Thursday, April 1, 2010

.:muhasabah diri atas kasihNya:.

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Sesekali menikmati kejiwaan lagu seperti nyanyian edcoustic ini, bait liriknya terasa seperti begitu akrab dengan saya pada waktu ini. Memuhasabah diri untuk cinta pada pemilik yang sepatutnya, kadang kita lebih sering lupa dan tersasar dari landasan yang sepatutnya. Dan bagaimana menjadikan doa yang merupakan senjata orang mukmin itu sentiasa basah dalam ingatan dan amalan kita, merupakan satu bentuk latihan didikan diri yang begitu bermakna.

Setiap ujian juga merupakan tarbiyah [didikan] untuk setiap hambaNya. Tarbiyah dari Ilahi yang menandakan kasih sayang dari Ilahi, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang Maha Mengetahui dan Maha Adil. Ujian dariNya juga boleh jadi akan menimpa kita berulang-ulang kali sehingga kita akan tertanya-tanya mengapa ia berlaku dan berlaku lagi kepada diri kita..

Seorang sister yang pernah hadir menjadi murabbi mengatakan setiap ujian yang menimpa adalah untuk melihat bagaimana respon kita terhadap status ujian tersebut. Positif atau negatif yang bakal mendekatkan atau menjauhkan diri kita dari Rabb yang sebenar. Jika kita ditimpa derita sakit dari penyakit yang pernah kita hadapi dahulu, adakah masih sama rawatan dan kesabaran yang kita teladani? Masih samakah pemahaman diri mengenai nikmat Ilahi yang tidak pernah putus-putus? Dan bagaimana pula jika kita sering diuji dengan masalah kewangan, yang mungkin disebabkan oleh pengurusan kewangan diri yang tidak cekap, apakah kita masih akan meminjam dan meminta wang orang lain sepertimana kita lakukan sebelum ini? Atau masih samakah akhlak kita apabila kita dari dahulu hingga kini diuji dengan prasangka, teguran dan sindiran teman-teman?

Ayuh diri dan sahabat, kita panjatkan kesyukuran atas kesedaran kasih sayang dariNya kepada kita selagi hayat dikandung badan. Panjatkanlah juga rasa berterusan kehambaan kepadaNya dengan taubat dan istighfar yang berulangkali dalam aktiviti seharian kita, moga kita tidak pernah menjadi hambaNya yang melampaui batas dan merasai riak setelah mengecap banyaknya impian dan nikmat-nikmat dunia. Allahualam


Friday, March 19, 2010

.:dengan niat:.


Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.
[hadith sahih]

Ya Allah, janganlah Kau biarkan pada diri kami ini dosa, kecuali Kau telah ampuni akan dia, dan tiada kesusahan kecuali Kau leraikan, tiada yang berhutang kecuali Kau tolong langsaikan, tiada sakit kecuali Kau sembuhkan dia, dan tiada kesesakan kecuali Kau beri kesejahteraan akan dia, dan tiada orang sesat kecuali kau beri petunjuk akan dia, tiada orang yang susah kecuali Kau permudahkan dia, tiada orang fakir kecuali Kau beri kekayaan akan dia, dan tiada orang yang memohon kecuali kau tunaikan dia, dan tiada yang jauh, kecuali Kau hampirkan dia, dan tiada musuh kecuali Kau binasakan dia, tiada orang yang berjihad, kecuali kau penuhi kehendaknya, tiada orang yang bujang kecuali kau kahwinkan dia, tiada hajat daripada hajat-hajat dunia dan akhirat yang Kau redai padanya dan ada kebaikan bagi kami, kecuali kau tunaikan dia, dan permudahkan dia Wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
amin ya rabbal 'alamain..

Sunday, March 14, 2010

.:usah putus asa:.

..Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..


Entri ini merupakan entri yang ke 101 sejak awal penerbitan terbuka blog ini. Walau bagaimanapun entri ini telah delay beberapa hari daripada target update mingguan yang saya cuba istiqamahkan.


Sebenarnya banyak perkara yang boleh dikongsi dan telah dijadualkan untuk perkongsian bermakna di ruang sepi ini. Tetapi dalam masa yang sama, terlalu banyak perkara yang berlaku yang menghalang saya untuk memenuhi beberapa tuntutan selain tuntutan update di sini.Dan tak dinafikan juga, perkara-perkara yang banyak itu juga banyak mengganggu kestabilan fizikal,intelektual,emosi, spirit [P.I.E.S] saya.


Psikologi-psikologi kehidupan tersebut sangat menghimpit dan terasa ingin keluar dan jauh dari semua ini. bahkan diikutikan hati, melantakkan semua sisi manusiawi, mahu sahaja saya berbuat perkara-perkara yang bakal merugikan diri saya sendiri.


duhai ukhti,


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu [cubaan] sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan [bermacam-macam cubaan] sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : ’Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. [al-baqarah 2 :214]


Saya tidak mengimpikan semua di sekitar memahami saya apatah lagi memahami tulisan berbelit-belit di ruang sepi ini, justeru saya juga sukar berkongsi dan bercerita dengan semua orang. pantulan dari itu, bukankah dengan itu, saya juga harus menerima apabila orang lain sukar berkongsi dan bercerita kepada saya? [what you give,you get back!]



Tak tahu di sebalik duga dan duka

Ada hikmah yang disediakan olehNya

Jangan berputus asa bila ia menimpa

Redha dan pasrah itulah lumrah

Mahukah kita semua terus terjatuh

Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh

Bukanlah masa untuk kita mengeluh

Bukanlah waktu untuk asyik mengaduh

Dari itu jangan berpaling haluan

Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan

Masih banyak yang belum kita terokai

Di depan pasti bahagia menanti

Cubalah kau terus mencuba

Lupakan segala duka lara

Usah putus asa

Segala dugaan menimpa

Pastikan nanti ada hikmahnya

Usah putus asa

Putus asa bukan penyudahnya

Teruskan langkah serta berwaspada

Mungkin hari ini kita meniti duka

Esok harap menjadi milik kita semua

Tulisan ini hanya luahan hati

Bukan aku menagih belas simpati

Biar apapun di depan menanti

Sabar menerima ketentuan Ilahi

Kesilapan silam jadikan landasan

Hidup bukan seindah yang diimpikan

Terus melangkah jangan menoleh lagi

Segala yang diimpikan jadi pasti

[insyaAllah]

Cubalah kau terus mencuba

Lupakan segala duka lara

Usah putus asa

Segala dugaan menimpa

Pastikan nanti ada hikmahnya

Usah putus asa

Kita rentas bersama samudera

Layarkan bahtera harapan dan cita

Peganglah janji dari Ilahi

Jika kau usaha iakan pasti

Terus mendaki puncak yang tinggi

Gapailah mimpi lukisan hati

Cubalah engkau terus mencuba

Hingga kau tiba di puncak jaya

Ingatlah kita semua di dunia

Bukan milik kita, milik Yang Esa..