Tuesday, February 24, 2009

"sahaja aku masak lillah taala.."

dahulu, sayalah perempuan pertama yang akan lari dari dapur apabila nenek saya nak memasak.[macamlah ramai cucu perempuannya!cucu perempuan pertama la kot..] saya sangat alergik dengan suaranya di dapur. sepatah kata bonda, muncung boleh sangkut plastik ikan! nenek suka sangat kata saya tak pandai masak. walhal saya baru belasan tahun kot! saya sedar, perempuan memang kena masak. tetapi saya rasa jika waktu itu dia menggunakan ayat yang lebih dekat dengan saya, saya pasti lebih menghargainya. bukan susah pun. yakin tak yakin je nak letak apa. bonda pun relaks sahaja.dia tahu anak dia boleh pandai juga masak suatu hari nanti. tak perlulah nak desak sangat.. bonda sendiri dilatih dari kecil membuat kemasan rumah bergilir-gilir dengan adik-adiknya. pembahagian tugas dengan teratur.
hari itu, masa bonda jatuh sakit, saya terkial-kial nak masak apa untuk dimakannya. bahan ada, minyak ada, dapur gas ada, resepinya je tak ada! huhu. nak tanya adik saya, macam saya bercakap dengan diri saya di depan cermin. kata abah, "masak je lah, macam tak kenal..." alhamdulillah, mendapat keluarga yang tak kisah.[tak cerewet tentang makan makanan ni]. hmm, ada lah terkurang rasa, terlebih at some part. sangat merindui kenangan itu.. T_T
tetapi bukan selamanya suasana menyenangkan itu akan menyenangkan kita. semenjak hidup lebih berdikari ini, pelbagai kerenah yang di luar suasana menyenangkan saya, saya temui. pernah sangat terkedu apabila KAKAK acapkali membetulkan masakan saya mengikut citarasanya. betapa saya bersyukur mempunyai bonda seperti bonda saya. hikmahnya kata-katanya membetulkan rasa. kalau tak suka pun, senyap je. T_T
hari ini, saya kena masak seorang! someone sedang memprotes dengan saya! sampai hati... yelah, siapalah saya ni.
"sahaja aku masak lillah taala.."
masak nasi, keluarkan ikan dan sayur-sayuran dari peti ais, kupas bawang putih bawang merah, potong sayur-sayuran tadi seadanya and start thinking...
"nak masak apa ni...." -_^
tenanglah wahai diri..
tawakkal ilallah...
gorengkan ikan. kemudian masukkan cili boh beserta bawang putih bawang merah ke kuali untuk ditumis. setelah meletakkan bahan perasa secukupnya, campurkan ikan tadi ke dalam kuali. jeng3x. ikan masak merah.huhu
lepas tumis bawang, cili n ikan bilis, saya memutuskan untuk memasukkan sayur-sayuran yang siap dipotong tadi beserta tumisan di periuk. gaul punya gaul, campur punya campur, kan dah masak.huhu.
its not that hard!
wallah, dah siap..
nekad2x. timba ilmu lagi dengan bonda.[jika bonda masak tak sedap, bagaimanakah saya boleh menjadi seperti saiz ini? ^_^]
* mesti jadi orang pertama volunteer bantu nenek dan bonda memasak!

1 comment:

cahayakebahagiaan said...

salam..nampaknya kene datang ds..bila leza masak..eheh