Saturday, February 27, 2010

.:tragis 3 tahun:.

cuti sambutan hari Maulidur Rasul tahun ini agak menggemparkan seluruh negara dan warganya yang mengikut berita semasa. kematian Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor saya kira merupakan suatu bentuk kekejaman manusia yang tidak boleh diterima akal! didera oleh IBU sendiri sehingga cedera parah pada perut dan ginjal, luka dan lembam di seluruh badan serta pendarahan otak, apakah makna kehadirannya di sisi ibunya hingga ibunya tergamak berbuat demikian? atau ia juga komplot bersama oleh teman lelaki ibunya itu?

PUAN, SYAFIA HANYA BERUMUR 3 TAHUN!!

[saya sangat tidak boleh menerima kenyataan ini bahawa kanak-kanak itu baru berumur 3 tahun, didera oleh ibunya sendiri bahkan berada di bawah jajahan takluk Hulu Selangor. wahai pemimpin dan pembawa Islam di Hulu Selangor, saksikanlah kerja2 yang belum kamu buat disini...]

kejam,kejam,kejam, sangat kejam.
mengapa kes ini boleh berlaku di Malaysia?
mengapa kes ini boleh terjadi kepada keluarga yang menganut agama Islam?
bukankah agama Islam itu agama kasih sayang?

jika kita singkap seerah Rasulullah s.a.w, tempoh masa 3 tahun boleh dikaitkan dengan dakwah sirr baginda di Mekah. walau berdakwah secara sirr, namun pembawaannya ialah kasih sayang dan nilai murni Islam itu sendiri. ingat lagi antara bait-bait kata yang baginda ujarkan di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam?pernahkah baginda mengajar hamba-hamba abdi di Mekah pada waktu itu untuk membantah kata-kata majikannya, memukul orang yang menghina manusia atau apa sahaja bentuk keganasan dan kekasaran?
tidak, bahkan baginda sangat lembut menyentuh hati-hati manusia yang hadir ke rumah itu, dengan seruan keadilan dan kebenaran, sesiapa yang mendengar pasti akan tenang dan berlembut hati dengan apa juga mehnah yang menimpa.
bahkan, Rasulullah juga tidak pernah membalas dengan kejahatan atas setiap kejahatan yang ditujukan kepada baginda. wanita buta yang suka mengutuknya, baginda bahkan membantu wanita itu dan menyediakan makanan lagi buatnya. bukankah itu bukti kasih sayang yang amat mendalam pada baginda dan agama Islam itu sendiri?

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”.(QS Al-Ahzab:21)

Ya Rabb, sesungguhnya telah kami diri kami dengan begitu banyak sekali, sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk di kalangan hamba-hambaMu yang rugi..

Ya Allah, tegakkan Islam dalam diri kami, agar tertegak Islam di muka bumi ini...

amin ya rabbal 'alamin....

Sunday, February 21, 2010

.:kisah kasih istiqamah:.

kelmarin saya, kakak dan teman berkesempatan mengikut diskusi pengalaman yang menarik.
~dari kampus ke masyarakat~
bertemu dengan tiga figur dakwah yang saya sanjungi, membuat diri ingin menjadi seperti mereka. bahkan lebih baik dan cemerlang lagi!
kisah dari zaman kemahasiswaan yang penuh kisah yang berbeza, seterusnya diintrepertasikan dalam penerusan selepas tamat zamat belajar. mereka bahkan turun padang bersama masyarakat beraktiviti dan memahami kehendak serta masalah setempat.
namun, setiap bait kata dan titipan pengalaman yang dikongsi, walau mampu saya tulis di kertas nota, tak terjemah di entri ini. seolah-olah lingkaran pengalaman itu bermain di minda dan selari dengan apa yang saya lalui dalam kehidupan nyata kini.
adakah perlu saya kongsikan identiti dan butir aktivis-aktivis mereka??

'Islam datang untuk membebaskan manusia daripada kegelapan..'

saya juga cuba menyelami setiap tempoh masa yang figur-figur itu lalui.
benar, jika kita menghadami Al-Quran beserta terjemahan, kajian ke atas buku-buku hadith, seerah bahkan sejarah Islam, insyaAllah kecintaan dan pemahaman kita kepada Islam akan semakin akrab.
semakin kita hadam dengan semua itu, kita sepatutnya lebih-lebih termotivasi untuk membawa dan menegakkan Islam dalam diri dan negara kita.
Pesan al-imam Hassan al-Banna:-
"Orang yang terkemudian datang ibarat yang berada di atas bahuku. kepalanya lebih tinggi dari kepalaku lantaran dia berada di atas bahuku ini. Dia sepatutnya mempunyai pandangan yang lebih jauh daripadaku..."

dalam suatu liqa beberapa semester lepas, seorang sister yang hamil dengan penyakit TB yang semakin mengecilkan ruang peparu nafasannya menyampaikan hujah yang sangat mendalam:-
'jika kita mati esok, apakah jasa kita yang pasti untuk Islam?'
-_- [agak berat dada dan basah mata bila mengenang kisah ini..]

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : ” Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ‘ Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.’ “
[HR Muslim]

`Ya muqallibal qulub, thabbit qulubana a`la deenik`

*boleh jamin saya istiqamah update blog dengan input berfaedah paling lama sekali seminggu? sesungguhnya Dia penilai terbaik dari sekecil-kecil usaha istiqamah saya..

Tuesday, February 9, 2010

.:Miliki sehalus pekerti Abu Bakar:.

Dalam jenuh mengharungi kehidupan kian mendatang, baru-baru ini saya dikurniakan nikmat ukhwah dan bantuan yang sangat-sangat tak disangka. 22 tahun hidup berdikari, baru kini saya belajar dan meyakini makna hidup berjamaie dan ukhwah yang tiada galang ganti.
Ibrah dari kejadian-kejadian yang baru berlaku juga banyak mengingatkan saya dengan pekerti khulafa' rasyidin kita iaitu Abu Bakar As-Siddiq. saya bukan nak menjadi seperti dia tetapi sangat mengimpikan memiliki kelebihan dan pekerti halus seperti dia.
Masih ingat bagaimana respon Abu Bakar ketika peristiwa beliau dan baginda s.a.w bersembunyi di Gua Thsur? ikuti dialog n monolog Abu Bakar berikut:-

Apabila sampai di pintu masuk Gua Thsur, Abu Bakar pun berkata, "Wahai Rasulullah, gua ini tidak pernah dimasuki oleh manusia. Mungkin banyak sampah sarap dan ada binatang berbisa. Biarlah saya yang masuk dahulu."
kemudian Abu Bakar As-Siddiq masuk lalu membersihkan gua itu. Semua sampah sarap dibuangnya. Di dalam gua itu juga terdapat banyak lubang yang menjadi tempat persembunyian ular. Abu Bakar mengambil batu-batu lalu ditutupnya lubang-lubang itu. Namun masih ada lubang yang belum sempat ditutupnya. Tiba-tiba dari slaah sebuah lubang itu keluar seekor ular lalu mematuk kaki Abu Bakar as-Siddiq. tetapi tidak dihiraukan sebaliknya beliau terus melakukan kerja hingga siap. kemudian Nabi Muhammad dijemput masuk.
Sebaik sahaja baginda masuk, maka dengan kuasa Allah, labah-labah datang lalu membuat sarang pada pintu gua itu. kemudian sepasang burung merpati pula bersarang di situ.
Disebabkan keletihan, baginda berbaring di atas lantai gua itu lalu terlena. Abu Bakar datang lalu memangku kepala Rasulullah s.a.w. Pada masa itu, barulah Abu Bakar merasa bisa ular yang mematuknya sudah mula meresap ke dalam tubuhnya. Namun beliau terus menahan kesakitan sehingga air matanya menitik jatuh ke muka baginda. baginda terjaga lalu bertanya sebab Abu Bakar menangis.
"Wahai Rasulullah, saya dipatuk ular."
"Mengapa tidak dikhabarkan kepada saya tadi?"
"Rasulullah sedang tidur. tidak sampai hati saya mengejutkan.''
Mendengar jawapan itu maka Rasulullah berdoa, "Ya Allah, jadikanlah Abu Bakar sedarjat dengan saya pada hari kiamat."

sangat indah bukan?
selain itu, kita juga boleh temui bahawa Abu BAkar seorang yang sangat merendah diri dan takut kepada Allah.

"..Alangkah baik sekiranya saya menjadi sebatang pokok yang ditebang lalu dijadikan kayu api. Ataupun sehelai rumput yang riwayat hidupnya tamat selepas dimakan oleh haiwan."
"Benar katamu, wahai Abu Bakar,"ujar Umar Al-Khattab pula. "Tetapi kita perlu reda dengan ketentuan Ilahi. Kita dijadikan sebagai manusia dan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian."
"Semua manusia dibangkitkan di akhirat kelak. Amalan baik dan jahat yang dilakukan semasa di dunia ini akan dikira satu per satu di Padang Mahsyar. Itulah yang menakutkan hati saya," kata Abu Bakar pula.
kelihatan sepasang burung terbang lalu hinggap di pohon kurma tempat mereka berehat. lalu Abu Bakar pun berkata, "Wahai burung, kamu lebih bertuah daripada saya kerana dapat mencari makanan dan berterbangan ke sana sini tanpa perasaan takut pada hari pembalasan. Alangkah baik sekiranya saya menjadi seperti kamu."
Abu Bakar menangis kerana takutkan kemurkaan Allah. Umar Al-Khattab memujuknya sambil berkata, "Wahai sahabatku, Abu Bakar. Kamu beruntung kerana Nabi Muhammad sudah memberi jaminan yang tempatmu di akhirat kelak di dalam syurga. Malah kamu mendapat kedudukan yang utama antara penghuni syurga. Nabi Muhammad s.a.w. sudah bersabda, setiap pintu syurga menyeru nama Abu Bakar. Dialah pengikutKu yang pertama akan memasukinya."

Dan kerendahan hati serta zuhud Abu Bakar semakin sirna apabila beliau diangkat menjadi khalifah pertama selepas baginda s.a.w. wafat.

Dalam ucapan pertama beliau, beliau memulakan dengan kata-kata pujian kepada Allah, selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Kemudian beliau berkata, "Wahai sahabat-sahabatku sekalian. Sesungguhnya saya sudah dilantik menjadi pemimpin kamu, walaupun saya tidak meminta jawatan itu. Demi Allah saya lebih gembira sekiranya orang lain yang dilantik memikul tanggungjawab ini kerana saya bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Oleh itu, sekiranya saya melakukan kebaikan maka bantulah dan berilah kerjasama kepada saya. tetapi sekiranya saya melakukan keburukan maka perbetulkanlah saya. Ketahuilah yang kebenaran itu suatu amanah dan pembohongan itu suatu pengkhianatan. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana saya akan membelanya. Orang yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisi saya kerana saya akan mengambil hak daripadanya."

dedikasi khas buat akhawat Darus Sakeenah, akhawat UKM dan juga DHL,
moga persahabatan kita seperti Abu BAkar As-Siddiq, terjalin kerana Khaliqnya...
moga kita menjadi pemaaf seperti Yusuf, tetap mencintai saudaranya walau dihumban ke perigi tua..
moga pusara kita harum mewangi bagai harumnya pusara Masyitah semerbak kasturi...
moga persahabatan indah ini menjadi syafaat di mahkamah Mahsyar nanti...
menjadi penguat tatkala meniti Titian Sirat menuju ke Syurga Firdausi insyaAllah...


rujukan:
novel sejarah Islam Abu Bakar Sahabat sejati karya Abdul Latip Talib

Monday, February 1, 2010

.:separuh jeli dan udara:.


"Daripada Ummu Al'Ala, dia berkata : Rasulullah s.a.w menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu beliau berkata : 'Gembiralah wahai Ummu Al'Ala. Sesungguhnya sakit orang Muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak."


apakah kaitan hadis di atas dengan gambar 4 gelas tu?('?')
[hm.. saya bukan seorang yang pandai bercerita dan berterus terang, cuma entri kali ini saya ingin kongsikan sedikit analogi yang saya telah lalui dengan sangat praktikal beberapa hari lepas.]

1. apakah yg kamu nampak apabila melihat gambar 4 gelas tersebut? adakah gambar gelas berisi setengah jeli warna warni atau gelas berisi setengah udara yang kosong?

2. apakah respon kamu ketika pelbagai kesakitan menimpa kamu? jika zaman baginda dahulu, baginda menenangkan sahabiah yang sakit @ down dengan pesanan seperti di atas. namun, jika kini dan dengan keadaan diri kamu sendiri, apakah motivasi untuk kamu merespon kesakitan itu?

kita sering mengeluh dan gelisah apabila ditimpa ujian atau musibah..
kita mula salahkan orang lain itu dan ini, mencari jalan penyelesaian yang tidak pasti dan sebagainya..
mula juga merasakan Allah itu dan ini, sahabat itu dan ini, hidup tidak bermakna dan sebagainya.
namun,
pernahkan kita refleks kembali asbab dan musabab ia berlaku?
memandang setiap ujian dan musibah dari perspektif yang berbeza?
memahami bahawa segala kesakitan, kepayahan dan kelemahan yang terserlah yang sangat di saat ini merupakan proses pembersihan yang sangat bermakna untuk kita?
menjadi kafarat dosa seterusnya membersihkan diri dan meneguhkan iman kita?


Ayuh diri dan teman, kita saksikan janji-janji Ilahi:-

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.." [al-baqarah : 155]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". [al-mulk : 23]

(Dalam pada itu, manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakkan manusia apabila diuji oleh Tuhannya, dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta berkatanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" [al-fajr : 15-16]

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar." [at-taubah: 127-128]

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [ar-rahman : 13]

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." [ali imran : 190-191]