Sunday, June 28, 2009

mujahid muda

Hai mujahid muda
maju kehadapan
sibakkan penghalang
satukan tujuan
kibarkan panji Islam dalam satu barisan
Bersama berjuang kita junjung keadilan

Jangan bimbang ragu
Tetaplah melaju
Hapus bayang semu
Di lubuk hatimu
Bergerak kedepan bagai gelombang samudra
Lantakkan tirani runtuhkan angkara murka

Majulah wahai mujahid muda
Dalam satu cita tegak keadilan
Singkirkan batas satukan kata
Kebangkitan Islam telah datang

<><><><><><><><><><><><><><><><><>><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Allahu Akbar.Lagu Izzatul Islam yang sangat bagus untuk menyemarakkan semangat Islam dalam diri muslim.. lirik yang punyai makna yang jelas dan menarik. saya mengimpikan akan menulis lebih panjang untuk entri ini tetapi keadaan tidak mengizinkan. InsyaAllah banyak yang ingin dikongsikan agar saya sendiri tidak melupakan kenangan-kenangan tersebut dimakan masa.
* baru usai dari Sesi Pengaturan yang mem'blur'kan, minggu ujian yang merunsingkan, hari pemisahan dengan angah yang telah banyak berubah, slot kemas rapi baiti dan rehlah yang merehatkan minda dan emosi.^_^

Tuesday, June 23, 2009

mengapa?

mengapa kau minta aku hikmah padamu sedangkan pernahkah kau hikmah padaku?
mengapa kau minta aku menyapamu sedang aku ibarat halimunan di hadapanmu?
mengapa kau pinta hormat padamu sedangkan kau pun menengking padaku?
mengapa kau pinta aku berlembut denganmu sedang pernah kau buat begitu padaku?
mengapa pinta aku memahamimu sedang kau tak pernah memahami orang lain!

what u give, u get back!!


adakah kerna aku ialah aku,
maka kau tolak aku?
adakah kerna aku tak ikut telunjukmu,
maka aku kau dendami?
usah pinta thiqahku padamu,
kerana hak itu bukan untuk sekarang..

Wednesday, June 17, 2009

Hari Bapa

Hari Bapa akan bertandang lagi beberapa hari. Iklan-iklan dan promosi memperingati bapa pun kian rancak dilakukan. Ketika saya menziarahi sahabat tempoh hari, saya sedar betapa sahabat saya sangat ingin menjaga ibunya dan sukar untuk berjauhan dengannya kerana ayahnya telah tiada untuk menjadi teman ibunya dan penjaga adik-adiknya. Betapa dia sangat ingin menjaga ibunya dari sunyi bersendirian dan menjadi teman berbual. Perasaan kasih seorang anak kepada ibu yang juga kini menggalas peranan seorang ayah. Ya, perasaan yang pernah mengecam saya lewat beberapa tika dahulu.

Dari kecil, saya agak rapat dengan ibu bapa saya berbanding adik-beradik yang lain. Saya lebih banyak membesar dan bergaul di sekitar lingkungan aktiviti ibu bapa saya daripada berlibur atau bergaul dengan rakan-rakan sekolah. Apabila telah memasuki alam matrikulasi dan universiti ini, barulah saya punyai lingkungan kenalan yang pelbagai dan rapat.

Dari kecil, saya suka duduk di sebelah tempat memandu apabila ingin pulang ke kampung atau ingin bepergian ke mana-mana. Saya akan dapat melihat ayah memandu sambil saya menikmati pemandangan perjalanan dengan luasnya. Memandangkan saya sukar untuk tidur apabila berada dalam kenderaan, maka bonda takkan kisah jika saya duduk di hadapan. Dan saya lebih-lebih sukanya kerana dapat duduk di depan dan menemani ayah memandu. Pemanduan yang memakan masa yang lama memang meletihkan. Kadang-kadang saya sengaja mencetuskan perbualan agar ayah tidak mengantuk. Dan, jika dia rajin dia akan berbual mengenai peta perjalanan kami, sejarah tempat-tempat yang kami lewati hingga boleh terkeluar cerita-cerita pengembaraannya waktu zaman muda, kisah hidup adik-beradiknya malah kadang-kadang diceritakan juga kepada saya isu semasa. Pernah sekali dahulu, dia meletakkan saya di pangkuannya agar saya boleh memandu stering kereta. Saya yang kecut perut masa itu hanya berani memegang stering kereta yang sedang bergerak itu untuk beberapa minit sahaja.

Setiap kali ulangtahun kelahiran kami adik beradik, dia tidak pernah lupa untuk mengucapkannya kepada kami. Walaupun dia tidak menjanjikan hadiah lumayan, tetapi ingatannya kepada kami tidak pernah luput. Pernah sekali waktu dia kerja jauh, dia menelefon bonda dua kali kerana lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir dalam panggilan pertama. Dan saya juga perasan, dia akan membawa kami makan di luar atau membawa balik lauk yang sedap setiap kali ulang tahun perkahwinannya dengan bonda. Mungkin kasih sayangnya tidak terluah dengan kata-kata atau belaian, tetapi kami dapat rasainya dalam tindakan-tindakan yang dilakukannya.

Saya juga tidak pernah lupa pujiannya kepada saya ketika prestasi akademik saya mula mengatasi abang-abang saya waktu sekolah dahulu. Melayang sebentar perasaan apabila dipuji apatah lagi pujiannya keluar dari mulut insan yang jarang melafazkannya. Kami adik beradik tidak pernah dipaksa atau diperiksa kerja sekolah kami, tapi setiap malam dia akan bertanya adakah kami telah menyiapkan kerja sekolah.. Dia juga sangat jarang memarahi kami adik beradik. Pukul pun jarang sekali. Nyata dia banyak memberi kebebasan dan meletakkan kepercayaannya kepada kami untuk menjadi diri kami. Tidak hairan jika karektor kami adik beradik agak berbeza antara satu sama lain.

Ketika di matrikulasi, seingat saya, saya pernah meminta sekali sahaja duit tambahan darinya. Itupun kerana sangat terdesak. Saat bantuan itu tiba, saya dapat merasai betapa sukarnya dia mengurus nafkah dan rezeki kami.

’maafkan abah, ni sahaja yang abah mampu bagi akak..’

Sebaris ayat yang di’sms’kan yang sangat menyentuh kalbu walaupun jarak memisahkan. Dan dia sahaja dalam keluarga saya yang memanggil saya ’kakak’. katanya, saya sudah besar dan memiliki 2 orang adik. Maka saya perlu lebih matang.

Namun, pemergiannya menemui Ilahi pada 30 Januari 2007 memang sangat memeranjatkan bukan sahaja kami sekeluarga, malah saudara mara dan kenalan-kenalannya. Bahkan, ketika saya menelefonnya siang itu, dia masih berbicara seperti biasa. Ajal maut di tangan Tuhan. DariNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Sungguh banyak hikmah atas pemergiannya. Alhamdulillah fi kullihal..

Kadang-kadang, sukar digambar dengan kata-kata apabila kenangan bersama arwah menjelma. Kerinduan kepada yang telah tiada hanya mampu dikirim doa dan ingatan kepadanya. Adakalanya, rajin bonda mengajak saya ziarahi kuburnya andai saya pulang ke rumah. Dan diajarkan kepada adik bongsu saya adab menziarahi arwah dan diimbaskan juga kenangan bersama arwah agar dia tidak lupakan arwah.

Lucu juga apabila mendengar rakan-rakan berkongsi tentang konflik dengan ayah sendiri. Merajuk kerana tidak dapat bepergian sama-sama, dimarahi kerana tidak angkat panggilan, malah ada juga rakan yang masih belum faham dengan karenah seorang lelaki bernama ayah! Walau apapun kisahnya, bersyukurlah dan hargailah setiap karenah itu selagi insan bernama ayah itu ada..

”Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." [Al-Israa’:24]

Sunday, June 14, 2009

..sebuah pertemuan..

Dalam pemergian melihat "kalam Allah yang terbuka', betapa saya sangat mensyukuri nikmat Ilahi yang tidak pernah putus dikurniakan kepada kita. terasa seperti permohonan-permohonan yang sukar dipenuhi beberapa waktu lalu, dimakbulkan dengan situasi dan masa yang sangat menyentuh hati ini yang sering alpa dan kering meniti lorong-lorong usia yang tersisa.
Terima kasih Allah yang Maha Mengetahui sedang kita tidak Mengetahui...
terima kasih juga kerana menemukan saya kepada insan-insan yang sangat akrab denganMu. terasa hangat ukhwah dan erat fikrah walau baru pertama kali bertemu. luput sudah kesedihan, kekeliruan memilih masa hadapan yang tidak pasti yang sangat menghantui beberapa hari ini. sungguh saya sangat ingin berlama-lama di daerah ini memperoleh hidayah dan petunjukNya, merasa nikmat dalam naunganNya seterusnya cuba memanfaatkan segala tenaga untuk membimbing sahabat-sahabat yang menantikan sinar agamaNya. namun, saya juga perlukan bimbingan, kasih sayang, tunjuk ajar yang tidak putus. sungguh, bukan saya meminta kepada manusia, tetapi sangat berharap Dia mengabulkan dengan petunjuk dari manusia yang juga hambaNya jua...
sesungguhnya kejahilan yang terancang bisa memusnahkan kebaikan yang tidak dirancang..
buat ukhti F,
walau di mana ukht berada dan dengan siapa ukht bersama, percayalah saya tidak pernah lupa dan alpa segala kebaikan dan peringatan ukht walau kini ada lainnya dalam bicara dan tindakan kita. terasa ingin menulis kembali kenangan-kenangan semalam agak tidak luput apabila esok menjelma.
buat CK, azie, ain, hajar dan sahabat-sahabat,
walaupun adakalanya jarak, masa dan kejelasan ilmu membataskan kita, tetapi berpeganglah dengan talinya yang satu. ketahuilah kasih sayangNya dan ukhwah antara kita mengatasi segalanya. walau adakala jelas beza antara kita, itu bukan titik yang menjauhkan kita! bukanlah kita ada dan berkembang di sini untuk menjadi hebat, tetapi adanya kita di sini kerana tarbiah yang hebat..
SEBUAH PERTEMUAN [UNIC]
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Saturday, June 6, 2009

bacaan buku di hujung minggu..


ketika meronda-ronda mencari buku di sudut Tamadun Islam, Perpustakaan Tun Seri Lanang, tiba-tiba pandangan saya jatuh ke rak yang terselit diantaranya buku ini. tajuk yang menarik. bagus juga dibuat bacaan ringan di hujung minggu.[ini maknanya saya akan melalui hujung minggu yang lapang di samping menyiapkan tugasan yang ada.. ^_^]. Buku ini lalu di ambil dan terus ke kaunter pinjaman untuk meminjam buku ini.

sedikit ulasan setelah membaca buku ini:
i. sebuah buku bacaan ringan yang memotivasikan..
ii. betul-betul mengingatkan saya dengan sebuah hadith logam,
"Manusia itu umpama logam. Sebaik-baik mereka ketika Jahiliyyah adalah sebaik-baik mereka ketika Islam, jika mereka faham (tentang deen)"
(Bukhari)
* jangan pernah memandang enteng orang di jalanan..

"kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan." -Abdul Rahman Mohamed-

Tuesday, June 2, 2009

IKLAN JAWATAN KOSONG

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A.. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa teman ,wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
24434...

ikhlas, pengalaman & kenangan

Pada mulanya saya tiada keinginan langsung untuk ke sana. Entah kenapa. Walaupun nama telah diberi dan tarikhnya makin hampir, keikhlasan untuk menemui pengalaman dan sahabat baru gagal saya hadirkan dalam hati. Hal ini saya suakan kepada kakak.

”akak,teruklah saya ni kan..”

”kenapa pula?”

”saya tiada hati langsung nak ke sana minggu ni.nak kata ada rancangan lain, tak ada pula.”

”hm..akak pun. Tapi akak pergi juga. Mana tau Allah bukakan hati kita di sana. Adalah tu Dia nak bagi kat kita sesuatu..”

Dalam hati,kucuba juga hadirkan keikhlasan dan semangat untuk ke sana. Syaitan yang mengalir dalam darah manusia memang sentiasa akan membisikkan rasa was-was kepada manusia. Moga pengakhirannya kelak adalah lebih baik.



Selepas sesi ’ais pecah’itu, saya terpisah dari kelompok daerah saya. Tetapi dari 10 orang tersebut, mujurlah hanya 2 3 orang yang baru saya kenal. Yang lain, kenal belaka. Pernahlah sama-sama ’tension’ buat kerja sebelum ni.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang manusia tidak mengetahui..Terima kasih Dia yang telah mengatur semua ini dengan sebaiknya. Alhamdulillah saya menemui banyak perkara baru dan membuka minda saya dengan lebih luas. Sungguh, dunia di luar itu adalah praktikalnya atas apa yang cuba saya hadamkan selama ini. Saya juga telah berjaya mengurangkan kelemahan saya dan meningkatkan kemajuan jati diri saya. ^_^

Tahniah...tahniah....[tepukan untuk diri sendiri.]

Dikongsikan sedikit kenangan membuat R&R [redah & rempuh] yang saya kena lalui. Teringin berjumpa lagi dengan adik-adik sekalian. ^_*


baik sungguh adik-adik ni sekalian..

tekun sungguh mendengar briefing ^_^


fasi dan adik-adik bergambar sebelum bersurai


Satu lagi yang temui ialah, cik SARAH ^_-

Walau ketibaannya agak lewat dari waktu sepatutnya [kena denda ni..],alhamdulillah kami seperti biasa bernaung di team yang sama. Wah, nasib baik tidak bosan se’team’ dengan cik sarah. Walau baru beberapa belas bulan yang lepas kenal, tetapi kami telah 2 kali se’team’ dalam titian, se’portpolio’ dalam karnival yang lepas, sesama ahli dalam impac dan banyak lagi se yang kami sama-sama jadi selain sekali lagi se’team’ dalam grum baru-baru ini.. ^_^ Dalam masa yang sama, kami juga sama-sama memperolehi amanah yang iras-iras nak sama [duit2x].
TERIMA KASIH cik sarah kerana rajin menemui saya di alam maya yang terbuka luas. Semoga kita berpeluang berjumpa lagi di masa hadapan yang belum pasti di mana penghujungnya sebagai sahabat seagama sefikrah yang sama-sama cuba melakukan pengislahan di muka bumi ini insyaAllah..