Harini saya rasa badan saya seperti belon ketika berjalan. Kaki terasa sangat berat untuk melangkah membawa berat badan yang semakin meningkat ini. Kemudian, saya mengambil inisiatif mengira body mass index [bmi] saya. Wondering what? Obes!
Sebagai seorang perempuan, merangkap hambaNya, pelajar, makhluk Allah dsb, kita perlu menjaga kesihatan terutama berat badan kita. [pesan yang selalu dibisingkan oleh kakak]. tetapi, apakah sebenarnya keperluan kita untuk memiliki berat badan yang ideal?
Individu yang tidak mengikuti tarbiyah mungkin akan berkata:
- Sebab nak cantik
- Untuk dapatkan pasangan
- Kelihatan menarik dan yakin
- Dan alasan-alasan yang sewaktu dengannya..
Individu yang ikut tarbiyah pula sepatutnya berkata:
- Kerana salah satu muasafat tarbiyah ialah sihat tubuh badan.
- Untuk mudah melakukan ibadah
- Untuk mengelakkan penyakit di kala usia semakin meningkat
- Kerana kesihatan itu penting! ^_~
'Dari Ibnu Abbasr.a ia berkata bahawa seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu ia bertanya kepada Rasulullah: Apakah yang baik aku minta kepada Allah setelah selesai melakukan solat lima waktu? Rasulullah menjawab: mintalah kesihatan. Orang Arab itu masih tetap mengulangi pertanyaannya sehingga tiga kali. Maka untuk yang ketiga kalinya Rasulullah mengatakan: mintalah kesihatan di dunai dan di akhirat.'
"Sumber daripada penyakit adalah perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa adalah ubatnya" (HR Muslim).
rujukan : perubatan mengikut al-quran & sunah oleh abdul aziz ismail
091209
0145 am
1 comment:
salam, kesihatan penting sebab kita nak buat ibadah perlu badan yg sihat..eg: kalau kepala pening, nak solat pun xx fokus..kalau kaki sakit , nank rukuk/sujud x syok..so, kita kena jaga kesihatan untuk pastikan kita dapat menuju ibadah yang khusyuk..
Post a Comment