Saturday, November 8, 2008
cerpen sendiri
semasa pulang ke rumah bonda tempoh hari, sempat kemas-kemas barang yang lama yang saya tinggalkan di sana. hajat di hati mahu mencari semula cerpen yang pernah saya tulis ketika sekolah dulu. ketika itu, cikgu saya mengarahkan kami sekelas agar masing-masing menulis sebuah cerpen dan dihantar kepadanya. saya masih menyimpan salinan cerpen itu. cadangnya, jika menemuinya, saya ingin taip balik dah publish kat blog ni. kalau panjang ideanya, boleh sambung lagi ceritanya. tapi mungkin tak ada rezeki, saya tidak menemuinya. samada terbuang masa berpindah rumah dahulu, ataupun ada tangan-tangan asing yang mengalihkannya. dalam pada itu, saya menemui sekeping surat dari bangi. seperti kukenal tulisannya milik siapa. rajinnya!hmm, kenapa ya pengirim itu mengepos ke rumah bonda sedangkan dia mengetahui alamat saya di sini. alahai naqibahku sayang... semua usrahmate saya dihantari kit syawalnya. urm, satu inisiatif baru menggantikan kad raya yg biasanya dihantar oleh kawan-kawan sejak dulu lagi. bagus juga cara tu. saya bercadang berbuat demikian jugak tahun depan.jazakillah khairan atas kiriman kid tersebut..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam..nak baca cerpen...:-)
Post a Comment