Showing posts with label bahan ringan. Show all posts
Showing posts with label bahan ringan. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

.:Ahad:.

Usaha kemaskini harini..
simple tapi sering dilupakan.


Berdoa sebelum makan walau di mana kita berada

"Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami, dan jauhilah kami daripada azam api neraka"
Amiinn...

* mengatur dan merancang masa cuti hari ini untuk kelancaran sepanjang minggu >_<

Monday, April 12, 2010

.:mengapa saya bekerja:.

dipromosikan, buku motivasi bekerja yang telah lama berada di pasaran ^__^
jom baca tambah ilmu dan semangat agar dapat bekerja dalam iman..
[bukan mati je dalam iman -_^]

Monday, April 5, 2010

.:jangan berbohong:.


[jumpa artikel ni yang dihantar oleh seorang teman. terasa menarik pula untuk dikongsi dan diambil pengetahuan. tetapi penulisannya penjang sedikit.moga bermanfaat...]


Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di akhirat kelak.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya, apabila dia berkata, dia berbohong. Apabila dia berjanji, dia mungkiri dan apabila diberi amanah, dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, “Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (Jangan berbohong!)”

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah SAW lelaki itu berkata di dalam hatinya, “Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?” bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah SAW dan setiap kali pulalah hatinya berkata, “Bagaimana kalau saya ditanya Rasulullah? Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku wajib dihukum. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.” Itu menyebabkan lelaki itu langsung berhenti daripada berzina.

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah, ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat Rasulullah itu.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Berbohong Satu Pengkhianatan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Renung-renungkan!

A man is never more truthful than when he acknowledges himself a liar ~ Mark Twain

.:kongsi ilmu untuk amal + pahala:.

Dalam halaqah care annur minggu lepas, seorang sister berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari tazkirah yang dia hadiri. Mengapa doa kita tidak dimakbulkan, berikut sedikit pengetahuan mengenainya..

i. Mengaku telah kenal Allah, tetapi tidak menunaikan amanah-amanahNya
ii. Membaca kitab Allah, tetapi tidak beramal dengannya
iii. Mendakwa cinta pada Rasulullah, tetapi tidak menunaikan sunnahNya
iv. Mengatakan maut itu benar, tetapi tidak bersedia menghadapinya
v. Mengatakan kasih akan syurga, tetapi tidak beramal dengan apa yang menghampirkan dengannya
vi. Sibuk dengan keaiban orang lain
vii. Merasai nikmat Ilahi tetapi tidak pernah bersyukur kepadaNya.


Setiap perkongsian itu, kami kupas dan ulas menurut pengetahuan dan pengalaman kami seharian. Terasa banyak yang mengena pada diri sendiri, baru sedar diri jahil dan kejam pada diri sendiri.T__T

Sunday, February 21, 2010

.:kisah kasih istiqamah:.

kelmarin saya, kakak dan teman berkesempatan mengikut diskusi pengalaman yang menarik.
~dari kampus ke masyarakat~
bertemu dengan tiga figur dakwah yang saya sanjungi, membuat diri ingin menjadi seperti mereka. bahkan lebih baik dan cemerlang lagi!
kisah dari zaman kemahasiswaan yang penuh kisah yang berbeza, seterusnya diintrepertasikan dalam penerusan selepas tamat zamat belajar. mereka bahkan turun padang bersama masyarakat beraktiviti dan memahami kehendak serta masalah setempat.
namun, setiap bait kata dan titipan pengalaman yang dikongsi, walau mampu saya tulis di kertas nota, tak terjemah di entri ini. seolah-olah lingkaran pengalaman itu bermain di minda dan selari dengan apa yang saya lalui dalam kehidupan nyata kini.
adakah perlu saya kongsikan identiti dan butir aktivis-aktivis mereka??

'Islam datang untuk membebaskan manusia daripada kegelapan..'

saya juga cuba menyelami setiap tempoh masa yang figur-figur itu lalui.
benar, jika kita menghadami Al-Quran beserta terjemahan, kajian ke atas buku-buku hadith, seerah bahkan sejarah Islam, insyaAllah kecintaan dan pemahaman kita kepada Islam akan semakin akrab.
semakin kita hadam dengan semua itu, kita sepatutnya lebih-lebih termotivasi untuk membawa dan menegakkan Islam dalam diri dan negara kita.
Pesan al-imam Hassan al-Banna:-
"Orang yang terkemudian datang ibarat yang berada di atas bahuku. kepalanya lebih tinggi dari kepalaku lantaran dia berada di atas bahuku ini. Dia sepatutnya mempunyai pandangan yang lebih jauh daripadaku..."

dalam suatu liqa beberapa semester lepas, seorang sister yang hamil dengan penyakit TB yang semakin mengecilkan ruang peparu nafasannya menyampaikan hujah yang sangat mendalam:-
'jika kita mati esok, apakah jasa kita yang pasti untuk Islam?'
-_- [agak berat dada dan basah mata bila mengenang kisah ini..]

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : ” Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ‘ Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.’ “
[HR Muslim]

`Ya muqallibal qulub, thabbit qulubana a`la deenik`

*boleh jamin saya istiqamah update blog dengan input berfaedah paling lama sekali seminggu? sesungguhnya Dia penilai terbaik dari sekecil-kecil usaha istiqamah saya..

Tuesday, December 8, 2009

mengapa perlu jaga kesihatan?

Harini saya rasa badan saya seperti belon ketika berjalan. Kaki terasa sangat berat untuk melangkah membawa berat badan yang semakin meningkat ini. Kemudian, saya mengambil inisiatif mengira body mass index [bmi] saya. Wondering what? Obes!

Sebagai seorang perempuan, merangkap hambaNya, pelajar, makhluk Allah dsb, kita perlu menjaga kesihatan terutama berat badan kita. [pesan yang selalu dibisingkan oleh kakak]. tetapi, apakah sebenarnya keperluan kita untuk memiliki berat badan yang ideal?

Individu yang tidak mengikuti tarbiyah mungkin akan berkata:

- Sebab nak cantik

- Untuk dapatkan pasangan

- Kelihatan menarik dan yakin

- Dan alasan-alasan yang sewaktu dengannya..

Individu yang ikut tarbiyah pula sepatutnya berkata:

- Kerana salah satu muasafat tarbiyah ialah sihat tubuh badan.

- Untuk mudah melakukan ibadah

- Untuk mengelakkan penyakit di kala usia semakin meningkat

- Kerana kesihatan itu penting! ^_~

'Dari Ibnu Abbasr.a ia berkata bahawa seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu ia bertanya kepada Rasulullah: Apakah yang baik aku minta kepada Allah setelah selesai melakukan solat lima waktu? Rasulullah menjawab: mintalah kesihatan. Orang Arab itu masih tetap mengulangi pertanyaannya sehingga tiga kali. Maka untuk yang ketiga kalinya Rasulullah mengatakan: mintalah kesihatan di dunai dan di akhirat.'

"Sumber daripada penyakit adalah perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa adalah ubatnya" (HR Muslim).


rujukan : perubatan mengikut al-quran & sunah oleh abdul aziz ismail

091209

0145 am

Saturday, June 6, 2009

bacaan buku di hujung minggu..


ketika meronda-ronda mencari buku di sudut Tamadun Islam, Perpustakaan Tun Seri Lanang, tiba-tiba pandangan saya jatuh ke rak yang terselit diantaranya buku ini. tajuk yang menarik. bagus juga dibuat bacaan ringan di hujung minggu.[ini maknanya saya akan melalui hujung minggu yang lapang di samping menyiapkan tugasan yang ada.. ^_^]. Buku ini lalu di ambil dan terus ke kaunter pinjaman untuk meminjam buku ini.

sedikit ulasan setelah membaca buku ini:
i. sebuah buku bacaan ringan yang memotivasikan..
ii. betul-betul mengingatkan saya dengan sebuah hadith logam,
"Manusia itu umpama logam. Sebaik-baik mereka ketika Jahiliyyah adalah sebaik-baik mereka ketika Islam, jika mereka faham (tentang deen)"
(Bukhari)
* jangan pernah memandang enteng orang di jalanan..

"kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan." -Abdul Rahman Mohamed-