Saturday, February 27, 2010

.:tragis 3 tahun:.

cuti sambutan hari Maulidur Rasul tahun ini agak menggemparkan seluruh negara dan warganya yang mengikut berita semasa. kematian Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor saya kira merupakan suatu bentuk kekejaman manusia yang tidak boleh diterima akal! didera oleh IBU sendiri sehingga cedera parah pada perut dan ginjal, luka dan lembam di seluruh badan serta pendarahan otak, apakah makna kehadirannya di sisi ibunya hingga ibunya tergamak berbuat demikian? atau ia juga komplot bersama oleh teman lelaki ibunya itu?

PUAN, SYAFIA HANYA BERUMUR 3 TAHUN!!

[saya sangat tidak boleh menerima kenyataan ini bahawa kanak-kanak itu baru berumur 3 tahun, didera oleh ibunya sendiri bahkan berada di bawah jajahan takluk Hulu Selangor. wahai pemimpin dan pembawa Islam di Hulu Selangor, saksikanlah kerja2 yang belum kamu buat disini...]

kejam,kejam,kejam, sangat kejam.
mengapa kes ini boleh berlaku di Malaysia?
mengapa kes ini boleh terjadi kepada keluarga yang menganut agama Islam?
bukankah agama Islam itu agama kasih sayang?

jika kita singkap seerah Rasulullah s.a.w, tempoh masa 3 tahun boleh dikaitkan dengan dakwah sirr baginda di Mekah. walau berdakwah secara sirr, namun pembawaannya ialah kasih sayang dan nilai murni Islam itu sendiri. ingat lagi antara bait-bait kata yang baginda ujarkan di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam?pernahkah baginda mengajar hamba-hamba abdi di Mekah pada waktu itu untuk membantah kata-kata majikannya, memukul orang yang menghina manusia atau apa sahaja bentuk keganasan dan kekasaran?
tidak, bahkan baginda sangat lembut menyentuh hati-hati manusia yang hadir ke rumah itu, dengan seruan keadilan dan kebenaran, sesiapa yang mendengar pasti akan tenang dan berlembut hati dengan apa juga mehnah yang menimpa.
bahkan, Rasulullah juga tidak pernah membalas dengan kejahatan atas setiap kejahatan yang ditujukan kepada baginda. wanita buta yang suka mengutuknya, baginda bahkan membantu wanita itu dan menyediakan makanan lagi buatnya. bukankah itu bukti kasih sayang yang amat mendalam pada baginda dan agama Islam itu sendiri?

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”.(QS Al-Ahzab:21)

Ya Rabb, sesungguhnya telah kami diri kami dengan begitu banyak sekali, sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk di kalangan hamba-hambaMu yang rugi..

Ya Allah, tegakkan Islam dalam diri kami, agar tertegak Islam di muka bumi ini...

amin ya rabbal 'alamin....

2 comments:

Anonymous said...

leza terima kasih ingatkan saya akan ayat surah al-ahzab:21, pada juzuk 21 itu..
saya selalu ingat ayat itu adalah al-maidah:26, juzuk 26...
hehe..patut asyik belek2 byk kali tak jumpa2..u

pejuang ALLAH said...

memang sangat kejam..x tahu la kenapa baru2 ni sangat teruk..kes buang bayi ..skrg kes bunuh bayi..betapa manusia skrg kembali ke zaman jahiliyah..nauzubillah