Friday, April 23, 2010

.:Naik turun kehidupan:.

"adik-adik, cuba lukis 3 graf. satu yang ada garis melintang, satu lagi yang 45 darjah, last sekali yang naik turun macam tangga.. "
"pastu?"
"hmm... inilah ibarat iman kita. graf yang bergaris melintang itu iman para malaikat. maintain sama je levelnya. graf kedua tu iman para rasul, sentiasa meningkat. dan graf ketiga itulah iman manusia. ada masa naik, ada masa turun. tapi yang penting, setiap kali iman dia jatuh, dia kena naik semula. kalau jatuh lagi pun,dia kena naik semula, bahkan kena lebih tinggi dari sebelum tu.."
terima kasih Allah dan sister yang pernah mengajarkan lukisan iman ini buat pertama kali beberapa waktu dahulu. mengikhlaskan hati dalam liqa' yang masih kejar-kejaran itu, lebih saya ingat dari liqa'-liqa' lain.

ye, iman manusia ada pasang surutnya. begitu juga iman saya, iman seorang manusia, yang DIA kurnia lengkap punya pelbagai rasa dan rahsia. kecewa, duka, menangis, merintih, murung, bahkan merasa lapang, lega, tersenyum, gembira, rindu dan bersemangat. adakalanya juga sinis, nakal dan degil. alhamdulillah atas kurniaanNya, masih memberi saya ruang dan peluang untuk terus menikmati pelbagai rasa ini. alhamdulillah juga atas bantuan-bantuan yang tak dijangka.

menjadi pengembara sebuah perjalanan, saya mohon sangat berikan aku kekuatan agar terus menjadi pejuang kebenaran, agar bingkisan hati ini sentiasa teguh melalui derap perjuangan walau hidup ini tidak seindah yang disangka kerana Kerana Aku TelaH Memilih JalanNYA...

"saya tak apa-apa.."

walau banyak masa saya rasa itu ayat paling 'plastik' untuk saya, namun mungkin itu juga ayat paling bagus untuk melatih diri bersyukur dan tidak melampaui batas. benar kata sahabat, pengakhiran pengajian merupakan permulaan yang lebih mencabar. penyelesaian suatu masalah menanti permulaan ujian lain yang semakin berbeza jumlah pahala dan bentuk ujiannya.
[rebah tersungkur, bangkit semula wahai diri. cahaya indah yang bahagia menanti di hadapan walau sakit pasti terasa].

"berkawan baik dengan k.e.s.e.r.a.b.u.t.a.n? "

menjadi daie, pekerja, anak, kakak, naqibah, ahli organisasi, ahli masyarakat dsb, pengurusan stress dan masa saya memang agak kucar kacir.
benar juga kata ukht, ia perlu diurus dengan baik agar tidak terbawa-bawa ke merata tempat. tarbiyah dzatiyah. oh, daie bukan robot, juga tidak kebal. mengesakan DIA dalam segala hal, tulus hati saya sering dijentik lalu membasahkan mata yang tajam. namun, ia tidak bermakna saya perlu dan akan meninggalkan semua ini. InsyaAllah saya akan cuba dan mencuba untuk terus bertahan. siapakah saya tanpaNya? cuma mungkin ada masanya saya perlu khidmat nasihat, sentakan ataupun ruang untuk bersendiri memuhasabahkan kekerdilan diri.

"lepas ni nak buat apa?"

soalan yang saya tidak punya jawapan yang pasti. walau sangat berderet senarai kerja dan tindakan dalam minda ini, hanya DIA juga yang meluluskan perancangan yang terbaik. tidak berani janji. namun, perlu untuk meneruskan pekerjaan dengan tabah dan lebih diplomasi, juga menguruskan kestabilan emosi dan kesihatan dengan penjagaan pemakanan dan senaman. istiqamah,insyaAllah.

2 comments:

Merentas Horizon said...

semoga bertabah ya ukhti ^^, The article was so true for me.. dunia selepas alam belajar terlalu stress.

Harap kamu kuat dan bertahan. setelah berlalu medan belajar, inilah medan praktik.. terus berkata "saya ok" meski sedang jerih melawan kerenah dunia.. kerana mencari sabar dicelah ujian dariNya..

Anonymous said...

jazakillah khair.
lama xsinggah chat dgn enti.
moga enti pun kuat dan bertahan. :)