Wahai diri dan teman,
bukanlah hijrah itu bermakna Baginda melupakan terus Mekah,
bukanlah juga hijrah itu menjarakkan Baginda dengan ahli Mekah,
bukanlah juga hijrah itu meringankan rasa hati Baginda berada kejauhan dengan tempat tercinta mulia tanah,
bukanlah juga kerana rajuk hati dek tekanan berat di sana..
namun,
hijrah itu adalah demi sebaran strateginya
demi luasan fahaman Islami tentangNya
demi mencari ruang dan peluang meneroka bumi ciptaanNya
Ayuh diri dan sahabat,
kita hadam dan fahami nilai Islami ini
kita ikuti ibrah demi langkah menuju illahi
kita kembalikan niat murni kala hati kian dikotori
hijrah ini,
hijrah menuju illahi...
1 comment:
maaf andai entri ni mengundang pelbagai prasangka dan fitnah.
sebenarnya bait kata tersebutdiolah dengan kefahaman dalam usrah untuk kupasan buku 'fiqh sirah 1' karya Al-buti.
Allahualam
Post a Comment