Tuesday, February 9, 2010

.:Miliki sehalus pekerti Abu Bakar:.

Dalam jenuh mengharungi kehidupan kian mendatang, baru-baru ini saya dikurniakan nikmat ukhwah dan bantuan yang sangat-sangat tak disangka. 22 tahun hidup berdikari, baru kini saya belajar dan meyakini makna hidup berjamaie dan ukhwah yang tiada galang ganti.
Ibrah dari kejadian-kejadian yang baru berlaku juga banyak mengingatkan saya dengan pekerti khulafa' rasyidin kita iaitu Abu Bakar As-Siddiq. saya bukan nak menjadi seperti dia tetapi sangat mengimpikan memiliki kelebihan dan pekerti halus seperti dia.
Masih ingat bagaimana respon Abu Bakar ketika peristiwa beliau dan baginda s.a.w bersembunyi di Gua Thsur? ikuti dialog n monolog Abu Bakar berikut:-

Apabila sampai di pintu masuk Gua Thsur, Abu Bakar pun berkata, "Wahai Rasulullah, gua ini tidak pernah dimasuki oleh manusia. Mungkin banyak sampah sarap dan ada binatang berbisa. Biarlah saya yang masuk dahulu."
kemudian Abu Bakar As-Siddiq masuk lalu membersihkan gua itu. Semua sampah sarap dibuangnya. Di dalam gua itu juga terdapat banyak lubang yang menjadi tempat persembunyian ular. Abu Bakar mengambil batu-batu lalu ditutupnya lubang-lubang itu. Namun masih ada lubang yang belum sempat ditutupnya. Tiba-tiba dari slaah sebuah lubang itu keluar seekor ular lalu mematuk kaki Abu Bakar as-Siddiq. tetapi tidak dihiraukan sebaliknya beliau terus melakukan kerja hingga siap. kemudian Nabi Muhammad dijemput masuk.
Sebaik sahaja baginda masuk, maka dengan kuasa Allah, labah-labah datang lalu membuat sarang pada pintu gua itu. kemudian sepasang burung merpati pula bersarang di situ.
Disebabkan keletihan, baginda berbaring di atas lantai gua itu lalu terlena. Abu Bakar datang lalu memangku kepala Rasulullah s.a.w. Pada masa itu, barulah Abu Bakar merasa bisa ular yang mematuknya sudah mula meresap ke dalam tubuhnya. Namun beliau terus menahan kesakitan sehingga air matanya menitik jatuh ke muka baginda. baginda terjaga lalu bertanya sebab Abu Bakar menangis.
"Wahai Rasulullah, saya dipatuk ular."
"Mengapa tidak dikhabarkan kepada saya tadi?"
"Rasulullah sedang tidur. tidak sampai hati saya mengejutkan.''
Mendengar jawapan itu maka Rasulullah berdoa, "Ya Allah, jadikanlah Abu Bakar sedarjat dengan saya pada hari kiamat."

sangat indah bukan?
selain itu, kita juga boleh temui bahawa Abu BAkar seorang yang sangat merendah diri dan takut kepada Allah.

"..Alangkah baik sekiranya saya menjadi sebatang pokok yang ditebang lalu dijadikan kayu api. Ataupun sehelai rumput yang riwayat hidupnya tamat selepas dimakan oleh haiwan."
"Benar katamu, wahai Abu Bakar,"ujar Umar Al-Khattab pula. "Tetapi kita perlu reda dengan ketentuan Ilahi. Kita dijadikan sebagai manusia dan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian."
"Semua manusia dibangkitkan di akhirat kelak. Amalan baik dan jahat yang dilakukan semasa di dunia ini akan dikira satu per satu di Padang Mahsyar. Itulah yang menakutkan hati saya," kata Abu Bakar pula.
kelihatan sepasang burung terbang lalu hinggap di pohon kurma tempat mereka berehat. lalu Abu Bakar pun berkata, "Wahai burung, kamu lebih bertuah daripada saya kerana dapat mencari makanan dan berterbangan ke sana sini tanpa perasaan takut pada hari pembalasan. Alangkah baik sekiranya saya menjadi seperti kamu."
Abu Bakar menangis kerana takutkan kemurkaan Allah. Umar Al-Khattab memujuknya sambil berkata, "Wahai sahabatku, Abu Bakar. Kamu beruntung kerana Nabi Muhammad sudah memberi jaminan yang tempatmu di akhirat kelak di dalam syurga. Malah kamu mendapat kedudukan yang utama antara penghuni syurga. Nabi Muhammad s.a.w. sudah bersabda, setiap pintu syurga menyeru nama Abu Bakar. Dialah pengikutKu yang pertama akan memasukinya."

Dan kerendahan hati serta zuhud Abu Bakar semakin sirna apabila beliau diangkat menjadi khalifah pertama selepas baginda s.a.w. wafat.

Dalam ucapan pertama beliau, beliau memulakan dengan kata-kata pujian kepada Allah, selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Kemudian beliau berkata, "Wahai sahabat-sahabatku sekalian. Sesungguhnya saya sudah dilantik menjadi pemimpin kamu, walaupun saya tidak meminta jawatan itu. Demi Allah saya lebih gembira sekiranya orang lain yang dilantik memikul tanggungjawab ini kerana saya bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Oleh itu, sekiranya saya melakukan kebaikan maka bantulah dan berilah kerjasama kepada saya. tetapi sekiranya saya melakukan keburukan maka perbetulkanlah saya. Ketahuilah yang kebenaran itu suatu amanah dan pembohongan itu suatu pengkhianatan. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana saya akan membelanya. Orang yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisi saya kerana saya akan mengambil hak daripadanya."

dedikasi khas buat akhawat Darus Sakeenah, akhawat UKM dan juga DHL,
moga persahabatan kita seperti Abu BAkar As-Siddiq, terjalin kerana Khaliqnya...
moga kita menjadi pemaaf seperti Yusuf, tetap mencintai saudaranya walau dihumban ke perigi tua..
moga pusara kita harum mewangi bagai harumnya pusara Masyitah semerbak kasturi...
moga persahabatan indah ini menjadi syafaat di mahkamah Mahsyar nanti...
menjadi penguat tatkala meniti Titian Sirat menuju ke Syurga Firdausi insyaAllah...


rujukan:
novel sejarah Islam Abu Bakar Sahabat sejati karya Abdul Latip Talib

1 comment:

Anonymous said...

"moga kita menjadi pemaaf seperti Yusuf, tetap mencintai saudaranya walau dihumban ke perigi tua.."

insyaallah~~~~