Monday, August 10, 2009

.:ahli baru:.

"Aslmkm.roza dah bersalin pukul 11 pagi tadi. berat 3.5 baby boy."
07-08-09, kelantan

mesej yang diterima dari kakak ipar itu mengganjarkan senyuman selebar mentari. kehadiran ahli baru selepas 6 hari lewat keluar daripada jangkaan doktor. Alhamdulillah semuanya sihat dan selamat. kehadiran ahli baru yang akan menambah lagi bilangan ahli keluarga saya. beza tarikh sebanyak 10 hari dengan mak uda pasti bila besar nanti kita raikan bersama. Selamat datang ke dalam keluarga dan dunia ini. saya semakin tidak sabar melihat anak-anak kecil ini membesar dan memeriahkan alam jagat ini ^_^
sepakat papa dan mama mu memilih nama Addil Arsyad, buah hati pengarang kalbu kedua selepas abangmu Azrul Asyraf membesar seusia 4 tahun. dan saya menjadi mak uda untuk kedua kalinya. pastinya saya akan menjadi mak uda paling penyayang untuk kalian -_~
insyirah a.k.a mak usu dan asyraf pada raya lepas

Selamat membesar dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Selamat juga kepada abang long dan kak long yang akan mencorakkan insan-insan comel bergelar anak kalian ini sebaiknya. mak uda dan bonda akan menanti dengan sabar kehadiran kalian mengunjungi kami di sini kelak.

* nak melawat kalian bulan ramadhan ni ^_^

Monday, July 27, 2009

.:honey weekend:.

sungguh, hujung minggu bersama kalian di kampung damai dan pantai nyaman itu sangat menghiburkan hati. tak jemu rasanya untuk melihat berulang kali kenangan waktu itu hingga tak kering gusi menonton aksi kalian. jangan tidak tahu kita semua ada bakat terpendam masing-masing. walaupun saya agak lewat untuk makan tengah hari dan me'nogel' ayam dengan kalian, tetapi aktiviti-aktiviti selepas itu sangat berharga. -_^
masih terbayang-bayang bau harum dan enaknya ayam organik yang dibarbequekan, liqa' hati ke hati, qiam dalam hujan yang dingin, pembongkaran identiti rahsia itu, dan games pantai yang saangat melucukan itu. benar kata ain, kita tidak akan pernah lupa kenangan games ini justeru kelawakan aksi dan kreativiti mengundang rakaman bersama. boleh jadi gambar itu juga dikongsi penglihatan dengan pemudi Korea yang berminat dengan aktiviti kita. ^_^

ya, walau kita pelbagai karektor, tetapi liqa itu menyaksikan kita saling berkongsi rasa yang sama, keinginan yang serupa. kerana kita telah memilih dan dipilih untuk berada di sini, membentuk diri seperti ini, dengan cara yang begini. harapan kita bersama, moga kelak kita lebih baik.memetik kata Hassan Al-Banna, 3 tunggak kekuatan sesuatu jemaah ialah kejelasan matlamat, ikatan ukhwah dan kasih sayang antara ahli dan kekuatan tentera dan jihad. dan nyata ukhwah itu kita tingkatkan di sini. saksikanlah bahawa diaman ini, ukhwah ini milik kita selamanya. kasih dan sayang buat antum kerana Allah taala -_^

ayam yang sangat mengiurkan...

jangan lupa buah-buahan dibawa pulang...

gegirl pun nak makan juga -_^

hadiah dari mosquito monitor ^_^

Wednesday, July 15, 2009

Allah sebaik-baik perancangan

semalam saya masuk bersama kalian dan akan keluar bersama kalian,
namun hari ini saya hanya mampu melihat kalian sahaja yang keluar.

semalam saya mengimpi mereka akan turut serta di diaman ini,
hari ini saya masih hanya mampu melihat mereka berulang dari diaman ini.

semalam saya memutuskan untuk berbuku dengan doktor lembut itu,
hari ini termaktub saya menyiap buku itu bersama profesor berwajah jernih itu.

semalam saya mengandaikan saya tidak serendah ini,
hari ini tetap saya kena hadapi hak itu yang perlu saya lunasi kini.

semalam saya mengandai milikan itu memudahkan kalian,
hari ini saya sedari ia juga jadi beban kalian.

semalam saya mengharap dia akan menjadi dirinya semula,
hari ini saya menyaksikan dia telah hilang kembali..

sungguh,
saya merancang pelbagai,
mengangankan segala-gala dari kalian,
namun Allah juga
sebaik-baik perancangan.

*saya masih di sini...