Tuesday, January 26, 2010

.:Stress testing dalam perbankan Islam:.

Use of this research is to analize performance of Islamic bank and the corelation of the ability and performance between local Islamic bank and foreign Islamic bank. Using the stress testing’s method which is by CAMELS rating system in order to assess the performance of bank were a new research in Malaysia even have used by previous researcher in couple of decade. The selection of research bank devide by two type : local Islamic bank and foreign Islamic bank. This selection is to tells the assess and policies implication of bank to “private information” bank and also to see the importance of Islamic banking’s application. The result of research find that foreign Islamic bank performance is greather than local Islamic bank. The suggestion of coming research is the factor of upgrade the local Islamic bank’s performance and the comparision assessment stress testing between Islamic bank and convensional bank.


*insyaAllah economian-to-be.. >__<




finally, its done already..

thanks to mercy Allah...

Monday, January 25, 2010

.:Maryam gadis suci:.

Maryam merupakan satu-satunya anak Imran dan isterinya setelah lama berkahwin. Maryam merupakan anugerah kelahiran setelah begitu tinggi harapan dan doa yang dimohonkan oleh ibu beliau untuk memiliki zuriat. pengharapan yang begitu tinggi untuk memiliki zuriat hingga ibu beliau bernazar untuk menjadikannya anaknya kelak sebagai pelayan dan khadam Baitul Maqdis selama hayatnya andai Allah mengabulkan permintaannya itu.. Allah yang Maha Mendengar segala permintaan, maka dititipkan janin ke rahim ibu tersebut dan bergembiralah pasangan tersebut menanti kelahiran cahayamata mereka.

Ditakdirkan Allah, Imran tidak menyaksikan sendiri saat-saat kehairan anak itu kerana meninggal dunia beberapa bulan sebelum anaknya lahir. Belum sembuh sedih bakal ibu itu, diuji lagi dengan kelahiran anak perempuan dari kandungannya itu. Goncang perasaan si ibu itu melihat kandungan itu adalah anak perempuan mengenangkan nazarnya kepada Allah menginfakkan anaknya berkhidmat di Baitul Maqdis. ketika itu, hanya orang lelaki sahaja berkhidmat di Baitul Maqdis, belum ada dalam sejarah perempuan beribadah dan berkhidmat di situ. Demi menebus nazarnya, diserahkan juga anak yang dinamakan Maryam itu ke pihak Baitul Maqdis. dinamakan anak itu Maryam yang beerti 'yang memperhambakan diri kepada Tuhan'..

"Ya TuhanKu, aku telah melahirkan anak perempuan. padahal Allah lebih tahu apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari gangguan setan yang terkutuk."
[Ali Imran 3: 36]

Adik kepada ibu Maryam, Zakaria mengadakan perbincangan dengan ahli Baitul Maqdis untuk menempatkan anak saudaranya di situ sepertimana nazar kakaknya itu. Setelah Maryam diterima menjadi khatam di situ, timbul pula isu siapakah yang layak memelihara dan mendidik Maryam. Zakaria merasa sangat bertanggungjawab terhadap didikan terhadap Maryam.

Apabila Maryam meningkat dewasa, Zakaria membina sebuah kamar khusus yang lebih tinggi dari ruang peribadatan untuk Maryam. Zakaria mengurus sendiri anak itu dan melarang orang lain masuk ke sana ataupun membantu mengurus Maryam. Diajarkan dasar-dasar pengetahuan agama dan ajaran-ajaran langit lainnya kepada anak itu. Zakaria sangat senang dengan peribadi anak itu. setiap kali Zakaria masuk ke kamarnya, selalu didapati Maryam sedang solat, tidak lalai mahupun disibukkan dengan pekerjaan-pekerjaan keduniaan.

suatu masa, dalam ziarah Zakaria ke kamar itu, dia terkejut melihat ada makanan di kamar itu. sedangkan bukan dia yang menghantarkannya, jauh sekali orang lain kerana tempat itu sangat tinggi dan tidak dikunjungi orang.

"..Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus ibadah), dia dapati makanan disisinya. dia berkata,'Wahai Maryam! Dari mana ini engkau perolehi?' Dia (Maryam) menjawab, 'itu dari Allah.' Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan."
[Ali Imran 3:37]

Zakaria tidak membantah kata-kata Maryam. Ia terdiam mendengar kata-kata itu lalu keluar dengan penuh tanda tanya. lalu ia mengerti bahawa gadis itu betul-betul berada di bawah lindungan Allah untuk dipersiapkan memikul suatu tugas yang maha besar.

Maryam ummu fidaa'..

suatu masa, ketika Maryam sedang beribadah seperti biasa, tiba-tiba datang malaikat Jibril menjelma menjadi seorang lelaki sempurna. Maryam sangat terkejut lalu berteriak..

Maryam berkata: "Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan Yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa." Ia (jibril) berkata: "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci." Maryam berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusiapun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!" Jibril berkata: "Demikianlah." Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagiKu; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan."Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.
[Maryam 19: 18-22]

Maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk memberitahu Maryam mengenai roh yang bakal ditiupkan ke rahim Maryam yakni roh Isa a.s.

Selanjutnya apabila roh itu telah lahir, masyarakat gempar melihat Maryam masuk desa sambil mengendong Isa a.s. Maryam menerima tomahan, cacian dan tuduhan.

"Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina",maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: "Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam ayunan?" Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali." Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya."
[Maryam 19: 28-34]

jelas dan nyata, Isa anak Maryam dilahirkan dengan pelbagai mukjizat dan tiada bapa. Dalam keterangan itu juga jelas Isa a.s mengakui bahawa dia ialah hamba Allah, bukan anak Allah seperti yang menjadi pegangan kaum Kristian kini. Bila Isa a.s bukan anak Allah, ini juga bermakna konsep TRINITY juga tidak wujud.
Jadi, atas asas agama apakah yang kamu benar-benar pegang kini wahai sahabat-sahabat?

rujukan:
i. tafsir Al-Quran karim
ii. nota daurah
iii. buku Bimbingan Muslimah, bab Maryam Ibunda Isa a.s

Friday, January 8, 2010

.:langkah bermula:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah, lalu berilah peringatan!
Dan Rab (Tuhan) engkau, agungkanlah!
Dan pakaian engkau, bersihkanlah.
Dan perbuatan dosa, tinggalkanlah.
Dan janganlah engkau memberi kerana inginkan yang lebih banyak.
Dan kerana Rab (Tuhan) engkau, bersabarlah.
[al-muddatsir 74:1-7]


ya, telah diwar-warkan seruan memulakan proses pengislahan semula disamping pembersihan diri yang memerlukan ilmu dan amal yang sahih. moga bekal di jalan dakwah ini dapat saya guna dan manfaat sebaiknya.

"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan pengislahan dengan segala kesungguhanku. Dan hanya Allah-lah sebaik-baik petunjuk jalan bagiku, hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali" (Hud: 88)

moga saya sentiasa termotivasi menjadi insan musleh seperti yang diidam-idamkan:-
i.bebas dari belenggu nafsu
ii. rajin meraih pahala
iii. sentiasa merebut peluang yang ada untuk melakukan pembaikan
iv.tetap istiqamah
v. tiada waktu terluang yang sia-sia

Thursday, January 7, 2010

.:dari perspektif yang berbeza:.

seseorang yang baru mengenali saya memberitahu bahawa saya sering punya sudut pandangan dan perspektif yang berbeza darinya dan kawannya..
betulkah?
jom layan beberapa sudut gambar yang saya baru kreatifkan diri hujung minggu lepas..


perjalanan malam...


rumah besar untuk hati-hati yang besar..

Band of Brotherhood, Thicker Than Blood"


berpagi-pagian itu lebih baik..

konvoy..

hujankah di luar sana?

rafflesia..

Wednesday, January 6, 2010

.:caturkan hidup:.

saya mula belajar menyusun buah-buah catur melalui seorang sahabat sekelas saya di darjah 6. dimulakan dengan mengenali nama setiap buah catur dan peraturan bergerak bagi setiap buah, dari Tir, Kuda, Gajah, Menteri [permaisuri], Raja dan Bidak saya kenali setiap potensi dan sisi gerakan masing-masing. Etika bermainnya ada 2 sahaja: senyap ketika giliran lawan dan sentuh buah bermakna buah itu harus bergerak. ketika itu, saya hanya berkeinginan bermain catur sekadar untuk mengisi masa lapang dan mengasah skil pengetahuan yang ada.

saya mula mengorak langkah lebih berani apabila menyertai Kelab Catur di sekolah menengah. di situ, saya lebih berkembang kerana bertemu dengan kawan-kawan yang sama-sama minat bermain catur. mungkin kerana ada sesetengah orang beranggapan bahawa catur ini ialah permainan elit, sukar ditemui orang bermain ia dimerata tempat. dan kelab tersebut mengadakan pertandingan intra-kelab setiap bulan sekali. kadang-kadang saya kalah, kadang-kadang saya suka kerana berjaya menyaingi kawan-kawan dari aliran sains yang menjadi sanjungan guru-guru sekolah. barangkali jika saya sambung aliran sains atau agama yang saya fobiakan dahulu, guru-guru itu akan pandang saya seperti mereka. [streteotaip sungguh!]

dari peringkat kelab, saya maju berlangkah-langkah ke peringkat sekolah, daerah hingga ke peringkat zon. semakin jauh saya pergi, semakin banyak taktik yang saya pelajari dan temui pelbagai jenis manusia. ketara sekali ialah lawan dari kalangan bangsa Cina. namun, taktik dan teknik yang banyak saya perolehi dari latihan mingguan kelab saya pegang kukuh. sahabat saya kerap mengingatkan diri perlu licik dan bijak menyusun langkah. paling utama, permainan ini sangat sesuai untuk orang yang suka membuat kerja-kerja belakang tabir, bukan yang suka mendabik dada dan lantang bersuara.

di matrik, saya sekadar bermain di alam maya atas kekangan pelajaran dan jarak tempat. pelajaran saya pulun sehabis daya, hobi bermain catur pula jadi pilihan di hujung minggu atau dikala kepala dan fizikal sangat tertekan belajar.

pengenalan kelab dan sukan ketika orientasi tahun satu, saya tidak lepaskan peluang mendaftar diri. dengan sijil-sijil yang saya bawa dari zaman sekolah, saya teruskan asahan licik di sini. seperti yang pernah saya alami dahulu, semakin jauh saya pergi, semakin banyak taktik yang saya pelajari dan temui pelbagai jenis manusia. di sini, kepelbagaian manusia yang saya temui sangat menyentak dan licik! begitu mudah mereka perolehi tempat ke peringkat seterusnya. dan saya pula paling suka untuk membuat 'checkmate' berulangkali kepada lawan-lawan saya. saya menang atau tidak, saya tidak hirau asal ada peluang membuat 'check' kepada dia. [sangat psiko..]

2 tahun pengalaman saya menyertai pertandingan peringkat atasan ini, suatu masa saya ditemui oleh seorang sister dari kalangan mereka. Dia membisikkan kepada saya untuk lebih berhati-hati dan bertanding lagi di waktu lain. suara dan wajah itu, saya tidak pernah lupakan..
susunan bidak dan langkah, perlu saya perkemaskan. satu yang paling utama saya ketahui ialah catur itu bukan untuk 'checkmate' semata.. dan saya semakin fahami bahawa Raja yang saya lindungi dengan sangat-sangat selama ini, rupa-rupanya tidak ubah seperti Tuhan yang perlu saya tunjangi.. dan saya, takkan sanggup kehilangan Tuhanku..

Monday, January 4, 2010

.:Aku seperti Rafflesia:.

aku seperti Rafflesia
yang sukar ditemui kerana keunikan
aku seperti Rafflesia
yang besar tiada tandingan
tanda semua sangat dimanfaatkan
aku seperti Rafflesia
yang jelek warna bukan hiasan
agar aku bukan penyebab manusia sekalian dilekakan
aku seperti Rafflesia
yang tidak wangi dan tidak digemari
kerana aku enggan menjadi penarik kelalaian manusia semata
aku seperti Rafflesia
yang hanya parasit kepada tumbuhan lain
kerana aku tidak mampu hidup sendirian di tengah-tengah rona dunia yang berkilauan..