Sunday, June 20, 2010

.:padat dengan ukhwah:.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

setiap orang punya kisah dan sudut utama untuk berkongsi walau melalui satu rentetan yang sama. setiap orang juga punya sinergi tersendiri dalam menongkah arus kehidupan yang tidak pernah jelas dan penuh seni.
apa yang mahu dikongsikan pada kali ini?apa muhasabah yang dilalui untuk terus meyakini DIA tidak menciptakan hidup ini dengan sia-sia? apakah juga dalil-dalil berupa janji Ilahi buat tiap hambaNya yang menempuh hidup ini dengan mujahadah?
dikongsikan dahulu sms menusuk kalbu dari 2 insan yang dekat di hati..

"salam rindu dan kasih buat adikku.. semoga sentiasa di bawah rahmat dan kasihNya selalu, salam rejab salam penuh berkah semoga Tuhan ganjari. Biar Allah beri kelapangan hati buat kita, rasa berjuang untuk ummat dan addinNya yang tidak pernah padam. Biar hidayahNya yang akan memandu setiap usaha dan caturan hidup di dunia ini. moga-moga Allah beri kekuatan.." -izzah-

"melangkah itu mudah, namun mencari arah itu terkadang payah, mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah. menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti datang lelah. dalam semua ini, menjadi istiqomah paling susah, payah dan lelah. Namun DIA amat faham, bagi hambaNya, DIA tidak meminta manusia menjadi terbaik, hanya perlu melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya, lantas DIA akan menguruskan yang selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia. moga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan Allah, sekali terleka, kita terjerumus jatuh, jangan mengalah, bangun dan teruslah melangkah. salam muhajadah."-nazirah-

MasyaAllah... terlupa sejenak kini dah menginjak bulan rejab. meniti rejab yang bakal ke ramadan penuh barakah..terlalai juga seketika ada jiwa-jiwa gigih yang sebenarnya penuh ikhlas untuk saya. terasa akrab sungguh wajah-wajah yang sering terbayang dalam kudus doa rabitah.

Liqa' lepas, kami ke perkongsian tokoh yang punya kelembutan dan kemesraan tak tercemar dek masa. perkongsian borak-borak yang sarat dengan nilai-nilai islami dan pengalaman yang menarik. Walau kami tidak mesti melalui semua itu sama sepertinya, sekurang-kurang ibrah dari kisah dia banyak yang kami boleh teladani. bertahan di jalan dakwah, formula kekuatannya ada pada sokongan keluarga dan saling berhubungan antara yang muda dan tua.
adeh, terlupa diri ini telah lelah melalui beberapa angka tahun untuk jalan dakwah ini. nilai dan pengertian liqa' yang sudah sebati, tinggal sebarkan dengan penuh ikhlas dan benar kepada ahli lainnya. seperti hanya separa sedar melakukan itu dan ini hingga kini. tidak pasti berapa lama lagi masih di sini. seperti kata mak cik, cabaran bagaimana untuk kekal juga perlu diketahui. bersangka baik, menjaga hati ahli dan yang paling utama panjatkan kata untuk Ilahi.
terasa seperti sangat ingin memohon maaf kepada murabbi yang pernah diejek melakukan kerja gila. sebenarnya bukan kerja gila, cuma ingin menebus kesilapan silam.


perjumpaan alumni juga mengharukan. bergenerasi-generasi datang dan pergi, wajah dan disiplin yang pelbagai namun ikatan hati dan ukhwah tetap sama. jenuh melalui mutabaah yang ketat, aktivitis yang padat, latihan-latihan bentukan jati diri khas istimewa buat persembah pada DIA dibelakang hari. tidak dinafikan agak tergugat dengan beberapa kisah yang saling berulang antara mereka. ingin memegang janji Ilahi, sunahkah akan merasa sangat perit menjadi seorang ukht?

menghadiri dan bantu mengendali majlis pelancaran juga sarat dengan pengertian yang pelbagai.
kelam kabut mengurus kaunter, berhubungan baik antara muda dan tua, kisah jumpa ahli yang lama di kejauhan, panjatan doa buat mujahadah dari penglihatan dia, ketentuan Ilahi dalam IKRAM perlu saya terus baiki niat dan lurus jalannya. banyak juga kisah-kisah perjuangan dan penerusan yang menikam rusuk kalbu.
'ukhwah teras kegemilangan'



insyaAllah

2 comments:

cahaya_ketenangan said...

ukhuwah yang penuh padat
moga terus kuat
moga tetap thabat
bergerak di jalan dakwah dengan hebat.

(^_^)v

kuatkan kite dgn ukhuwah tu kak..tau3.. :)

Anonymous said...

insyaAllah.
xjanji tapi akan cuba buat..

andai terlupa, ingatkan
andai terleka, kejutkan
andai jauh, hubungkan..
^__^

[sama2 kita saling ingat-ingatkan]