Monday, April 5, 2010

.:jangan berbohong:.


[jumpa artikel ni yang dihantar oleh seorang teman. terasa menarik pula untuk dikongsi dan diambil pengetahuan. tetapi penulisannya penjang sedikit.moga bermanfaat...]


Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di akhirat kelak.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya, apabila dia berkata, dia berbohong. Apabila dia berjanji, dia mungkiri dan apabila diberi amanah, dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, “Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (Jangan berbohong!)”

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah SAW lelaki itu berkata di dalam hatinya, “Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?” bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah SAW dan setiap kali pulalah hatinya berkata, “Bagaimana kalau saya ditanya Rasulullah? Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku wajib dihukum. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.” Itu menyebabkan lelaki itu langsung berhenti daripada berzina.

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah, ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat Rasulullah itu.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Berbohong Satu Pengkhianatan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Renung-renungkan!

A man is never more truthful than when he acknowledges himself a liar ~ Mark Twain

.:kongsi ilmu untuk amal + pahala:.

Dalam halaqah care annur minggu lepas, seorang sister berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari tazkirah yang dia hadiri. Mengapa doa kita tidak dimakbulkan, berikut sedikit pengetahuan mengenainya..

i. Mengaku telah kenal Allah, tetapi tidak menunaikan amanah-amanahNya
ii. Membaca kitab Allah, tetapi tidak beramal dengannya
iii. Mendakwa cinta pada Rasulullah, tetapi tidak menunaikan sunnahNya
iv. Mengatakan maut itu benar, tetapi tidak bersedia menghadapinya
v. Mengatakan kasih akan syurga, tetapi tidak beramal dengan apa yang menghampirkan dengannya
vi. Sibuk dengan keaiban orang lain
vii. Merasai nikmat Ilahi tetapi tidak pernah bersyukur kepadaNya.


Setiap perkongsian itu, kami kupas dan ulas menurut pengetahuan dan pengalaman kami seharian. Terasa banyak yang mengena pada diri sendiri, baru sedar diri jahil dan kejam pada diri sendiri.T__T

Friday, April 2, 2010

.:kestabilan yang tercabar:.

Menghadapi tekanan demi tekanan, sendirian mencabut anak-anak rumput di laman kerja itu sambil menyepi seribu bahasa, saya kira itu lebih bagus. Tekun mencabut dan mencabut, kehadiran kanak-kanak dan pandangan pekerja-pekerja juga saya tidak hiraukan. Sesuka hati memperkotak katikkan saya kepada orang atasan, menipu, melaporkan perkara tidak benar kepada orang lain, kesabaran dan kesenyapan saya juga ada batasnya.

Ye, saya tahu saya banyak tidak tahu, tidak pandai melapor, skil kepimpinan yang lemah,bahkan saya lebih suka menjadi pengikut yang baik dari menjadi ketua yang disanjung. Bukankah saya insan biasa yang baru dengan serba serbi tempat dan pengurusan di sini? Benar, saya harus belajar untuk itu, tetapi tidak bolehkah beri saya lebih jelas modul dan panjang waktunya?

Penat berlapang dada, terasa biadap pula bila ada suara ditinggikan kepada dia. Oh, seusia dengan bonda, saya cuba untuk membina suasana kerja yang aman antara kami. Namun terlepas juga perangai buruk saya bila dia enggan bekerjasama bahkan mengadu domba kepada mereka. Bahkan yang seusia dengan bella itu, punya talam bermuka dua.

Sungguh, alam kerja ini sangat mencabar. Baru sebulan lebih di sini, dihimpunkan dengan pelbagai masalah diri, kerja-kerja pembangunan tempat ini, karenah orang atas dan bawahan, saya rasa sangat rindu untuk segera sambung pengajian kembali.