Saturday, June 5, 2010

.:semakin baik:.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

sedikit berabuk ruang sepi ini, tanda penulisnya semakin sukar untuk istiqamah atas usaha kecil yang ini. menulis memerlukan komitmen dan niat yang betul. ye, niat yang selalu perlu dibetulkan agar tulisan yang terlontar dari pengalaman, menjadi pengajaran berguna pada pembaca. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang lemah datang dari diri saya sendiri.

kesihatan

alhamdulillah, subhanallah, allah akbar.
kesihatan saya semakin pulih atas izinNya dan cubaan disiplin saya kepada air pahit dan senarai larangan bahan tersebut. saya mahu jadi muslim yang sihat tubuh badan. biar pahit saya sanggup telan, asal bonda dan ahli sekitaran tidak bimbang dan berasa belas kepada saya. ramai tidak mengerti, dan saya bukanlah orang yang rajin untuk menerangkannya. walau ramai yang melihat dengan tanda tanya, anggap sahaja keceriaan dan kesederhanaan jika melihat saya ini sebagai nikmat kekuatan yang DIA kurniakan kepada saya dengan banyak sekali.

pekerjaan

alhamdulillah, subhanallah, allah akbar.
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang
bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu

semakin boleh menyesuaikan dengan banyak perkara. rupanya berada di bidang berbeza dengan sekitaran yang berbeza, merupakan perkara biasa bagi seseorang memerlukan masa extra untuk menghadapinya. mereka sebenarnya baik-baik sahaja. sepertimana saya, mereka juga perlukan masa dan pemahaman untuk kami saling bekerjasama. bonda dan puan sangat risau pada saya hingga selalu bertanya tentang mereka. buat diri yang perlu banyak belajar bercerita, terimalah mereka seadanya andai ingin mereka berbuat begitu padamu.

radar keaktifan

sukar untuk membuat keputusan tentang ini. istikharah, syura, sharing pengalaman akhirnya saya teguhkan juga hati ini. biarlah radar keaktifan itu mendatar. saya tidak memilih untuk tingkatkan ia sendirian. bukan juga beerti mengurangkannya. insyaAllah mendatar atau meningkat, ia akan dalam lingkungan gerabak yang benar. terlalu banyak yang perlu disisikan. kesihatan, kemampuan, kerjaya, keluarga. dakwah itu nafas panjang. buat diri yang lemah, titisan-titisan air mata merasa perit itu usahlah diperlihatkan yang bisa jadi bahan kasihan padamu.

kuantiti yang tiada

saya diajak berfikir mengapa adik-adik saya semua lari dari saya. dush3x..
bisa lebam mata dan hati mengenang bait kata tersebut.
buat kamu yang tidak mengerti, fahami bahawa saya hanya penyampai, yang membuka pintu hati dan menggerakkan hati-hati tersebut adalah DIA.
bukan kerja saya deh membentuk mereka sepenuh-penuhnya, walau pelbagai cara dan teknik saya lakukan..
bahkan kamu juga tidak mengerti bahawa mereka yang saya bawa, memang tidak akan berlama dengan saya. mereka dan kamu akan sentiasa berhak dapat pembawa yang lebih baik dari saya. kebersamaan kita tidak kekal namun
kebenaran dan ikatan hati itu tetap kekal.
dan saya doakan kamu dipilihNya untuk menjadi lebih baik dan tegar dari saya. walau apa yang kamu buat itu sangat menjauhkan saya dengan kamu, saya perlu belajar bahawa ini juga kafarat dosa silap saya.

Allahualam..

pada jalan yang berliku,moga DIA luruskan...

No comments: