Tuesday, September 1, 2009

malam ke 11

Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun”
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
selepas zuhur:
"Kakak, harini kita berbuka makaroni nak? lauk dah habis."
->'ok.jom beli barang, nanti akak tengok apa yang tak ada'
"ok.best!''
memandang kepada teman semasak, dia macam nak kata sesuatu.
=> "nasi masak tak harini?"
oklah.boleh juga. lagi nak buat apa?
=> "lama tak makan sardin.."
ok, itu maknanya dia nak masak sardin.kesian pula kat orang yang tak biasa tak makan nasi..[omel sama hati]
selepas asar:
agenda bermula.
potong sayur, tomato, bawang,kentang..
yay,kentang nak lebih untuk inti karipap.
"tang..ting..tung.."
kakak masak makaroni, teman semasak masak nasi dan sardin, saya? karipap made ^_^
kemudian datang kak yong dengan buah tangan dari Jordan.
kemudian adik balik dengan kawan beserta plastik-plastik dari bazar
kemudian masing-masing mengeluarkan makanan tambahan masing-masing..
azan maghrib:
MasyaAllah, meriahnya berbuka..
awalnya tiada apa je.
rezeki berbuka.
mixed makanan Barat + jordan + kerabu + pelbagai buah
semua ada.
Alhamdulillah..
tazkirah terawih di surau:
ustaz menghidangkan tazkirah tentang pesta ibadah. sekarang dah masuk fasa ke-2 ramadhan.
sedikit tips membaca al-Quran ->
khatam al-Quran = 604 ms[muka surat ikut resam uthmani] / 364 hari
= 1.66 ms
hanya 1 muka lebih setiap hari untuk khatam setahun. easy kan? ^_^
kalau nak khatam sebulan?[boleh kira sendiri]
*balik terawih,sambung moreh dan buat karipap..semakin baik dengan kakak

No comments: