Wednesday, May 19, 2010
.:bila kacamata telah tiada dimata:.
alkisah...
minggu lepas, saya singgah ke sebuah kedai optometri untuk check power mata saya kerana cermin mata yang dipakai dah kabur dan retak di tepi.
didapati mata saya makin rosak dan rabun.
hajat memang nak pakai frameless sahaja dan akan simpan spect sekarang sebagai back up spect baru nanti.
hampir setiap hari saya kena ketatkan skru tepi spect tu sebab dah longgar nak tercabut.
kelmarin, semasa sedang kerja, kanak-kanak tu suka sangat tarik spect tu dari muka ni.
tak lama kemudian, berderailah spect tersebut dari rangka asalnya..
penangan dari itu,
planning nak update banyak benda dan urusan tergendala.
petangnya pula hujan lebat. dan saya
bekerja
bermotor
dan berkehidupan
tanpa spect
tanpa pandangan yang jelas
tanpa kacamata di mata..
oh, nikmat melihat yang semakin berkurang...
-_-
hujung bulan baru boleh ambil tempahan.
*kawan kata spect ni merajuk saya buat baru.yelah2, lainkali saya simpan dulu spect yang dipakai sebelum g kedai optometri...
Tuesday, May 11, 2010
.:ilmu kepimpinan:.
Pada hujung minggu lepas, saya dan teman berpeluang berwacana mengenai ‘apa yang pemimpin muda patut tahu tentang ideologi Barat’. Peserta dihidangkan dengan asas sistem kepercayaan yang merangkumi hakikat kejadian alam, hakikat kejadian manusia, peranan manusia seterusnya kesudahannya dari pelbagai aspek falsafah pemikiran yang wujud. Penyampaian yang jelas dan meluas ini menggambarkan penguasaan ilmu yang dimiliki oleh penyampai.
Jika diteliti semula buah isi yang pernah ditulis oleh Fathi Yakan dalam ‘Golongan yang Tercicir’, beliau mengupas 8 sifat yang perlu ada pada pimpinan terdiri daripada:-
i. Mengenali dakwah
ii. Mengenali diri
iii. Mengambil berat tentang ahli
iv. Teladan yang baik
v. Mempunyai pandangan yang mantap
vi. Keazaman yang kuat
vii. Daya tarikan semulajadi
viii. Penuh yakin
Saturday, May 8, 2010
.:seperti sabarnya Nabi Ayub:.
nabi Allah yang menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya.
bagaimana ya jika kita ditempatnya?
paling tidak, dikurniakan secebis dari ujian-ujian berat itu?
kehilangan bukan semua, mungkin sekadar hilang teman dan pendapatan?
kesakitan bukan sehingga kudis yang menjijikkan, bahkan mungkin hanya sakit belakang atau lemah badan?
bertahankah kita dengan kesabaran?
menjejaskan atau tidak senarai aktiviti dan gerak kerja kita?
semakin penuhkah keyakinan kita kepadaNya?
masihkah kita mampu mencontohi Nabi Ayub yang masih teguh berdoa
“(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Al-Anbiya’: 83)
Tuesday, May 4, 2010
.:s.o.l.a.t:.
saban hari berdoa dan memohon ditsabatkan dengan kalimah Allah, dikongsikan satu rawatan yang boleh memelihara atau menjaga hati agar iman yang sejahtera ada pada diri kita.
firman Allah:
dan katakanlah: “ya tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yg benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yg benar dan berikanlah kepadaku dari sisi engkau kekuasaan yg menolong.” [al-isra':80]
Menurut Al-Hafiz Abi Abdullah Muhammad (1984: 283), solat boleh memadamkan api kemarahan, melembutkan hati yang keras, membentuk sifat pemaaf dan sifat tawadhu’. Ini bermakna, rawatan yang baik untuk hati dan iman ialah S.O.L.A.T..
Islam memerintahkan kita sebagai muslim untuk solat 5 waktu sehari semalam iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'. selain tuntutan solat 5 waktu tersebut, DIA juga sangat menggalakkan kita untuk solat tambahan a.k.a sunat. Antara solat sunat ialah solat tahajud, solat taubat dan solat dhuha. ganjaran pahala dari setiap amalan yang dilakukan, insyaAllah sangat berbaloi dan barakah dariNya sangat banyak dan manis untuk diungkap.
tidak kira betapa sibuk atau penat kita, kita perlu melakukannya. bukankah setiap dari kita sama dikurniakan waktu 24 jam sehari?