Moga Allah pelihara hati dan memudahkan urusan sahabatku dan pasangannya. semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke syurga. amiin..
Wednesday, April 4, 2012
.:MAJLIS:.
Moga Allah pelihara hati dan memudahkan urusan sahabatku dan pasangannya. semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke syurga. amiin..
Thursday, January 26, 2012
.:Best Quote:.
~Pahrol Mohd Juoi~
Friday, September 3, 2010
.:bernafas semula di akhiran:.

Alhamdulillah, hanya di sini mampu saya meluahkan.
Monday, June 21, 2010
.:perihal muslimah:.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya
“ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang
terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31, surah An Nurr, Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang
wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHANnya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata ”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan , menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
Sunday, June 20, 2010
.:padat dengan ukhwah:.
apa yang mahu dikongsikan pada kali ini?apa muhasabah yang dilalui untuk terus meyakini DIA tidak menciptakan hidup ini dengan sia-sia? apakah juga dalil-dalil berupa janji Ilahi buat tiap hambaNya yang menempuh hidup ini dengan mujahadah?
dikongsikan dahulu sms menusuk kalbu dari 2 insan yang dekat di hati..
MasyaAllah... terlupa sejenak kini dah menginjak bulan rejab. meniti rejab yang bakal ke ramadan penuh barakah..terlalai juga seketika ada jiwa-jiwa gigih yang sebenarnya penuh ikhlas untuk saya. terasa akrab sungguh wajah-wajah yang sering terbayang dalam kudus doa rabitah.
Liqa' lepas, kami ke perkongsian tokoh yang punya kelembutan dan kemesraan tak tercemar dek masa. perkongsian borak-borak yang sarat dengan nilai-nilai islami dan pengalaman yang menarik. Walau kami tidak mesti melalui semua itu sama sepertinya, sekurang-kurang ibrah dari kisah dia banyak yang kami boleh teladani. bertahan di jalan dakwah, formula kekuatannya ada pada sokongan keluarga dan saling berhubungan antara yang muda dan tua.
adeh, terlupa diri ini telah lelah melalui beberapa angka tahun untuk jalan dakwah ini. nilai dan pengertian liqa' yang sudah sebati, tinggal sebarkan dengan penuh ikhlas dan benar kepada ahli lainnya. seperti hanya separa sedar melakukan itu dan ini hingga kini. tidak pasti berapa lama lagi masih di sini. seperti kata mak cik, cabaran bagaimana untuk kekal juga perlu diketahui. bersangka baik, menjaga hati ahli dan yang paling utama panjatkan kata untuk Ilahi.
terasa seperti sangat ingin memohon maaf kepada murabbi yang pernah diejek melakukan kerja gila. sebenarnya bukan kerja gila, cuma ingin menebus kesilapan silam.

perjumpaan alumni juga mengharukan. bergenerasi-generasi datang dan pergi, wajah dan disiplin yang pelbagai namun ikatan hati dan ukhwah tetap sama. jenuh melalui mutabaah yang ketat, aktivitis yang padat, latihan-latihan bentukan jati diri khas istimewa buat persembah pada DIA dibelakang hari. tidak dinafikan agak tergugat dengan beberapa kisah yang saling berulang antara mereka. ingin memegang janji Ilahi, sunahkah akan merasa sangat perit menjadi seorang ukht?
menghadiri dan bantu mengendali majlis pelancaran juga sarat dengan pengertian yang pelbagai.
kelam kabut mengurus kaunter, berhubungan baik antara muda dan tua, kisah jumpa ahli yang lama di kejauhan, panjatan doa buat mujahadah dari penglihatan dia, ketentuan Ilahi dalam IKRAM perlu saya terus baiki niat dan lurus jalannya. banyak juga kisah-kisah perjuangan dan penerusan yang menikam rusuk kalbu.

insyaAllah
Saturday, May 8, 2010
.:seperti sabarnya Nabi Ayub:.
nabi Allah yang menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya.
bagaimana ya jika kita ditempatnya?
paling tidak, dikurniakan secebis dari ujian-ujian berat itu?
kehilangan bukan semua, mungkin sekadar hilang teman dan pendapatan?
kesakitan bukan sehingga kudis yang menjijikkan, bahkan mungkin hanya sakit belakang atau lemah badan?
bertahankah kita dengan kesabaran?
menjejaskan atau tidak senarai aktiviti dan gerak kerja kita?
semakin penuhkah keyakinan kita kepadaNya?
masihkah kita mampu mencontohi Nabi Ayub yang masih teguh berdoa
“(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Al-Anbiya’: 83)

Tuesday, May 4, 2010
.:s.o.l.a.t:.
saban hari berdoa dan memohon ditsabatkan dengan kalimah Allah, dikongsikan satu rawatan yang boleh memelihara atau menjaga hati agar iman yang sejahtera ada pada diri kita.
firman Allah:
dan katakanlah: “ya tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yg benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yg benar dan berikanlah kepadaku dari sisi engkau kekuasaan yg menolong.” [al-isra':80]
Menurut Al-Hafiz Abi Abdullah Muhammad (1984: 283), solat boleh memadamkan api kemarahan, melembutkan hati yang keras, membentuk sifat pemaaf dan sifat tawadhu’. Ini bermakna, rawatan yang baik untuk hati dan iman ialah S.O.L.A.T..
Islam memerintahkan kita sebagai muslim untuk solat 5 waktu sehari semalam iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'. selain tuntutan solat 5 waktu tersebut, DIA juga sangat menggalakkan kita untuk solat tambahan a.k.a sunat. Antara solat sunat ialah solat tahajud, solat taubat dan solat dhuha. ganjaran pahala dari setiap amalan yang dilakukan, insyaAllah sangat berbaloi dan barakah dariNya sangat banyak dan manis untuk diungkap.
tidak kira betapa sibuk atau penat kita, kita perlu melakukannya. bukankah setiap dari kita sama dikurniakan waktu 24 jam sehari?

Wednesday, April 14, 2010
.:Akhlak muslim:.
Menyantuni kepelbagaian sikap dan identiti individu yang kita kenali, kita sepatutnya membenarkan juga setiap dari kita untuk mempunyai solusi masalah masing-masing dengan cara masing-masing. Ibarat 4 orang khulafa’ arrasyidin yang miliki karekter masing-masing tetapi masih mempunyai aqidah, tanggungjawab dan keakraban yang begitu hampir dengan baginda s.a.w. Abu Bakar dengan kelembutan hatinya, Umar dengan ketegasannya, Uthman dengan kedermawanannya dan Ali dengan keadilannya mentadbir rakyat.
Refleks kepada identiti kita sendiri, adakah kita sedar bahawa qudwah [pekerti] siapa yang lebih hampir kita miliki? Tidak mengapa jika kita tidak memiliki qudwah sebaik Rasulullah s.a.w atau khulafa’ ar-rasyidin tersebut. Namun apabila kita menyedari qudwah seperti mereka inilah yang Allah janjikan dimasukkan ke dalam syurga, lekas-lekas semat dalam diri agar belajar melatih diri mempunyai akhlak seperti mereka. Untung-untung, pengislahan [pembaikan] yang kita lakukan diterima Allah dan dihapuskan dosa lepas dari diri yang punyai akhlak yang tidak elok. Beruntunglah orang yang menjadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam.
Dalam proses membentuk identiti dan akhlak yang baik tersebut, rujukan utama yang perlu kita utamakan tentunya Al-Quran dan sunnah. Al-Quran yang merupakan panduan hidup orang mukmin, memiliki pelbagai nasihat dan teladan dari kisah-kisah surah yang Allah firmankan. Perhatikan peringatan Allah dalam surah Hud ayat 1 hingga 3:
“Alif Lam Ra. Inilah Kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan secara terperinci,(yang diturunkan) dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Teliti.”
“ Agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira dariNya untukmu.”
“ Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar [Kiamat].”
Sahabat-sahabat, suka untuk saya kongsikan beberapa koleksi bahan bacaan yang boleh sama-sama kita bedah dalam usaha mengutamakan rujukan yang utama seterusnya meningkatkan kecintaan sebenar kepada Rabb yang Esa.
1. Tafsir Al-Wadhih keluaran Pustaka Salam
2. Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran karya Dr.Danial Zainal Abidin
3. Mengapa Al-Quran karya Mohammad Kayum A.Badaruddin
Tuesday, February 9, 2010
.:Miliki sehalus pekerti Abu Bakar:.
Ibrah dari kejadian-kejadian yang baru berlaku juga banyak mengingatkan saya dengan pekerti khulafa' rasyidin kita iaitu Abu Bakar As-Siddiq. saya bukan nak menjadi seperti dia tetapi sangat mengimpikan memiliki kelebihan dan pekerti halus seperti dia.
Masih ingat bagaimana respon Abu Bakar ketika peristiwa beliau dan baginda s.a.w bersembunyi di Gua Thsur? ikuti dialog n monolog Abu Bakar berikut:-
Apabila sampai di pintu masuk Gua Thsur, Abu Bakar pun berkata, "Wahai Rasulullah, gua ini tidak pernah dimasuki oleh manusia. Mungkin banyak sampah sarap dan ada binatang berbisa. Biarlah saya yang masuk dahulu."
kemudian Abu Bakar As-Siddiq masuk lalu membersihkan gua itu. Semua sampah sarap dibuangnya. Di dalam gua itu juga terdapat banyak lubang yang menjadi tempat persembunyian ular. Abu Bakar mengambil batu-batu lalu ditutupnya lubang-lubang itu. Namun masih ada lubang yang belum sempat ditutupnya. Tiba-tiba dari slaah sebuah lubang itu keluar seekor ular lalu mematuk kaki Abu Bakar as-Siddiq. tetapi tidak dihiraukan sebaliknya beliau terus melakukan kerja hingga siap. kemudian Nabi Muhammad dijemput masuk.
Sebaik sahaja baginda masuk, maka dengan kuasa Allah, labah-labah datang lalu membuat sarang pada pintu gua itu. kemudian sepasang burung merpati pula bersarang di situ.
Disebabkan keletihan, baginda berbaring di atas lantai gua itu lalu terlena. Abu Bakar datang lalu memangku kepala Rasulullah s.a.w. Pada masa itu, barulah Abu Bakar merasa bisa ular yang mematuknya sudah mula meresap ke dalam tubuhnya. Namun beliau terus menahan kesakitan sehingga air matanya menitik jatuh ke muka baginda. baginda terjaga lalu bertanya sebab Abu Bakar menangis.
"Wahai Rasulullah, saya dipatuk ular."
"Mengapa tidak dikhabarkan kepada saya tadi?"
"Rasulullah sedang tidur. tidak sampai hati saya mengejutkan.''
Mendengar jawapan itu maka Rasulullah berdoa, "Ya Allah, jadikanlah Abu Bakar sedarjat dengan saya pada hari kiamat."
sangat indah bukan?
selain itu, kita juga boleh temui bahawa Abu BAkar seorang yang sangat merendah diri dan takut kepada Allah.
"..Alangkah baik sekiranya saya menjadi sebatang pokok yang ditebang lalu dijadikan kayu api. Ataupun sehelai rumput yang riwayat hidupnya tamat selepas dimakan oleh haiwan."
"Benar katamu, wahai Abu Bakar,"ujar Umar Al-Khattab pula. "Tetapi kita perlu reda dengan ketentuan Ilahi. Kita dijadikan sebagai manusia dan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian."
"Semua manusia dibangkitkan di akhirat kelak. Amalan baik dan jahat yang dilakukan semasa di dunia ini akan dikira satu per satu di Padang Mahsyar. Itulah yang menakutkan hati saya," kata Abu Bakar pula.
kelihatan sepasang burung terbang lalu hinggap di pohon kurma tempat mereka berehat. lalu Abu Bakar pun berkata, "Wahai burung, kamu lebih bertuah daripada saya kerana dapat mencari makanan dan berterbangan ke sana sini tanpa perasaan takut pada hari pembalasan. Alangkah baik sekiranya saya menjadi seperti kamu."
Abu Bakar menangis kerana takutkan kemurkaan Allah. Umar Al-Khattab memujuknya sambil berkata, "Wahai sahabatku, Abu Bakar. Kamu beruntung kerana Nabi Muhammad sudah memberi jaminan yang tempatmu di akhirat kelak di dalam syurga. Malah kamu mendapat kedudukan yang utama antara penghuni syurga. Nabi Muhammad s.a.w. sudah bersabda, setiap pintu syurga menyeru nama Abu Bakar. Dialah pengikutKu yang pertama akan memasukinya."
Dan kerendahan hati serta zuhud Abu Bakar semakin sirna apabila beliau diangkat menjadi khalifah pertama selepas baginda s.a.w. wafat.
Dalam ucapan pertama beliau, beliau memulakan dengan kata-kata pujian kepada Allah, selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Kemudian beliau berkata, "Wahai sahabat-sahabatku sekalian. Sesungguhnya saya sudah dilantik menjadi pemimpin kamu, walaupun saya tidak meminta jawatan itu. Demi Allah saya lebih gembira sekiranya orang lain yang dilantik memikul tanggungjawab ini kerana saya bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Oleh itu, sekiranya saya melakukan kebaikan maka bantulah dan berilah kerjasama kepada saya. tetapi sekiranya saya melakukan keburukan maka perbetulkanlah saya. Ketahuilah yang kebenaran itu suatu amanah dan pembohongan itu suatu pengkhianatan. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana saya akan membelanya. Orang yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisi saya kerana saya akan mengambil hak daripadanya."
dedikasi khas buat akhawat Darus Sakeenah, akhawat UKM dan juga DHL,moga kita menjadi pemaaf seperti Yusuf, tetap mencintai saudaranya walau dihumban ke perigi tua..
moga pusara kita harum mewangi bagai harumnya pusara Masyitah semerbak kasturi...
moga persahabatan indah ini menjadi syafaat di mahkamah Mahsyar nanti...
menjadi penguat tatkala meniti Titian Sirat menuju ke Syurga Firdausi insyaAllah...
rujukan:
novel sejarah Islam Abu Bakar Sahabat sejati karya Abdul Latip Talib
Monday, January 25, 2010
.:Maryam gadis suci:.
Ditakdirkan Allah, Imran tidak menyaksikan sendiri saat-saat kehairan anak itu kerana meninggal dunia beberapa bulan sebelum anaknya lahir. Belum sembuh sedih bakal ibu itu, diuji lagi dengan kelahiran anak perempuan dari kandungannya itu. Goncang perasaan si ibu itu melihat kandungan itu adalah anak perempuan mengenangkan nazarnya kepada Allah menginfakkan anaknya berkhidmat di Baitul Maqdis. ketika itu, hanya orang lelaki sahaja berkhidmat di Baitul Maqdis, belum ada dalam sejarah perempuan beribadah dan berkhidmat di situ. Demi menebus nazarnya, diserahkan juga anak yang dinamakan Maryam itu ke pihak Baitul Maqdis. dinamakan anak itu Maryam yang beerti 'yang memperhambakan diri kepada Tuhan'..
Adik kepada ibu Maryam, Zakaria mengadakan perbincangan dengan ahli Baitul Maqdis untuk menempatkan anak saudaranya di situ sepertimana nazar kakaknya itu. Setelah Maryam diterima menjadi khatam di situ, timbul pula isu siapakah yang layak memelihara dan mendidik Maryam. Zakaria merasa sangat bertanggungjawab terhadap didikan terhadap Maryam.
Apabila Maryam meningkat dewasa, Zakaria membina sebuah kamar khusus yang lebih tinggi dari ruang peribadatan untuk Maryam. Zakaria mengurus sendiri anak itu dan melarang orang lain masuk ke sana ataupun membantu mengurus Maryam. Diajarkan dasar-dasar pengetahuan agama dan ajaran-ajaran langit lainnya kepada anak itu. Zakaria sangat senang dengan peribadi anak itu. setiap kali Zakaria masuk ke kamarnya, selalu didapati Maryam sedang solat, tidak lalai mahupun disibukkan dengan pekerjaan-pekerjaan keduniaan.
suatu masa, dalam ziarah Zakaria ke kamar itu, dia terkejut melihat ada makanan di kamar itu. sedangkan bukan dia yang menghantarkannya, jauh sekali orang lain kerana tempat itu sangat tinggi dan tidak dikunjungi orang.
Zakaria tidak membantah kata-kata Maryam. Ia terdiam mendengar kata-kata itu lalu keluar dengan penuh tanda tanya. lalu ia mengerti bahawa gadis itu betul-betul berada di bawah lindungan Allah untuk dipersiapkan memikul suatu tugas yang maha besar.
suatu masa, ketika Maryam sedang beribadah seperti biasa, tiba-tiba datang malaikat Jibril menjelma menjadi seorang lelaki sempurna. Maryam sangat terkejut lalu berteriak..
Maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk memberitahu Maryam mengenai roh yang bakal ditiupkan ke rahim Maryam yakni roh Isa a.s.
Selanjutnya apabila roh itu telah lahir, masyarakat gempar melihat Maryam masuk desa sambil mengendong Isa a.s. Maryam menerima tomahan, cacian dan tuduhan.
jelas dan nyata, Isa anak Maryam dilahirkan dengan pelbagai mukjizat dan tiada bapa. Dalam keterangan itu juga jelas Isa a.s mengakui bahawa dia ialah hamba Allah, bukan anak Allah seperti yang menjadi pegangan kaum Kristian kini. Bila Isa a.s bukan anak Allah, ini juga bermakna konsep TRINITY juga tidak wujud.
Jadi, atas asas agama apakah yang kamu benar-benar pegang kini wahai sahabat-sahabat?
rujukan:
i. tafsir Al-Quran karim
ii. nota daurah
iii. buku Bimbingan Muslimah, bab Maryam Ibunda Isa a.s
Tuesday, September 15, 2009
garis luar kotak
Friday, August 21, 2009
ramadhan is coming..

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
setiap kali kehadiran ramadhan disebut-sebut akan tiba, maka lagu ini juga akan berpusu-pusu menjelma dalam ingatan. lagu yang sangat syahdu dan mendalam. really like this song..
ayuh, kita koleksi diri kita dengan amalan dan persiapan yang secukupnya. moga ramadhan kali ini lebih bermakna..
yuk dengar dan hayati pesanan semarak ramadhan ini di sini
*1st ramadhan kali ini dah kosongkan untuk bersama bonda dan adik-adik. merindui terawih dan i'tiqaf bersama teman-teman..
Saturday, April 25, 2009
uhibbukifillah....
’jom cover RS [Riadus Salihin]? Ukht bawa eh’.
‘hah..’, serta mata batang mancis yang mengekang mata terpelanting akibat kejutan yang diterima. ^_^
Itulah antara ubat penyegar mata untuk insan-insan yang mahukan kesegaran di dinihari yang acapkali dipraktikkan di daerah ini.. -_-
‘ kami berlindung dari syaitan yang direjam, kami mulai dengan namaMu yang maha pengasih lagi maha penyayang..’
……………………………………………………………………………………….
Dalam pasal ‘KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH DAN MENGANJURKAN SERTA MEMBERITAHU KEPADA ALLAH,DAN ORANG YANG DICINTAI KERANA ALLAH...’, kami ungkai dengan ringkas susunan Imam Nawawi mengenai tajuk ini dalam kitab “Riadhus Salihin”
”Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka...” [Al- Fath:29]
Dalam sebuah hadis baginda menerangkan: “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman: (1) Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya berbanding selain kedua-duanya, (2) Bahawasanya dia mencintai seseorang, tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah dan (3) Bahawasanya dia membenci seandainya dia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka.” [Shahih al-Bukhari, no: 6941]
Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.
Hadis yang bemaksud:
“Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata “aku ini takut kepada Allah”, seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya”
( muttafaqun alaihi)
Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???
dan kriteria hadis ini bukan tertakluk kepada lelaki sahaja, malah turut sesuai digunapakai untuk golongan perempuan. Penggunaan perkataan lelaki bukanlah bermakna ia ditujukan kepada lelaki sahaja, tetapi ia mewakili juga perempuan dan lelaki, kecil atau besar, muda mahupun tua. ^_^
Marilah kita sama-sama renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.”
[Seperti mana tagline ukht. A, ”berkasih sayang kerana Allah”. ^_*]
Namun, bisikan-bisikan syaitan yang mengalir dalam darah kita takkan putus asa meniup kata-kata nista bagi insan-insan yang ingin melakukan kebaikan dengan banyak sekali. Oleh itu, kita dituntut untuk perbanyakkan istighfar, husnu’dzan kepada sahabat-sahabat kita dengan sabar sekali.
Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :
1) Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.
2) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
3) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
4) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.
5) Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
6) Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.
...................................................................................................................................................................
Jazakumullah ukht A dan my kembar [yang sama tapi tak serupa dan sepadan..] kerana dengan ringan hati menyediakan sarapan yang enak untuk kami. ^-^
Juga kerna perkongsian yang sangat bermakna. Mulakan hari anda dengan ISLAM ^_*
Saturday, March 21, 2009
oh Umar!!
Pemuda kecil yang berhati waja yang menjadi ahli gusti waktu belianya, menjadi jaguh tunggang kuda zaman mudanya.
Ayah berhati batu yang pernah menanam hidup-hidup anak perempuannya yang baru pandai berjalan dek kerana mahu menunjukkan bahawa dia masih memegang amalan nenek moyangnya.
Lelaki bengis yang bakal sahaja menghunuskan pedangnya andai sesiapa berani membuat dia marah.
Itulah sikap dan sifat Umar al-Khatab sebelum dia memeluk Islam dan mengamal ajaran Rasulullah seterusnya menjadi pemimpin reformis dunia Islam.
Jika kalian membaca kisah hidupnya, kalian pasti merasakan betapa jaguhnya Umar Al-Khatab ini. Kalian juga mengkin boleh merasakan betapa lembutnya hati Umar walau pada luarannya sangat garang dan bengis!
Kalian juga boleh sahaja menghayati betapa khalifah kedua Islam ini sangat meyayangi dan menyanjungi Rasulullah walau sebelum keIslamannya, dialah orang yang sangat membenci Rasulullah malah pernah berniat membunuh baginda s.a.w.
Seterusnya perhatikanlah bagaimana beliau membalas perbuatan jahat kaum Quraisy dengan sengaja mengelilingi kota mengumumkan pengIslaman beliau. Lihat juga bagaimana beliau sangat bijak menyusun strategi peperangan dan lantikan orang yang betul untuk menjadi ketua ke medan perang.
Umar jugalah yang mengasas sistem politik Islam disamping melaksanakan undang-undang syariah serta berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.
betapa dia seorang yang berpandangan jauh sehingga mencetuskan idea pengumpulan ayat-ayat Al-Quran selepas kewafatan baginda s.a.w dan kesyahidan penghafaz-penghafaz Al-Quran ketika itu.
Dia juga berjaya menundukkan kerajaan Parsi dan Rom walhal dua kerajaan ini merupakan kuasa yang sangat hebat ketika itu.
Walaupun beliau berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini masih hidup sederhana mencontohi Rasulullah s.a.w

~[masih dalam mood menghabiskan novel Umar al-Khatab..]~
the juicy truth...

Tahu tak satu kisah berkenaan limau ni?
Suatu hari seorang wanita tua membawa beberapa biji limau dan memberi limau tersebut kepada baginda s.a.w. ketika itu,baginda bersama beberapa orang sahabat baginda.
Diambilnya limau tersebut,lalu dikupas dan dimakan seulas demi seulas. Sambil menyuap satu persatu ulas limau tersebut, bibir baginda tidak lepas-lepas daripada senyuman. Baginda memakannya sampai habis. Sedikitpun baginda tidak menyuakan kepada sahabat-sahabat yang lain. Wanita tua itu sangat berbangga dan senang hati melihat baginda makan sampai habis. Setelah itu,wanita tua itu pun pulang. Baginda yang sering mendahulukan sahabat untuk makan menyebabkan sahabat-sahabat tertanya-tanya mengapa baginda tidak menghulurkan seulas dua kepada mereka seperti kebiasaan.
Baginda menjelaskan bahawa buah limau tersebut sangat masam [baca dengan perasaan memakan sesuatu dengan saangat masam]. Baginda risau jika dia menghulurkan buah tersebut kepada sahabat-sahabat, mata sahabat akan mengenyitkan mata dan memarahi wanita tua itu kerana membawa buah limau yang masam kepada baginda Rasulullah.
Subhanallah.. lihat, betapa cantik akhlak Rasulullah. Baginda boleh tersenyum lagi sambil memakan buah yang masam tadi. Malahan tidak disuakan makanan itu agar tidak tersebar rasa masam buah tersebut ke atas sahabat baginda. Nah, bagaimana reaksi anda jika memakan buah yang masam. Jika tak terluah dek kata-kata, mungkin muka anda akan kerut seribu sampai menggeletar seluruh badan menahan rasa masam itu.
* jazakillah hu jazaa hajar yang menceritakan kisah ini kepada saya. Sungguh seronok sebenarnya menceritakan kisah-kisah Rasulullah ini yang merangkul Anugerah Lelaki Paling Terkenal di seluruh dunia ini. MasyaAllah..



