Tuesday, February 3, 2009

EN.lampu, miss jalan dan pn.kenderaan


ikuti perbualan miss Jalan,en. Lampu dan pn. Kenderaan:
Pn. kenderaan ; en.lampu, cepatlah hijau. awak tak nampak ke kami dah beratur panjang ni? ada antara kami nak kena pergi kelas, pergi jumpa adik2, saya pun ada program nak kena cepat ni..
en. lampu ; sabar.sabar. tunggu giliran anda. sila patuhi peraturan jalanraya.
miss Jalan ; ehem.ehem. kenapa ni?jangan gaduh-gaduh, kalut-kalut. merana saya dibuatnya. saya tahu la saya ni tempat kalian melaksanakan tugas dan tangungjawab. tetapi saya juga punya hak. dalam kalian asyik mempertikai hak masing-masing, jangan lupa ya hak saya.
pn. kenderaan ; alah, awak bertolak ansurlah sedikit. nak berjaya perlulah berkorban. tetapi berkorban bukanlah ertinya terkorban.
en. lampu ; pn.kenderaan, berulang kali saya kata, sila tunggu giliran anda.
pn.kenderaan masih dengan egonya dan merasa dia sangat perlu diutamakan.miss jalan sudah tidak larat melayan kerenah pn.kenderaan, en.lampu berkecil hati dan membiarkan warna hijau tertera sepanjang masa. pn.kenderaan tidak menghiraukan en.lampu dan miss jalan. ia terus meredah jalan dan bersaing dengan kenderaan-kenderaan lain. sudah tiada kawalan. pn.kenderaan semakin teruk.satu hari...
BANGGGG!!
kemalangan dahsyat berlaku akibat tiada kerjasama dan toleransi antara miss Jalan,en. Lampu dan pn. Kenderaan.


~ maaf, penulisan agak celaru yang menggambarkan kecelaruan penulisnya. sebarang komen amat dihargai. ^_^ ~

Saturday, January 31, 2009

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا


Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا


Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."

(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا


Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."

(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا


Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."

(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق


Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ


Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

Said bin al-'As berkata:

"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."


Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.



Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

Friday, January 23, 2009

menangguh kerja..

Dari Ibn Umar r.a berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, ‘Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar r.a berkata, “ jangan menunggu sore, ambillah persiapan saat engkau sehat. Untuk menghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk sesudah kematianmu.” [HR. Bukhari]


Sengaja saya memilih hadith ini untuk dipapar di post ini. Saya menemui hadith ini tika saya mencari rujukan hadith untuk tutoran saya. Puan itu mengharapkan kami untuk menyiapkan tutoran yang diberi dengan sedikit tambahan dari bahan rujukan lain selain nota kuliahnya. Mujur ia kelas institusi Islam. Yang tiada lukisan keluk dan sebagai. [kalau tidak, jenuh juga melakar dan memodelkannya.]
Selepas makan ubat lewat petang tadi, saya terus terlena dengan rasa sejuk yang menggigil. Seksa juga melalui hari dengan nikmat kesihatan yang ditarik sebentar olehNya.[ itu baru ditarik sekejap.] Oleh itu, bersyukurlah wahai diri yang sering leka dengan nikmat yang diberi percuma. Nikmat hidup, nikmat berada di negara yang masih aman, nikmat Islam dan segala nikmat yang dikurnia oleh Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Saya tersedar kala jam usai waktu maghrib. Mamai sahaja kala kakak memanggil solat dan makan malam. Uh, kesan ubatnya masih berbekas dalam alur darah ini. Kemudian berlompat-lompat pula ingatan dalam minda saya ini akan kerja-kerja di atas meja yang saya tinggalkan beberapa waktu tadi. Saya harus teguh menyiapkannya malam ini sebelum meninggalkannya semula hujung minggu ini. Saya jarang menyiapkan kerja persekolahan di rumah [kampung] kerana fokus saya di sana nanti menuntut saya untuk tidak bersenang-senang. Sepatah kata adik saya, pulangnya saya ke sana menukar status saya sebagai surirumah tangga. Walau belum berumahtangga, tetapi rumah yang didiami bonda dan adik-adik saya ini cukup membuat saya rasa bertanggungjawab melakukan kerja-kerja rumah. Tidak tegar rasanya membiarkan bonda yang tabah melakukan semua kerja sendirian.
Yah, inilah akibatnya menangguh-nangguh kerja yang diberi. Seharusnya saya mampu menyiapkan tutoran tersebut beberapa hari yang lepas. Tetapi ketidakcekalan saya sendiri mematuhi jadual masa saya sendiri menyebabkan kerja yang sedikit itu dihimpun-himpun lalu menuntut masa yang lebih untuk menyiapkannya kini. Ada-ada sahaja modalnya jika mahu memberi alasan.
Ini baru sahaja mengenai kerja perkuliahan yang ditangguhkan. Belum lagi bicara kerja-kerja amal, kerja-kerja santunan dan sebagainya. Astagfirullah al’azim.... Ya Allah, kurniakanlah kepada diriku dan sahabat-sahabatku kesempatan untuk melakukan amanah dan tangungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin. Ikhlaskanlah hati kami melakukan semua tuntutan hidup ini. ameen