Wednesday, January 6, 2010

.:caturkan hidup:.

saya mula belajar menyusun buah-buah catur melalui seorang sahabat sekelas saya di darjah 6. dimulakan dengan mengenali nama setiap buah catur dan peraturan bergerak bagi setiap buah, dari Tir, Kuda, Gajah, Menteri [permaisuri], Raja dan Bidak saya kenali setiap potensi dan sisi gerakan masing-masing. Etika bermainnya ada 2 sahaja: senyap ketika giliran lawan dan sentuh buah bermakna buah itu harus bergerak. ketika itu, saya hanya berkeinginan bermain catur sekadar untuk mengisi masa lapang dan mengasah skil pengetahuan yang ada.

saya mula mengorak langkah lebih berani apabila menyertai Kelab Catur di sekolah menengah. di situ, saya lebih berkembang kerana bertemu dengan kawan-kawan yang sama-sama minat bermain catur. mungkin kerana ada sesetengah orang beranggapan bahawa catur ini ialah permainan elit, sukar ditemui orang bermain ia dimerata tempat. dan kelab tersebut mengadakan pertandingan intra-kelab setiap bulan sekali. kadang-kadang saya kalah, kadang-kadang saya suka kerana berjaya menyaingi kawan-kawan dari aliran sains yang menjadi sanjungan guru-guru sekolah. barangkali jika saya sambung aliran sains atau agama yang saya fobiakan dahulu, guru-guru itu akan pandang saya seperti mereka. [streteotaip sungguh!]

dari peringkat kelab, saya maju berlangkah-langkah ke peringkat sekolah, daerah hingga ke peringkat zon. semakin jauh saya pergi, semakin banyak taktik yang saya pelajari dan temui pelbagai jenis manusia. ketara sekali ialah lawan dari kalangan bangsa Cina. namun, taktik dan teknik yang banyak saya perolehi dari latihan mingguan kelab saya pegang kukuh. sahabat saya kerap mengingatkan diri perlu licik dan bijak menyusun langkah. paling utama, permainan ini sangat sesuai untuk orang yang suka membuat kerja-kerja belakang tabir, bukan yang suka mendabik dada dan lantang bersuara.

di matrik, saya sekadar bermain di alam maya atas kekangan pelajaran dan jarak tempat. pelajaran saya pulun sehabis daya, hobi bermain catur pula jadi pilihan di hujung minggu atau dikala kepala dan fizikal sangat tertekan belajar.

pengenalan kelab dan sukan ketika orientasi tahun satu, saya tidak lepaskan peluang mendaftar diri. dengan sijil-sijil yang saya bawa dari zaman sekolah, saya teruskan asahan licik di sini. seperti yang pernah saya alami dahulu, semakin jauh saya pergi, semakin banyak taktik yang saya pelajari dan temui pelbagai jenis manusia. di sini, kepelbagaian manusia yang saya temui sangat menyentak dan licik! begitu mudah mereka perolehi tempat ke peringkat seterusnya. dan saya pula paling suka untuk membuat 'checkmate' berulangkali kepada lawan-lawan saya. saya menang atau tidak, saya tidak hirau asal ada peluang membuat 'check' kepada dia. [sangat psiko..]

2 tahun pengalaman saya menyertai pertandingan peringkat atasan ini, suatu masa saya ditemui oleh seorang sister dari kalangan mereka. Dia membisikkan kepada saya untuk lebih berhati-hati dan bertanding lagi di waktu lain. suara dan wajah itu, saya tidak pernah lupakan..
susunan bidak dan langkah, perlu saya perkemaskan. satu yang paling utama saya ketahui ialah catur itu bukan untuk 'checkmate' semata.. dan saya semakin fahami bahawa Raja yang saya lindungi dengan sangat-sangat selama ini, rupa-rupanya tidak ubah seperti Tuhan yang perlu saya tunjangi.. dan saya, takkan sanggup kehilangan Tuhanku..

No comments: