Saturday, April 25, 2009

uhibbukifillah....

Masing-masing nampaknya meletakkan ’batang mancis’ di mata usai doa mathurat di’amin’ berjemaah. Mana tidaknya, malam tadi masing-masing sibuk membuat latihan untuk agenda yang lebih besar esok.
’jom cover RS [Riadus Salihin]? Ukht bawa eh’.
‘hah..’, serta mata batang mancis yang mengekang mata terpelanting akibat kejutan yang diterima. ^_^
Itulah antara ubat penyegar mata untuk insan-insan yang mahukan kesegaran di dinihari yang acapkali dipraktikkan di daerah ini.. -_-
‘ kami berlindung dari syaitan yang direjam, kami mulai dengan namaMu yang maha pengasih lagi maha penyayang..’
……………………………………………………………………………………….
Dalam pasal ‘KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH DAN MENGANJURKAN SERTA MEMBERITAHU KEPADA ALLAH,DAN ORANG YANG DICINTAI KERANA ALLAH...’, kami ungkai dengan ringkas susunan Imam Nawawi mengenai tajuk ini dalam kitab “Riadhus Salihin”

”Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka...” [Al- Fath:29]

Dalam sebuah hadis baginda menerangkan: “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman: (1) Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya berbanding selain kedua-duanya, (2) Bahawasanya dia mencintai seseorang, tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah dan (3) Bahawasanya dia membenci seandainya dia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka.” [Shahih al-Bukhari, no: 6941]

Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.
Hadis yang bemaksud:
“Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata “aku ini takut kepada Allah”, seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya”
( muttafaqun alaihi)
Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???
dan kriteria hadis ini bukan tertakluk kepada lelaki sahaja, malah turut sesuai digunapakai untuk golongan perempuan. Penggunaan perkataan lelaki bukanlah bermakna ia ditujukan kepada lelaki sahaja, tetapi ia mewakili juga perempuan dan lelaki, kecil atau besar, muda mahupun tua. ^_^
Marilah kita sama-sama renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.”

[Seperti mana tagline ukht. A, ”berkasih sayang kerana Allah”. ^_*]
Namun, bisikan-bisikan syaitan yang mengalir dalam darah kita takkan putus asa meniup kata-kata nista bagi insan-insan yang ingin melakukan kebaikan dengan banyak sekali. Oleh itu, kita dituntut untuk perbanyakkan istighfar, husnu’dzan kepada sahabat-sahabat kita dengan sabar sekali.

Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :
1) Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.
2) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
3) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
4) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.
5) Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
6) Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.
...................................................................................................................................................................
Jazakumullah ukht A dan my kembar [yang sama tapi tak serupa dan sepadan..] kerana dengan ringan hati menyediakan sarapan yang enak untuk kami. ^-^
Juga kerna perkongsian yang sangat bermakna. Mulakan hari anda dengan ISLAM ^_*

Thursday, April 23, 2009

Di balik pintu-pintu itu...

Di balik pintu-pintu itu,

Tersembunyi pelbagai rahsia,

Merungkai segala emosi,

Suka duka,

Pengajaran,

Jua tekanan...


Lewat dua semester lepas,

Aku menjadi tamu di satu antara pintu-pintu itu,

Antara teguh dengan gugah kaki melangkah,

Mengetuk pintu yang terkuak,

Mempamir muka yang menyinga..


Pedih kata-kata mengguncah hati disembunyi,

Dengan harapan ia mengerti,

Namun ia tidak juga mengerti,

Atau sekadar menyembunyi rasa simpati,

Lantaran rasa prihatin yang meninggi kokoh..


Ku mencari erti keibuan dalam wajahnya,

Ketinggian ilmu meniti masa,

Dalam sinis kata-kata,

Membawa seribu makna...


Berlalu beberapa waktu,

Pintu itu kukuak lagi,

Bukan menjadi tamu yang dipandang sepi,

Tetapi untuk rujukan tugasan yang diberi..


Seuntai kata untuk dirasa,

Lantaran menjadi muhasabah kita bersama,

Walau pertemuan itu hanya seketika,

Lantaran rujukan yang sedikit berbeza,

Mampuku ubah tanggapanku padanya,

Ku temui halus dalam bicaranya...


Di pintu-pintu lain,

Pernah juga kutemui jalan mudah

Sekali diminta, tercengang muka

Dek kemurahan yang melimpah

Dan manis tutur berbicara...


Maha Besar Dia yang menjadikan segala hal,

Yang menyulitkan keadaan,

Juga yang memudahkan segala urusan,

Istighfar, istighfar, istighfar,

Moga menjadi menghapus dosa,

Meneguh iman,menyeri jiwa...


Betapa lemah diri melangkah,

Kadang terjatuh harus bangun,

Kadang gagal harus kuubah

Kadang mazmumah perlu dibuang..


pintu-pintu itu,

akan kutinggal lagi beberapa tika,

tinggal untuk menyahut cabaran yang lain,

sementara akan datang juga lagi yang lain sepertiku,

mengetuk kuak pintu-pintu itu,

melalui segala rasa itu....


Thursday, April 16, 2009

salam imtihan...



salam imtihan!!
usaha hari ini, kejayaan hari esok..

Friday, April 3, 2009

me & dapur..

Di pasar...

”mahu beli sayur apa ye?asyik kubis, bayam, brokoli, labu.. sesekali makan lain-lain sedap juga..”

Ngomelku sorang-sorang memandangkan teman ke pasarku pergi kemudian. Cadangnya nak merasa masak kacang botol goreng, tetapi sayur tu tidak ada pula kat situ.

”mahu beli apa ya ni??”

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Rupa-rupanya tidak mudah untuk seorang perempuan [yang menjalankan tanggunjawab berada di dapur] membuat pilihan membeli barang dapur. Dimaklumkan orang perempuan ni terkenal dengan ke’lama’an [sesuai ke istilah tersebut?] berada di pasar atau shopping complex. Diingatkan juga kepada kalian untuk membuat mini baget kewangan dan limit masa agar pembelian tersebut adalah terkawal dan berfokus.

Sebagai contoh:

Duit dapur: rm50/4 hari

Keperluan dapur: sayur

Ikan/ telur

Bawang

Cili atau lada

Kicap

Bahan-bahan masakan yang telah habis di dapur

Limit masa: maksimum 30 minit [nak lauk segar, pergi awal pagi]- kalau sempatlah

Tempat: kedai runcit atau pasar berhampiran [jika terasa ingin pergi pasar yang jauh, digalakkan belian secara borong pada hujung minggu]

Bilangan yang membeli: adalah tidak digalakkan pergi satu keluarga [mengelakkan hilang fokus pembelian], namun boleh dipraktikkan sekali sekala untuk melatih mereka kelak

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di rumah

“akak, hari ini saya kubis bulat, labu dan peria. Ok tak?”

“erm, ok lah tu.”

Alhamdulillah, oleh kerana saya yang mengidam makan sayur peria [mengidam bukan untuk orang mengandung sahaja kan?], makanya saya jugalah yang akan memasaknya sayur tersebut. ^_^

Jika anda seorang yang tidak gemarkan peria kerana rasa pahitnya itu, bolehlah merendam sayur peria yang telah dipotong ke dalam bekas yang berisi air garam. InsyaAllah, pahitnya berkurangan…



* alamak k.yong, lupa nak tunjuk ikan sedap yang akak masak tu... lainkali plak

Wednesday, April 1, 2009

andai ku tahu..

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

------------------------------------------------------------------------------------------------

ya, andai saya tahu ia bila akan berlaku, saya takkan merepotkan keadaan bonda dan teman seh harini.. maaf ya

ya, istighfar banyak2, hanya bergantung dengan Allah yang memegang segala kunci ketenangan...

"call me back!"

aiyoo, bila si genit mengeluar arahan setelah panggilannya tidak berangkat. maaf juga kerana saya tidak tahu nombor siapa sesuai saya beri untuk bertanya tentang saya.

[could you just call Allah?] - pasti sakit kalau dia lepaskan ayunan buku tangan kepada saya ^_^

bonda, jangan risau ya. Allah bersama saya pastinya.. =D

[getar suara bonda tadi buatku makin serba salah.. ]

~tiba2 rasa boleh fluence bahasa jiran ni.. padahal x belajar pun ^_* ~

~terima kasih atas kata2 ini akak..~
muram tapi itu yang Allah redha lebih baik dari hari yang sangat ceria tapi Allah murka kan lebih malang...(",)