Monday, December 29, 2008

cuti kali ini...

" so, macam mana cuti?”
Soalan pertama kak yong setelah kebetulan kami sama-sama turun bus nak pulang ke “rumah idaman”.
“cuti kali ini, saya lebih banyak menghafal jalan2 di kL dan Selangor ni [memudahkan mobiliti], in same time learning more soft skill. Sesi bertemu masyarakat, dakwah to family [sometime lupa family pun penting didakwahkan..] dan banyaklah..huhu”
Benar, cuti kali ini yang bakal berakhir beberapa senggang masa lagi, alhamdulillah terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah walau lagho nya tetap ada. ^_*
Berikut beberapa gambar yang dipetik untuk kenangan bersama beberapa orang di sekeliling saya.

~ hospital pilihan :> ~

~ seminar di cheras :D ~

~sempat merasa bagaimana menjaga anak-anak moden berprogram ~

~ operasi mengingat jalan dan kemudahan awam di Selangor! huhu ~

~ yuh bergembira ~

~ kalau tidak dipantau, toh kemana iqra' nya.. ~

sebenarnya, banyak lagi. tapi kesuntukan masa nk upload picture.moga masih diberi lagi kesempatan mersai semua ini.. wallahualam

Wednesday, December 24, 2008

doa

Artist : Ungu
Lirik Lagu : Ungu - Doa

Ungu - Doa

Tuhan jamahlah hatiku
yg kering dan hampa tanpa kasih
atas kuasa Mu ku terlahir
dan hanya Pada Mu ku kembali


Dalam Tangan Mu ku pasrahkan
jalan panjang hidupku yang kan ku tempuh
hanya pada Mu ku memohon
dan hanya pada Mu ku bersujud


tunjukan aku menuju jalan lurus Mu
agar aku dapat wujudkan tobatku
terangi aku dalam gelapnya duniaku
agar aku bisa dapatkan ridho Mu

Ya Allah Ya robbi
Ya rohman Ya rohim

Saturday, December 13, 2008

mencari ketenangan jiwa

Berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.
Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.
Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.
Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, musik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.
Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah yang tafsirnya
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”. - (Surah Al-An‘am: 32)
FirmanNya lagi:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”. - (Surah Al-Ruum: 21)
Dengan adanya ketenangan jiwa akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadat kepadaNya kerana tujuan asal manusia itu diciptakan ialah untuk sentiasa menyembah Allah Subahanahu wa Ta‘ala. Hal ini ditegaskan oleh Allah Subahanahu wa Ta‘ala dalam Al-Qur‘an:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” - (Surah Al-Zariat: 56)
Sebagai orang Islam kita hendaklah memahami jalan-jalan yang mesti diikuti dalam mencari hiburan. Al-Qur‘an ada megingatkan kita bahawa orang yang mengutamakan perkara-perkara yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan menyesatkan orang lain akan mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang maksudnya :
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”. - (Surah Luqman: 6)
Sifat suka kepada hiburan atau permainan yang melalaikan itu adalah antara paradigma orang bukan Islam. Ini digambarkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
“(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”. - (Surah Al-A‘raf: 51)
Orang bukan Islam itu lebih menyukai hiburan dunia yang bertapak semata-mata pada nafsu kerana dunia adalah matlamat hidup mereka seperti juga yang digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya :
”Dan tentulah mereka akan berkata pula:
“Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati”. - (Surah Al-An‘am: 29)
Sifat hiburan yang mereka sukai itu bukan sahaja melalaikan dan mempesonakan, bahkan lebih banyak membawa kepada perkara-perkara maksiat dan mungkar yang terang-terang menentang kehendak hukum syarak. Apa yang lebih menyedihkan hiburan sedemikian turut menjadi ikutan dan sajian orang-orang Islam yang sepatutnya menolak segala unsur-unsur mungkar dan maksiat itu.
Mereka turut terkeliru dengan pujuk rayu orang-orang yang bukan Islam yang mempamerkan hiburan-hiburan palsu sebagai jalan untuk menenangkan jiwa. Namun ketenangan itu cuma seketika, selepas itu kesusahan akan datang kerana ia bertunjangkan fantasi, angan-angan dan khayalan semata.
Inilah persepsi yang difahami oleh sebahagian masyarakat sekarang. Sedangkan maksud hiburan itu sendiri lebih luas dari itu. Hiburan bermaksud mencari ketenangan jiwa, dari itu hanya hiburan sejati yang mampu mencapai maksud tersebut.

Friday, December 5, 2008

senyapnya jadi misteri

Sejak semalam dia demam.panas sungguh suhu tubuhnya. Hari ini senyapnya jadi misteri. Tiba-tiba matanya tetap memandang ke atas, tubuhnya mengejang keras. Separuh nyawanya telah keluar melayang. Ibu tua itu segera menerpa si kecil. Menjerit menyebut nama Allah. Segera di seret si kecil itu ke bilik air untuk dibasahi. Sambil membaca ayat kursi, geletar tangannya terus melenjuni si kecil itu dengan air.

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Dia sangat meyakini fadhilat ayat tersebut. Benar-benar berharap si kecil itu kembali pulih.

Ya Allah, sihatkan tubuh badannya, sihatkan pendengarannya, sihatkanlah penglihatannya..ameen

Tuesday, December 2, 2008

mak uda

Raya tahun ini, saya diberi nama baru. MAK UDA. Huhu. Kakak ipar saya dengan suka hati menyuruh anaknya untuk panggil saya mak uda. Sebelum ni elok je mereka panggil saya akak.. Saya baru 21 tahun la..Dengan kehadiran adik bongsu saya yang baru berusia 5 tahun, rasanya saya tidak layak lagi dipanggil mak cik, panggil akak dah memadai!
Semalam kak ipar saya menghubungi kami. Dia mengumumkan pertambahan ahli keluarga kami tidak lama lagi. Berharap sangat dikurniakan seorang puteri. Ya, sudah tentu saya pun tumpang gembira mendengarnya. Tetapi ada yang lebih gembira dan excited dengan berita tersebut. Mak saya dah cop kelahiran baby kali ini dia yang jaga. [macamlah larat sangat...huhu]. saya ingat lagi ketika anak saudara saya, Asyraf hadir dalam hidup kami dahulu. Segala keletahnya menjadi perbualan. Manja kalah perempuan. Bila dah besar, kuss semangat. Kejap je dah hilang. Main kat rumah jiranlah lintas jalanlah. Tetapi alhamdulillah, sejak dia dihantar ke tadika tahun ini, lega hati kakak ipar saya. Anaknya dah dapat dikawal dan dah pandai bawa diri. Tidak perlu risau-risau sangat macam dulu. Mungkin tumbesaran kanak-kanak lelaki begitu ke?
Hmmm, saya ternanti-nantikan respon atuk dan nenek saya mengenai perkhabaran ini. Mesti lebih excited dan tersenyum panjang daripada mak saya. Masakan tidak, jika mak saya bakal menerima kehadiran cucu kedua, nenek saya pula bakal menyambut kelahiran cicit yang ke-5! Dan tahun 2009 ini, dia bakal menerima 3 orang lagi cicitnya. Wah, rezeki besar. Huhu. Kalau boleh, biarlah generasi ketiga keluarga Hj. Siput ini [ *orang Jawa namanya memang pelik-pelik] lahir yang berjantinakan perempuan. Bosan sudah rasanya memiliki sepupu-sepupu lelaki yang begitu ramai dan tak reti-reti menolong keluarga terutamanya musim raya. Argh, ia tidak bleh berulang.

Thursday, November 27, 2008

Qalb

Lewat pengisian rohani saya pada hari minggu lalu, saya dihidangkan dengan sedikit penerangan yang diharap dapat membuahkan amal dan dirimbunkan dengan pahala yang ghaib. Ibu itu menerangkan bagaimana qalbi yang merangkumi jantung, minda, aqal dan roh kita sendiri boleh menjadi raja yang menguasai diri. Qalbi yang menjadi raja penguasa diri sementara anggota lain menjadi askar-askar pembawa kata hati. Jika sakit ia, sakitlah seluruh anggota dan sebaliknya. Bagaimana jika ia dibiarkan sakit tanpa dirawat, boleh mati dan merosakkan sistem-sistem lain dalam diri yang masih mahu hidup dan menikmati saki baki hayat yang ada. Maksud hadith;

Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim)

Ibu itu juga berharap dengan sangat agar qalbi ini dirawat, diservis bila ia mula menunjukkan sindrom lemah daya tahan melawan nafsu. Qalbi yang tidak diservis akan berwarna hitam yang melambangkan kematian, kelesuan, yang tidak cantik dipandang dan menjadi magnet kepada segala penyakit lain. Selalulah bersama-sama orang-orang yang benar, beristighfar dan berlapang dada. Rebutlah peluang menghadiri majlis-majlis ilmu selagi ada kesempatan. Ketika masih belajar inilah, masih tiada komitmen yang pelbagai, masih dihidangkan di depan mata secara percuma, ketika masih ada yang masih mahu mengejar dan mengajak setiap minggu. Kita perlu mengambilnya sebelum ia pergi. Kerana berapa ramai yang hilang tujuan tika panggilan kerjaya tidak dipupuk dahulu dengan panggilan agama, tika lambaian kesenangan gagal dididik dengan lambaian Ilahi. Andai dibuat kajian, tentu sahaja semua tangan akan mengangkat mengakui mahukan syurga yang abadi, yang penuh nikmat di dalamnya. Namun, betapa ramai juga terpedaya dengan syurga dunia. Kerana itu, ayong selalu memesan agar mujahadah sehabis ada. Bacalah kalamNya, beribadahlah, hargailah nikmat dan masa yang ada dengan seoptimanya.. mustapa manshur dalam perkongsiannya dalam bekalan di jalan dakwah, tips untuk kekal di jalan ini ialah dengan iman yang mantap dan sering bersama orang atau sahabat yang benar.. wallahualam. moga tidak dibolak balikkan qalbi ini.

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun kepadaMu untuk sesuatu yang tidak kami ketahui..

Tuesday, November 25, 2008

pelarian

baru2 ini saya merasa seperti mahu menjadi orang lain. saya merasakan saya tidak layak berada di tempat dan menjadi seperti sekarang ini.saya ingin berada di tempat lain yang tidak dikenali sesiapa pun. tanpa dihantui dengan kenalan2 lama yg mengenali saya yg sangat berbeza kini. tanpa bayangan2 silam yg merimaskan!
uhuk, mana bisa sih...
kenapa ya saya seperti ini? sampai AKAK menghantar mesej pencariannya kepada saya.
kenapa akak x boleh baca blog awak ye?
saya balasnya simple saja. maaf kak, saya simpan jap blog saya ni...
uhuk.. macamlah semua orang nak baca blog ni.
tapi walau bagaimana saya sembunyi pun diri saya yg x kecil ni ( selalu jugak terasa x kecil sebenarnya),orang lain akan tetap nampak saya. walau mengelak cam mana pun, kalau Allah dh kata jumpa, jumpa laa jugak... huhu
hm, apa dan kenapa saya elak? dari siapa yg saya elak? Wallahualam. biarlah pengetahuan ini hanya saya dan Dia yg tahu... huhu

Saturday, November 8, 2008

ikhlas bagi dai'e

IKHLAS BAGI DAI
Daie ialah seorang manusia biasa yang berjiwa luar biasa. Di dalam kekalutan arus kemodenan timpaan tamadun Barat, ternyata manusia terleka dan menjadikan kemajuan sebagai hala tuju hidup. Daie boleh diumpamakan manusia yang hidup dalam dunianya yang tersendiri, kerana tujuan mereka hidup bukanlah untuk diri mereka sendiri, malah sanggup mereka korbankan untuk manusia dan masyarakat sekitar. Hati mereka yang bersih yang mahukan segala kebaikan untuk masyarakat dan dunia serta berkorban segala yang ada membuktikan keikhlasan mereka.Mereka memahami firman Allah:
Katakanlah, sesungguhnya solatku, pengorbananku,hidupku,matiku hanyalah untuk Tuhan sekelian alam.(al-an’am:162)
Mereka memahami tanpa ikhlas, amal kebajikan mereka tidak berharga. Mereka mengetahui kebaikan yang diperjuangkan tanpa keikhlasan tidak membuahkan kebaikan. Masakan sesuatu yang kotor menghasilkan sesuatu yang suci. Seringkali terpapar dalam arena dakwah di mana-mana apabila penceramah lebih suka dibayar, diberi tepukan gemuruh dan sedap didengar untuk menjadi halwa telinga manusia sahaja dan tagihkan pujian melambung. Amal-amal ini umpama debu kerana tiada keikhlasan dan tidak mampu membawa perubahan apatah lagi membina manusia. Firman Allah,
“Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan.” (al-Furqan: 23)
Namun, keikhlasan para duah seringkali teruji kerana dilanda ujian yang bertimpa-timpa. Ujian yang bertalu-talu mampu
menggoyahkan keteguhan seseorang daie. Umpama batu di atas bukit yang ditimpa hujan bertahun-tahun, pastilah ada sedikit bekas lekuk dek hakisan air. Terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan pengiktibaran untuk dijadikan tahap pengukur keikhlasan.(di petik dari Bukti Keikhlasan oleh Yusuf Qaradhawi).Bukti yang boleh kita saksikan ialah:
1) Takut Kemasyhuran
Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yg mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara terang-terangan dan didedahkan. Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tdk baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tdk memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.
2) Menuduh Diri Sendiri
Orang yg mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbg orang yg berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dlm melaksanakan pelbagai kewajipan, tdk mampu menguasai hatinya krn terpedaya oleh suatu amal dan takjub pd dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tdk diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tdk diterima.
3) Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dr Liputan
Amal yg dilakukan secara diam-diam harus lbh disukai drp amal yg disertai liputan dan didedahkan. Dia lbh suka memilih menjadi perajurit bayangan yg rela berkorban, namun tdk diketahui dan tdk dikenali. Dia lbh suka memilih menjadi bahagian dr suatu jamaah, ibarat akar pohon yg menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tdk terlihat oleh mata, tersembunyi di dlm tanah; atau spt asas bangunan. Tanpa asas, dinding tdk akan berdiri, atap tdk akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tdk dpt ditegakkan. Tetapi ia tdk terlihat, spt dinding yg terlihat jelas. Syauqy berkata di dlm syairnya:
Landasan yg tersembunyi
Tdk terlihat mata krn merendah
Bangunan yg menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah

Di bahagian sblm ini tlh dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg gelap.”
4) Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian
Tdk meminta pujian orang-orang yg suka memuji dan tdk bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tdk terkecoh ttg hakikat dirinya di hdpn orang yg memujinya, krn mmg dia lbh mengetahui ttg rahsia hati dan dirinya drp orang lain yg boleh tertipu penampilan dan tdk mengetahui batinnya.
5) Tdk Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Mmg Layak Dipuji
Tdk kedekut memberikan pujian kpd orang lain yg mmg layak dipuji dan menyanjung orang yg mmg layak disanjung. Di sana ada dua bencana yg bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kpd orang yg tdk berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kpd orang yg layak.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam prnh memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, spt sabda Baginda ttg Abu Bakar yg bermaksud: “Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbg kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”
Sabda Baginda kpd Umar: “Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yg lain.”
Sabda Baginda kpd Uthman: “Sesungguhnya beliau adalah orang yg para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”
Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau spt kedudukan Harun di mata Musa.”
Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: “Beliau adalah salah satu drp pedang-pedang Allah.”
Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”
Boleh jadi seseorang tdk mahu memberikan pujian kpd orang yg layak dipuji, krn ada maksud tertentu dlm dirinya, atau krn rasa iri hati yg disembunyikan, spt takut campurtangan di pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Krn dia juga tdk mampu utk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tdk perlu menyanjungnya.
6) Mencari Keredhaan Allah, Bkn Keredhaan Manusia
Tdk memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sbb setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dlm sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yg ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yg tdk bertepi, tujuan yg sulit diketahui dan tuntutan yg tdk terkabul. Dlm hal ini seorang penyair berkata:
Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yg membentang
Di tgh tuntutan-tuntutan hawa nafsu
7) Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Krn Allah, Bkn Krn Kepentingan Peribadi
Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan krn Allah dan agamaNya, bkn krn pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tdk spt orang-orang munafik opportunis yg dicela Allah dlm KitabNya:
“Dan di antara mereka ada yg mencela mu ttg (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian drpnya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tdk diberi sebahagian drpnya, dgn serta merta mereka menjadi marah.” (at-Taubah: 58)
9) Sabar Sepanjang Jalan
Perjalanan yg panjang, lambatnya hasil yg diperoleh, kejayaan yg tertunda, kesulitan dlm bergaul dgn pelbagai lapisan manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tdk boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tgh jalan. Sbb dia berbuat bkn sekadar utk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yg paling pokok tujuannya adalah utk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.
Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’, hidup di tgh kaumnya selama 950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yg mahu beriman kpd beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yg difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:
“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku tlh menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dr kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kpd iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dlm telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7).
10) Menghindari Ujub
Di antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tdk merosak amal dgn ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yg tlh dilakukannya. Sikap spt ini dpt membutakan matanya utk melihat celah-celah yg sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yg perlu dilakukan oleh orang Mu’min stlh melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia tlh melakukan kelalaian, disedari mahupun tdk disedari. Maka dr itu dia takut jikalau amalnya tdk diterima. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dr mereka yg bertaqwa.” (al-Maidah: 27)
13) Peringatan Agar Membersihkan Diri
Al-Quran tlh memperingatkan utk membersihkan diri dr pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:
“Dia lbh mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu dr tanah dan ketika kamu masih dlm janin perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yg paling mengetahui tentang orang yg bertaqwa.” (an-Najm: 32)
Allah mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani yg menganggap dirinya suci. Firman-Nya yg bermaksud:
“Apakah kamu tdk memerhatikan orang yg menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan sesiapa yg dikehendaki-Nya dan mereka tdk dianiaya sedikit pun.” (an-Nisa: 49)
Hal ini terjadi krn mereka berkata, spt yg dijelaskan Allah yg bermaksud:
“Kami ini adalah anak-anak Allah dan keksih-kekasih-Nya.” (al-Maidah: 18)
Perkataan mereka ini disanggah dgn firman-Nya yg bermaksud:
“Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yg diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yg dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yg dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaanl Allah-lah kerajaan di antara keduanya, dan kpd Allah-lah kembali (segala sesuatu).” (al-Maidah: 18)
Orang yg tlh melakukan sesuatu amal shaleh, tdk boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika utk menyampaikan nikmat Rabb-Nya:
“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).” (ad-Dhuha: 11)
Selain itu ia bertujuan utk memancing orang lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yg bermaksud:
“Barangsiapa membuat sunnah yg baik, maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yg mengerjakannya.” (HR Imam Muslim)
Dibolehkan juga jika bertujuan utk membela diri krn ada tuduhan yg dilemparkan kpdnya, padahal dia tdk bersangkut-paut dgn tuduhan tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua itu diperbolehkan bg orang yg batinnya sudah kuat krn Allah semata dan bukan krn tujuan yg bukan-bukan serta tdk tergolong pd ujub, tdk bertujuan mencari sanjungan dr orang lain dan mendapatkan kedudukan di kalangan masyarakat. Namun memang jrg orang yg bebas dr tujuan ini.
Orang Islam harus waspada, jgn sampai ujub terhadap diri sendiri, krn kebaikan dan keshalihan yg dilakukannya, atau keyakinan bahawa hanya dialah yg beruntung sdg yg lain merugi, atau dia dan jamaahnyalah yg layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yg selamat) sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yg layak disebut thaifah manshurah (kelompok yg mendapat pertolongan) sdgkan yg lain dibiarkan.
Pandangan terhadap diri sendiri spt ini adalah ujub yg merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam spt itu adalah pelecehan yg menghinakan.
Sungguh ternyata benar apa yang dinukilkan oleh Yusuf Qaradhawi seperti di atas. Buat mereka di atas jalan ini, setiap butir perkataannya umpama kata lontar lembut dan keras yang menimpa diri kita. Bersama kita koreksi diri dan tsabat berjuang untuk Allah.
Wallahu alam.

cerpen sendiri

semasa pulang ke rumah bonda tempoh hari, sempat kemas-kemas barang yang lama yang saya tinggalkan di sana. hajat di hati mahu mencari semula cerpen yang pernah saya tulis ketika sekolah dulu. ketika itu, cikgu saya mengarahkan kami sekelas agar masing-masing menulis sebuah cerpen dan dihantar kepadanya. saya masih menyimpan salinan cerpen itu. cadangnya, jika menemuinya, saya ingin taip balik dah publish kat blog ni. kalau panjang ideanya, boleh sambung lagi ceritanya. tapi mungkin tak ada rezeki, saya tidak menemuinya. samada terbuang masa berpindah rumah dahulu, ataupun ada tangan-tangan asing yang mengalihkannya. dalam pada itu, saya menemui sekeping surat dari bangi. seperti kukenal tulisannya milik siapa. rajinnya!hmm, kenapa ya pengirim itu mengepos ke rumah bonda sedangkan dia mengetahui alamat saya di sini. alahai naqibahku sayang... semua usrahmate saya dihantari kit syawalnya. urm, satu inisiatif baru menggantikan kad raya yg biasanya dihantar oleh kawan-kawan sejak dulu lagi. bagus juga cara tu. saya bercadang berbuat demikian jugak tahun depan.jazakillah khairan atas kiriman kid tersebut..

Friday, November 7, 2008

ukhwah

Kebelakangan ni, saya sering mendengar keluhan akhawat mengenai kekontangan ukhwah sementelahan berada di jalan dakwah ni. Ada saja halnya. Ish, kenapa nih...
Dulu tidak begini. Ya, mana nak sama dulu dan kini.. tapi ukhwah itu kan untuk selamanya. Saya pun merasai dan sangat merindui ukhwah itu. Ukhwah yg suci,segar dan indah. Argh, takkan selamanya mahu indah. Kan? Setiap perkenalan akan diuji. Tapi dalam bentuk yg bagaimana? Adakah dengan kelesuan berbicara tika bertemu? Atau tika kita sudah merasai bahawa urusan dia, dia dan urusan kita, kita sendiri? Ataupun apabila tidak lagi merasai insan itu sahabat kita, seperti orang asing di jalanan? Sahabat yg kita mampu duduk suka duka bersama, mampu berkongsi masalah dan idea.
Seorang teman bagi saya bukanlah yang selalu bersama, bukan juga yg selalu gelak ketawa bersama, bukan yg sentiasa mengagung-agungkan sahabatnya, tetapi bukan juga yg sering mencari salah kita. Sorang teman yg sangat saya hargai ialah seorang sahabat yg mahu menerima seadanya diri saya, yg mahu menegur tika salah, menampung bila kurang. Seorang sahabat yg saya sanjungi bukan seseorang yg berpangkat, bukan juga yg berpengaruh, punyai nama dan sebagainya. Bukan juga yg akan senantiasa membuatkan saya kenal cinta dunia ini. Tapi sahabat yg saya sangat kasihi ialah bilamana saya bersamanya, ingatan dan kecintaan saya pada Ilahi turut dirasai, difahami. Ukhwah yg dibina yg ditunjangi dengan nama Ilahi, didasari dengan makna Islam dan taqwa, dibajai dengan benih-benih fikrah, yg kelak bakal melahirkan jundi-jundi dakwah menegak kebenaran.

bonda

Bonda
Maafkan anakmu,
Maafkan atas kecetekan masa yg terluang untukmu,
Keterbatasan waktu menemanimu...
Bukan anakmu tidak memahami,
Bukan tidak mengasihanimu,
Tetapi
Penyelesaianku bukan seperti itu,
Diriku butuh waktu dan bantuan..
Kerana
Anakmu ini tidak mampu mematuhi semua citamu itu
Sungguh anakmu ini hanya insan lemah
Hanya seorang anak yg cuba membahagiakan orang tuanya,
Walau terkadang salah tingkahnya,
Kasar bicaranya...
Maafi daku bonda..
Walau dirimu tiada di depan mata,
namun hadirmu sentiasa di ingatanku,
pesanmu sentiasa tersemat di jiwaku..
moga kesulitanmu dipermudahkan,
kekuatan mental fizikalmu ditambah,
kebahagianmu menyelinap di jiwa,
walau pelbagai payah melanda..

Friday, October 31, 2008

Kesucian Hati Adalah Penentu

Islam amat mementingkan persoalan hati kerana hatilah yang menentukan buruk baik sesuatu perkara. Nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging apabila ia baik akan baiklah seluruh jasad. Sebaliknya apabila ia buruk akan buruklah seluruh jasad. Daging itu ialah hati.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Hati, apabila tidak digilap dengan ramuan yang betul, akan diserang dengan pelbagai jenis penyakit.
Hati yang paling rendah martabatnya ialah yang dipenuhi dengan nafsu al-ammarah. Allah berfirman: “Dan aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu al-ammarah selalu menyuruh kepada kejahatan...” Surah Yusuf ayat 53)
Hati yang dipenuhi nafsu al-ammarah mempunyai kecenderungan untuk memuaskan syahwat, mudah marah, tamak haloba, sombong, bongkak, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa sehingga akhirnya seseorang menyalahkan Tuhannya kerana membebankannya dengan masalah yang dihadapi. Hati yang seperti ini menyebabkan tuannya mengalami tekanan secara berterusan dan akhirnya membawanya kepada kecelakaan dan kebinasaan.
Apabila hati digilap dengan amalan yang sesuai, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu nafsu al-lawwamah. Allah berfirman: “Aku bersumpah dengan hari kiamat dan aku bersumpah dengan jiwa al-lawwamah (yang amat menyesali dirinya sendiri).” (Surah Al-Qiyamah ayat 1-2) Hati yang dipenuhi nafsu al-lawwamah menasihati tuannya tentang kefanaan dunia. Ia menyedarkan tuannya tentang keutamaan yang perlu dicari ketika tuannya terbabas dan terpesona dengan kesenangan yang memperdayakan. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu al-mutmainnah ataupun hati yang tenang damai. Allah berfirman: “Wahai hati yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah Al-Fajr ayat 27-30)
Mereka yang memiliki hati yang mutmainnah amat yakin dengan janji-janji Allah. Justeru, mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana mereka merindukan kesenangan di akhirat

Zikir Dan Ibadah Yang Khusyuk

Ibadah yang khusyuk mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah. Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah Ar-Ra’d ayat 28)
Solat yang khusyuk juga boleh mendamaikan jiwa, justeru Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Wahai mereka yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu..”(Surah Al-Baqarah ayat 153) Mengikut riwayat, Nabi Muhammad ketika berdepan dengan masalah akan memperbanyakkan solat Baginda kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Baginda bersabda: “Dan dijadikan cahaya mataku pada solat.” (Riwayat An-Nasai)
Dr. Ahmed El-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida, membuat satu kajian berhubung kesan mendengar Al-Quran ke atas fisiologi manusia, sebagai contoh denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan saraf dan otot. Beliau mendapati, mereka yang mendengar Al-Quran, termasuk daripada kalangan yang bukan Muslim dan bukan Arab, mengalami perubahan fisiologi yang positif di dalam diri mereka.

Bersyukur Dan Menjauhi Ketamakan

Reda dan bersyukur dengan pemberian Allah mampu menghilangkan tekanan di hati. Sebaliknya mereka yang tamak tidak akan berpuas dengan apa yang ada sehingga mereka menjadi tertekan mengejar kesenangan yang memperdayakan. Mengikut pandangan Islam, kekayaan yang sebenarnya tidak terletak pada harta benda sebaliknya kepada jiwa yang damai. Nabi Muhammad bersabda: “Tidaklah kekayaan itu lantaran banyak harta sebaliknya kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa.” (Riwayat Bukhari-Muslim)
Keinginan untuk merampas hak orang lain sering kali melahirkan perasaan hasad dengki dan hal ini amat dibenci oleh Allah. Zuhud adalah penawar kepada tamak dan haloba. Nabi Muhammad bersabda: “Zuhud daripada dunia akan menyebabkan kamu dikasihi Allah dan zuhud daripada apa yang dimiliki manusia (iaitu tidak berkeinginan untuk merampas hak orang lain) akan menyebabkan kamu disukai oleh manusia.” (Riwayat Ibn Majah - Hadis Hasan)

Pemikiran Positif Dan Tidak Mudah Berputus Asa

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru, perkara yang paling penting yang perlu kita lakukan ialah memperbaiki diri dari masa ke semasa tanpa mengenal putus asa sehingga akhirnya kita menjadi insan yang lebih baik. Apabila kita pernah melakukan dosa dan noda, bertaubatlah kerana Allah Maha Penerima Taubat. Yang paling penting ialah, jangan berputus asa. Allah berfirman: “Ibrahim berkata, ‘Tidaklah berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang sesat sahaja’.” (Surah Al-Hijr ayat 56)
Justeru, janganlah mudah berputus asa. Sekali kita gagal tidak bermakna kita gagal selama-lamanya. Jadikan kegagalan hari ini sebagai rangsangan untuk kejayaan hari esok. Pemikiran positif seperti ini adalah penting untuk mencapai kejayaan justeru Allah mengingatkan umat Islam tentang kepentingannya berpandukan firmanNya: “Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita kerana kamu adalah golongan yang tinggi jika kamu beriman.” (Surah Ali-Imran ayat 139)

Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar

Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri.
Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)


Puasa Ialah Penawar

Umat Islam diwajibkan melaksanakan ibadah puasa selama lebih kurang 12 jam setiap hari di bulan Ramadan, melainkan oleh sebab-sebab yang diizinkan oleh syariat. Allah berfirman: “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atas mu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum mu semoga kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah ayat 183)
Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa pada tahun 1984. Di samping itu, Dr. F. Azizi dan rakan-rakannya juga membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadan di Universiti Sains Perubatan di Tehran. Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa di musim Ramadan tidak memudaratkan kesihatan umat Islam secara amnya. Malah ia memberi kesan yang baik pada metabolisme lemak dan pengawalan berat badan seseorang. Puasa juga meredakan tekanan pada jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, membanyakkan solat, menjaga lidah dan banyak bersedekah. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.

Membantu Orang Lain Mendamaikan Jiwa

Islam mengatakan, tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Justeru, umat Islam digalakkan memberi dan menolong dan sebagai balasannya mereka dibantu dan ditolong oleh Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Sesiapa yang meringankan satu kesusahan dunia yang dihadapi oleh seseorang mukmin, Allah akan meringankan baginya satu kesusahan di hari Kiamat. Sesiapa yang membantu kesusahan yang dialami seseorang, Allah akan membantu kesusahannya di dunia dan di akhirat..” (Riwayat Muslim)
Menurut satu kajian kebangsaan yang dilakukan ke atas 3,300 pekerja sosial di Amerika, mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan sering mengecap perasaan damai dan tenang selepas membantu orang lain (helper’s high). 90% daripada mereka berasa lebih sihat dan tekanan hidup mereka juga semakin berkurangan. Sebahagian yang lain pula mengalami kelegaan daripada sakit-sakit tulang, lelah dan gastrik.

Pasangan Hidup Dan Rakan-Rakan Yang Baik

Pasangan hidup kita adalah sumber kekuatan dan ketenangan bagi diri kita. Allah berfirman: “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagi mujodoh dari jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21)
Rakan juga penting dalam hidup kita. Nabi Muhammad bersabda: “Rakan yang baik adalah seperti penjual minyak kasturi. Dia mungkin memberikan sedikit minyak itu kepadamu ataupun kamu boleh terus membeli minyak itu darinya. Paling kurang, kamu dapat mencium bau minyak yang wangi...” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Hiburan Yang Tidak Melampau Adalah Penawar

Hiburan yang tidak melampau mengikut batas-batas yang diizinkan syariat boleh membantu meredakan tekanan di samping mendatangkan pahala. Aisyah ra pernah menghantar pengantin perempuan ke rumah sahabat Ansar. Nabi Muhammad bertanya kepada beliau: “Ya Aisyah, tidakkah disediakan hiburan pada majlis itu? Orang-orang Ansar sukakan hiburan.” (Riwayat Bukhari)
Dr. Yusuf Qardawi di dalam Halal dan Haram berkata: “Di antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati ialah nyanyian. Ia diizinkan oleh Islam selama mana ia tidak dicampuri dengan perkara yang haram dan perkataan yang sia-sia yang boleh membawa kepada haram.”

Senaman Dan Rekreasi Meredakan Tekanan

Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif. Nabi Muhammad bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang daripada zikrullah melainkan empat perkara, iaitu pergi memanah, melatih kuda untuk berperang, bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Riwayat Thabrani)
Senaman menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang. Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphins yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress. Bagi mereka yang mengalami masalah susah tidur atau insomnia, kajian menunjukkan bersenam di siang hari dapat mengurangkan masalah itu.

Jenaka, Senyum Dan Ketawa Meredakan Tekanan

Senyuman membantu meredakan tekanan di hati kita dan orang lain. Abdullah ibn Harith ra meriwayatkan: “Tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah.” (Riwayat Tarmuzi)
Dr. Lee Berk dan Dr. Stanley Tam dari Universiti Loma Linda di California dan juga pengkaji-pengkaji dari Universiti Stanford, Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Ohio State dan Universiti Duke mendapati jenaka dan tertawa mampu meredakan kemarahan dan kerisauan. Ia juga mampu mengurangkan kesugulan atau depression, justeru, bagi mereka yang sedang mengambil rawatan untuk kesugulan atau depression, dos rawatannya boleh dikurangkan. Jenaka dan tertawa meningkatkan kadar sel-sel T di dalam badan. Sel-sel T berfungsi meningkatkan daya ketahanan sekali gus mengawal pembiakan kuman di dalam badan.

Menjauhi Rokok Dan Arak

Perokok-perokok sering mengatakan rokok meredakan tekanan ke atas diri mereka. Sebaliknya kajian-kajian menunjukkan, nikotin yang terdapat di dalam rokok mengganggu otak dan saraf sehingga akhirnya perokok mengalami tekanan yang dikenali sebagai smokers stress ke tahap yang tinggi berbanding mereka yang tidak merokok. Perkara ini disebutkan oleh pakar-pakar dari Psychological ARTS yang beribu pejabat di Austin.
Institut Penyalahgunaan dan Ketagihan Alkohol Kebangsaan di Amerika mendapati alkohol juga meningkatkan tekanan. Hal ini disebabkan alkohol merangsang pengeluaran hormon-hormon seperti corticosterone dan adrenaline dari kelenjar-kelenjar pituitary, adrenal dan hypothalamus. Hormon-hormon ini meningkatkan tekanan di dalam diri manusia.240 Justeru, Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar

Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.”
Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaan mu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.” (Riwayat Tarmuzi)
(Artikel ini adalah ringkasan dari buku Dr Danial Zainal Abidin bertajuk “Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi-2”. Untuk perincian sila dapatkan buku itu terbitan PTS Publication)

Thursday, October 23, 2008

GARA-GARA VIRUS

PPDI tinggal edit full paper then boleh print out.
PEI kena gabungkan dengan huda dan k.zura ikut pembahagian masa pembentangan ritu,
Pastu, cari tesis untuk sambung bahagian ima tentang pembasmian kemiskinan.
SEP- dah ambil asigment bahagian nurin untuk digabungkan dengan bahagian saya before submit it next week.
And of course semuanya ditaip dan disimpan dalam Microsoft word.
Should be next week dh lega sikit and boleh fokus sikit nak cover balik study.
Tup tup, buka pendrive kul 8 pm tadi nak print, SEMUA word hilang!
Astagfirullah al’azim……….
Geram+ sedih + x keruan!
TENSION…………
Huh,huh,huh
Takes times to be cool...
Hmm, need to do all it back again!
Huhu..


Wahai hati yg serabut!
Tenangkan dirimu
Sabarkan jiwamu
Kulihat jalan lurus di depanmu.

Moral of the story, perbanyakkan istighfar dan buat back up ke atas semua kerja anda! =)
* kepala sedang serabut ketika menukilkan post ini. Di masa yg sama, masih memikirkan banyak benda yg perlu diuruskan dlm jangka masa terdekat. Mohon dimaafi kepada akhawat yg x dpt dilayan bual dan kerenahnya. Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara!
Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang rida dan diridaiNya. ( QS; 89: 27-28)

Al-Fatihah..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan segala alam.
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Pemilik hari pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah & hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Melalui surah Al-Fatihah, sebenarnya terkandung doa yang amat mustajab kepada kita untuk menjadi hambaNya yang InsyaAllah sejati. Kerana itulah, surah ini menjadi surah yang wajib dibaca dalan solat. Yang kita kerjakan sehari semalam. 5 waktu sehari.
Menyingkap rahsia Al-Quran, sebenarnya susunan surah dalam Al-Quran, jika hayati dan fahami, sudah lengkap menjadikan kita sebagai muslim sejati. Dimulakan dengan surah pembukaan (Al-Fatihah), diikuti surah Al-Baqarah, An-nisa seterusnya hinggalah ke surah terakhir iaitu surah An-Nas. Menjadi manusia (an-nas) yang sempurna berdasarkan seruan Ilahi yang Maha Mengetahui. Subhanaallah.

“Segala puji bagi Allahyang telah menurunkan Kitab (Al-Quran) kepda hambanya dan Dia tidak jadikannya bengkok..” -alKahfi:1-

Dengan membongkar rahsia atau hikmah susunan ayat dalam surah Al-Fatihah, sudah cukup membantu kita menjadi hambaNya yang mantap dan utuh imannya. (jika betul penghayatan,pemahaman dan istiqamahnya kita mengamalkannyalah…)
1. puji Allah sebenar-benarnya.
Lihat sahaja ayat pertama dan kedua. Dalam bacaan harian, kita memuji Allah berulang-ulang kali. Kita mengakui Dia Tuhan segala alam, memujiNya yang ar-rahman, ar-rahim.. kita perlu mengingati bahawa segala isi ala mini berkaitan dengan Allah. Sebagai contoh, diambil salah satu namaNya ialah Yang Maha Adil. Kita hidup di dunia ini, lumrahnya akan berasa bahang matahari. Maka Allah kurniakan nikmat angina kepada kita. Jika di rumah, kita dapat menikmati angin daripada kipas. Allah Maha Adil kerana menganugerahkan ilham kepada pereka kipas kerana menciptakan kipas yang terletak di atas siling contohnya. Bayangkan jika Allah menganugerahkan ilham agar kipas dipasang di lantai. Maka kita tak bolehlah duduk di atas lantai. Kembung pula perut dek masuk angin..
2. lebih banyak memberi daripada menerima.
Sesungguhnya tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah. Dalam konteks penbentukan peribadi ini, kita digalakkan memberi kasih sayang, memberi ilmu, memberi sedekah dan sebagainya. Insyaallah, pemberian yang disusuli keikhlasan akan memperoleh pahala dan pulangan yang berlipat kali ganda.
3. Mengakui bahawa setiap kehidupan dan perbuatan kita akan ada hala tuju pada penghujungnya..
Dalam Islam, kita mengakui bahawa setiap perbuatan yang baik balasannya ialah pahala manakala perbuatan jahat itu akan dibalas dosa. Kita juga mengakui bahawa wujud hari pembalasan atas setiap amalan kita di dunia ini. Ini diakui dalam ayat ketiga surah Al-Fatihah. Kita meyakini bahawa Tuhan pemilik hari pembalasan. Dan maklum bahawa nikmat syurga dan azab neraka. Untuk perolehi syurga, kita tentunya akan berbodong-bodong membuat kebaikan agar amalan di bahu kanan kita lebih berat dri sebaliknya.
4. setiap perbuatan kita akan mempunyai adab.
Dalam persoalan ini, adab tersebut ialah setiap apa yang kita lakukan, kita lakukan dahulu, kemudian barulah mohon ganjaran atau sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dalam ayat keempat sehingga ayat terakhir. Selepas kita memuji-mujiNya semahu-mahunya, meyakini kewujudan dan keEsaanNya,kita pasrah dan mohon pertolongan dan perlindungan darinya. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya, ini baharu surah pembukaan. Jika dikaji lagi surah-surah lain, tak tergambar rasanya nikmat yang terkandung di dalamnya. Wallahualam.
*saya menemui asigment lama ni yg rasanya boleh dikongsi dengan sahabat2. moga ilmu yg sedikit ini membuahkan amal dan mendapat ganjaran pahala disisiNya...

Sunday, October 19, 2008

sahabat

Di kesuntukan masa yg ada, saya akui sangat merindui masa lalu. Masa lalu yg dulu saya mampu kongsi bersama seorang sahabat. Seorang sahabat yg sangat memahami yg saya temui sejak awal pengajian saya di lembah ilmu ini. Sungguh tak sangka, rupa-rupanya ajakan selamba untuk solat berjemah membuahkan sebuah ikatan persahabatan yg sangat unik, saaangat indah dan sukar dicari ganti. Alhamdulillah, perkenalan yg kemudiannya kami semai dengan benih-benih fikrah hingga kini masih tidak berpenghujung. Cuma dek kesibukan masa dan kekangan jadual harian masing2 mendorong kami saling berhubungan hanya melalui utusan doa dan titipan salam di kejauhan. Biar ada kalanya berlaku juga kekeliruan dan salah faham antara kami. Walau luka bisa mulut berkata, rasa sakit itu tak lama.

Diri ini sangat tersentuh mendengar hebahan adik manja yg sangat akrab dengan syauqah. Bersama tika suka duka, seiring mengatur hidup dan sebagainya. Bertuahnya dirinya memiliki sahabat seperjuangan, serumah dan sekepala. Anugerah titian Ilahi buat dirinya. Bisa mengadu segala masalah dan menyelesaikannya bersama. Sesungguhnya hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Sahabat, andai utusan ini kamu baca, ketahuilah bahawa persahabatan ini untuk selamanya. Yang akan menjadi saksi janji seorang sahabat yang membawa ke syurga.

Ya Allah,

make our friendship a great and holly adventure

may our joining be a sacred space.

Remove from us any tempatation to judge

And to direct each other

We surrender to You our conflict and burdens

We know You are our answer and our guide

Help us to not forget You whatever we is

Bring us together in heart and mind

May this friendship remain young and be a bust of light

Bring us what You desire for us and show us how You would have us be

TQ Allah, You who are the sement between us…

Amin, ya rabbal ‘alamin…

Monday, October 13, 2008

angka simple

dalam kesibukan dunia, saya masih juga ingin mengepost something. hajat mulanya ingat nak share la sedikit ilmu baru yg baru menerjah ruang minda ni. tapi mungkin perlu di'postpone' until satu masa yg masih dalam percaturan..
tahu tak?
terdapat 313 orang nabi kita,
tapi dari angka tersebut hanya
25 yg wajib diketahui
dan 5 sahaja ulul azmi...
manakala 1/3 daripada Al-Quran menceritakan ttg sejarah (nabi, zaman etc)
dan jika kita membaca surah Al-ikhlas, seolah2 telah membaca 1/3 Al-Quran!
surah terpanjang merupakan surah ke-2,Al-Baqarah ( 286 ayat)..

~sampaikan walaupun satu ayat...~

Tuesday, October 7, 2008

bukan tersisih tapi terpilih...

Ketahui diri
Setiap ujian yang dikau tempuh
Saban hari
Saban waktu
Merupakan anugerah bagimu
Responlah dengan baik
Kerna jika tidak,
Fitnah bakal mengejarmu
Menghimpitmu ke jurang kesengsaraan
Menyeretmu ke lembah gelap
Yang merunsingkan
Merimaskan
Menyakitkan
Menyesakkan jiwa-jiwa yang sering alpa dariNya..
Balaslah setiap kesalahanmu itu
Dengan kebaikan
Nescaya
Ia bakal menyahkan segala kesalahanmu itu
Dan pergaulilah semua manusia dengan
Budi pekerti yang baik.
Yakinilah duhai diri
Semua dugaan itu
Adalah ujian peningkatan buatmu
Tempuhlah ia dengan sabar dan solat
Walau sukar mana dirimu menghadapinya
Walau pahit mana dikau menelannya
Walau sakit mana hatimu menerimanya..
Jadilah insan yang bertuah
Yang menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam
Yang menjadikan dikau menjadi
Lebih baik
Lebih matang
Lebih cemerlang
Kerana ia
Bukan untuk insan yang disisih
Tetapi buat yang terpilih...

Friday, October 3, 2008

malam raya

Di malam raya, sambil melakukan kerja-kerja rumah, tv yg terpasang menayang drama ”mengejar sinar’. Lama tak nonton, terasa terpinga-pinga melihat banyak kisah yg dipaparkan. Cerita di malam hari memang menyayat hati. Sedih bangat!
Ya Allah, Kau lah pemberi segala rezeki dan seagala pintu2 kurnia. Kisah tersebut mengisahkan kehidupan seorang lelaki businessman yg memiliki stand yg kukuh di samping isteri yg sedang sarat mengandung. Walaupun kaya, tapi dia sentiasa sedia untuk membantu andai ada sehabat atau saudaranya mohon bantuan kewangan. Rm20 ribu, rm40 ribu seolah-olah pinjaman biasa baginya.
Dijadikan cerita, suatu hari dia keluar bekerja dan tertinggal handpone di rumah. Jenuh isterinya menelefon mohon bantuan keran sakit nak bersalin. Akhirnya isterinya meninggal kerana tidak mendapat bantuan. Selepas musibah itu, lelaki tersebut patah hati dan mula mengabaikan perniagaannya. Satu persatu musibah datang menerpa. Dari tinggal di banglo hingga merempat di kaki masjid, dari berkereta mewah hingga berjalan kaki (ada motor pun kena curi!).. masya Allah, tak tertanggung rasa jika perkara tersebut menimpa diri sendiri. Mujur anaknya yg seorang masih sanggup mengikutnya ke mana sahaja. Allah timpakan ujian demi ujian. Saudaranya pernah meminjam duit daripada langsung tak mahu menolongnya. Bantuan yg pernah dihulurkan tak dikenang kerana tiada hitam putihnya.
Sampai satu ketika, tika dia serabut memikirkan kehidupannya, didepannya ada orang yang mengemis. Belum sempat dia mencuba nasib untuk mengemis, kawasan tersebut diserbu Jabatan Kebajikan. Mujur dia berjaya melarikan diri dan menemui seorang wanita tua. Wanita itulah yg berperanan sebagai motivator, ibu dan sahabat kepada lelaki dan kanak2 tersebut. Walaupun dia hanya pengutip bekas tin di jalanan, tapi sekurang2nya dia masih ingin mencari rezeki yg halal. Mungkin sampah bagi kita, tapi rezeki bagi mereka. Berkat kesabaran dan izinan dari Ilahi, suatu hari lelaki tadi menemui semula sahabat perniagaannya dan ditawarkan bantuan kewangan yg x diangka2. sungguh Allah akan menguji hambanya yg terpilih.(2:175)

dimana erti kemanusiaan


Di mana erti kemanusiaan..
Semasa perjalanan pulang ke rumah bonda, saya dan seorang akhawat yg menempuh jalan yg sama, menemui seorang insan yg memerlukan erti kemanusiaan dalam hidupnya. Walaupun pada awlnya ia merupakan teguran halus bagi diri ini sendiri, namun ia perlu juga di ambilpedulikan dlm dunia sekarang.
Sedang aku yg terlihat2 bas yg bakal kami naiki, x sangka rupanya akhawat tersebut x dengar pun apa yg saya leterkan. Rupanya dia menolong seorang tua.
“Kenapa kak?”
”Pak cik ni, akak tengok kejap ke kiri, lama2 makin ke kanan. Buta rupanya..”

pakcik nak ke mana ni? mari saya bantu..


Ermmm, aku yg berjalan di depannya dari tadi pun tak perasan rupanya pak cik itu buta. Fuh, dunia semakin pentingkan diri sendiri. Tak endahkan pun orang di sekeliling. Sejuta ampunan untuk Ilahi dan sejuta kemaafan buat pak cik. Sebenarnya kami agak pelik kerana destinasi tujuannya ialah balai bomba tapi kami lunaskan juga tanggungjawab kami ke atas pak cik tersebut. Wallahualam (dengan pengetahuan Tuhan)..
Huh, jika akak tu tak tegur tadi, toh ke mana pak cik tu nak pergi sendirian. Huhu, moral of the story, berilah bantuan kepada yg memerlukan di mana sahaja anda berada dan tunjuki akhlak seorang muslim.
Akak itu selalu menenangkan saya. Lembut budi bicara terserlah dek tutur kata. Walaupun kami terlepas bas semasa membantu pak cik tersebut, doanya spontan sahaja.semoga Allah ganti dengan yg lebih baik. La haulawala... tiada daya kekuatan kecuali dengan Engkau...
Usai bas masing-masing tiba, kami pun membawa haluan masing2. ’’maka, bertebaranlah kalian di muka bumi..” kepulangan yg dinanti ayah bonda di kampung halaman ( sebenarnya x terasa kampung pun..huhu). hidup ini memang menyedihkan, bagi insan yg menjadikan hidupnya sedih!
Tapi yakinilah diri,
Teman dan sahabat,
Hiduplah dengan Allah,
Bersama Allah,
Untuk Allah,
Kelak Allah sentiasa kita.
Dalam perjalanan tersebut, sya mendapat perkabaran dari akak tadi..
Manusia semakin pentingkan diri sendiri.. baru ada seorang OKU kena tumbuk depan akak.. teruknya manusia tanpa Islam.. banyak sgt kerja2 kita tak buat. Doa moga Allah beri kekuatan..
Astagfirullah.. banyak sgt kerja2 kita tak buat.. sibuk dengan masalah diri. (baca; nada sindiran) .kata2 untuk sahabat dan diri sendiri terutamanya,
yuh bangkit ar-rijal..
masyarakat perlukan kita.
Mereka ternanti huluran kita
Laksanakan kerja kita, agak kelak jadi pembantu kita di sana.
Ya Allah, peliharalah teman dakwahku,
Kuatkan kakinya di jalanMu,
Teguhkan jasadnya dengan rahmatMu,
Kuatkan rohnya dengan kehambaan kepadaMu,
Kelak himpunkan kami di syurgaMu..
Ameenn...

pink guava dan pataya..



depan kedai yg dituju2..
Moreh yg terakhir di rumah sewa, saya dan akak merancang untuk ke Planet Kopitiam, hentian Kajang. Setiap hari lalu, Cuma boleh kata design kedainya memang menarik. Ala-ala planet yg ada di angkasa lepasla katakan.. dinding yg berlatar belakang planet2...
Akak kata kedai ini ice blended nya sedap sekali! Fuh, semangat kalau dengan akak ni bercerita. Ya, tak mengapa, sekali sekala je.. (sekali sekala pun, kalau KAKAK tahu, 10 jam bebel tau!)
Kami menikmati juadah itu dengan menonton tv. Tayangan tentunya kisah raya. (semangat raya, di mana dikau...)
Masa saya bersiap tadi, sempat men’jelous’kan akhawat yg dah balik..
Akak, kami nak g dating. Makan ice blended!
’ish, tak aci...’
Lama tak nyakat orang. Hobi yg best tapi tak boleh amal selalu. Hello, yg baik itu jadikan teladan, yg buruk itu jadikan sempadan..
Kami memesan pink guava, sepinggan nasi pataya, sekeping roti canai dan segelas kopi. Akak ni beriya-iya nak belanja. Moga dimurahkan rezeki. Saya cuba juga habiskan hidangan itu. Kata orang Johor, sampai ”se’eh perut”. Akak beri alasan dah kenyang. Ni yg boring kalau makan dalam pinggan. Tradisi rumah kami, makan dalam dulang. Walaupun sikit, tapi kenyang. Boleh eratkan hubungan lagi.. kan dalam sunnah ada keberkatannya?

lagi sikit..lagi sikit..



Average cost, rm10+-. Ingat2 lupalah pula total harganya (maklumla, orang belanja). terima akak yg sudi belanja. moga dimurah dan dikurniakan rezeki yg halal. jazakillah atas pelawaan ini.

Friday, September 26, 2008

Thursday, September 25, 2008

dakwahtuna

sejenak teringat sedikit pertanyaan kepada kak intelligent
perlu ke tingkatkan jundi?
---------------
yup, ingat pesan ustaz ritu, semua yg melalui taaruf harus melalui takwin, bezanya tempoh penerimaan.mungkin ada yg cepat, mgkin ada yg lambat. paling penting, buat yg terbaik!

huhu..
kalau tak ditingkatkan, jadilah kerja kita cam just touch n go. sedangkan kita kalau nak DF, kenalah keep in touch kan?urm, tapi ia mestilh ada penapisan. pemilihn jundi2 yg berpotensi untuk lebih ditingkatkan lg pemahaman agr tak ada la dari dulu sampai sekarang kita je yg buat semuany...
tak berkembang! huhu.
tang ni la eden lomah eh.takut tersalah nilaian. terpedaya antara aktivitisme dan spiritualisme..
nilaian yg dengan mata hati yg tumpul! (salah sendiri x asah..kuang3)
pas taaruf kemudian takwin. menyusul pula tanfiz.. ( item2 ni leh check kat maza yakni..)
kalau nak pilih ke takwin pun tak lepas, lagila serabut nak cr yg ke tanfiz... kak intelligent, mohon bantuan nihhhh...
simple je katanya
boleh tak akak tak nak habiskan projek
tapi akak nak grad?
hehe..
jadilah insan zero alasan ^_*
kita tak dapat pe yg kita nak, tapi kita dapat pe yg kita perlu!
jzkk kak intelligent!



Tuesday, September 23, 2008

hidup yang lebih indah

abah
semalam ku temui diri dalam lenaku
asyiknya berbicara
sememangnya telah lama kita tidak ketemu
Engkau telah menunaikan kewajipanmu menemuinya
sementara ku melunaskan tanggungjwabku di sini
tanggungjawag kepada keluarga
pelajaran, agama
moga dikutkan iman dan kudratku
abah
lihat
gambar kita hanya ini
diambil lewat rawatan emak tahun-tahun lalu
di saat hanya tuhan tahu
diri ini sangat meyakini kudrat Ilahi
memulihkan keadaan kita
agar beroleh hidup yang lebih indah..
namun harusku yakini
janji2 Ilahi
seorang hambanya pasti menemui Sang PenciptaNya
kembali...

Rindu Ramadan..


betapa aku rindu untuk beriktiqaf!
Alhamdulillah, tradisi sejak belajar di Lembah Ilmu ini dpt diteruskan lagi..
lantakkan cemuh kata insan lain.
kerna indah bersamaMu hanya aku yang rasa.
saat yang sukar ditemu waktu lain, dengan fasilitis memuaskan...
ALHAMDULILLAH..
sejuta kemaafan pada kak comel yang berbuka sendiri, teratak yang sepi dan sahabat yang ditinggali sebentar..
aku ingin cri sendikit ketenangan, keberkatan dan masa untuk diri sendiri..
kerna aku tak pasti adakah nafas ini lagi di masa hadapan.
tadarus, tahajud, witir, sahur jamaie..
Ya Allah, andai ini ramadanku yag terakhir, jadikan ia yang paling bermakna bagiku..

Monday, September 22, 2008

1st post

salam..
tanggal 23 september 2008, terbina satu lagi blog yang bakal membantu insan kamil ini mengeksplorasi diri sendiri =)
kenalilah dirimu, kelak kamu akan mengenali Tuhanmu...
wallahualam