Monday, July 27, 2009

.:honey weekend:.

sungguh, hujung minggu bersama kalian di kampung damai dan pantai nyaman itu sangat menghiburkan hati. tak jemu rasanya untuk melihat berulang kali kenangan waktu itu hingga tak kering gusi menonton aksi kalian. jangan tidak tahu kita semua ada bakat terpendam masing-masing. walaupun saya agak lewat untuk makan tengah hari dan me'nogel' ayam dengan kalian, tetapi aktiviti-aktiviti selepas itu sangat berharga. -_^
masih terbayang-bayang bau harum dan enaknya ayam organik yang dibarbequekan, liqa' hati ke hati, qiam dalam hujan yang dingin, pembongkaran identiti rahsia itu, dan games pantai yang saangat melucukan itu. benar kata ain, kita tidak akan pernah lupa kenangan games ini justeru kelawakan aksi dan kreativiti mengundang rakaman bersama. boleh jadi gambar itu juga dikongsi penglihatan dengan pemudi Korea yang berminat dengan aktiviti kita. ^_^

ya, walau kita pelbagai karektor, tetapi liqa itu menyaksikan kita saling berkongsi rasa yang sama, keinginan yang serupa. kerana kita telah memilih dan dipilih untuk berada di sini, membentuk diri seperti ini, dengan cara yang begini. harapan kita bersama, moga kelak kita lebih baik.memetik kata Hassan Al-Banna, 3 tunggak kekuatan sesuatu jemaah ialah kejelasan matlamat, ikatan ukhwah dan kasih sayang antara ahli dan kekuatan tentera dan jihad. dan nyata ukhwah itu kita tingkatkan di sini. saksikanlah bahawa diaman ini, ukhwah ini milik kita selamanya. kasih dan sayang buat antum kerana Allah taala -_^

ayam yang sangat mengiurkan...

jangan lupa buah-buahan dibawa pulang...

gegirl pun nak makan juga -_^

hadiah dari mosquito monitor ^_^

Wednesday, July 15, 2009

Allah sebaik-baik perancangan

semalam saya masuk bersama kalian dan akan keluar bersama kalian,
namun hari ini saya hanya mampu melihat kalian sahaja yang keluar.

semalam saya mengimpi mereka akan turut serta di diaman ini,
hari ini saya masih hanya mampu melihat mereka berulang dari diaman ini.

semalam saya memutuskan untuk berbuku dengan doktor lembut itu,
hari ini termaktub saya menyiap buku itu bersama profesor berwajah jernih itu.

semalam saya mengandaikan saya tidak serendah ini,
hari ini tetap saya kena hadapi hak itu yang perlu saya lunasi kini.

semalam saya mengandai milikan itu memudahkan kalian,
hari ini saya sedari ia juga jadi beban kalian.

semalam saya mengharap dia akan menjadi dirinya semula,
hari ini saya menyaksikan dia telah hilang kembali..

sungguh,
saya merancang pelbagai,
mengangankan segala-gala dari kalian,
namun Allah juga
sebaik-baik perancangan.

*saya masih di sini...

my tafsir + kunci

semalam saya menemui benda yang saya telah kehilangan beberapa lama sebelum ni.
walaupun 2 benda ini nampak tidak penting dan berbaloi untuk dikenang-kenang, tetapi saya masih merasa ia penting dan bermakna. dan sengaja hal ini dipost ke sini agar lain kali saya akan ingat peristiwa ini setiapkali saya jenguk ke ruang ini.
i. my tafsir ^_^
- tafsir ni kehilangan semasa TPF tahun lepas. sangat terkilan. saya letak banyak benda dalam tafsir tu walaupun ia sekadar tafsir Darul Iman yang berzip. kadang-kadang saya letak sedikit duit, pelekat transparent dan stiker dalam tu. siap saya letakkan pen khas dalam tafsir tu agar saya boleh menulis bila saya rasa nak tulis dalam tafsir tu. baru semalam jugasaya tahu bahawa rupa-rupanya, tafsir tersebut disimpan oleh seorang adik ni. dia dapat instince itu milik saya tetapi tiada kesempatan menyerahkannya kepada saya. tafsir ini saya beli selepas tafsir pertama yang Ukht F hadiahkan kepada saya hilang bersama beg duit saya semasa kejadian ragut beg. kejadian itu berlaku semasa daurah di sg.tangkas. kalau diikutkan tafsir pertama itu lebih special kerana warnanya sukar didapati dan lebih penting lagi ia pemberian sahabat baik saya. semoga peragut tu memanfaatkan tafsir tersebut. hilanglah tafsir itu bersama duit dan I/C saya.. T_T

ii. my gugusan kunci
- yay, ini agak penting juga untuk keluar masuk rumah. perlukah saya menekan bel setiap kali ingin keluar masuk rumah? jawapan tentu tidak. dan saya secara tidak sengaja menyebabkan adik rasa bersalah menggunakan kunci saya itu lalu menggantikannya dengan yang baru. tidaklah pernah saya marah kat dia. tetapi mungkin dia rasa lain bila dengar saya asyik nak pinjam kunci housemate setiapkali nak keluar dan buat tak tahu bila ada orang tekan bel. [nak buka pintu orang tekan bel kena ada kunci kan?] tahukah kamu dik, bahawa saya telah menemui kembali gugusan itu semasa operasi meja bersih saya? =D dan sebenarnya bukan hilang gugusan itu yang menjadi perkara utama, tetapi keikhlasan dan kebaikan mu adik yang akan dikenang. [masih rasa pelik kenapa kamu sangat baik dengan akak..]
Subhanallah wa Alhamdulillah fikulli hal..

Monday, July 13, 2009

kisah komuter


Di stesen KL sentral itu, seorang gadis duduk di sebelah saya yang kosong. Saya yang sedang membaca buku memandang sekilas dan melemparkan senyuman.

”akak nak ke mana?”

”balik rumah di Rawang. Adik nak ke mana?”

“saya nak ke rumah abang di sungai buloh. Cuti sem ni saja jalan kat KL ni.”

“oh, adik masih belajar? Belajar kat mana? ”

Ramah pula adik ni bercerita. Dia yang baru satu semester di Penang, rupa-rupanya berasal dari Perak. Mungkin dia melihat saya dengan skemanya membaca buku di dalam train dengan penampilan berbaju kurung. Pada hari Jumaat, jika tiada aral melintang saya biasanya pulang ke Rawang menaiki ’kenderaan panjang’ ini dengan berpakaian kuliah sahaja. Sekadar menaiki ’kenderaan panjang’ini dan duduk di dalamnya selama 1 jam 15 minit untuk sampai ke rumah bonda, tidaklah saya mengjangkakan yang saya akan berlebih-lebih semangat kepulangannya sambil membawa beg-beg yang sarat dengan baju atau sebagainya.

sebelum dia turun di stesen yang dituju, dia sempat meminta nombor hubungan dan emel saya. Kami berharap dalam berkenal-kenalan lagi selepas ini. Setelah dia turun, baru saya sedar yang saya lupa minta nombor hubungan dia. Rancak sangat adik itu bertanya sampai saya lupa bertanya sepatutnya kepadanya. -_-

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

”kena ada sana kul berapa ye?”

”Erm, tak silap saya perjumpaan mula pukul 5 pm. Sempat ke kita dari sini nak ke sana?”

”sempat kot.”

Kami bersiap secepat mungkin. Pertemuan kali ini merupakan pertemuan dengan ”orang-orang besar” yang punyai impian dan harapan besar.

Sedikit risau terlintas di benak apabila tren mengalami masalah di selepas stesen Serdang. keadaan tren juga agak penuh ketika itu. Dalam diam,kami memanjatkan doa moga perjalanan kali ini dipermudahkan. Sementelahan tempat yang kami pergi ini tidak pernah kami lewati. Kami hanya diberitahu tempat dan pertemuan itu baru 3 hari lepas. Di KL sentral, kami perlu menaiki LRT untuk ke setiawangsa. Alhamdulillah, setelah menaiki LRT, perjalanan lebih lancar dan cepat. Kami tiba di stesen tersebut tepat jam 5 petang. Kami terus mengambil teksi ke alamat tersebut.

Di bangunan yang tertera seperti di alamat tersebut, kami tidak menemui sesiapa pun. Risau juga adakah kami terlewat, pertemuan telah tamat, kami tersalah alamat atau mereka telah berpindah ke tempat lain?

Setelah menghubungi urussetia, tahulah kami bahawa kami orang pertama sampai. mereka yang lain dalam perjalanan dan pertemuan belum bermula.dan malam itu kami menempuh pulang arah dan keadaan yang sama T_T

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Saya nekad untuk memhabiskan buku biru karya ustaz Hasrizal itu sebelum kembali ke ”teratak tenang” itu. Senggang masa menaiki tren ke UKM mungkin boleh dimanfaatkan untuk menghabiskan sisa bacaan buku tersebut.Di stesen Kuala Lumpur, dengan kerlingan hujung mata, saya perasan ada sebuah keluarga Afrika menaiki tren dan berdiri berhampiran saya. walau tutur kata mereka saya gagal fahami butir-butirnya, tetapi gaya pemakaian dan rupa mereka meyakinkan saya.Tempat duduk ketika itu telah penuh. Keluarga tersebut punyai anak remaja dan anak kecil sekitar umur 3 tahun.fokus bacaan saya mula berkurang apabila mendengar omelan anak kecil itu. barangkali dia letih merayau dengan orang tuanya seharian. Ibubabapanya tidak mengendahkan omelan anak kecil itu. Tanda protes, anak kecil itu baring di lantai tren tersebut.Semua mata tertumpu kepada dia. Si kecil itu tersipu malu apabila semua melihatnya dan saya bangun memberikan seat itu kepadanya. ibunya sangat teruja mendapat seat itu lalu mendukung anak kecil itu ke pangkuannya. Dan anak kecil itu menyorok di balik kerudung ibunya menahan malu. Sungguh comel kenangan itu ^_^

Tuesday, July 7, 2009

-_-

berfirman Allah Taalayang bermaksud:
"wahai anak Adam, perbanyakkan bekalanmu kerana jalan yang bakal ditempuh itu amat jauh, perbaharuilah tanggungjawab kepada Allah kerana lautan itu amat dalam. telitilah sungguh-sungguh amalanmu kerana siratul mustakim itu teramat halus. ikhlaskanlah pekerjaanmu kerana pemerhati [Allah] itu tersangat melihat.
maka segala macam keinginanmu itu di syurga, kerehatan itu di akhirat dan di sisimu para bidadari. jadilah hamba kepadaKu, Aku akan menjadi TuhanMu.."
[petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Ghazali]
Ya Allah,
ikhlaskanlah hatiku,
lapangkanlah dadaku,
teguhkan aku dengan pendirianku,
tsabatkan aku dan sahabat-sahabatku atas jalanMu..
Ya Allah, tuhan yang maha membolak balikkan hati kami,
tetapkanlah hati kami dengan agamaMu..
ameen...