Showing posts with label usrati. Show all posts
Showing posts with label usrati. Show all posts

Friday, January 25, 2013

.:Nikmat hari ini:.

.:Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, yg Maha Penyayang:.


2013
.
.
.

urm, dah hari ke-26 dalam 2013.
MasyaAllah, Dia masih memberi saya nikmat masa, ruang, iman dan Islam!
Straight-tarbiyah!!!
Sangat banyak nak dikongsi sebenarnya..
Nikmat bertahun baru dalam kesibukan diskusi ummat, berhujung-hujung minit untuk kepalai daurah + katibah, berseorangan menerima tarbiyah 'real and direct' dariNya. Sungguh bagai disuakan cokelat paling enak dalam pasaran bila  peroleh peluang jaulah syuyukh ziarah tempat jatuhkenal tarbiyah ini. Disibukkan juga dengan pelancaran IKRAMSISWA, pertemuan semula jiwa-jiwa pekerja ilahi yang semakin membiak di tempat masing. Bahkan pulang terus mengurus riadah alam untuk esok harinya..
Pernah saya impikan semua ini?
Bahkan tak terjangkau impian dan pengetahuan saya apa yang diaturkanNya..
Walau ada minit yang saya melemah,
Walau ada saat saya sunyi merebah diri,
Dia masih teguh mendakap hati saya sekuat-kuatnya..
Dan hari ini,
Bersaksi taubat dan izzah yang disedut dari SH,
DIA mudahkan urusan saya mendekati adik2 kecik ini,
DIA lancarkan lidah dan minda saya menghadam senggang minit terdesak untuk menyampaikan nikmat dan betapa indah serinya Islam yang sebenar,
DIA lembutkan hati-hati kami menerima segala kebenaran sebagai kebenaran,
DIA dekatkan hati-hati kami mengakui kelemahan diri dan kelebihan Pencipta Ilahi..

Andai hari ini hari terakhir saya bernafas,
Sesungguhnya kalianlah yang saya sangat-sangat sayangi
Bahkan teringin sekali berjiran di syurga nanti.
Moga Allah teguhkan hati dan jadikan kita sebagai khalifah yang memenangkan agamaNya.

Thursday, May 24, 2012

.:sebentar:.

Menarik nafas sebentar di sini

merefleks semula diri serta jatinya minggu ini..

susunan aktiviti dan kesannya agak berbeza minggu ini.

si Bee konvo.
meriah..
bersemangat..

Apakah nilai yang dibawa oleh seorang pemuda dengan anugerah-anugerah yang dikecapnya sehingga dia menjadi seorang dia pada hari ini?
Apakah tanggungjawab yang digalas apabila pihak pengajian mengiktiraf seorang pemuda dengan anugerah dekan yang digambarkan di atas kertas hitam putih dan pingat warna emas itu?
Apakah kemeriahan-kemeriahan bergambar itu pengakhiran mujahadah mentelaah pengajian beserta gelutan tugasan dan pembentangan?
Apakah hadiah terbaik perlu aku hulurkan untuk pemuda yang berjaya tersebut?


~bersyukurlah dengan bilangan konvo pengajian yang tidak mempengaruhi konvo pentarbiyahan~
InsyaAllah >_<


[targeted incoming post : MABIT RI ;) ]

Tuesday, April 3, 2012

.:Tangis yang terhela:.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Alhamdulillah, lewat malam tadi kami dipermudahkan untuk bertemu sekali lagi. Bertemu dalam pertemuan yang dijanjikan naungan malaikat pencatat amal-amal kebaikan, diganjarkan pahala andai niat lurus kernaNya.

Alhamdulillah juga, kerna taujih murabbiah itu saya 'terhantuk' sekali lagi.. menyelusuri fikrah-fikrah Islami, hadaf-hadaf yang sepatutnya tertonjol pada setiap insan yang yakin dengan jalan ini!

Sendu
sedih
...

Ya Allah, lamanya telahku bazirkan waktu-waktu ku di sini...
[sesungguhnya telah ku zalimi diriki dengan begitu banyak sekali T_T]


T.e.t.a.p.i

lembut murabbiah itu memujukku,
meyakinkan kembali bahawa Dia tahu itu yang lebih baik
untuk berlama-lama ku di tingkatan ini..

kerna itulah dugaannya
itulah mujahadahnya
itulah dia..

memetik kata-kata dari seorang sahabat di laman muka bukunya...

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

... MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

Thursday, January 26, 2012

.:Best Quote:.

“What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.”

"Jika kita ikhlas di pangkal, tetapi mungkin melencong dan melelong di tengahnya… namun pasti kita kembali lurus kerana kekuatan dan ketepatan niat yang di awal dan ‘di asal’. Hukum daya tarikan akan berlaku. Hati-hati yang ikhlas akan bersatu, tidak kira dari mana dan di mana kita berkubu."
~Pahrol Mohd Juoi~



Thursday, July 22, 2010

.:hijrah menuju illahi:.

kupasan menarik ahli liqa' kelmarin rasa sentiasa dekat dan basah di hati. menyelusuri hijrah Baginda s.a.w dan sahabiah ke Madinah selepas menghadapi pelbagai tekanan dan dugaan di Mekah, meninggalkan tempat lahir cinta dan fahaman Allah, memilih untuk bersama sahabat masyarakat di tempat baru, ada nilai manusiawi kini yang boleh kita ikhtibarkan juga.

Wahai diri dan teman,
bukanlah hijrah itu bermakna Baginda melupakan terus Mekah,
bukanlah juga hijrah itu menjarakkan Baginda dengan ahli Mekah,
bukanlah juga hijrah itu meringankan rasa hati Baginda berada kejauhan dengan tempat tercinta mulia tanah,
bukanlah juga kerana rajuk hati dek tekanan berat di sana..


namun,
hijrah itu adalah demi sebaran strateginya
demi luasan fahaman Islami tentangNya
demi mencari ruang dan peluang meneroka bumi ciptaanNya

Ayuh diri dan sahabat,
kita hadam dan fahami nilai Islami ini
kita ikuti ibrah demi langkah menuju illahi
kita kembalikan niat murni kala hati kian dikotori
hijrah ini,
hijrah menuju illahi...

Monday, July 19, 2010

.:siratul mustakim:.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kebelakangan hari ini, saya telah dapat berhubungan semula dengan beberapa sahabat fillah yang mula sibuk dengan komitmen masing-masing. sahabat fillah yang lama bertaarufan bahkan sering melengkapkan rukun usrah yang lain iaitu taawun dan tafakul. sahabat fillah yang pernah diuji senang dan susah bersama, gaduh lalu bermaafan selalu.

masing-masing mengakui bezanya zaman belajar dan kerjaya. bimbang futur, masing-masing melaksanakan pelbagai tuntutan dzatiyah yang 'gila' bagi pihak yang tidak merasai nikmat di jalan ini. jalan ini. ya, jalan yang susah, lama, payah. sangat menuntut nafas panjang juga perancangan jangka panjang.

"...Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan [iman] itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kefakiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." [al-hujurat 49:7-8]

masihkah di jalan yg lurus?


Ya Allah..
sentuhlah hati kami, saat kami jauh dariMu..
peluklah hati kami, saat kami mencintai sesuatu lebih daripadaMu..
peliharalah iman kami, teguhkan hatikami dalam mencari keredhaanMu..
Sesungguhnya kami takut seandainya Kau berpaling dari kami..
Alangkah ruginya kami, betapa ruginya kami...

Monday, June 28, 2010

.:keluar akhirnya:.


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

***kekuatan untuk tiada berlama hanya ada tika kalian tiada..

Monday, April 5, 2010

.:kongsi ilmu untuk amal + pahala:.

Dalam halaqah care annur minggu lepas, seorang sister berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari tazkirah yang dia hadiri. Mengapa doa kita tidak dimakbulkan, berikut sedikit pengetahuan mengenainya..

i. Mengaku telah kenal Allah, tetapi tidak menunaikan amanah-amanahNya
ii. Membaca kitab Allah, tetapi tidak beramal dengannya
iii. Mendakwa cinta pada Rasulullah, tetapi tidak menunaikan sunnahNya
iv. Mengatakan maut itu benar, tetapi tidak bersedia menghadapinya
v. Mengatakan kasih akan syurga, tetapi tidak beramal dengan apa yang menghampirkan dengannya
vi. Sibuk dengan keaiban orang lain
vii. Merasai nikmat Ilahi tetapi tidak pernah bersyukur kepadaNya.


Setiap perkongsian itu, kami kupas dan ulas menurut pengetahuan dan pengalaman kami seharian. Terasa banyak yang mengena pada diri sendiri, baru sedar diri jahil dan kejam pada diri sendiri.T__T

Friday, January 8, 2010

.:langkah bermula:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah, lalu berilah peringatan!
Dan Rab (Tuhan) engkau, agungkanlah!
Dan pakaian engkau, bersihkanlah.
Dan perbuatan dosa, tinggalkanlah.
Dan janganlah engkau memberi kerana inginkan yang lebih banyak.
Dan kerana Rab (Tuhan) engkau, bersabarlah.
[al-muddatsir 74:1-7]


ya, telah diwar-warkan seruan memulakan proses pengislahan semula disamping pembersihan diri yang memerlukan ilmu dan amal yang sahih. moga bekal di jalan dakwah ini dapat saya guna dan manfaat sebaiknya.

"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan pengislahan dengan segala kesungguhanku. Dan hanya Allah-lah sebaik-baik petunjuk jalan bagiku, hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali" (Hud: 88)

moga saya sentiasa termotivasi menjadi insan musleh seperti yang diidam-idamkan:-
i.bebas dari belenggu nafsu
ii. rajin meraih pahala
iii. sentiasa merebut peluang yang ada untuk melakukan pembaikan
iv.tetap istiqamah
v. tiada waktu terluang yang sia-sia

Monday, December 28, 2009

.:home mode:.

tertanam naluri keibuan amat mendalam
dijiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
oh..ibu

di bahumu tergalas beban
perjalananmu penuh rintangan
kau titipkan kasih sayang
sejujur pengorbanan
tak ku nafikan

disaat kita berjauhan
rasa ingin ku berlari
mendakapimu penuh girang
bak si kecil kehilangan
kau insan penyayang
betapa ku merindu
lembutnya belaian ibu
membuatku terlena

di wajahmu terlukis tenang
debar d dada kau rahsiakan
kupastikan dikau aman
dikurniakan sejahtera
tak ku lupakan

di saat kita berjauhan
rasa ingin ku berlari
mendakapimu penuh girang
bak si kecil kehilangan
tiada aku tanpa ibu
hanya kau satu di dunia
bertakhta dikau dijiwaku
kaulah ibu yang tercinta
kau insan pengasih
betapa aku mengharap
hadirnya restumu ibu
membawaku ke syurga

bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
oh...ibu


*dihimpit pelbagai perkara dan ketidakselesaan, kadang-kadang naluri seorang anak utk bertemu keluarga sendiri itu lebih kuat kan? moga kepulangan ini bersama dengan iman T_T

Wednesday, December 23, 2009

.:ikhlas buat diri dan sahabat:.

pertemuan malam kelmarin yang menyaksikan saya dan sahabat-sahabat berkumpul sekali lagi untuk kami muhasabah kembali diri dan amanah-amanah kami. sahabat-sahabat yang berwajah suci dan murni yang insyaAllah menginfakkan diri masing-masing untuk membawa serta menegakkan Islam di mana sahaja mereka berada. sahabat-sahabat yang walau kekadang ada perkara kami selisihkan, namun mudah juga kami saling memaafkan. sahabat-sahabat yang pada saya lebih akrab dan fahami saya berbanding keluarga saya sendiri. sahabat-sahabat yang telah kami sama-sama ikrarkan dalam rabitah hati kami.
InsyaAllah, selepas ini, walau bukan sepanjang masa kami bersama, walau bukan dalam semua pertemuan saya akan bersama mereka, walau banyak perkara berlaku ke atas kebelakangan ni saya tidak kongsikan dengan mereka, namun mereka akan sentiasa dekat di hati dan mata saya.
saya akui segala kelemahan saya yang masih perlu saya baiki, saya akui segala kelebihan dan kebaikan mereka yang terserlah yang perlu saya teladani.




walau saya tidak pasti sebenar-benarnya apa yang saya akan tempuh lagi di masa hadapan, namun saya perlu tempuh juga. cabaran, dugaan, jatuh, bangun yang saya cuba luruskan niat untuk tsabatkan diri mendamba keredhaan Allah semata, moga dikekalkan dalam diri sampai bila-bila. keinginan saya dan sahabat-sahabat untuk melakukan pengislahan kepada diri dan kawan-kawan, moga dituliskan sebagai ibadah yang berterusan di mizanNya. segala kata-kata, tindakan dan telaah kami atas buku-buku fikrah, moga menjadikan kami insan bermanfaat kepada masyarakat kelak. pengorbanan masa, duit dan tenaga bermati-matian kami moga menjadi bukti keikhlasan kerja kami apabila ditanya kelak.





sahabat,
bina pasukan berkumpulan, diri perlu belajar untuk meningkatkan kesabaran, keterbukaan dan berlapang dada.

Sabda baginda s.a.w :

Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

sahabat-sahabat,
ayuh tajamkan minda dan fikrah dengan menyiasat fitnah dan kesusahan yang mungkin bakal kita tempuh dengan membedah 'bahtera penyelamat kehidupan', kita dalami teknik mendekati dan memahami insan-insan istimewa dalam 'bagaimana menyentuh hati' setelah kita fahami hakikat diri kita dalam 'apa makna saya menganut Islam'...

Wednesday, October 14, 2009

.:raya dengan jamuan:.

hajat untuk tidak menulis di ruang sepi ini dan fokus semata kepada kerja-kerja yang bersisa tidak bisa ditahan. tetapi saya ingin memanfaat sedikit waktu yang ada ini dengan mungkin sedikit corat coret pengimbas kenangan penambah kekuatan di waktu kelak. saya harus belajar menaip dengan cepat agar dapat berkongsi dengan banyak ^_^
baru sabtu lepas, saya dan ahlul bait usai membuat jamuan raya. perancangan yang dibuat sejak awal tetapi dikendali di waktu semua hampir lemas menyusun senggang waktu dengan sebaiknya.
selepas asar jumaat itu, ahlul bait yang punya waktu di bait, mengerah tenaga melakukan ops-bersih. hampir separuh himpunan pokok pandan itu saya tebas, jalaran daun dan pokok di pagar turut dinyahkan. rerumput, semak, kasut dan sebagai banyak dinyahkan agar hadirnya tamu esok tidak sesak mata. saya tidak pasti apa terjadi di tingkat atas dan ahlul yang bertanggungjawab di kawasan itu. apa yang pasti, apabila saya naik ke atas, dapur, ruang tengah dan seantaranya telah cantik tersusun kemas. jazakumullah khairan kathira kepad ahlul yang sama-sama menjalankan ops-bersih. dan plastik-plastik sampah yang tak digunakan kami tindihkan dengan pokok pandan tadi agar malam kelak tidak busuk menunggu pakcik pembersihan membawa pergi.
dalam masa yang sama, ahlul yang mengoffer diri menjadi ahli dapur jamuan ini ke sauk puchong. mujur ada bura' merah yang sedia dibawa memudahkan urusan. senarai panjang dibuat sebelum berangkat ke sauk. sangat berterima kasih kepada mereka. [kasihan pakcik ikan yang lupa mereka ambil ikan siang sebelum membeli ayam]
malam itu, suasana rumah sangat gamat kerana semua kami ada. bukan mudah mengumpul dan bertemu muka semua. tiga belas rupa dengan tiga belas tingkah, menghiasi rumah tenang ini. sambil memotong bahan masakan, menyiap souvinear, membuat dessert, memasak nasi impit, ditontonkan juga wayang 'geng' di sudut lapang ruang tengah. sambil berpisauan memotong, ada yang ternganga, menjerit, melatah bila wayang itu mempersembah pelbagai aksi melucukan. paling tidak tertahan, ustazah yang menitis air mata seiring dengan aksi kartun tersebut. bila semua berkumpul, segala lawak dan cerita keluar. pelbagai skil menyiapkan kerja turut terserlah. segala buku, jurnal, kerja lain kami cutikan untuk malam dan esoknya. dan lengkong pandan itu, saya tertumpah gula ke dalamnya..[kredit kepada aini yang mengajarkan semua menganyam ketupat riben ^_~]
kami terima tamu pertama sebaik rumah dibuka. dan keadaan makin gawat diwaktu tengah hari.jazakumullah khairan jaza' kepada semua yang hadir. berkejar-kejaran antara kami ke kedai menambah belian bahan-bahan yang habis. bukan setakat kanak-kanak, kami-kami turut melayan wayang 'geng' yang diulang-ulang lagi tayangan sepanjang jamuan tersebut. [bagus juga idea jiran kami. jamuan lepas kami pasang wayang jaulah honye wekend kami sahaja] jazakumullah khairan jaza' kepada tetamu yang hadir. dalam hadirnya farhana dan teman, ada nada sayu di hujung pertemuan kami.moga Dia pelihara persahabatan kita -_-
dikongsikan sedikit gambaran pada hari itu.







makanan terhidang sangat menyelerakan..

sempat bergambar dengan tamu yang datang..

sempat ke rumah mak cik fauzaniyah makan laksa ^_^

Thursday, September 24, 2009

hanya di rawang!

mission complete!
terawih last tempoh hari di masjid Bukit Sentosa sangat best!berjaya mengajak insyirah ke sana [macam jauh sangat. selang beberapa meter jelah..]. tak sangka pula ada tazkirah 30 minit yang sangat lawak dan bermanfaat + terawih yang 8 rakaat je. biasanya buat 20 rakaat! mantap betul ibadah ahlul masjid. sampai ustaz tu tegur AJK dan makmum yang dok gaduh rakaat terawih buat berapa banyak.
"Yang penting kualiti, bukan kuantiti.."
sampai diulang suaranya sebut 3 kali. saya yang dalam ramadhan ni sempat beberapa kali berterawih di situ agak hairan+ geli hati mengenangkan makmum yang lari kejar selipar sebaik sahaja doa pada rakaat ke 8 habis dibaca. imam dan saf-saf yang terkehadapan dan berteguh hati meneruskan terawih tidak terus pandang belakang. dan bilangan saf semakin berkurang seiring dengan bertambah bilangan hari dalam ramadhan. bukan isu rakaat yang saya kisahkan, tetapi keterpedulikan dan kesediaan qariah kawasan perumahan saya itu yang saya kisahkan. bila dikatakan kawasan perumahan, tentu sahaja ramai penduduknya dan orang mudanya. ini sangat jelas ketika 1st ramadhan tempoh hari. sampai makmum solat diluar kerana kawasan dalam penuh dengan makmum sedia ada. bukan senang nak kumpulkan qariah masjid ni. udahlah sebelum ni banyak isu yang timbul tentang pengurusan masjid ni, tambah pula tiada rasa keterikatan oleh orang muda untuk stay beribadah di masjid ni. sedih saya mengenangkan kejirananku yang rata-rata masih sihat-sihat belaka untuk beribadah. alangkah indahnya jika masjid tersebut dimeriahkan oleh orang-orang muda?kemudian, udahlah rakaat terawihnya pun mantain 20 rakaat dari awal ramadhan hingga ke akhir, bacaannya pun panjang-panjang belaka. sebutir-sebutir bacaan dibacakan. saya sendiri beberapa kali melayang-layang fikirannya menunggu surah habis dibaca. ^_^alangkah bestnya jika saya memahami bacaan tersebut!

di pagi 20 Sept'09, saya, bella dan insyirah menunaikan ibadah sunat di pagi raya itu dengan sedikit pilu di hati. bonda di rumah terlebih-lebih pilunya. rancangan untuk beraya di johor, menemui atuk, adik-beradiknya, cucu-cucunya tidak kesampaian. terkilan benar dia. sungguh, Allah sebaik-baik perancang. Walau pelbagai yang kita rancang, kita atur, jika Dia tidak izinkan, maka Dia jugalah yang Maha mengetahui apa yang manusia tidak ketahui.. hanya sms raya memenuhi handset mohon maaf dan ucapan selamat atas keberjayaan di bulan ramadhan. huh, ramadhan yang banyak memuhasabahkan.

tahun ini, sudah tiga tahun kami beraya tanpa abah. kadang-kadang cemburu juga melihat orang lain yang ada ayah untuk bersalaman, berkasih sayang, bermaafan di pagi raya. huh, baru tiga tahun. ramai lagi sebenarnya yang punya tempoh lebih dari itu. tempoh yang punya kisah pelbagai suka duka sebelumnya. [harusku bina tembok tabah seperti kisah-kisah tabah itu]. memori bersamanya tidak padam. cuma sering sahaja tidak terkeluar cerita tentangnya agar rawan hati ini tidak sirna di penglihatan.

ya, seperti title: hanya di rawang, syawal ini kami hanya beraya di rawang. selepas ziarah kubur, kami ke rumah kenalan bonda sebelum ke rumah adik abah. singgah yang menemukan saya dengan aizat yang terlantar sejak beberapa bulan lepas. kesan kemo merawat leukimia + paru-paru berairnya. [Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakitnya..] dia hanya 12 tahun! namun, sejak pulang dari hospital ampang tempoh hari, saya melihat sedikit cahaya dan harapan hidup di sisinya. harusku sangat2 bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dimiliki ini.

ekspidisi raya kami 1 syawal diteruskan dengan ziarah ke rumah beberapa kenalan bonda dan bella. saya yang menjadi insan terpencil masih melihat-lihat sesiapa yang boleh dibuat teman di sini. kenalan bonda + bella, itulah kenalan saya walau tidak semua saya kenal ^_~ keterbatasan waktu dan aktiviti saya di sini sejak kami berpindah di sini, membataskan perkenalan saya dengan masyarakat setempat. mujur ada saudara mara yang tinggal di kawasan ini.

berapa duit raya kamu dapat? bagai nak tergelak untuk menyambut huluran duit raya dari insan-insan pemurah yang menghulur. "dah besar pun dapat?" ^_^
alhamdulillah. walau tak banyak, but it's better then nothing, right? ya, next year, dah kena prepare pula untuk menjadi penghulur kepada yang lain.

apabila dalam kepala tiada list rumah untuk diziarah dalam masa seminggu ni, selain dari menjadi 'mak turut' kepada bonda dan bella, raya kedua saya hanya sekitar dalam rumah. the main is TV! huh, musuh alam jagat yang telah lama tak ditatap! pelbagai rancangan dihidangkan sempena raya ni. untung ada OASIS. tidaklah lagha semata. c",) ops, saya tidak lupa untuk membantu bonda di dapur. cuma, raya kali ini saya perlu lebih berpada-pada kerana tounsil saya aktif. jenuh menelan woods dan air asam jawa. naik cuti ni mesti nak pergi PK [pusat kesihatan]. serik dengan kenangan bertounsil waktu SPM dulu. 3 hari tidak boleh bangun. mujur waktu itu selang paper agak jauh. tidak bisa lupa dengan omel en.doktor yang merawat ketika itu.

malam pula menerima tetamu keluarga besar abah yang dari KL dan JB. meriah rumah terasa mendengar pelbagai celoteh mereka. itu baru sebahgian. jika semua berkumpul, saya pasti gagal cam semua sepupu saya. bila semua membesar, rupa dan nama pun bertukar. huhu. bella pun semakin besar dan matang. hingga ada yang confuse siapa kakak antara kami. tidak dinafikan, sikap saya yang low profile dan pendiam berbanding dia, menyebabkan dia lebih menyerlah. [saya tidak kisah -_^]

esok, saya merancang untuk beraya di sg.choh. rumah aisyah yang saya kenal waktu perkasa tempoh hari. ada juga akhirnya akhawat yang tinggal di sini yang saya kenal. walau bertemunya baru sekali, bulan kenalnya boleh dibilang jari, namun ada keserasian yang kami cuba temukan. jika saya ada kenderaan dan kesempatan, mahu sahaja saya beraya di rumah kenalan lain yang menetap di daerah lain.

panjang pula coretan kali ini. al-maklum menumpang pc orang. laptop sendiri membuat hal. huhu. moga coretan yang dicoret tidak menimbul ria' dan fitnah kepada manusia. Allahualam

Monday, August 31, 2009

moskito

agenda didikan telah bergerak!!
Kini ahlul baiti telah dimiliki dan memiliki moskito masing-masing. ^_^
sangat bersyukur kerana memiliki moskito yang sangat baik. [Maaf, saya tidak boleh umumkan kepada kamu bahawa saya memiliki kertas hati yang bernama kamu itu sehingga honey weekend akan datang.] kita akan punya masa yang cukup untuk taaruf dan taawun seterusnya bertafakul..
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-hujurat:13)

ahlul bait diminta mengambil kertas hati yang ditulis nama ahlul bait yang lain. Kehendak agenda didikan ini adalah menjaga penama kertas hati itu dari sudut jasad dan ruh. Saat inilah ahlul bait akan mendapat hadiah dan teguran rahsia yang mungkin akan diletakkan di meja mahupun sampul surat masing-masing. Atau mungkin ahlul bait akan diajar dan belajar banyak skil yang sangat bermakna untuk kalian. Jangan lupa juga untuk ahlul bait mengisi dan menanda form amal masing-masing agar belakang kertas hati tersebut bersih dari titik pena monitor. Anggaplah bersihnya kertas hati itu kelak seperti bersihnya hati kita berada di sini.

**Siapakah insan yang akan memonitor saya?(‘?‘)
Sesungguhnya, Allah bersama orang yang sabar..

Monday, August 17, 2009

.:being 22:.

dalam suasana tenang katibah itu, kami ikuti sahaja kehendak sister itu. mata dipejam dan fikiran dikosongkan. menarik nafas sedalam-dalamnya, dapat dirasai segarnya udara malam itu. nikmat bernafas yang saangat bernilai hingga acapkali terlupa bersyukur atas nikmat yang tak berbayar ini.
"hiruplah udara sedalam-dalamnya. tarik nafas dengan positif kemudian hembuskan segala yang negatif. buangkan negatif H1N1, penyakit-penyakit hati dan kenangan silam yang hitam.."

Ya, malam itu saya peroleh semangat dan aura baru untuk terus melangkah di alam jagat ini.penyampaian mengenai makrifaturrasul itu semakin menyebabkan diri ini rasa sangat kerdil. dibetulkan semula setting mindset dan niat. [always renew ur niat]

betapa agung dan mulianya rasul yang diutus untuk menyinari umat alam jagat. mampukah saya menjadi rantai-rantai pewaris perjuangan membawa agama mulia ini? sepatah kata Umar Al-Khatab apabila menang dalam peperangan," kita menang kerana dimuliakan oleh Allah sebagai seorang Islam.."



jazakumullah khairan kathira kepada semua kenalan yang ingat 'hari tua' saya. cik tim, faziera, bella, ejat [my bro getting better^_^], aifa, k.shu dan my all housemate yang caring and best!
hadiah? hm, sebaik-baik hadiah ialah doa. [atleast celcom bagi gak hadiah kat saya ^_~]

Monday, August 10, 2009

.:ahli baru:.

"Aslmkm.roza dah bersalin pukul 11 pagi tadi. berat 3.5 baby boy."
07-08-09, kelantan

mesej yang diterima dari kakak ipar itu mengganjarkan senyuman selebar mentari. kehadiran ahli baru selepas 6 hari lewat keluar daripada jangkaan doktor. Alhamdulillah semuanya sihat dan selamat. kehadiran ahli baru yang akan menambah lagi bilangan ahli keluarga saya. beza tarikh sebanyak 10 hari dengan mak uda pasti bila besar nanti kita raikan bersama. Selamat datang ke dalam keluarga dan dunia ini. saya semakin tidak sabar melihat anak-anak kecil ini membesar dan memeriahkan alam jagat ini ^_^
sepakat papa dan mama mu memilih nama Addil Arsyad, buah hati pengarang kalbu kedua selepas abangmu Azrul Asyraf membesar seusia 4 tahun. dan saya menjadi mak uda untuk kedua kalinya. pastinya saya akan menjadi mak uda paling penyayang untuk kalian -_~
insyirah a.k.a mak usu dan asyraf pada raya lepas

Selamat membesar dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Selamat juga kepada abang long dan kak long yang akan mencorakkan insan-insan comel bergelar anak kalian ini sebaiknya. mak uda dan bonda akan menanti dengan sabar kehadiran kalian mengunjungi kami di sini kelak.

* nak melawat kalian bulan ramadhan ni ^_^