Showing posts with label ukhwah. Show all posts
Showing posts with label ukhwah. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

.:Tangis yang terhela:.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Alhamdulillah, lewat malam tadi kami dipermudahkan untuk bertemu sekali lagi. Bertemu dalam pertemuan yang dijanjikan naungan malaikat pencatat amal-amal kebaikan, diganjarkan pahala andai niat lurus kernaNya.

Alhamdulillah juga, kerna taujih murabbiah itu saya 'terhantuk' sekali lagi.. menyelusuri fikrah-fikrah Islami, hadaf-hadaf yang sepatutnya tertonjol pada setiap insan yang yakin dengan jalan ini!

Sendu
sedih
...

Ya Allah, lamanya telahku bazirkan waktu-waktu ku di sini...
[sesungguhnya telah ku zalimi diriki dengan begitu banyak sekali T_T]


T.e.t.a.p.i

lembut murabbiah itu memujukku,
meyakinkan kembali bahawa Dia tahu itu yang lebih baik
untuk berlama-lama ku di tingkatan ini..

kerna itulah dugaannya
itulah mujahadahnya
itulah dia..

memetik kata-kata dari seorang sahabat di laman muka bukunya...

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

... MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

Thursday, January 7, 2010

.:dari perspektif yang berbeza:.

seseorang yang baru mengenali saya memberitahu bahawa saya sering punya sudut pandangan dan perspektif yang berbeza darinya dan kawannya..
betulkah?
jom layan beberapa sudut gambar yang saya baru kreatifkan diri hujung minggu lepas..


perjalanan malam...


rumah besar untuk hati-hati yang besar..

Band of Brotherhood, Thicker Than Blood"


berpagi-pagian itu lebih baik..

konvoy..

hujankah di luar sana?

rafflesia..

Wednesday, December 23, 2009

.:ikhlas buat diri dan sahabat:.

pertemuan malam kelmarin yang menyaksikan saya dan sahabat-sahabat berkumpul sekali lagi untuk kami muhasabah kembali diri dan amanah-amanah kami. sahabat-sahabat yang berwajah suci dan murni yang insyaAllah menginfakkan diri masing-masing untuk membawa serta menegakkan Islam di mana sahaja mereka berada. sahabat-sahabat yang walau kekadang ada perkara kami selisihkan, namun mudah juga kami saling memaafkan. sahabat-sahabat yang pada saya lebih akrab dan fahami saya berbanding keluarga saya sendiri. sahabat-sahabat yang telah kami sama-sama ikrarkan dalam rabitah hati kami.
InsyaAllah, selepas ini, walau bukan sepanjang masa kami bersama, walau bukan dalam semua pertemuan saya akan bersama mereka, walau banyak perkara berlaku ke atas kebelakangan ni saya tidak kongsikan dengan mereka, namun mereka akan sentiasa dekat di hati dan mata saya.
saya akui segala kelemahan saya yang masih perlu saya baiki, saya akui segala kelebihan dan kebaikan mereka yang terserlah yang perlu saya teladani.




walau saya tidak pasti sebenar-benarnya apa yang saya akan tempuh lagi di masa hadapan, namun saya perlu tempuh juga. cabaran, dugaan, jatuh, bangun yang saya cuba luruskan niat untuk tsabatkan diri mendamba keredhaan Allah semata, moga dikekalkan dalam diri sampai bila-bila. keinginan saya dan sahabat-sahabat untuk melakukan pengislahan kepada diri dan kawan-kawan, moga dituliskan sebagai ibadah yang berterusan di mizanNya. segala kata-kata, tindakan dan telaah kami atas buku-buku fikrah, moga menjadikan kami insan bermanfaat kepada masyarakat kelak. pengorbanan masa, duit dan tenaga bermati-matian kami moga menjadi bukti keikhlasan kerja kami apabila ditanya kelak.





sahabat,
bina pasukan berkumpulan, diri perlu belajar untuk meningkatkan kesabaran, keterbukaan dan berlapang dada.

Sabda baginda s.a.w :

Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

sahabat-sahabat,
ayuh tajamkan minda dan fikrah dengan menyiasat fitnah dan kesusahan yang mungkin bakal kita tempuh dengan membedah 'bahtera penyelamat kehidupan', kita dalami teknik mendekati dan memahami insan-insan istimewa dalam 'bagaimana menyentuh hati' setelah kita fahami hakikat diri kita dalam 'apa makna saya menganut Islam'...

Thursday, October 29, 2009

.:jaulahtuna:.

"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, dia Mahaperkasa, Mahabijaksana" (al-anfal:63)

benar kata hajar,
Sesungguhnya Allah akan mempersatukan hati kita selagimana kita ikhlas berada di jalan perjuangan menyambung sunnah Rasulullah saw yang teragung iaitu "jalan dakwah" ni.Seterusnya Allah akan memperkemaskan lagi ukhuwwah dengan mengurniakan fikrah yang sama dan akhirnya membawa kepada amal kita seharian.Tak mustahil, bila kita berada di jalan da'wah, kita akan berasa perit, sakit, inilah yang dinamakan ujian untuk menapis hamba-hambanya yang betul-betul ikhlas dan inilah juga sunnatullah.Dengan kesakitan inilah penawar dosa-dosa kita, dan seterusnya akan meningkatkan iman dan taqwa. Sesunguhnya "UKHUWWAH" ini bekalan yang sangat berharga dalam menempuh ujian dan cabaran hidup. Semoga kita thabat di atas jalan ini..


terima kasih sahabat2 atas gambar dan perkongsian.ntunna memang hebat! yakin pada janji Dia. ingin menyusun panjang kata, tapi mungkin perlu dikemudiankan dahulu.
* moga tak lewat untuk tahniah to k.nazihah yang selalu jadi teman masak dan kepoyoan. alhamdulillah, telah mendaki tingkat kedua maratib amal.


Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.



Wednesday, October 14, 2009

.:raya dengan jamuan:.

hajat untuk tidak menulis di ruang sepi ini dan fokus semata kepada kerja-kerja yang bersisa tidak bisa ditahan. tetapi saya ingin memanfaat sedikit waktu yang ada ini dengan mungkin sedikit corat coret pengimbas kenangan penambah kekuatan di waktu kelak. saya harus belajar menaip dengan cepat agar dapat berkongsi dengan banyak ^_^
baru sabtu lepas, saya dan ahlul bait usai membuat jamuan raya. perancangan yang dibuat sejak awal tetapi dikendali di waktu semua hampir lemas menyusun senggang waktu dengan sebaiknya.
selepas asar jumaat itu, ahlul bait yang punya waktu di bait, mengerah tenaga melakukan ops-bersih. hampir separuh himpunan pokok pandan itu saya tebas, jalaran daun dan pokok di pagar turut dinyahkan. rerumput, semak, kasut dan sebagai banyak dinyahkan agar hadirnya tamu esok tidak sesak mata. saya tidak pasti apa terjadi di tingkat atas dan ahlul yang bertanggungjawab di kawasan itu. apa yang pasti, apabila saya naik ke atas, dapur, ruang tengah dan seantaranya telah cantik tersusun kemas. jazakumullah khairan kathira kepad ahlul yang sama-sama menjalankan ops-bersih. dan plastik-plastik sampah yang tak digunakan kami tindihkan dengan pokok pandan tadi agar malam kelak tidak busuk menunggu pakcik pembersihan membawa pergi.
dalam masa yang sama, ahlul yang mengoffer diri menjadi ahli dapur jamuan ini ke sauk puchong. mujur ada bura' merah yang sedia dibawa memudahkan urusan. senarai panjang dibuat sebelum berangkat ke sauk. sangat berterima kasih kepada mereka. [kasihan pakcik ikan yang lupa mereka ambil ikan siang sebelum membeli ayam]
malam itu, suasana rumah sangat gamat kerana semua kami ada. bukan mudah mengumpul dan bertemu muka semua. tiga belas rupa dengan tiga belas tingkah, menghiasi rumah tenang ini. sambil memotong bahan masakan, menyiap souvinear, membuat dessert, memasak nasi impit, ditontonkan juga wayang 'geng' di sudut lapang ruang tengah. sambil berpisauan memotong, ada yang ternganga, menjerit, melatah bila wayang itu mempersembah pelbagai aksi melucukan. paling tidak tertahan, ustazah yang menitis air mata seiring dengan aksi kartun tersebut. bila semua berkumpul, segala lawak dan cerita keluar. pelbagai skil menyiapkan kerja turut terserlah. segala buku, jurnal, kerja lain kami cutikan untuk malam dan esoknya. dan lengkong pandan itu, saya tertumpah gula ke dalamnya..[kredit kepada aini yang mengajarkan semua menganyam ketupat riben ^_~]
kami terima tamu pertama sebaik rumah dibuka. dan keadaan makin gawat diwaktu tengah hari.jazakumullah khairan jaza' kepada semua yang hadir. berkejar-kejaran antara kami ke kedai menambah belian bahan-bahan yang habis. bukan setakat kanak-kanak, kami-kami turut melayan wayang 'geng' yang diulang-ulang lagi tayangan sepanjang jamuan tersebut. [bagus juga idea jiran kami. jamuan lepas kami pasang wayang jaulah honye wekend kami sahaja] jazakumullah khairan jaza' kepada tetamu yang hadir. dalam hadirnya farhana dan teman, ada nada sayu di hujung pertemuan kami.moga Dia pelihara persahabatan kita -_-
dikongsikan sedikit gambaran pada hari itu.







makanan terhidang sangat menyelerakan..

sempat bergambar dengan tamu yang datang..

sempat ke rumah mak cik fauzaniyah makan laksa ^_^

Monday, July 27, 2009

.:honey weekend:.

sungguh, hujung minggu bersama kalian di kampung damai dan pantai nyaman itu sangat menghiburkan hati. tak jemu rasanya untuk melihat berulang kali kenangan waktu itu hingga tak kering gusi menonton aksi kalian. jangan tidak tahu kita semua ada bakat terpendam masing-masing. walaupun saya agak lewat untuk makan tengah hari dan me'nogel' ayam dengan kalian, tetapi aktiviti-aktiviti selepas itu sangat berharga. -_^
masih terbayang-bayang bau harum dan enaknya ayam organik yang dibarbequekan, liqa' hati ke hati, qiam dalam hujan yang dingin, pembongkaran identiti rahsia itu, dan games pantai yang saangat melucukan itu. benar kata ain, kita tidak akan pernah lupa kenangan games ini justeru kelawakan aksi dan kreativiti mengundang rakaman bersama. boleh jadi gambar itu juga dikongsi penglihatan dengan pemudi Korea yang berminat dengan aktiviti kita. ^_^

ya, walau kita pelbagai karektor, tetapi liqa itu menyaksikan kita saling berkongsi rasa yang sama, keinginan yang serupa. kerana kita telah memilih dan dipilih untuk berada di sini, membentuk diri seperti ini, dengan cara yang begini. harapan kita bersama, moga kelak kita lebih baik.memetik kata Hassan Al-Banna, 3 tunggak kekuatan sesuatu jemaah ialah kejelasan matlamat, ikatan ukhwah dan kasih sayang antara ahli dan kekuatan tentera dan jihad. dan nyata ukhwah itu kita tingkatkan di sini. saksikanlah bahawa diaman ini, ukhwah ini milik kita selamanya. kasih dan sayang buat antum kerana Allah taala -_^

ayam yang sangat mengiurkan...

jangan lupa buah-buahan dibawa pulang...

gegirl pun nak makan juga -_^

hadiah dari mosquito monitor ^_^