Wednesday, May 19, 2010

.:bila kacamata telah tiada dimata:.

harini masuk kedua hari saya tidak berkaca mata.
alkisah...

minggu lepas, saya singgah ke sebuah kedai optometri untuk check power mata saya kerana cermin mata yang dipakai dah kabur dan retak di tepi.
didapati mata saya makin rosak dan rabun.
hajat memang nak pakai frameless sahaja dan akan simpan spect sekarang sebagai back up spect baru nanti.
hampir setiap hari saya kena ketatkan skru tepi spect tu sebab dah longgar nak tercabut.
kelmarin, semasa sedang kerja, kanak-kanak tu suka sangat tarik spect tu dari muka ni.
tak lama kemudian, berderailah spect tersebut dari rangka asalnya..

penangan dari itu,
planning nak update banyak benda dan urusan tergendala.
petangnya pula hujan lebat. dan saya
bekerja
bermotor
dan berkehidupan
tanpa spect
tanpa pandangan yang jelas
tanpa kacamata di mata..
oh, nikmat melihat yang semakin berkurang...
-_-

hujung bulan baru boleh ambil tempahan.

*kawan kata spect ni merajuk saya buat baru.yelah2, lainkali saya simpan dulu spect yang dipakai sebelum g kedai optometri...

1 comment:

pejuang ALLAH said...

assalammualaikum,

akak bersabar ya..
mesti ada hikmah disebalik ini..

tp kalau spec tu pecah kat tempat kerja mungkin blh minta claim ganti rugi kot.hehe..sapat spec free ;>