Wednesday, December 23, 2009

.:ikhlas buat diri dan sahabat:.

pertemuan malam kelmarin yang menyaksikan saya dan sahabat-sahabat berkumpul sekali lagi untuk kami muhasabah kembali diri dan amanah-amanah kami. sahabat-sahabat yang berwajah suci dan murni yang insyaAllah menginfakkan diri masing-masing untuk membawa serta menegakkan Islam di mana sahaja mereka berada. sahabat-sahabat yang walau kekadang ada perkara kami selisihkan, namun mudah juga kami saling memaafkan. sahabat-sahabat yang pada saya lebih akrab dan fahami saya berbanding keluarga saya sendiri. sahabat-sahabat yang telah kami sama-sama ikrarkan dalam rabitah hati kami.
InsyaAllah, selepas ini, walau bukan sepanjang masa kami bersama, walau bukan dalam semua pertemuan saya akan bersama mereka, walau banyak perkara berlaku ke atas kebelakangan ni saya tidak kongsikan dengan mereka, namun mereka akan sentiasa dekat di hati dan mata saya.
saya akui segala kelemahan saya yang masih perlu saya baiki, saya akui segala kelebihan dan kebaikan mereka yang terserlah yang perlu saya teladani.




walau saya tidak pasti sebenar-benarnya apa yang saya akan tempuh lagi di masa hadapan, namun saya perlu tempuh juga. cabaran, dugaan, jatuh, bangun yang saya cuba luruskan niat untuk tsabatkan diri mendamba keredhaan Allah semata, moga dikekalkan dalam diri sampai bila-bila. keinginan saya dan sahabat-sahabat untuk melakukan pengislahan kepada diri dan kawan-kawan, moga dituliskan sebagai ibadah yang berterusan di mizanNya. segala kata-kata, tindakan dan telaah kami atas buku-buku fikrah, moga menjadikan kami insan bermanfaat kepada masyarakat kelak. pengorbanan masa, duit dan tenaga bermati-matian kami moga menjadi bukti keikhlasan kerja kami apabila ditanya kelak.





sahabat,
bina pasukan berkumpulan, diri perlu belajar untuk meningkatkan kesabaran, keterbukaan dan berlapang dada.

Sabda baginda s.a.w :

Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

sahabat-sahabat,
ayuh tajamkan minda dan fikrah dengan menyiasat fitnah dan kesusahan yang mungkin bakal kita tempuh dengan membedah 'bahtera penyelamat kehidupan', kita dalami teknik mendekati dan memahami insan-insan istimewa dalam 'bagaimana menyentuh hati' setelah kita fahami hakikat diri kita dalam 'apa makna saya menganut Islam'...

No comments: