Wednesday, July 15, 2009

my tafsir + kunci

semalam saya menemui benda yang saya telah kehilangan beberapa lama sebelum ni.
walaupun 2 benda ini nampak tidak penting dan berbaloi untuk dikenang-kenang, tetapi saya masih merasa ia penting dan bermakna. dan sengaja hal ini dipost ke sini agar lain kali saya akan ingat peristiwa ini setiapkali saya jenguk ke ruang ini.
i. my tafsir ^_^
- tafsir ni kehilangan semasa TPF tahun lepas. sangat terkilan. saya letak banyak benda dalam tafsir tu walaupun ia sekadar tafsir Darul Iman yang berzip. kadang-kadang saya letak sedikit duit, pelekat transparent dan stiker dalam tu. siap saya letakkan pen khas dalam tafsir tu agar saya boleh menulis bila saya rasa nak tulis dalam tafsir tu. baru semalam jugasaya tahu bahawa rupa-rupanya, tafsir tersebut disimpan oleh seorang adik ni. dia dapat instince itu milik saya tetapi tiada kesempatan menyerahkannya kepada saya. tafsir ini saya beli selepas tafsir pertama yang Ukht F hadiahkan kepada saya hilang bersama beg duit saya semasa kejadian ragut beg. kejadian itu berlaku semasa daurah di sg.tangkas. kalau diikutkan tafsir pertama itu lebih special kerana warnanya sukar didapati dan lebih penting lagi ia pemberian sahabat baik saya. semoga peragut tu memanfaatkan tafsir tersebut. hilanglah tafsir itu bersama duit dan I/C saya.. T_T

ii. my gugusan kunci
- yay, ini agak penting juga untuk keluar masuk rumah. perlukah saya menekan bel setiap kali ingin keluar masuk rumah? jawapan tentu tidak. dan saya secara tidak sengaja menyebabkan adik rasa bersalah menggunakan kunci saya itu lalu menggantikannya dengan yang baru. tidaklah pernah saya marah kat dia. tetapi mungkin dia rasa lain bila dengar saya asyik nak pinjam kunci housemate setiapkali nak keluar dan buat tak tahu bila ada orang tekan bel. [nak buka pintu orang tekan bel kena ada kunci kan?] tahukah kamu dik, bahawa saya telah menemui kembali gugusan itu semasa operasi meja bersih saya? =D dan sebenarnya bukan hilang gugusan itu yang menjadi perkara utama, tetapi keikhlasan dan kebaikan mu adik yang akan dikenang. [masih rasa pelik kenapa kamu sangat baik dengan akak..]
Subhanallah wa Alhamdulillah fikulli hal..

4 comments:

pejuang ALLAH said...

salam, saya pun x tahu kenapa saya rasa bersalah sangat bila akak hilang kunci..mungkin itulah ukhwah..

adik yang kena buli tu..
hehehe

ismi far_za said...

ehem2x
pembetulan.
saya tidak membuli orang.
awak yang buli akak ^_-

Anonymous said...

salam..
hehe...
kes hilang barang ni..
em...
alhamdulillah jumpa balik..
kalau dah rezeki kita..insyaallah, akan dapat balik..
bagus yer tgk terjemahan leza..
nampak menggunakan sepenuhnya..
sticker penanda pn dah byk guna..lin berapa byk je..
stiker tu mana nak beli yer?

em..
bab hilang barang ni..
no komen.. :D

Anonymous said...

stiker tu dah banyak di jual di pasaraya. cari engan nama stiker transparent. latest ritu tengok kat pasaraya CS di hentian kajang, ada pelbagai bentuk termasuk bentuk pensil pun ada ^_^