Bismillahirrahmannirrahim...
Cuba tengok sejarah penubuhan Inche Gabbana dengan sejarah penubuhan belog saya ini.
Yeay, sebaya.
.
.
.
Tetapi kemaintainan penulisan inche gabbana sudah mencecah beza beribu-ribu meter dari penulisan saya. Niat asal penulisan untuk mengkoreksi diri juga banyak masanya kurang berjaya diterangkan di sini.
Arakian kisahnya, laptop yang digunakan dan dibeli ketika masa di UKM dulu telah sukar mengenalpasti sistem saluran internet berhampirannya. Ditambah pula kesukaran untuk menekan butang hurufnya disebabkan kejadian-kejadian tidak selamat selama ia didalam penjagaan saya sebelum ini.
Hendak dihantar ke kedai, terasa nipisnya masa dan nilaian wang yang ada pada saya sekarang.
Dengan memandangkan keutamaan yang lebih utama, saya menahan dahulu penghantaran laptop tersebut buat seketika waktu.
Kini saya mendapat kerja sementara [kontrak 3 bulan] di unit perkhidmatan, bahagian sumber manusia, UPSI sehingga bulan Mac ini.
Di manakah saya selepas bulan tersebut?
Allahualam. Allah lebih mengetahui.
Kenapa saya mahu bertahan di sini?
Allah lebih memahami.
Ops, DIA sedang memanggil untuk seruan ke-dua.
[tak sempat pula nak coret kisah hampa dengan naqibah hari ini.-.-]
In syaa Allah akan cuba cari masa untuk mencoret lagi di lain kali.
Sekian.
Assalamualaikum...
[pray first! JOM!!]
cop, tajuk entri sebenarnya nak relate kan dengan planning ini sejarah kita pada hujung bulan ini..tapi lain pula isi kongsiannya.. Allahu Allah..
nanti update barulah.huhu
Monday, February 4, 2013
Sunday, February 3, 2013
.:SPI:.
Saidina Ali ada mengatakan:
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"
by then, kita kenalah menyusun gerak kerja kita.
that's all for today. cause post entry di office.
[masih pusing-pusing dengan pengenalan Sistem Pentadbiran Ikram. semalam baru dibriefing selama setengah hari untuk isu ini sahaja..mantop2]
Friday, January 25, 2013
.:Nikmat hari ini:.
.:Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, yg Maha Penyayang:.
2013
.
.
.
urm, dah hari ke-26 dalam 2013.
MasyaAllah, Dia masih memberi saya nikmat masa, ruang, iman dan Islam!
Straight-tarbiyah!!!
Sangat banyak nak dikongsi sebenarnya..
Nikmat bertahun baru dalam kesibukan diskusi ummat, berhujung-hujung minit untuk kepalai daurah + katibah, berseorangan menerima tarbiyah 'real and direct' dariNya. Sungguh bagai disuakan cokelat paling enak dalam pasaran bila peroleh peluang jaulah syuyukh ziarah tempat jatuhkenal tarbiyah ini. Disibukkan juga dengan pelancaran IKRAMSISWA, pertemuan semula jiwa-jiwa pekerja ilahi yang semakin membiak di tempat masing. Bahkan pulang terus mengurus riadah alam untuk esok harinya..
Pernah saya impikan semua ini?
Bahkan tak terjangkau impian dan pengetahuan saya apa yang diaturkanNya..
Walau ada minit yang saya melemah,
Walau ada saat saya sunyi merebah diri,
Dia masih teguh mendakap hati saya sekuat-kuatnya..
Dan hari ini,
Bersaksi taubat dan izzah yang disedut dari SH,
DIA mudahkan urusan saya mendekati adik2 kecik ini,
DIA lancarkan lidah dan minda saya menghadam senggang minit terdesak untuk menyampaikan nikmat dan betapa indah serinya Islam yang sebenar,
DIA lembutkan hati-hati kami menerima segala kebenaran sebagai kebenaran,
DIA dekatkan hati-hati kami mengakui kelemahan diri dan kelebihan Pencipta Ilahi..
Andai hari ini hari terakhir saya bernafas,
Sesungguhnya kalianlah yang saya sangat-sangat sayangi
Bahkan teringin sekali berjiran di syurga nanti.
Moga Allah teguhkan hati dan jadikan kita sebagai khalifah yang memenangkan agamaNya.

Subscribe to:
Posts (Atom)