ketika meronda-ronda mencari buku di sudut Tamadun Islam, Perpustakaan Tun Seri Lanang, tiba-tiba pandangan saya jatuh ke rak yang terselit diantaranya buku ini. tajuk yang menarik. bagus juga dibuat bacaan ringan di hujung minggu.[ini maknanya saya akan melalui hujung minggu yang lapang di samping menyiapkan tugasan yang ada.. ^_^]. Buku ini lalu di ambil dan terus ke kaunter pinjaman untuk meminjam buku ini.
sedikit ulasan setelah membaca buku ini: i. sebuah buku bacaan ringan yang memotivasikan.. ii. betul-betul mengingatkan saya dengan sebuah hadith logam,
"Manusia itu umpama logam. Sebaik-baik mereka ketika Jahiliyyah adalah sebaik-baik mereka ketika Islam, jika mereka faham (tentang deen)"
(Bukhari)
* jangan pernah memandang enteng orang di jalanan..
"kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangan."-Abdul Rahman Mohamed-
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN: A.. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar.. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa teman ,wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
Pada mulanya saya tiada keinginan langsung untuk ke sana. Entah kenapa. Walaupun nama telah diberi dan tarikhnya makin hampir, keikhlasan untuk menemui pengalaman dan sahabat baru gagal saya hadirkan dalam hati. Hal ini saya suakan kepada kakak.
”akak,teruklah saya ni kan..”
”kenapa pula?”
”saya tiada hati langsung nak ke sana minggu ni.nak kata ada rancangan lain, tak ada pula.”
”hm..akak pun. Tapi akak pergi juga. Mana tau Allah bukakan hati kita di sana. Adalah tu Dia nak bagi kat kita sesuatu..”
Dalam hati,kucuba juga hadirkan keikhlasan dan semangat untuk ke sana. Syaitan yang mengalirdalam darah manusia memang sentiasa akan membisikkan rasa was-was kepada manusia. Moga pengakhirannya kelak adalah lebih baik.
Selepas sesi ’ais pecah’itu, saya terpisah dari kelompok daerah saya. Tetapi dari 10 orang tersebut, mujurlah hanya 2 3 orang yang baru saya kenal. Yang lain, kenal belaka. Pernahlah sama-sama ’tension’ buat kerja sebelum ni.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang manusia tidak mengetahui..Terima kasih Dia yang telah mengatur semua ini dengan sebaiknya. Alhamdulillah saya menemui banyak perkara baru dan membuka minda saya dengan lebih luas. Sungguh, dunia di luar itu adalah praktikalnya atas apa yang cuba saya hadamkan selama ini. Saya juga telah berjaya mengurangkan kelemahan saya dan meningkatkan kemajuan jati diri saya. ^_^
Tahniah...tahniah....[tepukan untuk diri sendiri.]
Dikongsikan sedikit kenangan membuat R&R [redah & rempuh] yang saya kena lalui. Teringin berjumpa lagi dengan adik-adik sekalian. ^_*
Walau ketibaannya agak lewat dari waktu sepatutnya [kena denda ni..],alhamdulillah kami seperti biasa bernaung di team yang sama. Wah, nasib baik tidak bosan se’team’ dengan cik sarah. Walau baru beberapa belas bulan yang lepas kenal, tetapi kami telah 2 kali se’team’ dalam titian, se’portpolio’ dalam karnival yang lepas, sesama ahli dalam impac dan banyak lagi se yang kami sama-sama jadi selain sekali lagi se’team’ dalam grum baru-baru ini.. ^_^ Dalam masa yang sama, kami juga sama-sama memperolehi amanah yang iras-iras nak sama [duit2x].
TERIMA KASIH cik sarah kerana rajin menemui saya di alam maya yang terbuka luas. Semoga kita berpeluang berjumpa lagi di masa hadapan yang belum pasti di mana penghujungnya sebagai sahabat seagama sefikrah yang sama-sama cuba melakukan pengislahan di muka bumi ini insyaAllah..