Showing posts with label diri. Show all posts
Showing posts with label diri. Show all posts

Monday, February 4, 2013

.:Sejarah Belog Ini:.

Bismillahirrahmannirrahim...


Cuba tengok sejarah penubuhan Inche Gabbana dengan sejarah penubuhan belog saya ini.
Yeay, sebaya.
.
.
.
Tetapi kemaintainan penulisan inche gabbana sudah mencecah beza beribu-ribu meter dari penulisan saya. Niat asal penulisan untuk mengkoreksi diri juga banyak masanya kurang berjaya diterangkan di sini. 
Arakian kisahnya, laptop yang digunakan dan dibeli ketika masa di UKM dulu telah sukar mengenalpasti sistem saluran internet berhampirannya. Ditambah pula kesukaran untuk menekan butang hurufnya disebabkan kejadian-kejadian tidak selamat selama ia didalam penjagaan saya sebelum ini.
Hendak dihantar ke kedai, terasa nipisnya masa dan nilaian wang yang ada pada saya sekarang.
Dengan memandangkan keutamaan yang lebih utama, saya menahan dahulu penghantaran laptop tersebut buat seketika waktu.
Kini saya mendapat kerja sementara [kontrak 3 bulan] di unit perkhidmatan, bahagian sumber manusia, UPSI sehingga bulan Mac ini.

Di manakah saya selepas bulan tersebut?
Allahualam. Allah lebih mengetahui.
Kenapa saya mahu bertahan di sini?
Allah lebih memahami.

Ops, DIA sedang memanggil untuk seruan ke-dua.
[tak sempat pula nak coret kisah hampa dengan naqibah hari ini.-.-]
In syaa Allah akan cuba cari masa untuk mencoret lagi di lain kali.
Sekian.
Assalamualaikum...

[pray first! JOM!!]
cop, tajuk entri sebenarnya nak relate kan dengan planning ini sejarah kita pada hujung bulan ini..tapi lain pula isi kongsiannya.. Allahu Allah..
nanti update barulah.huhu

Tuesday, May 29, 2012

.:Minggu ini:.

Minggu ini
semangat meninggi
untuk meredah rempuh kampus pentarbiyahan
untuk membedah kalam penyucian
untuk membuka seluas-luas hati untuk mengenal dan dikenali..

[masih likat dengan pengisian dakwahtuna minggu lepas =.=]

~Alhamdulillah~

Wednesday, January 25, 2012

.:Cuti-cuti kerja:.

Alhamdulillah, saya baru melepasi 5 hari cuti bekerja yang sangat bermakna dan bermanfaat.
Bermakna dan bermanfaat kerana saya mengisi waktu cuti tersebut dengan pelbagai perkara yang boleh memberi impak jangka panjang.
Mood saya sekarang bukanlah untuk menulis, tetapi lebih kepada berkongsi. Berkongsi rasa yang dirasa.
Mood sharing is caring.
Mood bebas dan kebebasan.
Mood pelindung yang dilindungi
Mood genta rasa
Mood untuk mencapai sesuatu yang jauh agar mulai dekat kembali...


Menghabiskan dua hari pertama untuk melihat dan memahami mengapa jalanraya serta lebuhraya sangat sesak sehingga impian saya untuk bermalam di rumah teman di Slim River agak terbantut. Mengagumi rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan cuti ini untuk pulang ke kampung, mengeratkan silaturrahim dan mengembara melihat alam. Namun, masih bersyukur kerana DIA memanjangkan juga langkah saya ke rumah teman itu. Mendapatkan hikmah dicampakkan ke sini. Mendapatkan hikmah memperoleh perasaan baru di hati ini. Dan mendapatkan hikmah menilai jati diri kini. Alhamdulillah, subhanallah, La haula wala kuwataillah billah.. Kun fayakun -_-
Harap akan ada post yang mampu saya tulis istimewa untuk teman ini di sini kelak.


Aktiviti kedua ini adalah antara sebab saya masih di sini ketika cuti-cuti ini. Saya memutuskan untuk tidak pulang ke Rawang kerana perlu menjalani kelas-kelas terakhir bersama Cik Nan agar ujian JPJ pada 25.01 berjalan lancar seterusnya melayakkan saya menjadi pemegang tetap LESEN D ^__^
Alhamdulillah wa subhanallah, DIA memudahkan segala urusan saya. Seluruh keluarga, majikan , rakan sekerja serta dia mendoakan dan memberi nasihat yang berguna kepada saya.. pelbagai respon dari mereka dinanti setelah saya diberitahu memperoleh 17/20 pada hari itu.

3.Turun ke KL untuk berjalan dan berjumpa teman semirip..[hurm, komen saya setakat ini.] ^_^ Terlalu banyak perubahan berlaku. ke atas keadaan di sana dan diri saya juga..

Thursday, January 19, 2012

.:Langit Ilahi:.


Seawal 7.30 pagi ini saya melangkah menyeberangi laluan besar itu. menunggu cikgu mengajar kereta. Setiap langkah yang memikirkan rencana seharianku. kerjaya, kehendak mak, kehendak diri, masa hadapanku, liqa bahkan mimpi-mimpi kebelakangan ini yang menggamit kenangan aku bersama teman-teman di Bangi dahulu.. rindukah aku pada mereka? atau sekadar mainan tidur semata?


Sejenak aku mendongak ke langit.

Terpana seketika pada lukisan agung Ilahi.
Sebuah kapal terbang sedang melintasi langit capaian pandanganku. Meninggalkan kabut-kabut garisan putih di belakangnya.
Apakah aku juga mampu menjadi seperti kapal terbang itu? bepergian merata ceruk, namun ada sesuatu yang aku tinggalkan untuk dikenang, dihargai dan dijadikan ceruk pahala berterusan..
hm...
menghela nafas panjang.














Lewat petang tadi disapa kakak yang sering aku sanjungi di sini. sedikit emo dan bergenang sungai hati bila janji dipantri untuk kembali ke siratul mustakim.. terharu, gembira, tersakit hati... suka. Alhamdulillah, akhirnya aku kembali bersedu usai bersujud selepas solat tadi..

Tuesday, June 21, 2011

.:Ukirkan d batu vs lakarkan d pasir lautan:.


Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..

Memulai tinta kali ini dengan mengingati zatNya yg maha Agung, sesungguhnya saya rasa sangat cuba untuk menstabilkan diri semula, membina semula beberapa disiplin lepas yang saya terlepas jaga beberapa waktu ini..

hmm, sangat kurus rohaniku..

hmm, sangat setia kawan hingga menyusahkan pihak pengurusan..

hmm, sangat beruntung kerana dinaikkan status dan amaun ganjaran sedangkan si senior dipandang sepi oleh majikan..

hmm, sangat menyibuk mengurus hal teman hingga terabai hak yang sepatutnya kuutamakan..

hm, sangat kejam beberapa frasa yang saya terima terus ke lubuk hati beberapa waktu ini..

serabai, serabut dan seram..
aturan hidup kian berceramuk, mwmbina rasa hina diri jauh ke dalam hati.
haruskah saya dengan segera menimbang peluang ke tempat lain, menjauhi segala d sini dan cuba membina lagi dan lagi?

ibarat membiarkan kisah dan luka diri dipahat d ukiran batu yang akan kekal selamanya,
mahupun menjadikan ini semua rencah manisan bila ia kulakarkan di pasiran laut yang akan hilang bila ombak badai menghempas pantai..

Tuesday, May 10, 2011

.:Lama yg sungguh lama:.

[sambil menghayati sebuah klip video youtube]
Sungguh lama saya tidak singgah mencoret di sini, sungguh banyak kenangan dan pengalaman yg dulu hampir sering menjadi coretan di sini. mengumpul segala ketenangan dan keindahan untuk berkongsi dengan teman-teman maya yang sering memotivasikan diri..

Apakah rasa sayu dan jauh di saat ini satu fenomena yang akan sering bertamu dalam liku hidup saya??

Ingin mulakan semula penulisan di sini, namun perlu kecekalan untuk menghadapi kelainan hidupan yang saya sedang biasakan menempuhinya..

[touching sungguh saat ini..]


berubahkah saya? T_T

Friday, September 3, 2010

.:bernafas semula di akhiran:.


Alhamdulillah, hanya di sini mampu saya meluahkan.
subhanAllah, sungguh banyak diberi kekuatan dan hikmah.
Allahu Akbar, cukuplah DIA sebagai pelindung dan penolong...

insyaAllah, semakin stabil dan mengenal kesan doa yang makbul olehNya kepada diri ini.
bernafas semula di akhiran, moga ada akhiran yang sentiasa lebih baik dari awalan.
Allahualam.

Friday, July 16, 2010

.:rumah ankabut:.


"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui." [Al-Ankabut 29:41]

uish, mengaitkan kesawangan blog ini dengan kiasan Al-Quran di atas, masih banyak yang kalian dan saya sendiri tidak tahu. -_-
DIA kata rumah paling lemah ialah rumah labah-labah sedang rumah diaman kita pula bagaimana?

rumah saya
rumah kamu
rumah muslim

baiti
baituna
baitul muslim...


* hampir merepek kerana berjaga malam tidak boleh tidur -_-

Thursday, April 1, 2010

.:muhasabah diri atas kasihNya:.

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Sesekali menikmati kejiwaan lagu seperti nyanyian edcoustic ini, bait liriknya terasa seperti begitu akrab dengan saya pada waktu ini. Memuhasabah diri untuk cinta pada pemilik yang sepatutnya, kadang kita lebih sering lupa dan tersasar dari landasan yang sepatutnya. Dan bagaimana menjadikan doa yang merupakan senjata orang mukmin itu sentiasa basah dalam ingatan dan amalan kita, merupakan satu bentuk latihan didikan diri yang begitu bermakna.

Setiap ujian juga merupakan tarbiyah [didikan] untuk setiap hambaNya. Tarbiyah dari Ilahi yang menandakan kasih sayang dari Ilahi, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang Maha Mengetahui dan Maha Adil. Ujian dariNya juga boleh jadi akan menimpa kita berulang-ulang kali sehingga kita akan tertanya-tanya mengapa ia berlaku dan berlaku lagi kepada diri kita..

Seorang sister yang pernah hadir menjadi murabbi mengatakan setiap ujian yang menimpa adalah untuk melihat bagaimana respon kita terhadap status ujian tersebut. Positif atau negatif yang bakal mendekatkan atau menjauhkan diri kita dari Rabb yang sebenar. Jika kita ditimpa derita sakit dari penyakit yang pernah kita hadapi dahulu, adakah masih sama rawatan dan kesabaran yang kita teladani? Masih samakah pemahaman diri mengenai nikmat Ilahi yang tidak pernah putus-putus? Dan bagaimana pula jika kita sering diuji dengan masalah kewangan, yang mungkin disebabkan oleh pengurusan kewangan diri yang tidak cekap, apakah kita masih akan meminjam dan meminta wang orang lain sepertimana kita lakukan sebelum ini? Atau masih samakah akhlak kita apabila kita dari dahulu hingga kini diuji dengan prasangka, teguran dan sindiran teman-teman?

Ayuh diri dan sahabat, kita panjatkan kesyukuran atas kesedaran kasih sayang dariNya kepada kita selagi hayat dikandung badan. Panjatkanlah juga rasa berterusan kehambaan kepadaNya dengan taubat dan istighfar yang berulangkali dalam aktiviti seharian kita, moga kita tidak pernah menjadi hambaNya yang melampaui batas dan merasai riak setelah mengecap banyaknya impian dan nikmat-nikmat dunia. Allahualam


Sunday, February 21, 2010

.:kisah kasih istiqamah:.

kelmarin saya, kakak dan teman berkesempatan mengikut diskusi pengalaman yang menarik.
~dari kampus ke masyarakat~
bertemu dengan tiga figur dakwah yang saya sanjungi, membuat diri ingin menjadi seperti mereka. bahkan lebih baik dan cemerlang lagi!
kisah dari zaman kemahasiswaan yang penuh kisah yang berbeza, seterusnya diintrepertasikan dalam penerusan selepas tamat zamat belajar. mereka bahkan turun padang bersama masyarakat beraktiviti dan memahami kehendak serta masalah setempat.
namun, setiap bait kata dan titipan pengalaman yang dikongsi, walau mampu saya tulis di kertas nota, tak terjemah di entri ini. seolah-olah lingkaran pengalaman itu bermain di minda dan selari dengan apa yang saya lalui dalam kehidupan nyata kini.
adakah perlu saya kongsikan identiti dan butir aktivis-aktivis mereka??

'Islam datang untuk membebaskan manusia daripada kegelapan..'

saya juga cuba menyelami setiap tempoh masa yang figur-figur itu lalui.
benar, jika kita menghadami Al-Quran beserta terjemahan, kajian ke atas buku-buku hadith, seerah bahkan sejarah Islam, insyaAllah kecintaan dan pemahaman kita kepada Islam akan semakin akrab.
semakin kita hadam dengan semua itu, kita sepatutnya lebih-lebih termotivasi untuk membawa dan menegakkan Islam dalam diri dan negara kita.
Pesan al-imam Hassan al-Banna:-
"Orang yang terkemudian datang ibarat yang berada di atas bahuku. kepalanya lebih tinggi dari kepalaku lantaran dia berada di atas bahuku ini. Dia sepatutnya mempunyai pandangan yang lebih jauh daripadaku..."

dalam suatu liqa beberapa semester lepas, seorang sister yang hamil dengan penyakit TB yang semakin mengecilkan ruang peparu nafasannya menyampaikan hujah yang sangat mendalam:-
'jika kita mati esok, apakah jasa kita yang pasti untuk Islam?'
-_- [agak berat dada dan basah mata bila mengenang kisah ini..]

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : ” Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ‘ Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.’ “
[HR Muslim]

`Ya muqallibal qulub, thabbit qulubana a`la deenik`

*boleh jamin saya istiqamah update blog dengan input berfaedah paling lama sekali seminggu? sesungguhnya Dia penilai terbaik dari sekecil-kecil usaha istiqamah saya..

Friday, January 8, 2010

.:langkah bermula:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah, lalu berilah peringatan!
Dan Rab (Tuhan) engkau, agungkanlah!
Dan pakaian engkau, bersihkanlah.
Dan perbuatan dosa, tinggalkanlah.
Dan janganlah engkau memberi kerana inginkan yang lebih banyak.
Dan kerana Rab (Tuhan) engkau, bersabarlah.
[al-muddatsir 74:1-7]


ya, telah diwar-warkan seruan memulakan proses pengislahan semula disamping pembersihan diri yang memerlukan ilmu dan amal yang sahih. moga bekal di jalan dakwah ini dapat saya guna dan manfaat sebaiknya.

"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan pengislahan dengan segala kesungguhanku. Dan hanya Allah-lah sebaik-baik petunjuk jalan bagiku, hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali" (Hud: 88)

moga saya sentiasa termotivasi menjadi insan musleh seperti yang diidam-idamkan:-
i.bebas dari belenggu nafsu
ii. rajin meraih pahala
iii. sentiasa merebut peluang yang ada untuk melakukan pembaikan
iv.tetap istiqamah
v. tiada waktu terluang yang sia-sia

Monday, January 4, 2010

.:Aku seperti Rafflesia:.

aku seperti Rafflesia
yang sukar ditemui kerana keunikan
aku seperti Rafflesia
yang besar tiada tandingan
tanda semua sangat dimanfaatkan
aku seperti Rafflesia
yang jelek warna bukan hiasan
agar aku bukan penyebab manusia sekalian dilekakan
aku seperti Rafflesia
yang tidak wangi dan tidak digemari
kerana aku enggan menjadi penarik kelalaian manusia semata
aku seperti Rafflesia
yang hanya parasit kepada tumbuhan lain
kerana aku tidak mampu hidup sendirian di tengah-tengah rona dunia yang berkilauan..

Wednesday, December 9, 2009

.:hijrah kerana Allah:.

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

c/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah


*akhirnya, saya membuka juga kembali ruang sepi ini untuk tontotan umum. beberapa ketika saya tutup sebentar, untuk mencari kembali nilai diri yang pergi. moga kelak ruang ini memberi manfaat kepada kalian yang singgah membaca. allahualam

Tuesday, December 8, 2009

mengapa perlu jaga kesihatan?

Harini saya rasa badan saya seperti belon ketika berjalan. Kaki terasa sangat berat untuk melangkah membawa berat badan yang semakin meningkat ini. Kemudian, saya mengambil inisiatif mengira body mass index [bmi] saya. Wondering what? Obes!

Sebagai seorang perempuan, merangkap hambaNya, pelajar, makhluk Allah dsb, kita perlu menjaga kesihatan terutama berat badan kita. [pesan yang selalu dibisingkan oleh kakak]. tetapi, apakah sebenarnya keperluan kita untuk memiliki berat badan yang ideal?

Individu yang tidak mengikuti tarbiyah mungkin akan berkata:

- Sebab nak cantik

- Untuk dapatkan pasangan

- Kelihatan menarik dan yakin

- Dan alasan-alasan yang sewaktu dengannya..

Individu yang ikut tarbiyah pula sepatutnya berkata:

- Kerana salah satu muasafat tarbiyah ialah sihat tubuh badan.

- Untuk mudah melakukan ibadah

- Untuk mengelakkan penyakit di kala usia semakin meningkat

- Kerana kesihatan itu penting! ^_~

'Dari Ibnu Abbasr.a ia berkata bahawa seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu ia bertanya kepada Rasulullah: Apakah yang baik aku minta kepada Allah setelah selesai melakukan solat lima waktu? Rasulullah menjawab: mintalah kesihatan. Orang Arab itu masih tetap mengulangi pertanyaannya sehingga tiga kali. Maka untuk yang ketiga kalinya Rasulullah mengatakan: mintalah kesihatan di dunai dan di akhirat.'

"Sumber daripada penyakit adalah perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa adalah ubatnya" (HR Muslim).


rujukan : perubatan mengikut al-quran & sunah oleh abdul aziz ismail

091209

0145 am

Thursday, November 12, 2009

.:memilih dan terpilih:.


di hadapan setiap langkah insan
pasti akan terbentang 2 jalan
yakni jalan kebenaran dan jalan kebatilan
jalan benar yang likunya dalan kepayahan
mahupun
jalan kebatilan yang lurusnya dalam kealpaan...


dalam memilih dan terpilih
aku telah terlebih dahulu terpilih
olehNya mengharungi hidup ini
mendepani antara 2 jalan itu
dengan nikmat sukar suka dalam rahmatNya
dengan nikmat kasih dari sekalian hambaNYa yang cinta padaNya
dengan segala nikmat yang tidak pernah putus dan tidak pernah kuduga


dalam terpilih itu
kutemui ramai darinya juga kian dipilih lagi
untuk terus dalam keterpilihan itu
mahupun terus hanyut dengan kejauhan


apakah engkau tidak mengerti?
apakah engkau tidak mengambil iktibar?
dari kisah2 sebelum kamu..
dari kisah2 yang Dia ukirkan..
dari kisah2 yang dibentangkan kepada kamu..


sungguh
memilih dan terpilih itu
aku jadi takut untuk kian terpilih lagi
dek kerana terkadang tumpulnya hati
menilai antara kaca dan permata
antara pertama dan utama


dalam kepayahan
kupohon dengan ikhlas
kuminta dengan tulus
agar kekal dalam rahmatNya
dengan cara yang diyakiniNya
dengan hemah ahli tentangNya



Tuesday, September 29, 2009

.:hari ini:.

Masih dalam semangat raya dan gemuruh presentation tadi.^_^
Baru kelmarin teringat ada presentation hari ini. Mahu tak gelabah dibuatnya. Bahan tak cari lagi, laptop sudah enggak bisa digunakan lagi. Berkubanglah saya di PTSL mencari bahan yang last minute. Mujur setiap ahli memberi kerjasama yang baik dan peroleh input yang diperlukan. Mencari maklumat mengenai Soekarno tidak sukar tetapi men’translate’nya itu makan masa juga. Tokoh yang penuh kontroversi ini banyak juga sumbangannya sebenarnya. Hingga memberikan kemerdekaan kepada negara Indonesia pada tarikh ulangtahun kelahiran saya.[Atau boleh juga dikatakan sebagai saya lahir pada ulangtahun kemerdekaan Indonesia. ]
Alhamdulillah fi kulli hal, hasil kerjasama dan serabut-serabut kami sekumpulan mencari maklumat dan menyiapkan tugasan tersebut, presentation selesai juga dibentangkan tadi. [tak rugi tertido dengan buku Soekarno malam tadi. Saya baca buku @ buku baca saya?] syukur juga audience faham dan jelas dengan presentation kami. Pensyarah pun puji tahap keluasan pengetahuan kami tentang apa yang kami bentangkan tadi. Cumanya ada teguran dari ‘mata kelas’ tentang kesilapan kami yang tertukar sedikit fakta antara Sukarno dengan Suharto. Bagus sungguh budak sc. politik, tahu dari segala segi. Yay, rugi tak hadiri presentation kelasnya tempoh hari.
Malam tadi, dapat tahu k.azuwa dah bersalin. Bestnya! Baby boy. Meningkatlah angka anak-anak kecil di DHL yang akan memeriahkan program-program kami selepas ini. setakat ni, kehadiran mujahid fidaa’, muadz n mus’ab sahaja banyak mengalihkan fokus program kami.[saya je kot] ^_^
semasa di TPF’09, muadz dan mus’ab menjadi tumpuan untuk dipegang, di program kefasian bersama anak Bank Negara, fidaa’ mencuri pandangan semua kerana baru usia 23 hari, di daurah mantop, muadz mus’ab turut serta berdaurah dengan kami. di liqa yang lepas, fidaa’ kesukaan kerana dikelilingi akhawat-akhawat yang kasih dan sayang kepadanya. Di mnkd lepas, muadz membasahkan kertas dan karpet kami dengan air dan ummu fidaa’ yang belum tamat tempoh kurungan kena saman sebab tak diam sahaja di rumah bersama fidaa’. Di kgr lepas, muadz mus’ab jadi iklan dan koordinator senaman pagi di depan. Sungguh comel betul. Menunggu masa mengizinkan untuk menziarahi mujahid baru ini.
selepas ini, sudah boleh [kena] fokus menyiapkan metodologi yang banyak berpusing di kepala, bajet untuk kegunaan minggu hadapan, nota-nota yang telah banyak disignalkan untuk dihadamkan. Masa makin singkat, kerja makin menanti, dan impian semakin…? Sesungguhnya bantuan Allah itu dekat.
*rajin pula update bila dok depan PC


~dari cyber ptsl~

Sunday, September 13, 2009

syukurkanlah


Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan
niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada
kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”
(al-Bukhari dan muslim)

ayuh, ikhlaskan hati wahai diri!! -_-

Monday, August 31, 2009

moskito

agenda didikan telah bergerak!!
Kini ahlul baiti telah dimiliki dan memiliki moskito masing-masing. ^_^
sangat bersyukur kerana memiliki moskito yang sangat baik. [Maaf, saya tidak boleh umumkan kepada kamu bahawa saya memiliki kertas hati yang bernama kamu itu sehingga honey weekend akan datang.] kita akan punya masa yang cukup untuk taaruf dan taawun seterusnya bertafakul..
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-hujurat:13)

ahlul bait diminta mengambil kertas hati yang ditulis nama ahlul bait yang lain. Kehendak agenda didikan ini adalah menjaga penama kertas hati itu dari sudut jasad dan ruh. Saat inilah ahlul bait akan mendapat hadiah dan teguran rahsia yang mungkin akan diletakkan di meja mahupun sampul surat masing-masing. Atau mungkin ahlul bait akan diajar dan belajar banyak skil yang sangat bermakna untuk kalian. Jangan lupa juga untuk ahlul bait mengisi dan menanda form amal masing-masing agar belakang kertas hati tersebut bersih dari titik pena monitor. Anggaplah bersihnya kertas hati itu kelak seperti bersihnya hati kita berada di sini.

**Siapakah insan yang akan memonitor saya?(‘?‘)
Sesungguhnya, Allah bersama orang yang sabar..

Monday, August 17, 2009

.:being 22:.

dalam suasana tenang katibah itu, kami ikuti sahaja kehendak sister itu. mata dipejam dan fikiran dikosongkan. menarik nafas sedalam-dalamnya, dapat dirasai segarnya udara malam itu. nikmat bernafas yang saangat bernilai hingga acapkali terlupa bersyukur atas nikmat yang tak berbayar ini.
"hiruplah udara sedalam-dalamnya. tarik nafas dengan positif kemudian hembuskan segala yang negatif. buangkan negatif H1N1, penyakit-penyakit hati dan kenangan silam yang hitam.."

Ya, malam itu saya peroleh semangat dan aura baru untuk terus melangkah di alam jagat ini.penyampaian mengenai makrifaturrasul itu semakin menyebabkan diri ini rasa sangat kerdil. dibetulkan semula setting mindset dan niat. [always renew ur niat]

betapa agung dan mulianya rasul yang diutus untuk menyinari umat alam jagat. mampukah saya menjadi rantai-rantai pewaris perjuangan membawa agama mulia ini? sepatah kata Umar Al-Khatab apabila menang dalam peperangan," kita menang kerana dimuliakan oleh Allah sebagai seorang Islam.."



jazakumullah khairan kathira kepada semua kenalan yang ingat 'hari tua' saya. cik tim, faziera, bella, ejat [my bro getting better^_^], aifa, k.shu dan my all housemate yang caring and best!
hadiah? hm, sebaik-baik hadiah ialah doa. [atleast celcom bagi gak hadiah kat saya ^_~]

Monday, July 13, 2009

kisah komuter


Di stesen KL sentral itu, seorang gadis duduk di sebelah saya yang kosong. Saya yang sedang membaca buku memandang sekilas dan melemparkan senyuman.

”akak nak ke mana?”

”balik rumah di Rawang. Adik nak ke mana?”

“saya nak ke rumah abang di sungai buloh. Cuti sem ni saja jalan kat KL ni.”

“oh, adik masih belajar? Belajar kat mana? ”

Ramah pula adik ni bercerita. Dia yang baru satu semester di Penang, rupa-rupanya berasal dari Perak. Mungkin dia melihat saya dengan skemanya membaca buku di dalam train dengan penampilan berbaju kurung. Pada hari Jumaat, jika tiada aral melintang saya biasanya pulang ke Rawang menaiki ’kenderaan panjang’ ini dengan berpakaian kuliah sahaja. Sekadar menaiki ’kenderaan panjang’ini dan duduk di dalamnya selama 1 jam 15 minit untuk sampai ke rumah bonda, tidaklah saya mengjangkakan yang saya akan berlebih-lebih semangat kepulangannya sambil membawa beg-beg yang sarat dengan baju atau sebagainya.

sebelum dia turun di stesen yang dituju, dia sempat meminta nombor hubungan dan emel saya. Kami berharap dalam berkenal-kenalan lagi selepas ini. Setelah dia turun, baru saya sedar yang saya lupa minta nombor hubungan dia. Rancak sangat adik itu bertanya sampai saya lupa bertanya sepatutnya kepadanya. -_-

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

”kena ada sana kul berapa ye?”

”Erm, tak silap saya perjumpaan mula pukul 5 pm. Sempat ke kita dari sini nak ke sana?”

”sempat kot.”

Kami bersiap secepat mungkin. Pertemuan kali ini merupakan pertemuan dengan ”orang-orang besar” yang punyai impian dan harapan besar.

Sedikit risau terlintas di benak apabila tren mengalami masalah di selepas stesen Serdang. keadaan tren juga agak penuh ketika itu. Dalam diam,kami memanjatkan doa moga perjalanan kali ini dipermudahkan. Sementelahan tempat yang kami pergi ini tidak pernah kami lewati. Kami hanya diberitahu tempat dan pertemuan itu baru 3 hari lepas. Di KL sentral, kami perlu menaiki LRT untuk ke setiawangsa. Alhamdulillah, setelah menaiki LRT, perjalanan lebih lancar dan cepat. Kami tiba di stesen tersebut tepat jam 5 petang. Kami terus mengambil teksi ke alamat tersebut.

Di bangunan yang tertera seperti di alamat tersebut, kami tidak menemui sesiapa pun. Risau juga adakah kami terlewat, pertemuan telah tamat, kami tersalah alamat atau mereka telah berpindah ke tempat lain?

Setelah menghubungi urussetia, tahulah kami bahawa kami orang pertama sampai. mereka yang lain dalam perjalanan dan pertemuan belum bermula.dan malam itu kami menempuh pulang arah dan keadaan yang sama T_T

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Saya nekad untuk memhabiskan buku biru karya ustaz Hasrizal itu sebelum kembali ke ”teratak tenang” itu. Senggang masa menaiki tren ke UKM mungkin boleh dimanfaatkan untuk menghabiskan sisa bacaan buku tersebut.Di stesen Kuala Lumpur, dengan kerlingan hujung mata, saya perasan ada sebuah keluarga Afrika menaiki tren dan berdiri berhampiran saya. walau tutur kata mereka saya gagal fahami butir-butirnya, tetapi gaya pemakaian dan rupa mereka meyakinkan saya.Tempat duduk ketika itu telah penuh. Keluarga tersebut punyai anak remaja dan anak kecil sekitar umur 3 tahun.fokus bacaan saya mula berkurang apabila mendengar omelan anak kecil itu. barangkali dia letih merayau dengan orang tuanya seharian. Ibubabapanya tidak mengendahkan omelan anak kecil itu. Tanda protes, anak kecil itu baring di lantai tren tersebut.Semua mata tertumpu kepada dia. Si kecil itu tersipu malu apabila semua melihatnya dan saya bangun memberikan seat itu kepadanya. ibunya sangat teruja mendapat seat itu lalu mendukung anak kecil itu ke pangkuannya. Dan anak kecil itu menyorok di balik kerudung ibunya menahan malu. Sungguh comel kenangan itu ^_^