Monday, December 31, 2012

.:Permulaan setelah pengakhiran:.

Dengan Nama Allah yang  Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Alhamdulillah, setelah 2 purnama laman sepi ini terbiar sunyi, pada waktu ini dan hari ini, Allah mudahkan dan lorongkan hatiku untuk mengemaskini entri-entri untuk bacaan semula kelak..

Usai detik 12.00 am 01/01/03, kawasan kejiranan bahkan di setiap bandar mendengar dentam dentum bunga api membuka mukadimah datangnya hari baru dalam tahun yang baru.

Saat itu dan kini, saya merasa sangat bertuah dan bersyukur kerana setelah beberapa tahun, DIA masih meletakkan saya untuk berada di kalangan pemening-pemening 'akhirat di dunia' di saat rakan dan saudara-mara lain teruja untuk berada di keriuhan-keriuhan yang menyesakkan hati dan mata. Subhanallah, suatu perasaan aneh yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Bahkan, refleksi sepanjang tahun 2012 ini, walau tidak banyak tertera di laman sepi ini, moga banyak saham yang terkumpul di buku catatan saya di SANA.. mungkin ada sedikit catatan yang boleh saya kongsikan bersama beberapa peristiwa-peristiwa besar sepanjang tahun ini :-

Januari
- yeay, berjaya memperoleh lesen D!
bahkan pemanduan atas jalan raya pertama = jaulah Johor - Perak

Mac
- berkenalan bahkan berakraban dengan lebih-lebih lagi bersama ahli syurga pimpinan bahagia di kediaman ini..

Jun
- jatuh bangun menyiapkan kerja-kerja perakaunan yang banyak tidak relevan dan tidak menenangkan iman.. [era kestressan]
- notis 3 hari keluar hostel kerana pemilik bertukar geran.
- Allahu Allah, Dia lorongkan kemudahan untuk tinggal bersama ahli rumah islah.

Julai
- Ramadan kareem..

Ogos
- Aidilfiti dirai meriah sekali di Johor dengan ihsan mulia doktor seberang menggunakan keretanya.

September
- merempuh masa-masa sibuk bersama ahli bait saban malam dan kemingguan

Oktober
- selamat tinggal dunia pejabat yang tidakmausayakenangbanyakbanyak

Disember
- insiden 3 Dis T_T
- setiap hari sangat diisi dengan program dan latihan berkumpulan
- perpindahan akhawat supporter ke daerah masing-masing dengan kisah masing-masing
- alhamdulillah, dunia kerjaya baru [moga Allah redha]


Allahualam...

Monday, October 1, 2012

.:tandus:.

separuh hati ini telah mati
menerima amanah-amanah pelik
menghadap tohmahan-tohmahan sinis
juga tengkingan menakutkan..

separuh hati ini telah pergi
membawa luka yang semakin dalam
membawa parut yang tak pernah terubat..

separuh hati yang tinggal
optimis inginku kejar
memacu sisa jalan yang masih panjang
merentas sempadan ilmu ketuhanan..


Wednesday, August 1, 2012

.:H.A.T.I:.


Alhamdulillah
Ingin melepaskan lelah sebentar di ruang sepi ni.

Sekejap
Sekejap
Sebentar sahaja.

Lelah sudah bertahan di pejabat ini
Lelah menjawap tomahan galasan yang lain
Lelah meletakkan besi di belakangan
Lelah menarik otot pipi ke telinga
Lelah rasa menahan rasa sendirian tiada sentuhan
sedang adik itu dan itu kian menagih empati

Murabbi cinta ka,
Di jalan dakwah aku menikah ka,
Petunjuk jalan ka,
Bukankah semua bicara itu
saqafah itu tentang cinta
yang asal pangkalnya H.A.T.I?

Ya rabb,
tuhan yang membolak balikkan hatiku,
tsabatkan aku dengan agamaMu,
dalam mentaatinya..

*** Ramadhan baru hari ke-13

Thursday, June 28, 2012

.::Pengalaman::.

Mr.C : u datang sini interview budak under u nie
Mr.C : dia LCCI

Me : ok.

''Sami'na wa atha'na"..


chat ym di atas adalah arahan serta merta boss ana pagi tadi.
lalu pergilah ana ke HQ untuk bertemu dengan 'budak under u' tersebut.
bertanya kami pelbagai sudut berkaitan kerjaya dan latar belakang.
diselit-selit juga pertanyaan mengenai usrah yang mungkin dia tahu memandangkn tempat belajarnya dahulu agak 'well-known islamic'.
tapi
ana tak boleh nak ingat untuk jawapan soalan yang satu ini. kepoyoan kah?

Me : Apakah isu semasa mengenai perakaunan yang saudari tahu?
She : [dengan yakin]
ok, sekarang kan banyak demonstrasi, jadi huru hara semua, boleh jejaskan negara..bla..bla..bla..

Me : ???

Thursday, June 14, 2012

.:sekejap:.

kejar masa untuk saat-saat akhir submit akaun utk audit & tax..
time ni juga la pindah ofis, aircond xada, pc ada virus..

yeay,
bye

Tuesday, May 29, 2012

.:Minggu ini:.

Minggu ini
semangat meninggi
untuk meredah rempuh kampus pentarbiyahan
untuk membedah kalam penyucian
untuk membuka seluas-luas hati untuk mengenal dan dikenali..

[masih likat dengan pengisian dakwahtuna minggu lepas =.=]

~Alhamdulillah~

Thursday, May 24, 2012

.:sebentar:.

Menarik nafas sebentar di sini

merefleks semula diri serta jatinya minggu ini..

susunan aktiviti dan kesannya agak berbeza minggu ini.

si Bee konvo.
meriah..
bersemangat..

Apakah nilai yang dibawa oleh seorang pemuda dengan anugerah-anugerah yang dikecapnya sehingga dia menjadi seorang dia pada hari ini?
Apakah tanggungjawab yang digalas apabila pihak pengajian mengiktiraf seorang pemuda dengan anugerah dekan yang digambarkan di atas kertas hitam putih dan pingat warna emas itu?
Apakah kemeriahan-kemeriahan bergambar itu pengakhiran mujahadah mentelaah pengajian beserta gelutan tugasan dan pembentangan?
Apakah hadiah terbaik perlu aku hulurkan untuk pemuda yang berjaya tersebut?


~bersyukurlah dengan bilangan konvo pengajian yang tidak mempengaruhi konvo pentarbiyahan~
InsyaAllah >_<


[targeted incoming post : MABIT RI ;) ]

Friday, May 11, 2012

.:Mei ku yang sangat...:.

4 Mei - kemasukan amaun bulanan beserta potongan yang tidak munasabah berlaku.
5 Mei - berprogram muhasabah diri dan pengurusan
8 Mei - cukai jalan motor tamat tempoh
10 mei - 'sitting happy' menakutkan diri diuji oleh kata-kata
11 Mei - bapak polisi mengeluarkan surat cinta mohon sponsor wang


Waaahh....
[siapakah mau tumpahkan bahunya untuk saya??? T_T]

Thursday, April 5, 2012

.:pemilik tulang rusuk:.


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?



Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

-sharing from iluvislam.com -

Wednesday, April 4, 2012

.:MAJLIS:.

Kad


Moga Allah pelihara hati dan memudahkan urusan sahabatku dan pasangannya. semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke syurga. amiin..

Tuesday, April 3, 2012

.:Tangis yang terhela:.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

Alhamdulillah, lewat malam tadi kami dipermudahkan untuk bertemu sekali lagi. Bertemu dalam pertemuan yang dijanjikan naungan malaikat pencatat amal-amal kebaikan, diganjarkan pahala andai niat lurus kernaNya.

Alhamdulillah juga, kerna taujih murabbiah itu saya 'terhantuk' sekali lagi.. menyelusuri fikrah-fikrah Islami, hadaf-hadaf yang sepatutnya tertonjol pada setiap insan yang yakin dengan jalan ini!

Sendu
sedih
...

Ya Allah, lamanya telahku bazirkan waktu-waktu ku di sini...
[sesungguhnya telah ku zalimi diriki dengan begitu banyak sekali T_T]


T.e.t.a.p.i

lembut murabbiah itu memujukku,
meyakinkan kembali bahawa Dia tahu itu yang lebih baik
untuk berlama-lama ku di tingkatan ini..

kerna itulah dugaannya
itulah mujahadahnya
itulah dia..

memetik kata-kata dari seorang sahabat di laman muka bukunya...

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

... MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

Wednesday, February 22, 2012

.:Lekanya Aku:.



Aku ibarat pelangi petang ditelan senja
Malapnya aku tiada bermakna...

Tapi aku terus mencari baki bahagia yang tercicir dikala suka
Supaya tidak ku sunyi diwaktu duka...
Aku terus bertanya
Dimana?? dimana???
Dimana sisa cinta aku
Cinta aku pada dia yang kuasa

Cinta peneman di saat senang dan susah
Baru kusedar cinta tu sudah lama pergi
Aku leka dalam mengejar cinta dunia
Sehingga aku lupa pada pencipta
Lupa pada cinta hakiki

Ya Allah lekakah aku Ya Allah
Adakah peluang utk ku lagi ya pencipta
Peluang utk aku kutip sisa bahagia
Aku terlalu rindu akan bisikan-Mu
Bisikan kebenaran dalam setiap saat kehidupan

-iluvIslam-


Menarik..
Rasa diri dalam kisah ini
Rasa resah kerana
baru hubungi rakan lillah
tadi..
T_T

Monday, February 20, 2012

.:Siapakah:.

Siapakah yang boleh membaca takdir Luth Mahfuz saya?
Siapakah yang boleh menjangka siapa dia untuk saya?
Siapakah yang boleh memastikan apa yang bakal setiap dari kita akan tempuh?
Dan
Siapakah yang boleh 'detect' saya sedang cemburu dengan mereka-mereka di sini??


mood : xfokus di ofis...

Tuesday, February 7, 2012

.:cubaan Update:.

Setiap kali saya 'atas talian', minda saya tentu berjela-jela cerita dan ayat nak dikongsi.
setiap kali saya buka blog, pelbagai kisah nak diaplikasi dalam pelbagai bentuk.
namun setiap kali itu jugalah, saya taip, saya simpan,
saya taip, saya simpan..
hinggalah
lebih banyak post simpanan daripada post pameran..
-_-

kenapa nih,duhai hatiku?? >.<

Thursday, January 26, 2012

.:Best Quote:.

“What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.”

"Jika kita ikhlas di pangkal, tetapi mungkin melencong dan melelong di tengahnya… namun pasti kita kembali lurus kerana kekuatan dan ketepatan niat yang di awal dan ‘di asal’. Hukum daya tarikan akan berlaku. Hati-hati yang ikhlas akan bersatu, tidak kira dari mana dan di mana kita berkubu."
~Pahrol Mohd Juoi~



Wednesday, January 25, 2012

.:Cuti-cuti kerja:.

Alhamdulillah, saya baru melepasi 5 hari cuti bekerja yang sangat bermakna dan bermanfaat.
Bermakna dan bermanfaat kerana saya mengisi waktu cuti tersebut dengan pelbagai perkara yang boleh memberi impak jangka panjang.
Mood saya sekarang bukanlah untuk menulis, tetapi lebih kepada berkongsi. Berkongsi rasa yang dirasa.
Mood sharing is caring.
Mood bebas dan kebebasan.
Mood pelindung yang dilindungi
Mood genta rasa
Mood untuk mencapai sesuatu yang jauh agar mulai dekat kembali...


Menghabiskan dua hari pertama untuk melihat dan memahami mengapa jalanraya serta lebuhraya sangat sesak sehingga impian saya untuk bermalam di rumah teman di Slim River agak terbantut. Mengagumi rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan cuti ini untuk pulang ke kampung, mengeratkan silaturrahim dan mengembara melihat alam. Namun, masih bersyukur kerana DIA memanjangkan juga langkah saya ke rumah teman itu. Mendapatkan hikmah dicampakkan ke sini. Mendapatkan hikmah memperoleh perasaan baru di hati ini. Dan mendapatkan hikmah menilai jati diri kini. Alhamdulillah, subhanallah, La haula wala kuwataillah billah.. Kun fayakun -_-
Harap akan ada post yang mampu saya tulis istimewa untuk teman ini di sini kelak.


Aktiviti kedua ini adalah antara sebab saya masih di sini ketika cuti-cuti ini. Saya memutuskan untuk tidak pulang ke Rawang kerana perlu menjalani kelas-kelas terakhir bersama Cik Nan agar ujian JPJ pada 25.01 berjalan lancar seterusnya melayakkan saya menjadi pemegang tetap LESEN D ^__^
Alhamdulillah wa subhanallah, DIA memudahkan segala urusan saya. Seluruh keluarga, majikan , rakan sekerja serta dia mendoakan dan memberi nasihat yang berguna kepada saya.. pelbagai respon dari mereka dinanti setelah saya diberitahu memperoleh 17/20 pada hari itu.

3.Turun ke KL untuk berjalan dan berjumpa teman semirip..[hurm, komen saya setakat ini.] ^_^ Terlalu banyak perubahan berlaku. ke atas keadaan di sana dan diri saya juga..

Thursday, January 19, 2012

.:Langit Ilahi:.


Seawal 7.30 pagi ini saya melangkah menyeberangi laluan besar itu. menunggu cikgu mengajar kereta. Setiap langkah yang memikirkan rencana seharianku. kerjaya, kehendak mak, kehendak diri, masa hadapanku, liqa bahkan mimpi-mimpi kebelakangan ini yang menggamit kenangan aku bersama teman-teman di Bangi dahulu.. rindukah aku pada mereka? atau sekadar mainan tidur semata?


Sejenak aku mendongak ke langit.

Terpana seketika pada lukisan agung Ilahi.
Sebuah kapal terbang sedang melintasi langit capaian pandanganku. Meninggalkan kabut-kabut garisan putih di belakangnya.
Apakah aku juga mampu menjadi seperti kapal terbang itu? bepergian merata ceruk, namun ada sesuatu yang aku tinggalkan untuk dikenang, dihargai dan dijadikan ceruk pahala berterusan..
hm...
menghela nafas panjang.














Lewat petang tadi disapa kakak yang sering aku sanjungi di sini. sedikit emo dan bergenang sungai hati bila janji dipantri untuk kembali ke siratul mustakim.. terharu, gembira, tersakit hati... suka. Alhamdulillah, akhirnya aku kembali bersedu usai bersujud selepas solat tadi..

Wednesday, January 18, 2012

.:Imarah:.

Lagi sejam setengah mau pulang.

Namun kesungguhan untuk menyiapkan dan memasukkan data-data kerja ini telah berjam-jam hilang.

Bos tiada

Kerja tiada

Kesungguhan tiada

Keberkatan?

-_^

Kepada teman-teman di Behrang dan Tanjong Malim, welcome to my blog...

Jom, mengimarahkan blog kita.

Monday, January 16, 2012

.:Marah:.

Farah
Bilamu marah

Pipimu merah


Farah

Janganlah kau marah
Kerana bilamu marah
Semua jadi merah...

Teringat akan bait kata karangan seorang sahabat saya ini. Seorang sahabat yang dikenali sejak di Tahun Empat dulu apabila catatan ini dilampirkan sekali dengan biodatanya. Cantik sungguh padanan kata-katanya dengan perihal diri saya.

Harini saya merasa marah dan dimarahi dengan teruk.
Merasa marah kerana dimarahi di khalayak pekerja kerana tugasan yang bukan lagi di atas galasan saya lagi..
Merasa marah kerana dia seolah-olah tidak memahami saya bahkan cuba mencari salah saya sahaja.
Merasa marah kerana diri sering dimarah dan dikotak katikkan begitu sahaja..



Sahabat syaitan?
tidak, tidak sama sekali..[minta dijauhkan]

Saturday, January 14, 2012

.:Ahad:.

Usaha kemaskini harini..
simple tapi sering dilupakan.


Berdoa sebelum makan walau di mana kita berada

"Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami, dan jauhilah kami daripada azam api neraka"
Amiinn...

* mengatur dan merancang masa cuti hari ini untuk kelancaran sepanjang minggu >_<

Monday, January 9, 2012

.:Rasi:.


“Ukurlah diri.. Berkacalah sedetail mungkin. Karena bisa saja CELA itu jauh lebih banyak dibanding kriteria yang telah diinginkan. Maka tanyalah pada hati yang jernih agar bisa memberi fatwa. Manakah patokan yang harus kau pakai. Jangan sampai hanya ukuran dunia yang menjadi tujuan kita”

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2011/11/16075/nasihat-memilih-pasangan-hidup/#ixzz1iyHwtzNk

Saya agak terkesan sedikit untuk mencoret di sini tika membaca artikel nasihat di atas. ya, yang sebenarnya saya sudah berazam untuk sentiasa dan kembali meng'update' rumah sepi ini.

Melangkah ke tahun baru, saya menyedari saya perlu belajar untuk membina sebuah hubungan untuk kesinambungan hayat dan pahala jangka panjang. Mencuba untuk binaan yang kukuh melalui pemilihan asas yang kuat dan terjamin,agar risiko keretakan pada masa akan datang dapat dikurangkan.

Takut? Serius, ya. Rasa ini tak pernah hilang setiap kali saya berdepan dengan jantina berlainan spesis ini. Namun, saya tidak dapat terus mengelak dari mereka.

Jujurnya, saya pernah terfikir bagaimanakah saya dan tingkahlaku pasangan saya kelak. Akankah saya temui pasangan yang memenuhi kriteria saya dan saya juga memenuhi kriterianya? Akankah saya miliki pemahaman dan keserasian seperti Wan Azizah yang sangat setia berdiri di belakang DSAI walau apa badai sekalipun menimpa?