Friday, November 7, 2008

ukhwah

Kebelakangan ni, saya sering mendengar keluhan akhawat mengenai kekontangan ukhwah sementelahan berada di jalan dakwah ni. Ada saja halnya. Ish, kenapa nih...
Dulu tidak begini. Ya, mana nak sama dulu dan kini.. tapi ukhwah itu kan untuk selamanya. Saya pun merasai dan sangat merindui ukhwah itu. Ukhwah yg suci,segar dan indah. Argh, takkan selamanya mahu indah. Kan? Setiap perkenalan akan diuji. Tapi dalam bentuk yg bagaimana? Adakah dengan kelesuan berbicara tika bertemu? Atau tika kita sudah merasai bahawa urusan dia, dia dan urusan kita, kita sendiri? Ataupun apabila tidak lagi merasai insan itu sahabat kita, seperti orang asing di jalanan? Sahabat yg kita mampu duduk suka duka bersama, mampu berkongsi masalah dan idea.
Seorang teman bagi saya bukanlah yang selalu bersama, bukan juga yg selalu gelak ketawa bersama, bukan yg sentiasa mengagung-agungkan sahabatnya, tetapi bukan juga yg sering mencari salah kita. Sorang teman yg sangat saya hargai ialah seorang sahabat yg mahu menerima seadanya diri saya, yg mahu menegur tika salah, menampung bila kurang. Seorang sahabat yg saya sanjungi bukan seseorang yg berpangkat, bukan juga yg berpengaruh, punyai nama dan sebagainya. Bukan juga yg akan senantiasa membuatkan saya kenal cinta dunia ini. Tapi sahabat yg saya sangat kasihi ialah bilamana saya bersamanya, ingatan dan kecintaan saya pada Ilahi turut dirasai, difahami. Ukhwah yg dibina yg ditunjangi dengan nama Ilahi, didasari dengan makna Islam dan taqwa, dibajai dengan benih-benih fikrah, yg kelak bakal melahirkan jundi-jundi dakwah menegak kebenaran.

No comments: