Showing posts with label persediaan. Show all posts
Showing posts with label persediaan. Show all posts

Monday, January 9, 2012

.:Rasi:.


“Ukurlah diri.. Berkacalah sedetail mungkin. Karena bisa saja CELA itu jauh lebih banyak dibanding kriteria yang telah diinginkan. Maka tanyalah pada hati yang jernih agar bisa memberi fatwa. Manakah patokan yang harus kau pakai. Jangan sampai hanya ukuran dunia yang menjadi tujuan kita”

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/11/16075/nasihat-memilih-pasangan-hidup/#ixzz1iyHwtzNk

Saya agak terkesan sedikit untuk mencoret di sini tika membaca artikel nasihat di atas. ya, yang sebenarnya saya sudah berazam untuk sentiasa dan kembali meng'update' rumah sepi ini.

Melangkah ke tahun baru, saya menyedari saya perlu belajar untuk membina sebuah hubungan untuk kesinambungan hayat dan pahala jangka panjang. Mencuba untuk binaan yang kukuh melalui pemilihan asas yang kuat dan terjamin,agar risiko keretakan pada masa akan datang dapat dikurangkan.

Takut? Serius, ya. Rasa ini tak pernah hilang setiap kali saya berdepan dengan jantina berlainan spesis ini. Namun, saya tidak dapat terus mengelak dari mereka.

Jujurnya, saya pernah terfikir bagaimanakah saya dan tingkahlaku pasangan saya kelak. Akankah saya temui pasangan yang memenuhi kriteria saya dan saya juga memenuhi kriterianya? Akankah saya miliki pemahaman dan keserasian seperti Wan Azizah yang sangat setia berdiri di belakang DSAI walau apa badai sekalipun menimpa?


Friday, September 3, 2010

.:bernafas semula di akhiran:.


Alhamdulillah, hanya di sini mampu saya meluahkan.
subhanAllah, sungguh banyak diberi kekuatan dan hikmah.
Allahu Akbar, cukuplah DIA sebagai pelindung dan penolong...

insyaAllah, semakin stabil dan mengenal kesan doa yang makbul olehNya kepada diri ini.
bernafas semula di akhiran, moga ada akhiran yang sentiasa lebih baik dari awalan.
Allahualam.

Tuesday, December 29, 2009

.:saya kelak akan menyusul kamu sekalian:.


dari Budairah RA, ia berkata, " NAbi saw sering mengajarkan para sahabat bila mereka pergi ke kubur hendaklah ia mengucapkan,
"kesejahteraan semoga terlimpah ke atas kamu sekalian wahai penghuni perkampungan yang terdiri dari orang-orang mukmin dan muslim, dan kami insyaAllah akan menyusul kamu sekalian. saya bermohon semoga Allah melimpahkan keselamatan kepada kami dan kepada kamu sekalian."
[HR.Muslim]

Wednesday, December 23, 2009

.:ikhlas buat diri dan sahabat:.

pertemuan malam kelmarin yang menyaksikan saya dan sahabat-sahabat berkumpul sekali lagi untuk kami muhasabah kembali diri dan amanah-amanah kami. sahabat-sahabat yang berwajah suci dan murni yang insyaAllah menginfakkan diri masing-masing untuk membawa serta menegakkan Islam di mana sahaja mereka berada. sahabat-sahabat yang walau kekadang ada perkara kami selisihkan, namun mudah juga kami saling memaafkan. sahabat-sahabat yang pada saya lebih akrab dan fahami saya berbanding keluarga saya sendiri. sahabat-sahabat yang telah kami sama-sama ikrarkan dalam rabitah hati kami.
InsyaAllah, selepas ini, walau bukan sepanjang masa kami bersama, walau bukan dalam semua pertemuan saya akan bersama mereka, walau banyak perkara berlaku ke atas kebelakangan ni saya tidak kongsikan dengan mereka, namun mereka akan sentiasa dekat di hati dan mata saya.
saya akui segala kelemahan saya yang masih perlu saya baiki, saya akui segala kelebihan dan kebaikan mereka yang terserlah yang perlu saya teladani.




walau saya tidak pasti sebenar-benarnya apa yang saya akan tempuh lagi di masa hadapan, namun saya perlu tempuh juga. cabaran, dugaan, jatuh, bangun yang saya cuba luruskan niat untuk tsabatkan diri mendamba keredhaan Allah semata, moga dikekalkan dalam diri sampai bila-bila. keinginan saya dan sahabat-sahabat untuk melakukan pengislahan kepada diri dan kawan-kawan, moga dituliskan sebagai ibadah yang berterusan di mizanNya. segala kata-kata, tindakan dan telaah kami atas buku-buku fikrah, moga menjadikan kami insan bermanfaat kepada masyarakat kelak. pengorbanan masa, duit dan tenaga bermati-matian kami moga menjadi bukti keikhlasan kerja kami apabila ditanya kelak.





sahabat,
bina pasukan berkumpulan, diri perlu belajar untuk meningkatkan kesabaran, keterbukaan dan berlapang dada.

Sabda baginda s.a.w :

Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

sahabat-sahabat,
ayuh tajamkan minda dan fikrah dengan menyiasat fitnah dan kesusahan yang mungkin bakal kita tempuh dengan membedah 'bahtera penyelamat kehidupan', kita dalami teknik mendekati dan memahami insan-insan istimewa dalam 'bagaimana menyentuh hati' setelah kita fahami hakikat diri kita dalam 'apa makna saya menganut Islam'...

Monday, December 7, 2009

.:terus melangkah:.

Kelmarin, selepas bertemu dengan prof, saya semakin yakin dengan jawapan istikharah saya. Niat dan keputusan ini sebenarnya saya hamper mengiyakannya selepas beberapa hari saya melakukan solat istikharah. Dalam masa yang sama, saya masih beristisyarah dengan orang yang saya kira arif atau alim tentang keputusan yang saya akan buat ini. Namun, saya tidak mewar-warkan dengan jelas keputusan saya ini kerana bimbang tidak jadi dan saya sendiri masih berbolak balik hati ini.

Walaupun ini hanya menentukan apa yang saya akan buat pada semester depan, tetapi saya sangat-sangat perlu bertanya dengan Yang Lebih Mengetahui kerana saya tidak ingin mengulangi kesilapan kaum terdahulu. Dan jika boleh, saya ingin membina tapak yang paling bersih dan kukuh sebagai bekalan di jalan dakwah ini. Saya ingin membentuk fikrah saya, jiwa saya malah biah saya [jika saya mampu]. Saya sangat takut untuk terpedaya dengan syurga dunia.

tetapi saya perlu menempuh juga hidup ini. Ibarat kata murabiyah saya, teruslah melangkah, teruskanlah meredah, walau terjatuh, walau kita tidak boleh sama lagi dengan waktu lepas kita, sebenarnya itulah TARBIYAH!

*terasa ingin berkongsi pelbagai cerita dan rasa namun mood tidak datang. keperluan untuk menyiapkan saki baki tesis masih lebih perlu saya aulakan..

Friday, August 21, 2009

ramadhan is coming..


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

setiap kali kehadiran ramadhan disebut-sebut akan tiba, maka lagu ini juga akan berpusu-pusu menjelma dalam ingatan. lagu yang sangat syahdu dan mendalam. really like this song..
ayuh, kita koleksi diri kita dengan amalan dan persiapan yang secukupnya. moga ramadhan kali ini lebih bermakna..

yuk dengar dan hayati pesanan semarak ramadhan ini di sini

*1st ramadhan kali ini dah kosongkan untuk bersama bonda dan adik-adik. merindui terawih dan i'tiqaf bersama teman-teman..

Tuesday, June 2, 2009

IKLAN JAWATAN KOSONG

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A.. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa teman ,wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
24434...