Sunday, February 21, 2010

.:kisah kasih istiqamah:.

kelmarin saya, kakak dan teman berkesempatan mengikut diskusi pengalaman yang menarik.
~dari kampus ke masyarakat~
bertemu dengan tiga figur dakwah yang saya sanjungi, membuat diri ingin menjadi seperti mereka. bahkan lebih baik dan cemerlang lagi!
kisah dari zaman kemahasiswaan yang penuh kisah yang berbeza, seterusnya diintrepertasikan dalam penerusan selepas tamat zamat belajar. mereka bahkan turun padang bersama masyarakat beraktiviti dan memahami kehendak serta masalah setempat.
namun, setiap bait kata dan titipan pengalaman yang dikongsi, walau mampu saya tulis di kertas nota, tak terjemah di entri ini. seolah-olah lingkaran pengalaman itu bermain di minda dan selari dengan apa yang saya lalui dalam kehidupan nyata kini.
adakah perlu saya kongsikan identiti dan butir aktivis-aktivis mereka??

'Islam datang untuk membebaskan manusia daripada kegelapan..'

saya juga cuba menyelami setiap tempoh masa yang figur-figur itu lalui.
benar, jika kita menghadami Al-Quran beserta terjemahan, kajian ke atas buku-buku hadith, seerah bahkan sejarah Islam, insyaAllah kecintaan dan pemahaman kita kepada Islam akan semakin akrab.
semakin kita hadam dengan semua itu, kita sepatutnya lebih-lebih termotivasi untuk membawa dan menegakkan Islam dalam diri dan negara kita.
Pesan al-imam Hassan al-Banna:-
"Orang yang terkemudian datang ibarat yang berada di atas bahuku. kepalanya lebih tinggi dari kepalaku lantaran dia berada di atas bahuku ini. Dia sepatutnya mempunyai pandangan yang lebih jauh daripadaku..."

dalam suatu liqa beberapa semester lepas, seorang sister yang hamil dengan penyakit TB yang semakin mengecilkan ruang peparu nafasannya menyampaikan hujah yang sangat mendalam:-
'jika kita mati esok, apakah jasa kita yang pasti untuk Islam?'
-_- [agak berat dada dan basah mata bila mengenang kisah ini..]

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : ” Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ‘ Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.’ “
[HR Muslim]

`Ya muqallibal qulub, thabbit qulubana a`la deenik`

*boleh jamin saya istiqamah update blog dengan input berfaedah paling lama sekali seminggu? sesungguhnya Dia penilai terbaik dari sekecil-kecil usaha istiqamah saya..

No comments: