Saturday, April 25, 2009

uhibbukifillah....

Masing-masing nampaknya meletakkan ’batang mancis’ di mata usai doa mathurat di’amin’ berjemaah. Mana tidaknya, malam tadi masing-masing sibuk membuat latihan untuk agenda yang lebih besar esok.
’jom cover RS [Riadus Salihin]? Ukht bawa eh’.
‘hah..’, serta mata batang mancis yang mengekang mata terpelanting akibat kejutan yang diterima. ^_^
Itulah antara ubat penyegar mata untuk insan-insan yang mahukan kesegaran di dinihari yang acapkali dipraktikkan di daerah ini.. -_-
‘ kami berlindung dari syaitan yang direjam, kami mulai dengan namaMu yang maha pengasih lagi maha penyayang..’
……………………………………………………………………………………….
Dalam pasal ‘KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH DAN MENGANJURKAN SERTA MEMBERITAHU KEPADA ALLAH,DAN ORANG YANG DICINTAI KERANA ALLAH...’, kami ungkai dengan ringkas susunan Imam Nawawi mengenai tajuk ini dalam kitab “Riadhus Salihin”

”Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka...” [Al- Fath:29]

Dalam sebuah hadis baginda menerangkan: “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman: (1) Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya berbanding selain kedua-duanya, (2) Bahawasanya dia mencintai seseorang, tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah dan (3) Bahawasanya dia membenci seandainya dia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka.” [Shahih al-Bukhari, no: 6941]

Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.
Hadis yang bemaksud:
“Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata “aku ini takut kepada Allah”, seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya”
( muttafaqun alaihi)
Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???
dan kriteria hadis ini bukan tertakluk kepada lelaki sahaja, malah turut sesuai digunapakai untuk golongan perempuan. Penggunaan perkataan lelaki bukanlah bermakna ia ditujukan kepada lelaki sahaja, tetapi ia mewakili juga perempuan dan lelaki, kecil atau besar, muda mahupun tua. ^_^
Marilah kita sama-sama renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.”

[Seperti mana tagline ukht. A, ”berkasih sayang kerana Allah”. ^_*]
Namun, bisikan-bisikan syaitan yang mengalir dalam darah kita takkan putus asa meniup kata-kata nista bagi insan-insan yang ingin melakukan kebaikan dengan banyak sekali. Oleh itu, kita dituntut untuk perbanyakkan istighfar, husnu’dzan kepada sahabat-sahabat kita dengan sabar sekali.

Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :
1) Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.
2) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
3) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
4) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.
5) Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
6) Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.
...................................................................................................................................................................
Jazakumullah ukht A dan my kembar [yang sama tapi tak serupa dan sepadan..] kerana dengan ringan hati menyediakan sarapan yang enak untuk kami. ^-^
Juga kerna perkongsian yang sangat bermakna. Mulakan hari anda dengan ISLAM ^_*

6 comments:

Abul Umayr Asrul Azmi said...

Ukht...ni liqa usrah ke? Menarik sangat kalau bincang hadis dalam liqa...satu kenikmatan!

ismi far_za said...

xla..
liqa tazkirah after mathurat..
biasanya mmg cover Riyadus solihin pagi2..

hamba ABDI said...

kuang2.. mcm tau je sape yg kena bentang tu.. hehehee..

macam tau jugak tag line sape tu..

dannnn... mcm tau jugak sape yg masak menu pagi tu: nasi goreng+cucur bawang+hot dog.. wauu..!!

selepas dari hari itu, sume org makin suka cakap "I LOVE U".. kalau sayang kan sahabat kena bgtau kan..hehehe..

love U Leza..sama sepadan tapi tak serupa.. Liza VS Leza

cahayakebahagiaan said...

Demi Allah,kamu mencintai ana kerana Allah?[macam biasa tak dengar ayat tue?]..hehe

oh...rasa macam nasi goreng ari tue kurang masin jer kan..hehe..dan cucur yang punya cantik rupanya

jazakillah atas perkongsian

Abul Umayr Asrul Azmi said...

Dari hadis sehinggalah makan2...Benar la teori mengatakan Progtam tarbiyah berKOLERASI dengan prgram makan2...ermm...hehe

ismi far_za said...

macam2la korang ni..
to liza->> Liza VS Leza... i like that word ^_^
TO ck->> just nice je rasanya.. lain kali leh masak macam2 lagi ^_*