan dan amalan kita, merupakan satu bentuk latihan didikan diri yang begitu bermakna.

Setiap ujian juga merupakan tarbiyah [didikan] untuk setiap hambaNya. Tarbiyah dari Ilahi yang menandakan kasih sayang dari Ilahi, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang Maha Mengetahui dan Maha Adil. Ujian dariNya juga boleh jadi akan menimpa kita berulang-ulang kali sehingga kita akan tertanya-tanya mengapa ia berlaku dan berlaku lagi kepada diri kita..

Seorang sister yang pernah hadir menjadi murabbi mengatakan setiap ujian yang menimpa adalah untuk melihat bagaimana respon kita terhadap status ujian tersebut. Positif atau negatif yang bakal mendekatkan atau menjauhkan diri kita dari Rabb yang sebenar. Jika kita ditimpa derita sakit dari penyakit yang pernah kita hadapi dahulu, adakah masih sama rawatan dan kesabaran yang kita teladani? Masih samakah pemahaman diri mengenai nikmat Ilahi yang tidak pernah putus-putus? Dan bagaimana pula jika kita sering diuji dengan masalah kewangan, yang mungkin disebabkan oleh pengurusan kewangan diri yang tidak cekap, apakah kita masih akan meminjam dan meminta wang orang lain sepertimana kita lakukan sebelum ini? Atau masih samakah akhlak kita apabila kita dari dahulu hingga kini diuji dengan prasangka, teguran dan sindiran teman-teman?

Ayuh diri dan sahabat, kita panjatkan kesyukuran atas kesedaran kasih sayang dariNya kepada kita selagi hayat dikandung badan. Panjatkanlah juga rasa berterusan kehambaan kepadaNya dengan taubat dan istighfar yang berulangkali dalam aktiviti seharian kita, moga kita tidak pernah menjadi hambaNya yang melampaui batas dan merasai riak setelah mengecap banyaknya impian dan nikmat-nikmat dunia. Allahualam


Saturday, February 27, 2010

.:tragis 3 tahun:.

cuti sambutan hari Maulidur Rasul tahun ini agak menggemparkan seluruh negara dan warganya yang mengikut berita semasa. kematian Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor saya kira merupakan suatu bentuk kekejaman manusia yang tidak boleh diterima akal! didera oleh IBU sendiri sehingga cedera parah pada perut dan ginjal, luka dan lembam di seluruh badan serta pendarahan otak, apakah makna kehadirannya di sisi ibunya hingga ibunya tergamak berbuat demikian? atau ia juga komplot bersama oleh teman lelaki ibunya itu?

PUAN, SYAFIA HANYA BERUMUR 3 TAHUN!!

[saya sangat tidak boleh menerima kenyataan ini bahawa kanak-kanak itu baru berumur 3 tahun, didera oleh ibunya sendiri bahkan berada di bawah jajahan takluk Hulu Selangor. wahai pemimpin dan pembawa Islam di Hulu Selangor, saksikanlah kerja2 yang belum kamu buat disini...]

kejam,kejam,kejam, sangat kejam.
mengapa kes ini boleh berlaku di Malaysia?
mengapa kes ini boleh terjadi kepada keluarga yang menganut agama Islam?
bukankah agama Islam itu agama kasih sayang?

jika kita singkap seerah Rasulullah s.a.w, tempoh masa 3 tahun boleh dikaitkan dengan dakwah sirr baginda di Mekah. walau berdakwah secara sirr, namun pembawaannya ialah kasih sayang dan nilai murni Islam itu sendiri. ingat lagi antara bait-bait kata yang baginda ujarkan di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam?pernahkah baginda mengajar hamba-hamba abdi di Mekah pada waktu itu untuk membantah kata-kata majikannya, memukul orang yang menghina manusia atau apa sahaja bentuk keganasan dan kekasaran?
tidak, bahkan baginda sangat lembut menyentuh hati-hati manusia yang hadir ke rumah itu, dengan seruan keadilan dan kebenaran, sesiapa yang mendengar pasti akan tenang dan berlembut hati dengan apa juga mehnah yang menimpa.
bahkan, Rasulullah juga tidak pernah membalas dengan kejahatan atas setiap kejahatan yang ditujukan kepada baginda. wanita buta yang suka mengutuknya, baginda bahkan membantu wanita itu dan menyediakan makanan lagi buatnya. bukankah itu bukti kasih sayang yang amat mendalam pada baginda dan agama Islam itu sendiri?

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”.(QS Al-Ahzab:21)

Ya Rabb, sesungguhnya telah kami diri kami dengan begitu banyak sekali, sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk di kalangan hamba-hambaMu yang rugi..

Ya Allah, tegakkan Islam dalam diri kami, agar tertegak Islam di muka bumi ini...

amin ya rabbal 'alamin....

Wednesday, December 23, 2009

.:ikhlas buat diri dan sahabat:.

pertemuan malam kelmarin yang menyaksikan saya dan sahabat-sahabat berkumpul sekali lagi untuk kami muhasabah kembali diri dan amanah-amanah kami. sahabat-sahabat yang berwajah suci dan murni yang insyaAllah menginfakkan diri masing-masing untuk membawa serta menegakkan Islam di mana sahaja mereka berada. sahabat-sahabat yang walau kekadang ada perkara kami selisihkan, namun mudah juga kami saling memaafkan. sahabat-sahabat yang pada saya lebih akrab dan fahami saya berbanding keluarga saya sendiri. sahabat-sahabat yang telah kami sama-sama ikrarkan dalam rabitah hati kami.
InsyaAllah, selepas ini, walau bukan sepanjang masa kami bersama, walau bukan dalam semua pertemuan saya akan bersama mereka, walau banyak perkara berlaku ke atas kebelakangan ni saya tidak kongsikan dengan mereka, namun mereka akan sentiasa dekat di hati dan mata saya.
saya akui segala kelemahan saya yang masih perlu saya baiki, saya akui segala kelebihan dan kebaikan mereka yang terserlah yang perlu saya teladani.




walau saya tidak pasti sebenar-benarnya apa yang saya akan tempuh lagi di masa hadapan, namun saya perlu tempuh juga. cabaran, dugaan, jatuh, bangun yang saya cuba luruskan niat untuk tsabatkan diri mendamba keredhaan Allah semata, moga dikekalkan dalam diri sampai bila-bila. keinginan saya dan sahabat-sahabat untuk melakukan pengislahan kepada diri dan kawan-kawan, moga dituliskan sebagai ibadah yang berterusan di mizanNya. segala kata-kata, tindakan dan telaah kami atas buku-buku fikrah, moga menjadikan kami insan bermanfaat kepada masyarakat kelak. pengorbanan masa, duit dan tenaga bermati-matian kami moga menjadi bukti keikhlasan kerja kami apabila ditanya kelak.





sahabat,
bina pasukan berkumpulan, diri perlu belajar untuk meningkatkan kesabaran, keterbukaan dan berlapang dada.

Sabda baginda s.a.w :

Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

sahabat-sahabat,
ayuh tajamkan minda dan fikrah dengan menyiasat fitnah dan kesusahan yang mungkin bakal kita tempuh dengan membedah 'bahtera penyelamat kehidupan', kita dalami teknik mendekati dan memahami insan-insan istimewa dalam 'bagaimana menyentuh hati' setelah kita fahami hakikat diri kita dalam 'apa makna saya menganut Islam'...

Sunday, December 13, 2009

.:bukan superman:.

Aku bukanlah superman

Aku juga bisa nangis

Jika kekasih hatiku

Pergi meninggalkan aku….

Bunyi caller ringtone seorang adik yang hubungi tempoh hari memainkan lagu ini sebelum saya boleh mendengar suaranya. ‘muda mudi zaman sekarang..’ bisik hati saya. Lagu ‘aku bukan superman’ nyanyian The Lucky Laki ini kemudiannya menjadi siulan orang di sekeliling saya. Pelik juga rasa bila selalu dengar lagu ini. Kemudian saya membuat sedikit ‘homework’ dengan mencari maklumat mengenai lagu ini. Rupa-rupanya lirik ini mengisahkan seorang budak lelaki yang menangis kerana pujaan hatinya meninggalkannya. Dan bapa budak lelaki itu cuba membina jati diri anaknya itu dengan sifat ‘hati kering’ seorang lelaki.

Saya tidak peduli lagu apa dan jenis lagu apa yang adik-adik saya minati, tetapi janganlah sampai perhatian dan minat lagu-lagu tersebut tidak membuatkan kita kian tersentuh dengan lirik-lirik Al-Quran yang diperturunkanNya kepada nabi kita s.a.w. Bahkan, ada yang sampai sangat terbawa-bawa makna bait-bait lirik tersebut hingga keliru mengatakan lirik itu telah memahami is hati jiwa raganya. Bukankah ayat-ayat Allah itu lebih mendalam? Jika manusia benar-benar memahami..

Justeru, tahukah kita bagaimana Allah mengkehendaki kita mengisi dan memahami ayat-ayatNya dengan lebih jelas? Alangkah lebih baik jika kita mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita dengan berzikir dan berdoa kepadaNya. Kemudian menghayatinya sebagai amalan yang tidak terpisah dari kehidupan kita.


Firman Allah:

“maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat.” [Qaaf 50: 39-40]

bacalah al-mathurat di waktu pagi dan petang..

Saya berminat untuk berkongsi dengan kalian satu cara yang saya pelajari bagaimana untuk istiqamah [mantain] melakukan amalan-amalan yang seorang muslim digalakkan buat. Ambil DI SINI, moga-moga ia bermanfaat dan boleh membantu kita terus menjadi hari ini lebih baik daripada semalam. Allahualam..

Friday, November 13, 2009

.:hari-hari dalam hidupku:.


Demi Allah, andaikata kita menolong Allah, Allah akan memenangkan kita, kita ditolong oleh Allah adalah kerana keIslaman kita zahir dan batin kita,kita ditolong oleh Allah kerana kita mengikuti undang-undangNya yang lurus dan jalanNya yang betul. kita ditolong oleh Allah jika kita bersegera mencintaiNya, meredhaiNya dan menjauhi segala laranganNya. sekiranya kita menolong agamaNya pasti Dia menolong kita, menolong kita dengan memberi keredhaan kepada kita, menolong kita dengan menjadikan kita berkuasa di muka bumi ini dan menjadi khalifahNya. Dia akan menolong kita mengalahkan segala kekuatan batil di bumi dan yang menyeleweng dari jalan yang lurus.
~Zainab al-Ghazali~

Monday, August 31, 2009

moskito

agenda didikan telah bergerak!!
Kini ahlul baiti telah dimiliki dan memiliki moskito masing-masing. ^_^
sangat bersyukur kerana memiliki moskito yang sangat baik. [Maaf, saya tidak boleh umumkan kepada kamu bahawa saya memiliki kertas hati yang bernama kamu itu sehingga honey weekend akan datang.] kita akan punya masa yang cukup untuk taaruf dan taawun seterusnya bertafakul..
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-hujurat:13)

ahlul bait diminta mengambil kertas hati yang ditulis nama ahlul bait yang lain. Kehendak agenda didikan ini adalah menjaga penama kertas hati itu dari sudut jasad dan ruh. Saat inilah ahlul bait akan mendapat hadiah dan teguran rahsia yang mungkin akan diletakkan di meja mahupun sampul surat masing-masing. Atau mungkin ahlul bait akan diajar dan belajar banyak skil yang sangat bermakna untuk kalian. Jangan lupa juga untuk ahlul bait mengisi dan menanda form amal masing-masing agar belakang kertas hati tersebut bersih dari titik pena monitor. Anggaplah bersihnya kertas hati itu kelak seperti bersihnya hati kita berada di sini.

**Siapakah insan yang akan memonitor saya?(‘?‘)
Sesungguhnya, Allah bersama orang yang sabar..

Saturday, June 6, 2009

bacaan buku di hujung minggu..


ketika meronda-ronda mencari buku di sudut Tamadun Islam, Perpustakaan Tun Seri Lanang, tiba-tiba pandangan saya jatuh ke rak yang terselit diantaranya buku ini. tajuk yang menarik. bagus juga dibuat bacaan ringan di hujung minggu.[ini maknanya saya akan melalui hujung minggu yang lapang di samping menyiapkan tugasan yang ada.. ^_^]. Buku ini lalu di ambil dan terus ke kaunter pinjaman untuk meminjam buku ini.

sedikit ulasan setelah membaca buku ini:
i. sebuah buku bacaan ringan yang memotivasikan..
ii. betul-betul mengingatkan saya dengan sebuah hadith logam,
"Manusia itu umpama logam. Sebaik-baik mereka ketika Jahiliyyah adalah sebaik-baik mereka ketika Islam, jika mereka faham (tentang deen)"
(Bukhari)
* jangan pernah memandang enteng orang di jalanan..

"kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan." -Abdul Rahman Mohamed-

Saturday, March 28, 2009

dosa & hati

sekadar renungan bersama.

************************************************************************************
Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati
HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.
“Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat
74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.
Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)

* moga dipelihara hati, iman dan ilmu..

Thursday, February 26, 2009

Tuesday, February 10, 2009

41: 26-38

malam tadi, ana sempat membedah beberapa ayat dalam surah fussilat. suka untuk ana share apa yang ana dapat since ana rasa pengisian surah tu betul-betul mengena kat ana. DUSHh!!!
basicly, fussilat bermaksud peringatan-peringatan. so, banyak ayat-ayat dan kisah dalam surah ni memperingatkan manusia.[bukan al-Quran tu memang untuk memperingatkan manusia ke?] dari ayat ke 26 hingga ke 38, basicly merupakan peringatan tentang balasan Allah terhadap orang beriman dan orang kafir.
(41:26)- orang kafir mempersendakan bacaan Al-Quran dan bergaduh tentangnya. sememangnya kita tahu orang kafir tidak percaya kepada kalam Allah.
(41:27-28)- janji Allah untuk mengazab mereka. mereka dijanjikan seburuk-buruk balasan di neraka kelak. bagaimana agaknya bentuk seburuk-buruk balasan itu agaknya? sedangkan kita tahu azab PALING ringan di neraka kelak adalah seperti api neraka yang berada di tapak kaki tetapi otak kita dah mendidih..[azb kepada bapa saudara baginda s.a.w]
(41:26)- lihat bagaimana orang kafir mempersendakan kita. sesungguhnya manusia ini memang hina. dijadikan dari air mani yang kotor yang kalau jatuh ke tanah, ayam tak patuh, jatuh ke daun, ulat tak makan. tetapi boleh pula bersikap angkuh dan sombong bila sudah besar. [apakah ukuran besar itu?]
(41:30-32)- ayat motivasi bagi orang yang beriman yang terkena 'laser' orang kafir. see how beautiful malaikat datang kepada mereka lalu memujuk agar tak bersedih hati, tak takut dan memberi peringatan tentang nikmat syurga yang diganjarkan kepada orang-orang beriman. then, disokong lagi orang beriman ini mempunyai pelindung di dunia dan akhirat. mean, doesn't matter how hurt you are, Allah will always with you and will give you the sweetest memories to pay your hurt!
(41:33)- ada sesiapa boleh jawap soalan ini? siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan?
(41:34)- Allah ajar kita untuk tolak kejahatan dengan kebaikan. seperti post ana sebelum ini, bukan senang untuk berbuat demikian. menerima kejahatan dan membalasnya dengan kebaikan [antara caranya dengan berlapang dada] sehingga orang yang berbuat jahat kepada kita, yang menyebabkan hati kita luka berdarah boleh menjadikan teman setia kita. [tapi taklah semua musuh kita jadi teman kita kan??]
(41:35-36)- how smart He is? Dia tahu bukan senang nak buat itu semua. sebab itu, Allah tenangkan kita semula, rasional kita semula bahawa ciri-ciri orang yang boleh menolak kejahatan dengan kebaikan ini adalah orang yang sabar dan yang mempunyai keberuntungan yang besar. so, jika kita rasa nak berbuat baik itu payah bangat, sabar deh, tingkatkan istighfar, mohonlah ampunan dariNya. mohonlah perlindungan agar godaan syaitan untuk terus bergaduh, bermasam muka dan sebagainya dijauhkan dari kita yang saangat meyakini janji Allah ini..
(41:37)- dan jika kita ditimpa ujian, dugaan, sembahlah Allah. bukan pada matahari, bukan juga pada bulan, apatah lagi kepada manusia. sujudlah kepadaNya! Dia sahajalah yang akan sentiasa mendengar rintihan kita. Dia sahajalah yang sentiasa memenuhi kehendak dan permintaan kita menurut caraNya sendiri..
(41:38)- WAIT! jangan lupa diri. jangan rasa kamu good enough apabila kamu dah lalui segala penderitaan,kesakitan dan dugaan seterusnya meresponnya seperti yang dipinta. istiqamahlah..sedangkan malaikat sentiasa ingat kepadaNya tanpa jemu, Allah ciptakan manusia di muka bumi ini. jangan pula kita [manusia ini] yang imannya kadang-kadang ok, kadang-kadang tidak, ingin menyombong diri kepadaNya. nauzubillah...
YA ALLAH, KEKALKANLAH RASA KEHAMBAAN KAMI DAN HANGANLAH KAU PESONGKAN HATI KAMI SETELAH KAU MEMBERI HIDAYAH KEPADA KAMI. AMIN..
~ sekadar olahan dari perbincangan. ambillah yang baik, perbetulkanlah yang salah. wallahualam..~

Saturday, January 31, 2009

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا


Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا


Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."

(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا


Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."

(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا


Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."

(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق


Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ


Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

Said bin al-'As berkata:

"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."


Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.



Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

Monday, January 19, 2009

nasihat perpisahan...

Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya :
" Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ). Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '