Thursday, October 23, 2008

Al-Fatihah..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan segala alam.
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Pemilik hari pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah & hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Melalui surah Al-Fatihah, sebenarnya terkandung doa yang amat mustajab kepada kita untuk menjadi hambaNya yang InsyaAllah sejati. Kerana itulah, surah ini menjadi surah yang wajib dibaca dalan solat. Yang kita kerjakan sehari semalam. 5 waktu sehari.
Menyingkap rahsia Al-Quran, sebenarnya susunan surah dalam Al-Quran, jika hayati dan fahami, sudah lengkap menjadikan kita sebagai muslim sejati. Dimulakan dengan surah pembukaan (Al-Fatihah), diikuti surah Al-Baqarah, An-nisa seterusnya hinggalah ke surah terakhir iaitu surah An-Nas. Menjadi manusia (an-nas) yang sempurna berdasarkan seruan Ilahi yang Maha Mengetahui. Subhanaallah.

“Segala puji bagi Allahyang telah menurunkan Kitab (Al-Quran) kepda hambanya dan Dia tidak jadikannya bengkok..” -alKahfi:1-

Dengan membongkar rahsia atau hikmah susunan ayat dalam surah Al-Fatihah, sudah cukup membantu kita menjadi hambaNya yang mantap dan utuh imannya. (jika betul penghayatan,pemahaman dan istiqamahnya kita mengamalkannyalah…)
1. puji Allah sebenar-benarnya.
Lihat sahaja ayat pertama dan kedua. Dalam bacaan harian, kita memuji Allah berulang-ulang kali. Kita mengakui Dia Tuhan segala alam, memujiNya yang ar-rahman, ar-rahim.. kita perlu mengingati bahawa segala isi ala mini berkaitan dengan Allah. Sebagai contoh, diambil salah satu namaNya ialah Yang Maha Adil. Kita hidup di dunia ini, lumrahnya akan berasa bahang matahari. Maka Allah kurniakan nikmat angina kepada kita. Jika di rumah, kita dapat menikmati angin daripada kipas. Allah Maha Adil kerana menganugerahkan ilham kepada pereka kipas kerana menciptakan kipas yang terletak di atas siling contohnya. Bayangkan jika Allah menganugerahkan ilham agar kipas dipasang di lantai. Maka kita tak bolehlah duduk di atas lantai. Kembung pula perut dek masuk angin..
2. lebih banyak memberi daripada menerima.
Sesungguhnya tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah. Dalam konteks penbentukan peribadi ini, kita digalakkan memberi kasih sayang, memberi ilmu, memberi sedekah dan sebagainya. Insyaallah, pemberian yang disusuli keikhlasan akan memperoleh pahala dan pulangan yang berlipat kali ganda.
3. Mengakui bahawa setiap kehidupan dan perbuatan kita akan ada hala tuju pada penghujungnya..
Dalam Islam, kita mengakui bahawa setiap perbuatan yang baik balasannya ialah pahala manakala perbuatan jahat itu akan dibalas dosa. Kita juga mengakui bahawa wujud hari pembalasan atas setiap amalan kita di dunia ini. Ini diakui dalam ayat ketiga surah Al-Fatihah. Kita meyakini bahawa Tuhan pemilik hari pembalasan. Dan maklum bahawa nikmat syurga dan azab neraka. Untuk perolehi syurga, kita tentunya akan berbodong-bodong membuat kebaikan agar amalan di bahu kanan kita lebih berat dri sebaliknya.
4. setiap perbuatan kita akan mempunyai adab.
Dalam persoalan ini, adab tersebut ialah setiap apa yang kita lakukan, kita lakukan dahulu, kemudian barulah mohon ganjaran atau sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dalam ayat keempat sehingga ayat terakhir. Selepas kita memuji-mujiNya semahu-mahunya, meyakini kewujudan dan keEsaanNya,kita pasrah dan mohon pertolongan dan perlindungan darinya. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya, ini baharu surah pembukaan. Jika dikaji lagi surah-surah lain, tak tergambar rasanya nikmat yang terkandung di dalamnya. Wallahualam.
*saya menemui asigment lama ni yg rasanya boleh dikongsi dengan sahabat2. moga ilmu yg sedikit ini membuahkan amal dan mendapat ganjaran pahala disisiNya...

No comments: