Sunday, January 4, 2009
dari Malaysia ke Gaza
Maafkan aku wahai anak-anak Gaza.
Jari jari kerdil ini hanya ada sepuluh sahaja.
Maafkan aku yang bersendiri Malaysia.
10 jari ini hanya mampu aku tekan "C E A S E - F I R E" untuk jumpa foto foto penuh luka.
9 jari ini hanya mampu aku belai pada huruf huruf "P A L E S T I N E" untuk sampai pada suatu daerah penuh trauma.
8 jari ini hanya mampu bertari sayu pada "B A A L U S H A" untuk meratapi kesyahduan satu keluarga.
7 jari ini hanya mampu berpencak tubi "I S R A E L I" untuk berbalas jeling suatu bangsa yang durjana.
6 jari ini hanya mampu aku hentam pada "Q A S S A M" untuk aku berkenalan dengan roket homemade Palestina.
5 jari ini hanya mampu aku Google "H A M A S" untuk bertanya khabar para pencinta syuhada.
4 jari ini hanya mampu aku Yahoo! "G A Z A" untuk satu pakej pelancongan ke bumi ekploitasi Amerika.
3 jari ini hanya mampu terjah pada "F 1 5" untuk aku baling batu pada setan udara.
2 jari ini hanya mampu aku jentik "U S" agar dapat aku buka topeng pendusta bangsa.
1 jari ini hanya mampu aku tekan butang "ENTER" untuk aku sampai pada semua.
Maafkan aku anak anak Palestina.
Jari jari ini tidak berkuasa.
Tapi punya hati yang sentiasa berdoa.
Kerana jari jari ini hanyalah hamba.
Salam penuh kasih sayang untuk anak anak Palestine di Gaza..
~ saya menemui puisi ini dalam emel yang dihantar oleh seorang teman. walau ini hasil idenya sendiri,tapi saya turut tumpang merasa kasih atas hidupan saudara saya disana. bukankah semua mukmin itu bersaudara..
Ya Allah,selamatkanlah saudara-saudaraku di palestin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment