Bonda
Maafkan anakmu,
Maafkan atas kecetekan masa yg terluang untukmu,
Keterbatasan waktu menemanimu...
Bukan anakmu tidak memahami,
Bukan tidak mengasihanimu,
Tetapi
Penyelesaianku bukan seperti itu,
Diriku butuh waktu dan bantuan..
Kerana
Anakmu ini tidak mampu mematuhi semua citamu itu
Sungguh anakmu ini hanya insan lemah
Hanya seorang anak yg cuba membahagiakan orang tuanya,
Walau terkadang salah tingkahnya,
Kasar bicaranya...
Maafi daku bonda..
Walau dirimu tiada di depan mata,
namun hadirmu sentiasa di ingatanku,
pesanmu sentiasa tersemat di jiwaku..
moga kesulitanmu dipermudahkan,
kekuatan mental fizikalmu ditambah,
kebahagianmu menyelinap di jiwa,
walau pelbagai payah melanda..
No comments:
Post a Comment