Tuesday, May 4, 2010

.:s.o.l.a.t:.

Mengharungi lorong-lorong kehidupan, samada lurus atau berliku, mudah atau payah, mengikut seperti yang direncanakan atau tidak, masih samakah iman kita?
saban hari berdoa dan memohon ditsabatkan dengan kalimah Allah, dikongsikan satu rawatan yang boleh memelihara atau menjaga hati agar iman yang sejahtera ada pada diri kita.
firman Allah:

”Dirikanlah oleh mu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam; dan dirikanlah sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ”sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagi mu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” [al-isra':78-79]

dan katakanlah: “ya tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yg benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yg benar dan berikanlah kepadaku dari sisi engkau kekuasaan yg menolong. [al-isra':80]

Menurut Al-Hafiz Abi Abdullah Muhammad (1984: 283), solat boleh memadamkan api kemarahan, melembutkan hati yang keras, membentuk sifat pemaaf dan sifat tawadhu’. Ini bermakna, rawatan yang baik untuk hati dan iman ialah S.O.L.A.T..
Islam memerintahkan kita sebagai muslim untuk solat 5 waktu sehari semalam iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'. selain tuntutan solat 5 waktu tersebut, DIA juga sangat menggalakkan kita untuk solat tambahan a.k.a sunat. Antara solat sunat ialah solat tahajud, solat taubat dan solat dhuha. ganjaran pahala dari setiap amalan yang dilakukan, insyaAllah sangat berbaloi dan barakah dariNya sangat banyak dan manis untuk diungkap.
tidak kira betapa sibuk atau penat kita, kita perlu melakukannya. bukankah setiap dari kita sama dikurniakan waktu 24 jam sehari?


Ya Allah, lapangkanlah dengan Al-Quran hati kami, mudahkanlah urusan kami, tinggikan pahala kami, cantikkan akhlak kami, terangi hati kami dan terangi pula dengannya kubur kami, Wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. ameen ya rabbal 'alamin..

No comments: