Friday, September 3, 2010

.:bernafas semula di akhiran:.


Alhamdulillah, hanya di sini mampu saya meluahkan.
subhanAllah, sungguh banyak diberi kekuatan dan hikmah.
Allahu Akbar, cukuplah DIA sebagai pelindung dan penolong...

insyaAllah, semakin stabil dan mengenal kesan doa yang makbul olehNya kepada diri ini.
bernafas semula di akhiran, moga ada akhiran yang sentiasa lebih baik dari awalan.
Allahualam.

Wednesday, August 25, 2010

Thursday, August 12, 2010

.:buangkan karat itu:.

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan


Demi Allah, insyaAllah. dalam keberkatan bulan Ramadhan ini, akan cuba membuang karat-karat jahiliyah yang masih menapak dalam diri ini. mungkin boleh dengan konsisten terawih merata masjid, atau membedah RS di bilik sama adik sendiri ^__^

Tuesday, August 10, 2010

.:ugustus:.

menyelak kalendar,sudah masuk ke bulan ke-8 @ ogos @ ugustus.
sengaja meletak tajuk ugustus kerana terkenang satu detik ketika di awal sekolah menengah. setiap hari, perlu menghafal nama-nama Arab yang sangat tidak biasa di lidah anak kebanyakan ni. Lagi berpeluh kerana setiap kali waktu pembelajaran BA, ustazah genit itu akan meminta ahli kelas untuk berdiri dan menjawap soalan-soalan Arabnya. jenuh mengingat yanayir, fabuayir, mayu, yuliyu, diminta pula tampil ke papan hitam membina ayat atau menulis karangan dalam kertas. sungguh,saya pernah menyumpah seranah dalam hati jenis-jenis kepayahan menuntut ilmu dalam kelasnya.bahkan muka ini juga seperti sangat dia gemari untuk bersoal jawap.
kisah sukar dengan dia, akhirnya kini saya lebih syukuri kerana banyak hikmah dari kejadian silam itu.
Ada apa dengan Ogos?
macam-macam ada.
pening dengan konsis IKRAM, ponteng usrah akhir, lelah membelah lebuhan demi kasih adik, meeting nuqaba annur, konvo, pulang Rawang, berRamadhan kareem dan bakal menjelma keberangkatan ulangtahun tua saya.^_^
yeh,teruknya hidup!
kenapa perlu saya nyatakan senarai di atas di ruang ini?
huh.kerana ingin menasihati diri ini bahawa betapa banyak saya telah zalimi diri sendiri. ingin hidup sendiri, makin lama makin lemah. andai beberapa bulan yang melangkah pergi, gangguan jin dan syaitan yang nyata menakutkan menutup kewarasan duniawi,kini melangkah datang bulan yang hanya ada gangguan nafsu kerana DIA telah janji bahawa makhluk selain manusia itu DIA penjara dan halang dari berleluasa.
hidup penuh dengan ujian. uh.
mengaduh kah cik Leza?
membuka tilawah ba'da solat dengan sambungan tilawah harian, saya mendapat ketukan hebat dariNya.
Al-Qalam 68: 28-52 [jom tadabbur sama-sama]
seterusnya lewat surah Al-Haqqah, ke Al-Maarij...
ah, ih, uh, huhu...
takut, seram, azab.

Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami din cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami mohon kepadaMu kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami. Ameen, ya Rabb...

Thursday, July 22, 2010

.:hijrah menuju illahi:.

kupasan menarik ahli liqa' kelmarin rasa sentiasa dekat dan basah di hati. menyelusuri hijrah Baginda s.a.w dan sahabiah ke Madinah selepas menghadapi pelbagai tekanan dan dugaan di Mekah, meninggalkan tempat lahir cinta dan fahaman Allah, memilih untuk bersama sahabat masyarakat di tempat baru, ada nilai manusiawi kini yang boleh kita ikhtibarkan juga.

Wahai diri dan teman,
bukanlah hijrah itu bermakna Baginda melupakan terus Mekah,
bukanlah juga hijrah itu menjarakkan Baginda dengan ahli Mekah,
bukanlah juga hijrah itu meringankan rasa hati Baginda berada kejauhan dengan tempat tercinta mulia tanah,
bukanlah juga kerana rajuk hati dek tekanan berat di sana..


namun,
hijrah itu adalah demi sebaran strateginya
demi luasan fahaman Islami tentangNya
demi mencari ruang dan peluang meneroka bumi ciptaanNya

Ayuh diri dan sahabat,
kita hadam dan fahami nilai Islami ini
kita ikuti ibrah demi langkah menuju illahi
kita kembalikan niat murni kala hati kian dikotori
hijrah ini,
hijrah menuju illahi...

Monday, July 19, 2010

.:siratul mustakim:.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kebelakangan hari ini, saya telah dapat berhubungan semula dengan beberapa sahabat fillah yang mula sibuk dengan komitmen masing-masing. sahabat fillah yang lama bertaarufan bahkan sering melengkapkan rukun usrah yang lain iaitu taawun dan tafakul. sahabat fillah yang pernah diuji senang dan susah bersama, gaduh lalu bermaafan selalu.

masing-masing mengakui bezanya zaman belajar dan kerjaya. bimbang futur, masing-masing melaksanakan pelbagai tuntutan dzatiyah yang 'gila' bagi pihak yang tidak merasai nikmat di jalan ini. jalan ini. ya, jalan yang susah, lama, payah. sangat menuntut nafas panjang juga perancangan jangka panjang.

"...Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan [iman] itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kefakiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah. dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." [al-hujurat 49:7-8]

masihkah di jalan yg lurus?


Ya Allah..
sentuhlah hati kami, saat kami jauh dariMu..
peluklah hati kami, saat kami mencintai sesuatu lebih daripadaMu..
peliharalah iman kami, teguhkan hatikami dalam mencari keredhaanMu..
Sesungguhnya kami takut seandainya Kau berpaling dari kami..
Alangkah ruginya kami, betapa ruginya kami...

Friday, July 16, 2010

.:rumah ankabut:.


"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui." [Al-Ankabut 29:41]

uish, mengaitkan kesawangan blog ini dengan kiasan Al-Quran di atas, masih banyak yang kalian dan saya sendiri tidak tahu. -_-
DIA kata rumah paling lemah ialah rumah labah-labah sedang rumah diaman kita pula bagaimana?

rumah saya
rumah kamu
rumah muslim

baiti
baituna
baitul muslim...


* hampir merepek kerana berjaga malam tidak boleh tidur -_-

Monday, June 28, 2010

.:keluar akhirnya:.


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

***kekuatan untuk tiada berlama hanya ada tika kalian tiada..

Monday, June 21, 2010

.:perihal muslimah:.

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya
“ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang
terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31, surah An Nurr, Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang
wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHANnya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”


“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata ”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan , menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Sunday, June 20, 2010

.:padat dengan ukhwah:.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

setiap orang punya kisah dan sudut utama untuk berkongsi walau melalui satu rentetan yang sama. setiap orang juga punya sinergi tersendiri dalam menongkah arus kehidupan yang tidak pernah jelas dan penuh seni.
apa yang mahu dikongsikan pada kali ini?apa muhasabah yang dilalui untuk terus meyakini DIA tidak menciptakan hidup ini dengan sia-sia? apakah juga dalil-dalil berupa janji Ilahi buat tiap hambaNya yang menempuh hidup ini dengan mujahadah?
dikongsikan dahulu sms menusuk kalbu dari 2 insan yang dekat di hati..

"salam rindu dan kasih buat adikku.. semoga sentiasa di bawah rahmat dan kasihNya selalu, salam rejab salam penuh berkah semoga Tuhan ganjari. Biar Allah beri kelapangan hati buat kita, rasa berjuang untuk ummat dan addinNya yang tidak pernah padam. Biar hidayahNya yang akan memandu setiap usaha dan caturan hidup di dunia ini. moga-moga Allah beri kekuatan.." -izzah-

"melangkah itu mudah, namun mencari arah itu terkadang payah, mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah. menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti datang lelah. dalam semua ini, menjadi istiqomah paling susah, payah dan lelah. Namun DIA amat faham, bagi hambaNya, DIA tidak meminta manusia menjadi terbaik, hanya perlu melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya, lantas DIA akan menguruskan yang selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia. moga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan Allah, sekali terleka, kita terjerumus jatuh, jangan mengalah, bangun dan teruslah melangkah. salam muhajadah."-nazirah-

MasyaAllah... terlupa sejenak kini dah menginjak bulan rejab. meniti rejab yang bakal ke ramadan penuh barakah..terlalai juga seketika ada jiwa-jiwa gigih yang sebenarnya penuh ikhlas untuk saya. terasa akrab sungguh wajah-wajah yang sering terbayang dalam kudus doa rabitah.

Liqa' lepas, kami ke perkongsian tokoh yang punya kelembutan dan kemesraan tak tercemar dek masa. perkongsian borak-borak yang sarat dengan nilai-nilai islami dan pengalaman yang menarik. Walau kami tidak mesti melalui semua itu sama sepertinya, sekurang-kurang ibrah dari kisah dia banyak yang kami boleh teladani. bertahan di jalan dakwah, formula kekuatannya ada pada sokongan keluarga dan saling berhubungan antara yang muda dan tua.
adeh, terlupa diri ini telah lelah melalui beberapa angka tahun untuk jalan dakwah ini. nilai dan pengertian liqa' yang sudah sebati, tinggal sebarkan dengan penuh ikhlas dan benar kepada ahli lainnya. seperti hanya separa sedar melakukan itu dan ini hingga kini. tidak pasti berapa lama lagi masih di sini. seperti kata mak cik, cabaran bagaimana untuk kekal juga perlu diketahui. bersangka baik, menjaga hati ahli dan yang paling utama panjatkan kata untuk Ilahi.
terasa seperti sangat ingin memohon maaf kepada murabbi yang pernah diejek melakukan kerja gila. sebenarnya bukan kerja gila, cuma ingin menebus kesilapan silam.


perjumpaan alumni juga mengharukan. bergenerasi-generasi datang dan pergi, wajah dan disiplin yang pelbagai namun ikatan hati dan ukhwah tetap sama. jenuh melalui mutabaah yang ketat, aktivitis yang padat, latihan-latihan bentukan jati diri khas istimewa buat persembah pada DIA dibelakang hari. tidak dinafikan agak tergugat dengan beberapa kisah yang saling berulang antara mereka. ingin memegang janji Ilahi, sunahkah akan merasa sangat perit menjadi seorang ukht?

menghadiri dan bantu mengendali majlis pelancaran juga sarat dengan pengertian yang pelbagai.
kelam kabut mengurus kaunter, berhubungan baik antara muda dan tua, kisah jumpa ahli yang lama di kejauhan, panjatan doa buat mujahadah dari penglihatan dia, ketentuan Ilahi dalam IKRAM perlu saya terus baiki niat dan lurus jalannya. banyak juga kisah-kisah perjuangan dan penerusan yang menikam rusuk kalbu.
'ukhwah teras kegemilangan'



insyaAllah

Thursday, June 10, 2010

.:muslim berpengetahuan:.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

suatu masa, saya pernah menghitung tinggi pangkat untuk bergelar orang berpengetahuan, juga berapa tebal sijil dan kelulusan untuk mendapat pengiktirafan seorang 'alim. ataupun banyak mana perolehan pendapatan bulanan yang dapat menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan seterusnya keimanan yang sejahtera dalam diri seorang muslim.

hayati bait kata yang dipetik dari 'Manhaj Hidup Muslim':

"Saya tidak mengatakan bahawa setiap orang dari anda semua harus menjadi seorang ulama', membaca kitab-kitab yang tebal dan menghabiskan waktu sepuluh atau sebelas tahun untuk usaha tersebut. Anda tidak perlu membaca kitab yang tebal-tebal untuk menjadi seorang Muslim. sayahanya menghendaki bahawa setiap orang dari anda menyediakan waktu satu jam saja dari 24 jam yang anda miliki dalam sehari semalam untuk mempelajari pengetahuan tentang AD-DIN. itulah waktu paling sedikit yang harus disediakan oleh setiap muslim, baik pemuda orang dewasa maupun yang sudah lanjut usia, utnutk mempelajari pengetahuan yang membolehkannya untuk memahami tuntutan ajaran Al-Quran dan tujuan diwahyukannya Al-Quran tersebut..."



* insyaAllah, penolakan tawaran waktu ini bukan untuk selamanya..
i'll come later..

Saturday, June 5, 2010

.:semakin baik:.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

sedikit berabuk ruang sepi ini, tanda penulisnya semakin sukar untuk istiqamah atas usaha kecil yang ini. menulis memerlukan komitmen dan niat yang betul. ye, niat yang selalu perlu dibetulkan agar tulisan yang terlontar dari pengalaman, menjadi pengajaran berguna pada pembaca. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang lemah datang dari diri saya sendiri.

kesihatan

alhamdulillah, subhanallah, allah akbar.
kesihatan saya semakin pulih atas izinNya dan cubaan disiplin saya kepada air pahit dan senarai larangan bahan tersebut. saya mahu jadi muslim yang sihat tubuh badan. biar pahit saya sanggup telan, asal bonda dan ahli sekitaran tidak bimbang dan berasa belas kepada saya. ramai tidak mengerti, dan saya bukanlah orang yang rajin untuk menerangkannya. walau ramai yang melihat dengan tanda tanya, anggap sahaja keceriaan dan kesederhanaan jika melihat saya ini sebagai nikmat kekuatan yang DIA kurniakan kepada saya dengan banyak sekali.

pekerjaan

alhamdulillah, subhanallah, allah akbar.
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu

semakin boleh menyesuaikan dengan banyak perkara. rupanya berada di bidang berbeza dengan sekitaran yang berbeza, merupakan perkara biasa bagi seseorang memerlukan masa extra untuk menghadapinya. mereka sebenarnya baik-baik sahaja. sepertimana saya, mereka juga perlukan masa dan pemahaman untuk kami saling bekerjasama. bonda dan puan sangat risau pada saya hingga selalu bertanya tentang mereka. buat diri yang perlu banyak belajar bercerita, terimalah mereka seadanya andai ingin mereka berbuat begitu padamu.

radar keaktifan

sukar untuk membuat keputusan tentang ini. istikharah, syura, sharing pengalaman akhirnya saya teguhkan juga hati ini. biarlah radar keaktifan itu mendatar. saya tidak memilih untuk tingkatkan ia sendirian. bukan juga beerti mengurangkannya. insyaAllah mendatar atau meningkat, ia akan dalam lingkungan gerabak yang benar. terlalu banyak yang perlu disisikan. kesihatan, kemampuan, kerjaya, keluarga. dakwah itu nafas panjang. buat diri yang lemah, titisan-titisan air mata merasa perit itu usahlah diperlihatkan yang bisa jadi bahan kasihan padamu.

kuantiti yang tiada

saya diajak berfikir mengapa adik-adik saya semua lari dari saya. dush3x..
bisa lebam mata dan hati mengenang bait kata tersebut.
buat kamu yang tidak mengerti, fahami bahawa saya hanya penyampai, yang membuka pintu hati dan menggerakkan hati-hati tersebut adalah DIA.
bukan kerja saya deh membentuk mereka sepenuh-penuhnya, walau pelbagai cara dan teknik saya lakukan..
bahkan kamu juga tidak mengerti bahawa mereka yang saya bawa, memang tidak akan berlama dengan saya. mereka dan kamu akan sentiasa berhak dapat pembawa yang lebih baik dari saya. kebersamaan kita tidak kekal namun
kebenaran dan ikatan hati itu tetap kekal.
dan saya doakan kamu dipilihNya untuk menjadi lebih baik dan tegar dari saya. walau apa yang kamu buat itu sangat menjauhkan saya dengan kamu, saya perlu belajar bahawa ini juga kafarat dosa silap saya.

Allahualam..

pada jalan yang berliku,moga DIA luruskan...

Wednesday, May 19, 2010

.:bila kacamata telah tiada dimata:.

harini masuk kedua hari saya tidak berkaca mata.
alkisah...

minggu lepas, saya singgah ke sebuah kedai optometri untuk check power mata saya kerana cermin mata yang dipakai dah kabur dan retak di tepi.
didapati mata saya makin rosak dan rabun.
hajat memang nak pakai frameless sahaja dan akan simpan spect sekarang sebagai back up spect baru nanti.
hampir setiap hari saya kena ketatkan skru tepi spect tu sebab dah longgar nak tercabut.
kelmarin, semasa sedang kerja, kanak-kanak tu suka sangat tarik spect tu dari muka ni.
tak lama kemudian, berderailah spect tersebut dari rangka asalnya..

penangan dari itu,
planning nak update banyak benda dan urusan tergendala.
petangnya pula hujan lebat. dan saya
bekerja
bermotor
dan berkehidupan
tanpa spect
tanpa pandangan yang jelas
tanpa kacamata di mata..
oh, nikmat melihat yang semakin berkurang...
-_-

hujung bulan baru boleh ambil tempahan.

*kawan kata spect ni merajuk saya buat baru.yelah2, lainkali saya simpan dulu spect yang dipakai sebelum g kedai optometri...

Tuesday, May 11, 2010

.:ilmu kepimpinan:.

Pada hujung minggu lepas, saya dan teman berpeluang berwacana mengenai ‘apa yang pemimpin muda patut tahu tentang ideologi Barat’. Peserta dihidangkan dengan asas sistem kepercayaan yang merangkumi hakikat kejadian alam, hakikat kejadian manusia, peranan manusia seterusnya kesudahannya dari pelbagai aspek falsafah pemikiran yang wujud. Penyampaian yang jelas dan meluas ini menggambarkan penguasaan ilmu yang dimiliki oleh penyampai.

Jika diteliti semula buah isi yang pernah ditulis oleh Fathi Yakan dalam ‘Golongan yang Tercicir’, beliau mengupas 8 sifat yang perlu ada pada pimpinan terdiri daripada:-

i. Mengenali dakwah

ii. Mengenali diri

iii. Mengambil berat tentang ahli

iv. Teladan yang baik

v. Mempunyai pandangan yang mantap

vi. Keazaman yang kuat

vii. Daya tarikan semulajadi

viii. Penuh yakin


*tanggungjawab melebihi waktu yang ada..

Saturday, May 8, 2010

.:seperti sabarnya Nabi Ayub:.

pernah ikut kisah Nabi Ayub?
nabi Allah yang menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya.

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

diuji bertahun-tahun hingga kehilangan segala-galanya, keimanan dan keyakinannya tetap pada Illah yang satu. MasyaAllah, Allahu Akbar.
bagaimana ya jika kita ditempatnya?
paling tidak, dikurniakan secebis dari ujian-ujian berat itu?
kehilangan bukan semua, mungkin sekadar hilang teman dan pendapatan?
kesakitan bukan sehingga kudis yang menjijikkan, bahkan mungkin hanya sakit belakang atau lemah badan?
bertahankah kita dengan kesabaran?
menjejaskan atau tidak senarai aktiviti dan gerak kerja kita?
semakin penuhkah keyakinan kita kepadaNya?
masihkah kita mampu mencontohi Nabi Ayub yang masih teguh berdoa

“(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Al-Anbiya’: 83)



Tuesday, May 4, 2010

.:s.o.l.a.t:.

Mengharungi lorong-lorong kehidupan, samada lurus atau berliku, mudah atau payah, mengikut seperti yang direncanakan atau tidak, masih samakah iman kita?
saban hari berdoa dan memohon ditsabatkan dengan kalimah Allah, dikongsikan satu rawatan yang boleh memelihara atau menjaga hati agar iman yang sejahtera ada pada diri kita.
firman Allah:

”Dirikanlah oleh mu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam; dan dirikanlah sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ”sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagi mu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” [al-isra':78-79]

dan katakanlah: “ya tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yg benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yg benar dan berikanlah kepadaku dari sisi engkau kekuasaan yg menolong. [al-isra':80]

Menurut Al-Hafiz Abi Abdullah Muhammad (1984: 283), solat boleh memadamkan api kemarahan, melembutkan hati yang keras, membentuk sifat pemaaf dan sifat tawadhu’. Ini bermakna, rawatan yang baik untuk hati dan iman ialah S.O.L.A.T..
Islam memerintahkan kita sebagai muslim untuk solat 5 waktu sehari semalam iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'. selain tuntutan solat 5 waktu tersebut, DIA juga sangat menggalakkan kita untuk solat tambahan a.k.a sunat. Antara solat sunat ialah solat tahajud, solat taubat dan solat dhuha. ganjaran pahala dari setiap amalan yang dilakukan, insyaAllah sangat berbaloi dan barakah dariNya sangat banyak dan manis untuk diungkap.
tidak kira betapa sibuk atau penat kita, kita perlu melakukannya. bukankah setiap dari kita sama dikurniakan waktu 24 jam sehari?


Ya Allah, lapangkanlah dengan Al-Quran hati kami, mudahkanlah urusan kami, tinggikan pahala kami, cantikkan akhlak kami, terangi hati kami dan terangi pula dengannya kubur kami, Wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. ameen ya rabbal 'alamin..

Saturday, April 24, 2010

.:akan cemburukah:.

Akan cemburukah bidadari syurga kepadaku?
diriku bukanlah khadijah
yang begitu sempurna peribadinya
agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah,
diperjuangkan hartanya fisabilillah

bukan pula Aisya Humaira
isteri yang bijak bistari lagi faqihah,
srikandi Islam yang teguh keimanannya.
ummul mukminin gelaran ternama
peniup semangat suami tercinta

bukan juga penghulu wanita di syurga
puteri Rasulullah Siti Fatimah
akur setiap perintah suami juga ayah
harta duniawi tidak dipeduli,
tak pernah dipinta, dituntut jauh sekali

bukan pula hajar
yang begitu setia dalam sengsara
yang pengharapannya hanya pada Allah
ditinggal suami akur tanpa bantah
saat ujian datang menimpa
ketabahan diuji kali kedua
Anak kesayangan hendak disembelih bapanya

bukan pula khaulah
Wanita bistari lagi berani
berhadapan Rasulullah meminta fatwa
doanya di dengari Allah langit ke tujuh
begitu besar perhatian Allah tertumpu padanya
pabila turun wahyu surah Al-Mujadalah

bukan pula Asma
Puteri kesayangan Abu Bakr
Wanita pemurah Dzatun Nithaqin
Hijrah pertama menyaksikan pengorbanannya
Tak pernah bosan mendoakan anaknya
Darinya lahir generasi berkualiti
Siap berjuang membela syahadah


Akan cemburukah bidadari syurga kepadaku?
diriku hanya seorang muslimat yang biasa,malah terlalu biasa...
wanita akhir zaman yang berusaha untuk menjadi solehah
menjana kecemerlangan ummah dengan mata pena
Yang pasti....
Aku Bukan Perempuan Melayu Terakhir.... .

UMMU AIMAN
23 Apr 2010/0045 am

* copied from emel..

Friday, April 23, 2010

.:Naik turun kehidupan:.

"adik-adik, cuba lukis 3 graf. satu yang ada garis melintang, satu lagi yang 45 darjah, last sekali yang naik turun macam tangga.. "
"pastu?"
"hmm... inilah ibarat iman kita. graf yang bergaris melintang itu iman para malaikat. maintain sama je levelnya. graf kedua tu iman para rasul, sentiasa meningkat. dan graf ketiga itulah iman manusia. ada masa naik, ada masa turun. tapi yang penting, setiap kali iman dia jatuh, dia kena naik semula. kalau jatuh lagi pun,dia kena naik semula, bahkan kena lebih tinggi dari sebelum tu.."
terima kasih Allah dan sister yang pernah mengajarkan lukisan iman ini buat pertama kali beberapa waktu dahulu. mengikhlaskan hati dalam liqa' yang masih kejar-kejaran itu, lebih saya ingat dari liqa'-liqa' lain.

ye, iman manusia ada pasang surutnya. begitu juga iman saya, iman seorang manusia, yang DIA kurnia lengkap punya pelbagai rasa dan rahsia. kecewa, duka, menangis, merintih, murung, bahkan merasa lapang, lega, tersenyum, gembira, rindu dan bersemangat. adakalanya juga sinis, nakal dan degil. alhamdulillah atas kurniaanNya, masih memberi saya ruang dan peluang untuk terus menikmati pelbagai rasa ini. alhamdulillah juga atas bantuan-bantuan yang tak dijangka.

menjadi pengembara sebuah perjalanan, saya mohon sangat berikan aku kekuatan agar terus menjadi pejuang kebenaran, agar bingkisan hati ini sentiasa teguh melalui derap perjuangan walau hidup ini tidak seindah yang disangka kerana Kerana Aku TelaH Memilih JalanNYA...

"saya tak apa-apa.."

walau banyak masa saya rasa itu ayat paling 'plastik' untuk saya, namun mungkin itu juga ayat paling bagus untuk melatih diri bersyukur dan tidak melampaui batas. benar kata sahabat, pengakhiran pengajian merupakan permulaan yang lebih mencabar. penyelesaian suatu masalah menanti permulaan ujian lain yang semakin berbeza jumlah pahala dan bentuk ujiannya.
[rebah tersungkur, bangkit semula wahai diri. cahaya indah yang bahagia menanti di hadapan walau sakit pasti terasa].

"berkawan baik dengan k.e.s.e.r.a.b.u.t.a.n? "

menjadi daie, pekerja, anak, kakak, naqibah, ahli organisasi, ahli masyarakat dsb, pengurusan stress dan masa saya memang agak kucar kacir.
benar juga kata ukht, ia perlu diurus dengan baik agar tidak terbawa-bawa ke merata tempat. tarbiyah dzatiyah. oh, daie bukan robot, juga tidak kebal. mengesakan DIA dalam segala hal, tulus hati saya sering dijentik lalu membasahkan mata yang tajam. namun, ia tidak bermakna saya perlu dan akan meninggalkan semua ini. InsyaAllah saya akan cuba dan mencuba untuk terus bertahan. siapakah saya tanpaNya? cuma mungkin ada masanya saya perlu khidmat nasihat, sentakan ataupun ruang untuk bersendiri memuhasabahkan kekerdilan diri.

"lepas ni nak buat apa?"

soalan yang saya tidak punya jawapan yang pasti. walau sangat berderet senarai kerja dan tindakan dalam minda ini, hanya DIA juga yang meluluskan perancangan yang terbaik. tidak berani janji. namun, perlu untuk meneruskan pekerjaan dengan tabah dan lebih diplomasi, juga menguruskan kestabilan emosi dan kesihatan dengan penjagaan pemakanan dan senaman. istiqamah,insyaAllah.

Monday, April 19, 2010

.:kenapa susah sangat?:.

"mak, kenapa hidup ni susah sangat?"

keluh seorang anak gadis kepada ibunya ketika 'dating' mereka di restoran lewat malam itu. si ibu hanya memandang seribu makna tersirat kepada anak gadis sulungnya itu. mungkin gusar berbicara takut anaknya menjauh hati, bahkan diketahui kerisauan tidak bertepi apa yang anaknya sedang hadapi. meronta hati si anak minta pencerahan, berair kelopak mata menahan rasa, dibiarkan sahaja menambah kematangan.
terbayang kenangan tika si ibu bercerita buat si anak mengantuk beberapa waktu lalu. kisah si lobak, kopi dan telur. [layan di SINI]


nak beritahu, hidup ini penuuuh cabaran, dugaan dan rintangan..
si murabbi kata, hidup ini kena ada sabran 'ala sabr...
diri kata, hidup ini Allah tidak jadikan sia-sia...
hati kata, hidup ini memang .......!
T_T



-_- oh,speechless..

Wednesday, April 14, 2010

.:Akhlak muslim:.

Menyantuni kepelbagaian sikap dan identiti individu yang kita kenali, kita sepatutnya membenarkan juga setiap dari kita untuk mempunyai solusi masalah masing-masing dengan cara masing-masing. Ibarat 4 orang khulafa’ arrasyidin yang miliki karekter masing-masing tetapi masih mempunyai aqidah, tanggungjawab dan keakraban yang begitu hampir dengan baginda s.a.w. Abu Bakar dengan kelembutan hatinya, Umar dengan ketegasannya, Uthman dengan kedermawanannya dan Ali dengan keadilannya mentadbir rakyat.

Refleks kepada identiti kita sendiri, adakah kita sedar bahawa qudwah [pekerti] siapa yang lebih hampir kita miliki? Tidak mengapa jika kita tidak memiliki qudwah sebaik Rasulullah s.a.w atau khulafa’ ar-rasyidin tersebut. Namun apabila kita menyedari qudwah seperti mereka inilah yang Allah janjikan dimasukkan ke dalam syurga, lekas-lekas semat dalam diri agar belajar melatih diri mempunyai akhlak seperti mereka. Untung-untung, pengislahan [pembaikan] yang kita lakukan diterima Allah dan dihapuskan dosa lepas dari diri yang punyai akhlak yang tidak elok. Beruntunglah orang yang menjadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam.


Dalam proses membentuk identiti dan akhlak yang baik tersebut, rujukan utama yang perlu kita utamakan tentunya Al-Quran dan sunnah. Al-Quran yang merupakan panduan hidup orang mukmin, memiliki pelbagai nasihat dan teladan dari kisah-kisah surah yang Allah firmankan. Perhatikan peringatan Allah dalam surah Hud ayat 1 hingga 3:

“Alif Lam Ra. Inilah Kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan secara terperinci,(yang diturunkan) dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Teliti.”

“ Agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira dariNya untukmu.”

“ Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan kurniaNya kepada setiap orang yang berbuat baik. Dan jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar [Kiamat].”

Sahabat-sahabat, suka untuk saya kongsikan beberapa koleksi bahan bacaan yang boleh sama-sama kita bedah dalam usaha mengutamakan rujukan yang utama seterusnya meningkatkan kecintaan sebenar kepada Rabb yang Esa.

1. Tafsir Al-Wadhih keluaran Pustaka Salam

2. Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran karya Dr.Danial Zainal Abidin

3. Mengapa Al-Quran karya Mohammad Kayum A.Badaruddin