Thursday, September 24, 2009

hanya di rawang!

mission complete!
terawih last tempoh hari di masjid Bukit Sentosa sangat best!berjaya mengajak insyirah ke sana [macam jauh sangat. selang beberapa meter jelah..]. tak sangka pula ada tazkirah 30 minit yang sangat lawak dan bermanfaat + terawih yang 8 rakaat je. biasanya buat 20 rakaat! mantap betul ibadah ahlul masjid. sampai ustaz tu tegur AJK dan makmum yang dok gaduh rakaat terawih buat berapa banyak.
"Yang penting kualiti, bukan kuantiti.."
sampai diulang suaranya sebut 3 kali. saya yang dalam ramadhan ni sempat beberapa kali berterawih di situ agak hairan+ geli hati mengenangkan makmum yang lari kejar selipar sebaik sahaja doa pada rakaat ke 8 habis dibaca. imam dan saf-saf yang terkehadapan dan berteguh hati meneruskan terawih tidak terus pandang belakang. dan bilangan saf semakin berkurang seiring dengan bertambah bilangan hari dalam ramadhan. bukan isu rakaat yang saya kisahkan, tetapi keterpedulikan dan kesediaan qariah kawasan perumahan saya itu yang saya kisahkan. bila dikatakan kawasan perumahan, tentu sahaja ramai penduduknya dan orang mudanya. ini sangat jelas ketika 1st ramadhan tempoh hari. sampai makmum solat diluar kerana kawasan dalam penuh dengan makmum sedia ada. bukan senang nak kumpulkan qariah masjid ni. udahlah sebelum ni banyak isu yang timbul tentang pengurusan masjid ni, tambah pula tiada rasa keterikatan oleh orang muda untuk stay beribadah di masjid ni. sedih saya mengenangkan kejirananku yang rata-rata masih sihat-sihat belaka untuk beribadah. alangkah indahnya jika masjid tersebut dimeriahkan oleh orang-orang muda?kemudian, udahlah rakaat terawihnya pun mantain 20 rakaat dari awal ramadhan hingga ke akhir, bacaannya pun panjang-panjang belaka. sebutir-sebutir bacaan dibacakan. saya sendiri beberapa kali melayang-layang fikirannya menunggu surah habis dibaca. ^_^alangkah bestnya jika saya memahami bacaan tersebut!

di pagi 20 Sept'09, saya, bella dan insyirah menunaikan ibadah sunat di pagi raya itu dengan sedikit pilu di hati. bonda di rumah terlebih-lebih pilunya. rancangan untuk beraya di johor, menemui atuk, adik-beradiknya, cucu-cucunya tidak kesampaian. terkilan benar dia. sungguh, Allah sebaik-baik perancang. Walau pelbagai yang kita rancang, kita atur, jika Dia tidak izinkan, maka Dia jugalah yang Maha mengetahui apa yang manusia tidak ketahui.. hanya sms raya memenuhi handset mohon maaf dan ucapan selamat atas keberjayaan di bulan ramadhan. huh, ramadhan yang banyak memuhasabahkan.

tahun ini, sudah tiga tahun kami beraya tanpa abah. kadang-kadang cemburu juga melihat orang lain yang ada ayah untuk bersalaman, berkasih sayang, bermaafan di pagi raya. huh, baru tiga tahun. ramai lagi sebenarnya yang punya tempoh lebih dari itu. tempoh yang punya kisah pelbagai suka duka sebelumnya. [harusku bina tembok tabah seperti kisah-kisah tabah itu]. memori bersamanya tidak padam. cuma sering sahaja tidak terkeluar cerita tentangnya agar rawan hati ini tidak sirna di penglihatan.

ya, seperti title: hanya di rawang, syawal ini kami hanya beraya di rawang. selepas ziarah kubur, kami ke rumah kenalan bonda sebelum ke rumah adik abah. singgah yang menemukan saya dengan aizat yang terlantar sejak beberapa bulan lepas. kesan kemo merawat leukimia + paru-paru berairnya. [Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakitnya..] dia hanya 12 tahun! namun, sejak pulang dari hospital ampang tempoh hari, saya melihat sedikit cahaya dan harapan hidup di sisinya. harusku sangat2 bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dimiliki ini.

ekspidisi raya kami 1 syawal diteruskan dengan ziarah ke rumah beberapa kenalan bonda dan bella. saya yang menjadi insan terpencil masih melihat-lihat sesiapa yang boleh dibuat teman di sini. kenalan bonda + bella, itulah kenalan saya walau tidak semua saya kenal ^_~ keterbatasan waktu dan aktiviti saya di sini sejak kami berpindah di sini, membataskan perkenalan saya dengan masyarakat setempat. mujur ada saudara mara yang tinggal di kawasan ini.

berapa duit raya kamu dapat? bagai nak tergelak untuk menyambut huluran duit raya dari insan-insan pemurah yang menghulur. "dah besar pun dapat?" ^_^
alhamdulillah. walau tak banyak, but it's better then nothing, right? ya, next year, dah kena prepare pula untuk menjadi penghulur kepada yang lain.

apabila dalam kepala tiada list rumah untuk diziarah dalam masa seminggu ni, selain dari menjadi 'mak turut' kepada bonda dan bella, raya kedua saya hanya sekitar dalam rumah. the main is TV! huh, musuh alam jagat yang telah lama tak ditatap! pelbagai rancangan dihidangkan sempena raya ni. untung ada OASIS. tidaklah lagha semata. c",) ops, saya tidak lupa untuk membantu bonda di dapur. cuma, raya kali ini saya perlu lebih berpada-pada kerana tounsil saya aktif. jenuh menelan woods dan air asam jawa. naik cuti ni mesti nak pergi PK [pusat kesihatan]. serik dengan kenangan bertounsil waktu SPM dulu. 3 hari tidak boleh bangun. mujur waktu itu selang paper agak jauh. tidak bisa lupa dengan omel en.doktor yang merawat ketika itu.

malam pula menerima tetamu keluarga besar abah yang dari KL dan JB. meriah rumah terasa mendengar pelbagai celoteh mereka. itu baru sebahgian. jika semua berkumpul, saya pasti gagal cam semua sepupu saya. bila semua membesar, rupa dan nama pun bertukar. huhu. bella pun semakin besar dan matang. hingga ada yang confuse siapa kakak antara kami. tidak dinafikan, sikap saya yang low profile dan pendiam berbanding dia, menyebabkan dia lebih menyerlah. [saya tidak kisah -_^]

esok, saya merancang untuk beraya di sg.choh. rumah aisyah yang saya kenal waktu perkasa tempoh hari. ada juga akhirnya akhawat yang tinggal di sini yang saya kenal. walau bertemunya baru sekali, bulan kenalnya boleh dibilang jari, namun ada keserasian yang kami cuba temukan. jika saya ada kenderaan dan kesempatan, mahu sahaja saya beraya di rumah kenalan lain yang menetap di daerah lain.

panjang pula coretan kali ini. al-maklum menumpang pc orang. laptop sendiri membuat hal. huhu. moga coretan yang dicoret tidak menimbul ria' dan fitnah kepada manusia. Allahualam

1 comment:

cahayakebahagiaan said...

selamat hari raya..
maaf zahir dan batin