Saturday, April 24, 2010

.:akan cemburukah:.

Akan cemburukah bidadari syurga kepadaku?
diriku bukanlah khadijah
yang begitu sempurna peribadinya
agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah,
diperjuangkan hartanya fisabilillah

bukan pula Aisya Humaira
isteri yang bijak bistari lagi faqihah,
srikandi Islam yang teguh keimanannya.
ummul mukminin gelaran ternama
peniup semangat suami tercinta

bukan juga penghulu wanita di syurga
puteri Rasulullah Siti Fatimah
akur setiap perintah suami juga ayah
harta duniawi tidak dipeduli,
tak pernah dipinta, dituntut jauh sekali

bukan pula hajar
yang begitu setia dalam sengsara
yang pengharapannya hanya pada Allah
ditinggal suami akur tanpa bantah
saat ujian datang menimpa
ketabahan diuji kali kedua
Anak kesayangan hendak disembelih bapanya

bukan pula khaulah
Wanita bistari lagi berani
berhadapan Rasulullah meminta fatwa
doanya di dengari Allah langit ke tujuh
begitu besar perhatian Allah tertumpu padanya
pabila turun wahyu surah Al-Mujadalah

bukan pula Asma
Puteri kesayangan Abu Bakr
Wanita pemurah Dzatun Nithaqin
Hijrah pertama menyaksikan pengorbanannya
Tak pernah bosan mendoakan anaknya
Darinya lahir generasi berkualiti
Siap berjuang membela syahadah


Akan cemburukah bidadari syurga kepadaku?
diriku hanya seorang muslimat yang biasa,malah terlalu biasa...
wanita akhir zaman yang berusaha untuk menjadi solehah
menjana kecemerlangan ummah dengan mata pena
Yang pasti....
Aku Bukan Perempuan Melayu Terakhir.... .

UMMU AIMAN
23 Apr 2010/0045 am

* copied from emel..

Friday, April 23, 2010

.:Naik turun kehidupan:.

"adik-adik, cuba lukis 3 graf. satu yang ada garis melintang, satu lagi yang 45 darjah, last sekali yang naik turun macam tangga.. "
"pastu?"
"hmm... inilah ibarat iman kita. graf yang bergaris melintang itu iman para malaikat. maintain sama je levelnya. graf kedua tu iman para rasul, sentiasa meningkat. dan graf ketiga itulah iman manusia. ada masa naik, ada masa turun. tapi yang penting, setiap kali iman dia jatuh, dia kena naik semula. kalau jatuh lagi pun,dia kena naik semula, bahkan kena lebih tinggi dari sebelum tu.."
terima kasih Allah dan sister yang pernah mengajarkan lukisan iman ini buat pertama kali beberapa waktu dahulu. mengikhlaskan hati dalam liqa' yang masih kejar-kejaran itu, lebih saya ingat dari liqa'-liqa' lain.

ye, iman manusia ada pasang surutnya. begitu juga iman saya, iman seorang manusia, yang DIA kurnia lengkap punya pelbagai rasa dan rahsia. kecewa, duka, menangis, merintih, murung, bahkan merasa lapang, lega, tersenyum, gembira, rindu dan bersemangat. adakalanya juga sinis, nakal dan degil. alhamdulillah atas kurniaanNya, masih memberi saya ruang dan peluang untuk terus menikmati pelbagai rasa ini. alhamdulillah juga atas bantuan-bantuan yang tak dijangka.

menjadi pengembara sebuah perjalanan, saya mohon sangat berikan aku kekuatan agar terus menjadi pejuang kebenaran, agar bingkisan hati ini sentiasa teguh melalui derap perjuangan walau hidup ini tidak seindah yang disangka kerana Kerana Aku TelaH Memilih JalanNYA...

"saya tak apa-apa.."

walau banyak masa saya rasa itu ayat paling 'plastik' untuk saya, namun mungkin itu juga ayat paling bagus untuk melatih diri bersyukur dan tidak melampaui batas. benar kata sahabat, pengakhiran pengajian merupakan permulaan yang lebih mencabar. penyelesaian suatu masalah menanti permulaan ujian lain yang semakin berbeza jumlah pahala dan bentuk ujiannya.
[rebah tersungkur, bangkit semula wahai diri. cahaya indah yang bahagia menanti di hadapan walau sakit pasti terasa].

"berkawan baik dengan k.e.s.e.r.a.b.u.t.a.n? "

menjadi daie, pekerja, anak, kakak, naqibah, ahli organisasi, ahli masyarakat dsb, pengurusan stress dan masa saya memang agak kucar kacir.
benar juga kata ukht, ia perlu diurus dengan baik agar tidak terbawa-bawa ke merata tempat. tarbiyah dzatiyah. oh, daie bukan robot, juga tidak kebal. mengesakan DIA dalam segala hal, tulus hati saya sering dijentik lalu membasahkan mata yang tajam. namun, ia tidak bermakna saya perlu dan akan meninggalkan semua ini. InsyaAllah saya akan cuba dan mencuba untuk terus bertahan. siapakah saya tanpaNya? cuma mungkin ada masanya saya perlu khidmat nasihat, sentakan ataupun ruang untuk bersendiri memuhasabahkan kekerdilan diri.

"lepas ni nak buat apa?"

soalan yang saya tidak punya jawapan yang pasti. walau sangat berderet senarai kerja dan tindakan dalam minda ini, hanya DIA juga yang meluluskan perancangan yang terbaik. tidak berani janji. namun, perlu untuk meneruskan pekerjaan dengan tabah dan lebih diplomasi, juga menguruskan kestabilan emosi dan kesihatan dengan penjagaan pemakanan dan senaman. istiqamah,insyaAllah.

Monday, April 19, 2010

.:kenapa susah sangat?:.

"mak, kenapa hidup ni susah sangat?"

keluh seorang anak gadis kepada ibunya ketika 'dating' mereka di restoran lewat malam itu. si ibu hanya memandang seribu makna tersirat kepada anak gadis sulungnya itu. mungkin gusar berbicara takut anaknya menjauh hati, bahkan diketahui kerisauan tidak bertepi apa yang anaknya sedang hadapi. meronta hati si anak minta pencerahan, berair kelopak mata menahan rasa, dibiarkan sahaja menambah kematangan.
terbayang kenangan tika si ibu bercerita buat si anak mengantuk beberapa waktu lalu. kisah si lobak, kopi dan telur. [layan di SINI]


nak beritahu, hidup ini penuuuh cabaran, dugaan dan rintangan..
si murabbi kata, hidup ini kena ada sabran 'ala sabr...
diri kata, hidup ini Allah tidak jadikan sia-sia...
hati kata, hidup ini memang .......!
T_T



-_- oh,speechless..