Monday, July 13, 2009

kisah komuter


Di stesen KL sentral itu, seorang gadis duduk di sebelah saya yang kosong. Saya yang sedang membaca buku memandang sekilas dan melemparkan senyuman.

”akak nak ke mana?”

”balik rumah di Rawang. Adik nak ke mana?”

“saya nak ke rumah abang di sungai buloh. Cuti sem ni saja jalan kat KL ni.”

“oh, adik masih belajar? Belajar kat mana? ”

Ramah pula adik ni bercerita. Dia yang baru satu semester di Penang, rupa-rupanya berasal dari Perak. Mungkin dia melihat saya dengan skemanya membaca buku di dalam train dengan penampilan berbaju kurung. Pada hari Jumaat, jika tiada aral melintang saya biasanya pulang ke Rawang menaiki ’kenderaan panjang’ ini dengan berpakaian kuliah sahaja. Sekadar menaiki ’kenderaan panjang’ini dan duduk di dalamnya selama 1 jam 15 minit untuk sampai ke rumah bonda, tidaklah saya mengjangkakan yang saya akan berlebih-lebih semangat kepulangannya sambil membawa beg-beg yang sarat dengan baju atau sebagainya.

sebelum dia turun di stesen yang dituju, dia sempat meminta nombor hubungan dan emel saya. Kami berharap dalam berkenal-kenalan lagi selepas ini. Setelah dia turun, baru saya sedar yang saya lupa minta nombor hubungan dia. Rancak sangat adik itu bertanya sampai saya lupa bertanya sepatutnya kepadanya. -_-

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

”kena ada sana kul berapa ye?”

”Erm, tak silap saya perjumpaan mula pukul 5 pm. Sempat ke kita dari sini nak ke sana?”

”sempat kot.”

Kami bersiap secepat mungkin. Pertemuan kali ini merupakan pertemuan dengan ”orang-orang besar” yang punyai impian dan harapan besar.

Sedikit risau terlintas di benak apabila tren mengalami masalah di selepas stesen Serdang. keadaan tren juga agak penuh ketika itu. Dalam diam,kami memanjatkan doa moga perjalanan kali ini dipermudahkan. Sementelahan tempat yang kami pergi ini tidak pernah kami lewati. Kami hanya diberitahu tempat dan pertemuan itu baru 3 hari lepas. Di KL sentral, kami perlu menaiki LRT untuk ke setiawangsa. Alhamdulillah, setelah menaiki LRT, perjalanan lebih lancar dan cepat. Kami tiba di stesen tersebut tepat jam 5 petang. Kami terus mengambil teksi ke alamat tersebut.

Di bangunan yang tertera seperti di alamat tersebut, kami tidak menemui sesiapa pun. Risau juga adakah kami terlewat, pertemuan telah tamat, kami tersalah alamat atau mereka telah berpindah ke tempat lain?

Setelah menghubungi urussetia, tahulah kami bahawa kami orang pertama sampai. mereka yang lain dalam perjalanan dan pertemuan belum bermula.dan malam itu kami menempuh pulang arah dan keadaan yang sama T_T

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Saya nekad untuk memhabiskan buku biru karya ustaz Hasrizal itu sebelum kembali ke ”teratak tenang” itu. Senggang masa menaiki tren ke UKM mungkin boleh dimanfaatkan untuk menghabiskan sisa bacaan buku tersebut.Di stesen Kuala Lumpur, dengan kerlingan hujung mata, saya perasan ada sebuah keluarga Afrika menaiki tren dan berdiri berhampiran saya. walau tutur kata mereka saya gagal fahami butir-butirnya, tetapi gaya pemakaian dan rupa mereka meyakinkan saya.Tempat duduk ketika itu telah penuh. Keluarga tersebut punyai anak remaja dan anak kecil sekitar umur 3 tahun.fokus bacaan saya mula berkurang apabila mendengar omelan anak kecil itu. barangkali dia letih merayau dengan orang tuanya seharian. Ibubabapanya tidak mengendahkan omelan anak kecil itu. Tanda protes, anak kecil itu baring di lantai tren tersebut.Semua mata tertumpu kepada dia. Si kecil itu tersipu malu apabila semua melihatnya dan saya bangun memberikan seat itu kepadanya. ibunya sangat teruja mendapat seat itu lalu mendukung anak kecil itu ke pangkuannya. Dan anak kecil itu menyorok di balik kerudung ibunya menahan malu. Sungguh comel kenangan itu ^_^

No comments: